بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Tuesday, 23 December 2014

Pesanan Ibu :)

Semua orang inginkan kebahagiaan hidup bersama orang yang kita sayangi... Bahagia dengan keluarga, saudara mara, rakan-II, jugak dengan insan istimewa, buah hati kita... Setiap diantara kita ada ciri-II orang idaman yang ingin dimiliki... Tapi tak semudah tue kita akan dapat seseorang tersebut... Kita senaraikan ciri-II tue penuh dengan kesempurnaan... Hakikatnya, takda manusia yang tercipta sempurna di bumi ny...

Kebahagiaan bersama keluarga, mahupun rakan-II, lain cara kemesraan dan layanannya... Begitu jugak dengan orang yang kita anggap istimewa dalam hidup kita... Berkemungkinan insan istimewa itu bakal peneman sepanjang hidup kita... Tapi ingat, kalau ianya sudah tertulis, kita bukan hanya menikahi si dia, tetapi kita menikahi seluruh keluarganya...

Seorang ibu pernah meninggalkan pesanan untuk renungan anaknya...

"BAHAGIA... Kalau kita nak bahagia, nak mesra dengan insan pilihan kita, tak semestinya perlu selepas kahwin... Kalau diajar dari awal, InsyaAllah semuanya akan selamat, lebih bahagia bila berumahtangga nanti... Tahu kenapa..?? Sebabnya bila kita dah berumahtangga, dugaan kita bukan setakat kebahagiaan dan kemesraan... Tetapi ujian lain yang kita akan hadapi..."

"SIKAP... Kalau kita nak berubah, seeloknya berubah dari sekarang... Kenapa..?? Sebab bila dah berumahtangga nanti tak perlu suami nak tegur benda yang sama setiap hari... Kita dah tahu... Paling utama, cara kita bercakap... Penting sangat... Belajar cakap elok dari sekarang.. Bukan tunggu cakap elok-elok selepas kahwin... Kalaulah sekarang ni gaduh, cakap menjerit-jerit, pukul-pukul... Nanti kalau kahwin macam mana, nak cakap jerit-jerit jugak ka dengan suami..?? Sanggup pukul-pukul, melawan suami..?? Tak cium bau syurga lah seorang isteri... Tak bahagia lah sebuah keluarga..."

"MASAK... Kalau dari sekarang ni, elok kita belajar memasak... Nanti bila dah berumahtangga, biar suami makan air tangan kita... Barulah suami kasih pada kita... Takkan nak bagi suami makan air tangan orang lain..?? Beli makanan luar hari-hari... Membazir namanya tue... Membazir takpa lagi.. Tapi kalau si suami terjatuh hati pada tukang masak tue macam mana pulak..??"

"BEBAS... Kalaulah sekarang kita bebas, keluar sana sini dengan kawan tak tentu waktu... Takkan nanti dah berumahtangga pun, kita nak kuar dengan kawan sesuka hati... Ingat, kita ada suami... Apapun perlu dapatkan izin suami... Jadi, perlu bagi kita belajar untuk jangan selalu keluar rumah... Jangan melepak di rumah orang lama-II... Risau orang tak suka... Tuan rumah tak mungkin berterus-terang dengan tetamu... Kita sebagai tetamu lah yang kena fikir sendiri... Cukup sekadar ada hal-II penting jer, baru kita keluar..."

Buat kawan-II...
Fikir-fikirlah sementara masa ada sekarang ni...
Jangan abaikan pesanan ibu yea... :)

No comments: