بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Wednesday, 17 December 2014

Kenapa Mak Andeh ???

Menjadi tanda tanya bila Mama gelarkan mummy dengan panggilan Mak Andeh... Mak Andeh itu kan isteri nya Pak Pandir... Apa kaitan Pak Pandir dengan daddy pulak??


Kisah dongeng Pak Pakdir dan Mak Andeh pada masa dahulu boleh dikaitkan dengan kisah daddy dan mummy. Tapi bukanlah kisah bodohnya Pak Pandir. Ini kisah Pak Pandir moden. Daddy gemar usik mummy. Dalam tak sedar, setiap tingkah diperhatikan Mama.  Cerita Pak Pandir yang dulu menunjukkan dia yang bodoh, melakukan apa sahaja tanpa berfikir dan kerap kali meminta Mak Andeh melakukan sesuatu yang pelik mengikut keinginannya. Dan Mak Andeh pula seorang yang lurus, bendul dan sentiasa melaksanakan apa saja arahan yang Pak Pandir tugaskan. Baginya, kerana tidak mahu derhaka akan suami, jadi setiap kehendak Pak Pandir akan Mak Andeh turuti.

Persoalannya sekarang, mengapa Mama gelarkan mummy sebagai Mak Andeh??

Ceritanya begini... Mummy seorang yang lurus dan bendul. Setiap apa yang orang ceritakan pada dia, mudah baginya untuk percaya. USIKAN. Yea, family daddy sama macam family mummy. Suka mngusik mummy. Sebab seronok tengok gelagat mummy lepas kena usik. Apa yang orang suruh, mummy akan buat. Dan mummy tak pernah berfikir dahulu. Bila terkena batang hidung sendiri, barulah dia tersedar.

Cerita dari family mummy.
Pernah suatu hari abh mummy pegang satu botol lotion body yang memang jelas-II tertulis dalam bahasa inggeris.
Abah : Ouh, semua tulis bahasa melayu noh.
Wani : Mana?
Mummy pandang botol lotion lama-II sambil mencari dimana tertulisnya bahasa melayu. Sedangkan abh mummy tersengih sambil geleng kepala melihat gelagat anak nya.
Abah : Awatlah lurus bendul sangat nini.
Wani : Laa, sampai hati. Tipu.....

Cerita dari family daddy.
Dari sini mummy kerap kali terkena. Masing-masing suka mengusik mummy. Mama gelarkan mummy Mak Andeh sebab mummy suka memasak dan mudah mengikut apa saja arahan yang datang.
Mama : Wani masak rini.
Wani : Okay, boleh. Ada apa dalam peti?
Mama : Taktau nak kata. Cer wani pi tengok.
Perjalanan mummy ke dapur, abe sergah di belakang.
Abe : Haaahhh!!!!!
Mummy melatah. Sekali mummy melatah, semua ketawakan dia. Dia malu.
Faiz : Ma, cer tengok ma pakai seluar ka dak?
Mummy angkat jer kain tanpa fikir apa-II. Bila dah terselak, baru nak sedar.
Wani : Weyy tak baik.

Mummy mudah melatah. Sebab tue Mama gelarkan dia Mak Andeh. Apa saja yang keluar dari mulut kita semua dia iyakan. Bila sedar barulah dia tidakkan. Ada satu slot cerita Pak Pandir dimana sikap mummy seakan Mak Andeh. Kalau nak tengok, view sini, https://www.youtube.com/watch?v=7H7AfBC3s4E (lebih kurang jer perangai mummy dengan Mak Andeh)

No comments: