بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Tuesday 30 July 2013

Bahagia

Bahagia itu Fitrah Manusia. Tabiat setiap hamba Allah s.w.t. Semua orang inginkan kebahagiaan hidup, bukan? Kalau lah ada seseorang mengatakan, ❝alangkah bahagianya aku kalau tak bahagia❞  Haha... Dia  layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sebabnya sudah tentu lah orang itu tak siuman lagi. Dalam erti kata yang lain, berkemungkinan besar seseorang itu sakit jiwa. Kita yang siuman pula sentiasa inginkan kebahagiaan dan mencari dimana adanya bahagia. Seperti apa yang berlaku dalam harian kita, apa saja yang kita usahakan, apa saja yang kita lakukan, semuanya adalah untuk mencapai kebahagiaan. Betul tak?

Bahagia itu Relatif. Sesuatu yang mudah untuk kita dapatkan. Malangnya sesetengah orang selalu tak kesampaian untuk capai kebahagiaan. Mungkin jugak seseorang itu tak tahu apa makna bahagia itu sebenarnya. Mungkin jugak seseorang itu tak tahu macam mana cara untuk peroleh bahagia. Kalau lah kita mencari sesuatu yang kita sendiri tak ketahui dan tak kenali, mana mungkin kita kan temui sesuatu yang kita cari itu kan? Bak kata orang dulu-dulu,
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Jadi, usaha kita untuk mendapatkan bahagia mesti lah bermula dengan mencari apa itu erti bahagia yang sebenar.

Sebelum kita dapatkan jawapan mengenai erti bahagia yang sebenar, kita perlu pastikan dulu dari mana Sumber Kebahagiaan itu. Ramai yang merasakan bahagia itu sumber faktor luaran seperti harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang itu. Dan seseorang itu mungkin beranggapan, kalau lah dirinya berjaya menjadi seorang hartawan, negarawan, rupawan, kenamaan serta cendekiawan, itu jugak bahagia. Tapi tak semua yang miliki kemewahan itu bahagia. Lama kelamaan hilang jugak kebahagiaan itu. Tak payah lah kita buat pandai nak berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, risau kalau kita menyampaikan sesuatu yang tak benar. Media massa pun dah cukup bukti betapa tak bahagianya seseorang yang memiliki kemewahan dan segala-galanya. Rupa dah cantik, harta berbilion dolar, nama dah tersohor tapi, macam-macam masalah yang terpaksa hadapi.

Realiti Hidup Hamba Allah s.w.t. Sudah menjadi sunatullah. Manusia takkan perolehi kesemua yang diinginkan. Tak ada seorang manusia pun yang dapat elakkan diri daripada sesuatu yang kita tak suka. Dan tak ada jugak manusia yang suka dengan kita. Hidup ini adalah satu ujian yang menimpa setiap satu antara kita. Tak kira apa pun kedudukan kita, harta dan pangkat yang kita miliki. Kita tetap sama di mata Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman,
Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia, siapakah yang terbaik amalannya.
Al Mulk

Bahagia itu sebenarnya mudah. Erti Bahagia yang sebenar ialah memiliki Hati Yang Tenang dalam menghadapi apa jua ujian hidup yang Allah s.w.t. tetapkan untuk kita. Inilah erti bahagia yang selaras dengan petunjuk Allah s.w.t. dalam Al Quran.
Allah s.w.t. berfirman,
Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Al Ra'du 28

Bagi melahirkan Sekeping Hati yang tenang jugak bukanlah sukar.
Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda,
Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pula lah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak, maka rosak pula lah seluruh badan. Ingat lah ia adalah hati.
Riwayat Bukhari Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,
Bukan lah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki. Bersyukur dengan apa yang ada serta sabar dengan apa yang tiada.

... AKHIR KATA ...

❝ Nasihat paling berharga untuk semua. Bersihkanlah hati yang kita miliki. Pulihkanlah hati ini serta peliharalah ia supaya lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan yang sama maksud dengannya. Kemuncak kebahagiaan yang sebenar ialah apabila hati kita mampu mendorong diri kita untuk melakukan kebaikan dan hindarkan diri dari segala kejahatan serta larangan yang ditentukan dalam Islam. Wallahua'lam. ❞

Sunday 28 July 2013

Khasiat Kurma

Hai kawan-kawan.. Hari ni FawwazSecret nak kongsikan sejenis buah yang selalu kita ambil dalam sebiji dua di bulan Ramadhan ni.. Tahu tak kawan-kawan apa nama buah tuh..?? Semestinya lah BUAH KURMA kan.. Buah apa lagi selalu kita amalkan memakannya di bulan Ramadhan (bulan puasa) kan..?? Sebenarnya kawan-kawan buah kurma bukan hanya rasanya yang sedap, manis dan tahan lama.. Tetapi banyak khasiat buah kurma ni.. Dan semua orang tahu buah kurma adalah makanan utama Rasulullah s.a.w. kita.. 

Tahukah kawan-kawan.. Buah kurma banyak khasiatnya bagi kita yang sedang berpuasa.. Kenapa..?? Kerana dalam 100g buah kurma mengandungi 318 kalori, sama dengan 315 kalori dalam 100g madu.. Sebab tu lah baik bagi kita amalkan buah kurma di bulan puasa.. Hal ini kerana, dengan hanya sebiji buah kurma, ianya dapat membekalkan kalori yang cukup dalam badan kita, untuk kita melakukan aktiviti seharian dengan penuh semangat walaupun tanpa minum dan makan.. Bila kita makan buah kurma sebelum dan selepas sahur serta berbuka, percayalah buah kurma sebenarnya dapat mengurangkan rasa lapar yang amat sangat kepada kita yang sedang berpuasa.. Dan sebab itulah, buah kurma dikatakan pengekang nafsu makan.. Sebab buah kurma menahan kita dari rasa lapar dan dahaga..

Selain banyak khasiatnya buah kurma di bulan Ramadhan, baik juga buah kurma kepada kaum wanita, iaitu kaum Hawa.. Tidak kiralah samada golongan wanita yang belum berkahwin ataupun yang sudah berkeluarga.. Buah kurma sebenarnya baik untuk wajah dan juga baik untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mahupun yang akan melahirkan.. Tahu kenapa..?? Baca bawah ni..
  • Buah kurma kaya dengan pelbagai jenis vitamin.. Antaranya vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin dan lain-lain..
  • Buah kurma dapat memelihara kelembapan kulit..
  • Buah kurma dapat mencerahkan mata serta menajamkan pandangan di malam hari..
  • Buah kurma dapat mengubati kemandulan seseorang wanita..
  • Buah kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat untuk mengatur proses melahirkan..
  • Buah kurma basah pula dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan yang hamil..

Selain daripada baik untuk wanita dan baik untuk kita yang sedang berpuasa, banyak lagi khasiatnya kepada kesihatan.. Jika diamal selalu memakan buah kurma, yakinlah badan kita pasti akan terhidar dari segala penyakit walaupun kita tak tahu hujung pangkal sesuatu penyakit tersebut.. Jom sesama kita baca, apa khasiat buah kurma terhadap kesihatan kita..
  • Buah kurma menghalang bakteria dan mikrob dari menyerang badan kita.. Dan ulat yang ada dalam buah kurma dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang ada dalam badan kita..
  • Buah kurma dapat menyembuhkan segala penyakit yang menyerang kita..
  • Buah kurma jika diamal setiap hari, kita akan berjauhan dengan jin..
  • Buah kurma sebenarnya lebih sihat daripada kaviar..
  • Buah kurma memiliki sabut.. Dan sabutnya adalah pembersih terbaik bagi tubuh kita kerana dapat melindungi kita daripada segala penyakit kulit..
  • Buah kurma juga dapat menggembirakan hati yang sedih.. Caranya rebus dan minum..
  • Buah kurma dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf..
  • Buah kurma mengandungi protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna..
  • Buah kurma mengandungi zat besi dalam kadar yang tinggi untuk mengubati seseorang yang  kekurangan darah dalam badan..
  • Buah kurma mengandungi antiseptic dan antirematik yang mampu mencegah keradangan..
  • Buah kurma kaya dengan serat yang baik untuk membantu menggerakkan usus dalam badan dan juga dapat mencegah kita dari sembelit..
  • Buah kurma dapat melindungi usus besar dari menghidap kanser..
  • Buah kurma adalah salah satu jenis ubat untuk orang yang kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan..
  • Buah kurma dapat melancarkan pembuangan air kecil dan mencuci ginjal..
ALLAHU RABBI...!!!!!
Banyaknya Khasiat Yang Tersembunyi Disebalik Buah Kurma..

FawwazSecret nak kongsikan sedikit kisah zaman Rasulullah s.a.w. ketika dahulu.. Kisahnya diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah, dan disampaikan oleh Marwan yang mendapatkan berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Barang sesiapa yang memakan 7biji tamar ajwah (buah kurma) dalam sehari, maka seseorang itu akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari tersebut.."

FawwazSecret juga ada terbaca akan satu riwayat dari Abdullah bin Jaafar yang berkata :
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. memakan buah-buahan dengan kurma masak.."

Jelas sekali kawan-kawan BUAH KURMA banyak khasiatnya.. Dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga kini.. Apa salahnya jika kita amalkan memakan buah kurma sama seperti Rasulullah s.aw... Banyak kebaikan dan khasiat yang kita perolehi.. Tambahan pula kita sedang berpuasa sekarang.. Seeloknya mengamalkan buah kurma kerana dapat menahan kita dari rasa lapar dan dahaga walaupun kita sedang bekerja dan sebagainya.. Itu sahaja yang FawwazSecret nak kongsikan.. Kalau ada salah, komen lah sikit tegur  FawwazSecret ya.. Kalau takda salah silap maklumat yang FawwazSecret sampaikan, Alhamdulillah.. Bye..

Saturday 27 July 2013

Renungan Sahabat

Kita berkemungkinan besar tidak mengenali siapakah yang selalu kita dekati dan mendekati diri kita. Malah kita menganggap itulah kawan ataupun pasangan terbaik kita. Setiap satu diantara kita yang hidup atas muka bumi Allah s.w.t. ini semuanya inginkan yang terbaik untuk diri kita sendiri bukan. Tetapi adakah kita mampu memberi yang terbaik untuk keluarga, sahabat mahupun insan yang kita sayangi? Baca artikel di bawah dan tanyalah diri kita sndiri. Samada kita mampu menjadi itu atau tidak.

Kita sentiasa menginginkan seseorang yang SEMPURNA untuk hidup kita.
Tetapi adakah diri kita sudah cukup sempurna untuk orang lain?
Kita sentiasa menginginkan LAYANAN yang baik untuk diri kita.
Tetapi adakah kita memberi sebaik-baik layanan kepada orang lain?
Kita sentiasa inginkan PERHATIAN daripada orang mengenai kehidupan kita.
Tetapi adakah kita prihatin terhadap apa yang terjadi kepada orang lain?
Kita sentiasa inginkan orang lain memenuhi KEMAHUAN kita.
Tetapi adakah kita sentiasa memenuhi kemahuan orang lain?
Kita sentiasa mahukan CINTA dan KEHIDUPAN terbaik untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu memberi cinta dan kehidupan terbaik untuk orang lain?
Kita sentiasa inginkan KEBAHAGIAAN daripada seseorang untuk kita.
Tetapi adakah kita mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain?
Kita sentiasa inginkan seseorang MEMAHAMI diri kita.
Tetapi adakah kita cuba untuk memahami orang lain?
Kita sentiasa inginkan KASIH SAYANG untuk hidup kita.
Tetapi adakah kita mampu memberi sepenuh kasih dan sayang kepada orang lain?
Kita sentiasa inginkan yang TERBAIK untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu menjadi yang terbaik untuk orang lain?
Kita sentiasa mengharapkan orang menjaga AIB kita.
Tetapi adakah kita mampu menjaga aib seseorang Islam yang lain?
Kita sentiasa inginkan seseorang MENGHORMATI kita.
Tetapi adakah kita menghormati orang lain?
Kita selalu inginkan BELAIAN MANJA untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu membelai manja untuk orang lain?
Kita sentiasa inginkan seseorang KASIH kepada kita.
Tetapi adakah kita bersikap kasih kepada orang lain?
Kita sentiasa menjauh PENGHINAAN untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu berhenti untuk menghina orang lain?
Kita sentiasa inginkan orang MEMUJI diri kita.
Tetapi adakah kita suka memuji orang lain?
Kita sentiasa inginkan seseorang melihat KECANTIKAN kita.
Tetapi adakah kita redha menerima kecantikan orang lain?
Kita sentiasa inginkan KEPERIBADIAN yang indah untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu menjaga keperibadian kita untuk orang lain?
Kita sentiasa inginkan PERCAKAPAN yang indah untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu selalu bercakap baik dengan orang lain?
Kita tidak ingin orang melihat KESALAHAN diri kita.
Tetapi adakah mampu kita  menutup kesalahan orang lain?
Kita tidak ingin orang lain MENCELA diri kita.
Tetapi adakah kita mampu membisu mencela orang lain?
Kita sentiasa ingin BERGAYA untuk penampilan kita.
Tetapi bolehkah kita berhenti meniru gaya penampilan orang lain?

Allah s.w.t. menciptakan kita semuanya serupa. Tak perlu untuk kita menjadi diri orang lain. Tak perlu untuk kita menginginkan sesuatu yang orang lain tak mampu memberi. Dan tak perlu untuk kita memaksa perasaan  kasih, sayang, rindu atau cinta orang lain. Kenapa? Kerana apa yang kita ada di muka bumi Allah s.w.t ini, memang Allah s.w.t. dah tetapkan kehidupan kita sebegini. Jikalau kita sentiasa inginkan kesemua yang disebutkan di atas, tak perlu bagi kita untuk mengharapkan semua itu daripada seseorang yang lain. Sebaiknya kita menjadi diri kita dan menjaga kesemua itu untuk diri kita sendiri sebagai perhitungan dengan Allah s.w.t. kelak. Wallahualam.

Wednesday 24 July 2013

Segmen : Rahmatnya Ramadhan By Simplesyara




Mini Giveaway by Nur Zahirah

Assalamualaikum 

Mini Giveaway by Nur Zahirah

 photo banner-mini-giveaway_zpsbaf96cdd.png

Click banner di atas untuk join 

Mini Giveaway dianjurkan oleh Nur Zahirah

Senarai sponsor yang baik hati : Yaya Hatsumi | Cik Amal | Dayah Danish | LailaTiqaa | Hannan Hilal | Nuranis Amar | Amira | Mas Ira Syafila Tan | Izzah Zakaria | Nana Ameer | Fatin Alyaa | Pretty Little Badges - Unique & Cute Design

Senarai hadiah yang awesome : Doodle x5 | Topup RM 5 x5 | Gelang Pastel Colour x1 | Rasha Chiffon Shawl worth RM 20 each x3 | Notebook Comel x2 | Blog Review x2 | Voucher Discount 5% x10 | Badge x10

Jom meriahkan giveaway ni :)

Monday 22 July 2013

Kelebihan Solat 5 Waktu


Haii.. ^^ FawwazSecret nak kongsikan satu artikel yang huraiannya agak panjang dan wajib bagi kita umat Islam ketahui dan ingati betapa besarnya rahmat dan pahala yang Allah s.w.t. turunkan pada kita sekiranya kita menunaikan solat 5 waktu yang Allah s.w.t. wajibkan ke atas kita umat Islam.. Banyak kelebihan setiap solat yang kita lakukan setiap hari ini.. Lebih banyak pahalanya jika kita ikhlas melakukannya dari menunjuk-nunjuk bahawa kita ni bersolat.. Berbeza taw.. Ceritanya bermula begini......

....................................................................................................................

Al-kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. ketika dahulu... Ali bin Abi Talib r.a. bercerita :
Sewaktu Rasulullah s.a.w. duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar..
Dengan tak semena datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi.. Orang-orang Yahudi menghampiri Rasulullah s.a.w...

Lalu orang Yahudi berkata : Wahai Muhammad s.a.w., kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kepada para Nabi utusan Allah s.w.t. atau malaikat mugarrab..

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : Silakan bertanya..
Orang Yahudi berkata : Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. ke atas umatmu..??

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya..
Solat Asar itu saat ketika Nabi Adam as memakan buah Khuldi..
Solat Maghrib itu adalah saat Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam as.. Maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu kepada Allah s.w.t... Nescaya Allah s.w.t. akan mengkabulkan permintaannya..
Solat Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku..
Solat Subuh itu adalah sebelum terbit matahari.. Ini kerana apabila matahari terbit.. Terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir..

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w...
Mereka berkata : Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad s.a.w.. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan diperolehi oleh mereka yang bersolat..??

Rasulullah s.a.w bersabda :

Jagalah waktu-waktu sembahyang itu terutama sembahyang yang pertengahan..

Solat Zuhur.. Pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari kiamat..

Manakala Solat Asar.. Dimana saat Nabi Adam as memakan buah Khuldi.. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan..

Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan..

Solat Maghrib.. Pada saat dimana taubat Nabi Adam as diterima.. Bagi seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib dan kemudiannya meminta sesuatu dari Allah s.w.t... Nescaya Allah s.w.t. perkenankan..

Solat Isya'.. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat.. Maka sekiranya seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya' berjemaah.. Nescaya Allah s.w.t. haramkan dia dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath..

Manakala Solat Subuh.. Jika seorang mukmin mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah.. Nescaya Allah s.w.t. berikan dia dua kebebasan iaitu :
  1. Dibebaskan dari api neraka..
  2. Dibebaskan dari nifaq..
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah s.a.w...
Maka mereka berkata : Memang benarlah apa yang kamu katakan wahai Muhammad s.a.w..

....................................................................................................................

Kawan-kawan FawwazSecret dah baca..?? Terkilan tak rasa bila baca satu persatu apa yang FawwazSecret cuba sampaikan.. FawwazSecret takda lah pandai sangat soal agama ni.. Tapi kalau sekadar nak berkongsi ilmu tu boleh lah sikit-sikit.. Sebenarnya FawwazSecret terbaca artikel ni lepas FawwazSecret solat Subuh pagi tadi.. Sengaja FawwazSecret kemaskan majalah-majalah.. Tetiba FawwazSecret jumpa majalah Asuhan.. Ingat lagi majalah ni masa kecik-kecik dulu.. Setiap bulan FawwazSecret mesti beli.. Nak belajar tentang agama..  Dalam majalah Asuhan banyak diterangkan cara bersolat, tingkah laku kita sesama umat dan ajaran bacaan ketika solat.. Majalah Asuhan bukan hanya sebagai rujukan kanak-kanak.. Tetapi boleh juga dijadikan bahan rujukan kepada kita yang dperingkat remaja mahupun dewasa.. Sebenarnya kawan-kawan, tak cukup kalau kita belajar agama di sekolah saja.. Di rumah juga perlu ada bimbingan agama.. Perlu bimbingan ibu bapa untuk mengajar kita solat.. Kalau bukan dari ibu bapa, dari buku-buku.. Haa, betul tak.. Apa pun FawwazSecret harap kita sama-sama kongsi ya artikel ni..
Selamat membaca.. !! :-)



Friday 19 July 2013

Sahabat Terbaik

FawwazSecret nak semua yang rajin buka blog ini sambil kutuk-kutuk tahu yang FawwazSecret ni walaupun tak banyak bercakap orangnya , tak peramah dan tak pandai melawak kasar macam korang-korang di sana tu.. FawwazSecret tetap ada seorang rakan yang jujur 100% dengan FawwazSecret.. Sebenarnya FawwazSecret taknak lah riak , bangga.. Tapi FawwazSecret nak bagitahu..
Tak rugi sebenarnya kalau berkawan dengan FawwazSecret ni..
Selalu FawwazSecret kenal orang , tak pernah lah FawwazSecret nak pandang rupa atau harta yang orang tu ada walaupun FawwazSecret sedar , bahawa FawwazSecret punya segala-galanya.. Cuma tak suka menunjuk.. Biar nampak papa , asalkan duit penuh di bank.. Itu yang FawwazSecret pegang..

Selama FawwazSecret kenal dengan perempuan ataupun lelaki.. FawwazSecret tak pernah berkira soal wang ringgit.. FawwazSecret gemar bercuti.. Jadi duit mestilah kena sentiasa ada kan..?? Selama FawwazSecret berkawan , keluar sesama , FawwazSecret bukannya setakat belanja makan.. Tapi duit tol , minyak , tempat tidur semua FawwazSecret support tahu..?? Tak kisah lah dengan adik ka, kawan-kawan ka, sapa saje lah.. Yang tahu hanya yang pernah keluar sesama je.. Yang tak tahu, takkan tahu lah.. Hehe.. Tapi kita berjalan nak seronok kan , taknak lah masam muka.. Yang sedihnya , semua yang berkawan dengan FawwazSecret ni buta ka apa ka , tak mahu cakap lah.. Tapi kalau kita punya hati ikhlas nak berkawan , kita mungkin hanya boleh mendengar sesuatu yang tidak elok mengenai kawan kita kan..??
Tak semestinya bila kita tahu keburukan kawan kita , kita patut menjauhkan diri atau mengutuk kawan kita tu.. Tak takut ka nak makan daging sendiri di sana nanti..??
FawwazSecret tak pernah mengaku baik.. Tapi FawwazSecret berkawan dengan sesiapa saja yang sudi berkawan.. Yang penting , jangan ikot perangai kawan tu.. Yang baik , ikot lah.. Yang jahat , jangan diturut..

Sahabat terbaik yang pernah FawwazSecret kenal , untuk tempoh terawal ni lah..
Mungkin sudah dua tahun kami kenal..
First perkenalan , kami TUKAR SHIFT.. Ops !! Terlepas.. Terima saja ya..
Paling saya bangga dengan sahabat saya yang sorang ni , dia pernah cuba berbaik dengan seseorang yang menganggap dirinya musuh.. Tapi tak sempat dia nak berbaik pun.. Seseorang tu dah bagi amaran awal lagi nak gaduh.. Mungkin nasibnya sama dengan FawwazSecret.. Nak berbaik dengan semua orang , akhirnya tengok apa jadi..?? FawwazSecret nak tolong orang , orang pula bagi penampar.. Betul ke cara kita balas baik orang..?? Takpalah.. Mungkin orang itu rasa dirinya betul segala-galanya..
Dan tak perlu sesiapa untuk menegurnya..

FawwazSecret tak sabar ni nak tunjuk sahabat terbaik FawwazSecret.. Seorang yang jujur.. Happy selalu.. Walaupun hatinya terluka , Dia tak pernah tunjuk pada sesiapa kesedihannya.. Samada di blog..?? Di twitter..?? Tak , okey. Berkemungkinan besar taste kami sama..

Inilah sahabat terbaik FawwazSecret , Aimy. 


Comel kan Amy ? Snap bersama Mummy Daddy..
Amy suka FawwazSecret panggil dia comel je..
Yang lain-lain HARAM disebut.. Ahaks..!!
Bergurau ye , Amy..

Sahabat terbaik FawwazSecret ni ada blog.
Blognya cun dari FawwazSecret.

Amy ada twitter. Follow tau !!

dyℓα

....................................................................................................................

Hai.. ^^ Hari ni post FawwazSecret tak bertajuk okey.. Sebab FawwazSecret takda topik nak bercerita.. Cuma ruangan hari ni FawwazSecret nak penuhkan permintaan Mummy FawwazSecret yang nak kongsikan serba sedikit kerja yang dia selalu buat setiap hari dia bekerja.. Tapi Mummy ada sedikit hal.. Jadi dia mintak FawwazSecret yang ceritakan semuanya.. Tak mengapalah mengenai hal tu.. Nanti FawwazSecret tolong update kan untuk Mummy okey..

FawwazSecret ada cerita sedikit nak dikongsi mengenai Daddy FawwazSecret ni.. Kerja sambilan Daddy sekarang ni pasang audio.. Ha, pada sesiapa yang nak pasang audio kat kereta ka motor ka boleh lah cari Daddy.. Ecewah.. Tak kisah lah yang tu.. Yang sebenanrnya ini yang FawwazSecret nak bercerita.. Awal bulan Julai hari itu, Daddy FawwazSecret ada pergi ke Ipoh untuk interview bersama JPJ.. Daddy berjaya dalam interview tuh cuma sekarang Daddy masih menanti keputusan daripada pihak JPJ samada dia berjaya diterima bekerja ataupun sebaliknya.. Tapi harapan kami sekeluarga mengharapkan Daddy berjaya.. Sebab niat Daddy cuma satu.. Daddy nak bina masjid Allah.. Bulan-bulan puasa ni, sambil-sambil menanti keputusan interview hari tu. Daddy tetap ada kerja sambilan yang lain.. Ada permintaan dari seorang polis yang menginginkan Daddy buatkan senapang untuknya.. Bukan apa Daddy FawwazSecret ni kreatif orangnya.. Ada saja permintaan dari orang.. Dan yang penting bagi Daddy adalah semangat.. Kalau Mummy takda, Daddy tak bersemangat nak buat kerja-kerja ni.. Apapun FawwazSecret harap Daddy berjaya.. Kepada sesiapa yang baca blog ni.. Doakanlah kejayaan Daddy FawwazSecret ya..

Haa pasal Mummy FawwazSecret pun ada jugak.. Sekarang ni Mummy keliru nak pilih kerjaya mana.. Yang ada di fikirannya sekarang hanya kerja separuh masa.. Macam ni cerita yang sebenarnya.. Mummy FawwazSecret dapat kontrak kerja selama 3bulan di Jitra.. Gaji bersih RM1500.. Mummy masih fikirkan kerja Mummy yang sekarang ni.. Bekerja sepenuh masa sebagai kerani akaun dan peroleh RM1050 sebulan.. Mummy fikirkan Mummy nak terima bekerja di Jitra dan inginkan kerjanya sekarang menjadi separuh masa.. Sudah Mummy berbincang dengan bosnya.. Dan bosnya setuju.. Dalam masa yang sama Mummy fikirkan kerjanya di Kuala Perlis pulak.. Sebuah pasaraya kecil yang dibuka, mengharapkan Mummy berada di sana.. Jadi Mummy ni keliru.. Nak pilih mana satu terbaik sebenarnya.. Yang penting bagi Mummy sekarang, adalah tak sanggup untuk berjauhan dengan Daddy.. Apapun Mummy fikir lah baik-baik ya.. Dan pada sesiapa yang baca blog ni.. Doakanlah rezeki Mummy sentiasa hadir dan doakan agar Mummy dapat buat pilihan yang tepat..

Rasanya dah takda apa lagi dah FawwazSecret nak menaip.. Seperti biasa lah FawwazSecret akan tinggalkan pesanan ringkas untuk blog FawwazSecret ni.. Ada masa FawwazSecret kongsikan ilmu-ilmu yang FawwazSecret tahu.. Ada masa FawwazSecret cerita hal FawwazSecret sendiri.. Takpun cerita Mummy Daddy.. Apa sahaja lah.. Tapi yang penting dalam sebulan mesti FawwazSecret akan tinggalkan note macam ni.. Siapa sudi, bacalah.. Kalau rasa tak sudi dan kemudiannya memaksa diri untuk view jugak blog FawwazSecret ni, harap sangat janganlah mengutuk.. Dan janganlah iri hati ya..

Salam sayang,
FawwazSecret



Thursday 18 July 2013

Isteri Solehah

Al - kisah Isteri Solehah


Isteri yang solehah sentiasa taat dengan Allah s.w.t...
Dan patuh dengan suaminya...
Suami yang tersalah sentiasa diberi maaf...
Cemburu dengan suami tidak ada di dalam sikap...
Kepulangan suami disambut dengan senyuman serta penuh hormat...

Kekurangan yang diberi oleh suaminya tidak menyanggah...
Bahkan berpuas hati dengan apa sahaja yang ada...
Sentiasa berpuas hati dengan apa sahaja yang diberikan oleh suaminya...
Kesilapan suaminya sentiasa didoakan kepada Allah s.w.t...

Sentiasa berbaik sangka dengan suaminya...
Samada cepat atau lambat pulang ke rumah, tidak mengapa...
Sentiasa sahaja redha dengan suaminya...
Sekalipun suaminya banyak kekurangan yang dirasainya...

Sentiasa simpati terhadap suami di waktu bila pun nampak wajahnya...
Sentiasa sahaja memberi semangat dengan kata-kata di atas kebuntuan suaminya...
Suaminya sentiasa mendapat semangat dengan kata-kata isterinya yang bertimbang rasa...
Suaminya akan peroleh inspirasi dari isterinya...

Begitulah sifat isteri yang solehah dengan suaminya...
Sanggup lalui susah senang kehidupan bersama suaminya dengan bahagia...
Merungut-rungut tidak ada dalam kamus hidupnya...
Menjadikan suaminya sentiasa cinta kepadanya serta bertimbang rasa...
Hidup berkeluarga aman damai, harmoni...
Sekalipun papa...

Nasihat Suami

Perhatian !! Perhatian !!
Wajib bagi seorang suami menegur dan menjaga apa sahaja perilaku yang dibuat oleh si isteri

Disentuh oleh suami kepada si isteri tentang perhiasan diri.


Wanita...
Berhias untuk suaminya sahaja...
Memakai wangian semata-mata untuk suaminya sahaja...
Berdosa suami kalau tak tegur...
Paling penting... Aurat...


Disentuh oleh suami kepada si isteri agar sentiasa redha.


Isteri yang berhemah...
Jangan minta yang bukan-bukan...
Si isteri dinasihatkan jangan tengok orang yang di atas...
Tengok lah orang yang di bawah...
Supaya hati kita sentiasa redha...



Azab Kaum Hawa Di Neraka


Entri kali ini PENTING untuk semua kaum wanita.. Tak kisah samada yang sudah bergelar isteri, yang sudah bertunang ataupun yang bergelar kekasih.. Bagi semua wanita-wanita yang membaca entri FawwazSecret kali ini, mohon ya.. Mohon, ingatkan kepada kawan-kawan yang kamu kenal..

Kaum muslimin dan muslimat sekalian.. Sepertimana yang disebutkan, entri kali ini khususnya untuk para wanita.. Sama-sama kita baca, selami serta lakukan yang terbaik untuk diri sendiri.. Yang pasti bukannya selami dan berubah di mulut ya, biarlah niatnya ikhlas di hati.. ^^

FawwazSecret Bercerita

Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w dan Fatimah Az-Zahra melawat ke rumah Saidina Ali r.a.. Setelah lama berdiam, tiba-tiba Rasulullah s.a.w menangis.. Lalu, Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali r.a menanyakan Rasulullah s.a.w., mengapa beliau menangis..

Rasulullah s.a.w pun menjawab ,
❝ Pada malam aku di Isra', aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan.. Itulah sebabnya, mengapa aku menangis.. Kerana aku menyaksikan mereka menerima seksaan yang sangat berat dan mengerikan..

Fatimah Az-Zahra terdiam. Lalu menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya..

Lalu Rasulullah s.a.w menceritakan,
❝ Aku melihat perempuan yang digantung rambutnya , otaknya mendidih 
❝ Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya , tangannya diikat di belakang dan timah cair  dituangkan ke dalam tengkoraknya 
❝ Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya , diulurkan ular dan kala jengking 
❝ Dan aku melihat perempuan yang memakan badannya sendiri , dibawahnya dinyalakan api  neraka 
❝ Serta aku melihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri 
❝ Aku juga melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta , di masukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka , otaknya keluar dari lubang hidung , badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta 
❝ Aku melihat perempuan yang badannya seperti himar , beribu-ribu kesengsaraan yang dihadapinya 
❝ Aku melihat perempuan yang rupanya seperti anjing , sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar melalui duburnya. Serta malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka ❞ , cerita Rasulullah s.a.w.

Fatimah Az-Zahra bertanya ,
❝ Mengapa mereka diseksa sedemikian ?

Rasulullah s.a.w. menjawab ,
❝ Wahai puteriku ,
❝ Perempuan yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah perempuan yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya 
❝ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang mengotori tempat tidurnya 
❝ Perempuan yang tergantung kedua kakinya adalah perempuan yang tidak taat kepada suaminya , ia keluar rumah tanpa izin suaminya. Dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas 
❝ Perempuan yang memakan badannya sendiri adalah perempuan yang berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain 
❝ Perempuan yang memotong dirinya sendiri dengan gunting api neraka adalah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang lain agar bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya 
❝ Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas , ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking adalah perempuan yang meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub 
❝ Perempuan yang kepalanya seperti babi , badannya seperti himar adalah perempuan yang suka mengumpat dan pendusta 
❝ Perempuan yang menyerupai anjing adalah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami 

Setelah mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w , Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali r.a juga turut menangis.. Dan inilah peringatan kepada kaum hawa..

Pesanan dari FawwazSecret
❝ Tak usahlah kamu merasa kamu tidak cantik apabila ada yang mengatakan kamu pucat bila tidak bersolek.. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui sejauh mana kecantikan yang diberikan olehNya kepada kamu.. Dan , tak usahlah kamu merasa bangga apabila dipuji cantik dengan solekan yang kamu pakai.. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui tujuanmu.. Dan seharusnya kamu tahu , kamu akan memburukkan diri kamu sendiri di sana nanti.. Wallahualam.. 

Tuesday 16 July 2013

Adab Menziarahi Jenazah

Hai.. ^^  Sebenarnya, FawwazSecret teringat akan sesuatu.. Jadi FawwazSecret ingat nak kongsi bersama.. FawwazSecret rasa belum terlambat lagi untuk FawwazSecret nak sampaikan benda ni.. Jadi hari ini FawwazSecret mohon kepada sesiapa yang membaca blog ni, Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah (TokHeng), iaitu atuk kepada daddy FawwazSecret yang telah kembali ke sisi Allah pada Jun yang lalu..

Kawan-kawan, sudah menjadi kebiasaan kan apabila kita menziarahi orang sakit mahupun jenazah, kita wajib bacakan ayat-ayat suci Al-Quran.. Tidak kisahlah surah apa sekalipun.. Tetapi selalunya kita bacakan Yasin kan.. Tapi perkara paling penting yang FawwazSecret nak sentuh adalah adab kita ketika menziarahi jenazah.. Wajib bagi kita menghormati si mati.. Baiklah, FawwazSecret nak kongsi beberapa adab yang harus kita pelihara apabila kita menziarahi jenazah..

Pertama sekali , Wajib bagi kita ucapkan Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil'alamiin kepada jenazah. Sebagai tanda menghormati si mati..
Hal ini kerana, Ummu Salamah Ra.'Anha berkata,
Bila kamu mengunjungi orang yang sedang sakarat, Hendaklah kamu ucapkan "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil'alamiin

Kedua, Wajib bagi kita untuk mengucap Bismillahi wa'alamilati Rasulillah SAW. Jangan lupa untuk bertasbih ataupun membaca surah-surah lain selain surah Yasin, sebagai hadiah kepada si mati..
Bakr bin Abdullah Al-Mazanniy At-Tabi'ie ra. berkata,
Bila kamu menutup mata mayat, maka ucapkanlah kamu, Bismillahi wa'alamilati Rasulillah SAW dan bertasbihlah

Ketiga, Wajib bagi kita memelihara percakapan kita bila menziarahi orang mati.. Bercakap perkara yang baik sahaja tau.. Bukan apa, ramai orang zaman sekarang ni bila berkunjung ke rumah orang mati, mereka suka bercakap mengenai perkara yang tidak baik semasa si mati itu hidup.. Sebaiknya, kita bercakaplah mengenai perkara yang baik-baik saja kan.. Jadi tauladan jugak buat kita yang masih hidup..
Ingat, Rasulullah s.a.w telah bersabda,
Apabila kamu datang mengunjungi orang sakit ataupun orang mati, Hendaklah kamu berbicara yang baik kerana sesungguhnya Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan

Keempat, Wajib bagi kita berdoa untuk jenazah.. Berdoa yang baik-baik saja tau.. Sebab Malaikat mengaminkan setiap apa yang kita ucapkan sepanjang kita berada di rumah si mati.. Selalunya para ulama akan memperingati si mati dengan taubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah ataupun berdoa untuk si mati sehinggalah orang lain yang mendengarnya dapat mengambil doa itu sebagai manfaat..
Dalam hal ini, Rasululah s.a.w bersabda,
Janganlah kamu berdoa kecuali dengan doa yang baik sahaja

Kelima, Wajib bagi kita menjaga adab kita dengan si mati apabila mengunjunginya.. Sekiranya kita mengunjunginya, sedekahkanlah si mati dengan surah Yasin atau surah-surah lain yang kita tahu sebagai hadiah dan sebagai tanda kita meghormatinya.. Jangan pula kita membaca sesuatu surah tersebut tanpa menghabiskannya. Dimana niat kita..?? Memang tak salah jika kita tak habiskan surah tersebut.. Tapi terlihat pada orang lain yang kita ni tidak menghormati si mati..

FawwazSecret akui yang FawwazSecret taklah pandai sangat soal adab-adab menziarahi si mati ni.. Tapi FawwazSecret cuma nak kongsi apa yang FawwazSecret tahu je.. Tak salah kan.. Asalkan ianya jadi panduan juga buat kawan-kawan yang lain.. Dan kepada yang masih belum tahu akan adab ketika menziarahi si mati, bolehlah rujuk serba sedikit apa yang FawwazSecret kongsikan ni.. Dan kepada yang sesiapa yang mengetahui sepenuhnya adab ketika bersama si mati, FawwazSecret harap, kekalkan lah agar sentiasa menghormati si mati.. Jangan hanya tahu akan adabnya tapi tak pandai nak tunaikan..


Renung-renungkan dan selamat beramal..

Alasan dan Doa

DOA
Semua orang selalu berdoa.. Berdoa untuk diri sendiri.. Berdoa untuk pasangan tersayang.. Jugak berdoa untuk semua umat Islam samada yang masih atau pun yang telah kembali kepada Allah s.w.t.. Tidak kira di mana kita berada.. Apa yang sedang dilakukan oleh kita.. Andai kita berdoa.. Allah s.w.t akan tetap menerima setiap doa hambaNya..

Setiap orang semestinya ada pasangan yang ada sikap tersendiri kan.. Ada yang suka memberi alasan.. Ada yang tidak sukakan gangguan.. Ada yang nak sentiasa berkepit 24jam.. Dan macam-macam lagi lah kerenah yang akan kita terima dari pasangan kita..


Pasangan kali ini suka memberi alasan.. Dan mengharapkan doa dari pasangannya.. Nak senang cerita, FawwazSecret ambik cerita Mummy Daddy sendiri..

Kisah Pertama
Daddy : ❝ Ma.. Ny alasan buku jilid 12.. Muka surat 53.. Untuk orang yang tersayang..
             Abh nak mandi sat.. Nak siap pi futsal.. Na.. Hehehe.. Syg ma.. 
Mummy : ❝ Ya Rahman, peliharalah pasanganku dari rasa sakit waktu berfutsal..
               Lindungi lah dia dari luka kesakitan.. Berikanlah secebis cahaya kekuatanMu 
               pada pasanganku.. Dan jadikanlah dia pemain terbaik futsal malam ny..
              Amin.. 

Kisah Kedua
Daddy : ❝ Ma.. Buku jilid 15.. Muka surat 30.. Untuk orang yang tersayang..
             Ma tak balas sms abh sbb ma ada orang lain kan.. Ma lupa abh kan.. Urmm.. 
Mummy : ❝ Ya Allah Ya Rabbi, bersihkan lah jiwa pasanganku supaya tidak selalu fikir ke 
               arah yang tidak baik terhadap ku.. Amin.. 

Kisah Ketiga
Daddy : ❝ Ma.. Bukak buku jilid 18.. Muka surat 19.. Untuk orang yang tersayang..
             Abh nak nikah dengan ma jugak tahun ni.. Apapun, abh kan tunai janji abh..
             Abh syg ma.. 
Mummy : ❝ Ya Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Kasihani lah pasanganku..
               Kau bukakan lah pintu rezeki buat pasanganku agar tercapai segala
               hasratnya.. Amin.. 

Kisah Keempat
Daddy : ❝ Ma.. Alasan buku jilid 6.. Muka surat 44.. Untuk orang yang tersayang..
             Sorry abh lambat sikit pi amik ma kerja hari ni.. On the way da ni.. 
Mummy : ❝ Ya Allah Ya Tuhan ku.. Selamatkan lah perjalanan pasangan ku pergi dan
              pulang ke tempat yang ingin dia tuju.. Lindungi lah dia dari segala
              bahaya.. Amin.. 

Kisah Kelima
Daddy : ❝ Ma.. Ny alasan.. Untuk orang yang tersayang.. Buku jilid 11.. Muka surat 78..
              Abh nak kena bawa tokheng pi Pauh ni.. Abh balik nanti abh sms ma na.. 
Mummy : ❝ Ya Rabbana.. Berikan lah pasanganku sentiasa merindui dan mengingati ku
               walaupun sesaat. Sekiranya dia berjauhan dengan ku.. Amin.. 

Itu sahaja beberapa alasan.. Dan secebis doa yang dihulurkan dari Mummy kepada Daddy..
Tapi  tak semua orang dan pasangannya bersikap macam ni.. Apa pun kebahagiaan adalah harapan setiap pasangan.. Sama-sama lah kita doakan kebahagiaan Mummy Daddy.. Juga kebahagiaan kita sesama umat Nabi Muhammad s.a.w..

Sunday 14 July 2013

Cinta Sejati

Cinta tidak pernah meminta... Malah sentiasa memberi... " 
Itu lah pepatah yang selalu diberikan kepada setiap insan yang mengharapkan kasih sayang dari seseorang yang mereka sayangi... Minggu lepas FawwazSecret ade lawati satu laman web ini yang mengisahkan tentang hati... FawwazSecret confuse... Adakah ape yg tertulis dalam blog itu betul atau sebaliknya... Catatan blog nya tertulis begini....
Ada dua titis air mata yang mengalir di sebuah sungai.. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi..
Air mata I menyapa,
"Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.. Siapa kamu pula..??"
Air mata II menjawab,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja..."
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata : aku turut bahagia untukmu.. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita..

FawwazSecret confuse lalu menceritakan hal ini kepada Mummy Daddy...
Dengan yakin... Daddy memberikan jawapan kepada blog tersebut...

"Cinta sejati ialah cinta seorang hamba kepada penciptaNya.. Dan cinta seorang umat kepada rasulnya.. Walaupun berjumpa 5 waktu sehari, tapi bolehkah kita tatap wajah Allah s.w.t..?? Walaupun kita tunggu bertahun-tahun, bolehkah kita kembalikan nabi untuk dengar ucapan sayangnya kepada kita..?? Dalam keadaan yang sebegitu, bolehkah kita dapat sayang Allah s.w.t dan nabi kita..?? Bolehkah kita cinta Allah s.w.t dan nabi kita..?? Bolehkah kita setia pada Allah s.w.t dan nabi kita..?? Kalau ianya Ya... Itulah Cinta Sejati. Sebabnya, kita kan bertemu dengan Allah s.w.t dan peroleh syafaat nabi di akhirat kelak.."

Jangan Sombong

FawwazSecret sedikit terasa dengan beberapa rakan di twitter.. Memang orang-orang itu, FawwazSecret tak kenal.. Tapi sekurang-kurangnya FawwazSecret tak sombong kan.. FawwazSecret follow juga siapa pun orang tu.. Tapi kenapa orang-orang tu ego sangat.. Sombongnya nak follow balik.. Lagak bagai artis.. Kalau artis tak cakap lah kan.. Dorang sibuk.. Inikan kan kita.. Setiap hari tweet.. Tapi nak klik FOLLOWERS untuk follow balik rakan yang follow kita pun tak sudi.. Hurmmmm.. Takpalah.. FawwazSecret tak kisah lah.. Dah taknak follow sangat kan..?? Okey.. FawwazSecret boleh UNFOLLOW korang balik..

Sebenarnya tidak elok kalau kita menyimpan sikap sombong dalam diri.. Tak kemana pun kita ni sebenarnya..  Nanti kita semua bersemadi di tempat yang sama jugak.. FawwazSecret nak kongsi lah serba sedikit sikap-sikap yang ada pada seseorang yang sombong.. Tapi mungkin banyak lagi.. Seperti yang diketahui, FawwazSecret selalu kongsikan apa yang FawwazSecret tahu je okey.. ^^

SIKAP SOMBONG !!
  1. Susah menerima pandangan orang lain - Seseorang itu akan sentiasa merasa bangga dengan dirinya.. Bagi dia apa saja yang dilakukannya itu ada kebaikannya walaupun sebaliknya.. Apabila ada yang menasihati atau memberi pandangan padanya, Dengan segera dia menolak pandangan itu.. Kenapa..?? Kerana dia tahu apa yang dia lakukan adalah lebik baik daripada apa yang orang cadangkan..
  2. Mudah marah dan beremosi - Seseorang yang sombong ini akan sentiasa menjeling kepada sesiapa sahaja yang memandangnya.. Sekiranya ada yang memandang pelik terhadapnya, Dengan tak semena dia menjadi marah.. Sedangkan tiada apa pun sebenarnya..
  3. Memilih-milih kawan - Seseorang yang sombong ini tak mungkinlah nak berkawan dengan orang yang tak berharta kan, tak berduit.. Mestilah dia nak kawannya tu orang kaya, orang senang kan.. Mana layan yang biasa-biasa ni.. Kalau dirinya suka bergosip, Dia akan lebih gemar berkawan dengan orang yang sentiasa tahu mengenai hal orang lain.. Mana mahu dia berkawan dengan orang yang tak tahu menahu hal orang lain ni.. Tak bergosiplah dia..
  4. Memandang hina golongan bawahan - Ini selalunya berlaku kepada orang-orang yang berkereta mewah, berumah banglo besar.. Yang sememangnya angkuh, sombong.. Nampak saja peminta sedekah, dihina orang itu.. Padahal orang itu bukannya bersalah pun pada dia.. Orang yang berkereta biasa pun ada juga menghina golongan bawahan.. Memandang rendah kepada mereka yang masih berjalan kaki ataupun yang hanya menunggang motorsikal ataupun berbasikal..
  5. Tidak senang dengan kejayaan orang lain - Ini sering kali berlaku.. Bersikap dengki atau iri hati terhadap orang lain yang memiliki sesuatu yang dirinya tidak miliki.. Lain kata, tidak bersyukur dengan apa yang dirinya miliki..
  6. Tidak menghargai pemberian orang - Orang yang sombong ni memang tak tahu bersyukur dengan apa yang orang berikan padanya.. Sebaliknya dia bersikap angkuh dengan adanya pemberian itu.. Bersikap lupa daratan.. Lupa dari mana datangnya sesuatu barang itu.. Lupa kalau bukan dengan pemberian orang, dia takkan sampai ke tahap yang lebih baik..
  7. Memperkata keburukan orang - Seseorang yang sombong akan sentiasa melihat akan kesalahan dan keburukan orang lain, Sedangkan dirinya tidak sedar bahawa dirinya juga sama seperti orang lain.. Dia akan berasa bangga apabila dia berjaya membuat orang sekelilingnya mempercayai akan ceritanya.. Tapi bijak dia menyembunyikan keburukan dirinya..
  8. Mudah berdendam -  Seseorang yang suka berdendam juga di kategorikan sebagai seorang yang sombong.. Dengan orang yang dia kenali, dia kan sembunyikan sikap buruknya.. Dia nampakkan kebaikannya kepada orang lain.. Menceritakan dirinya mudah memaafkan dan sebagainya, tetapi hakikatnya dia berdendam dan menyimpan seribu satu kesakitan yang dia tanggungi..
  9. Susah meminta maaf dan memberi kemaafan - Seseorang yang sombong ni takkan pernah merasa dirinya bersalah walau hakikatnya dia bersalah dengan sesuatu hal tersebut.. Mungkin dia berkata mudah memaafkan.. Tetapi kalau dirinya sendiri tak pernah memohon maaf dengan orang yang memohon kemaafan darinya, adakah itu mudah memaafkan..?? Wallahu'alam..
  10. Kurang bermesra dengan orang - Seseorang yang sombong ni juga tidak kisah sekiranya dia tidak memiliki kawan.. Baginya kawan menyusahkan sahaja.. Jadi dia lebih gemar bersendirian dari bergaul mesra dengan orang lain..
FawwazSecret kongsikan apa yang FawwazSecret tahu je tau.. Tak ada tokok tambah okey.. Cuma FawwazSecret nak nasihatkan semua.. Tak perlu kita nak sombong dengan sesiapa pun.. Sebab Allah dah aturkan kehidupan kita.. Adakala kita susah dan adakalanya kita senang.. Sama juga dengan orang lain.. Kalaulah suatu ketika dahulu kita memerlukan wang dan ada yang membantu, kenapa tidak sekarang kita bermurah hati membantu si dia yang dah tolong kita.. Bukannya bersikap sombong dan tak tahu nak menghargai pertolongan orang.. Seperti yang disebut dalam Surah An-Nisaa, sebahagian daripada ayat 36, Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.. Kalau kita tak mampu nak membantu orang lain.. Lebih baik kita berdiam dan berbaik dengan orang lain seperti biasa.. Tidak memberi apa-apa keuntungan pun kepada kita sekiranya kita sombong dengan orang.. Seperti yang Rasulullah s.a.w bersabda, Tidak akan masuk syurga, Sesiapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan..❞ : (HR Muslim). Jadi, tepuklah dada masing-masing dan bertanyalah kamu adakah pernah kita bersikap sedemikian dengan orang sekeliling..?? Bermaafan lah sebelum terlambat..

Saturday 13 July 2013

Pelihara Aib Orang Lain

Kita semua yang dilahirkan sebagai kaum Adam dan Hawa ini indah dari Allah s.w.t.. Kita semua sama di mata Allah s.w.t. walaupun berlainan agama, berlainan bangsa.. Diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk melakukan kebaikan dan menghindarkan dari melakukan laranganNya.. Berat tanggungjawab kita sebenarnya di dunia ini.. Adakala kita di tempat yang benar. Dan adakalanya kita di tempat yang salah.. Setiap seorang dari kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. Kenapa..?? Kerana hidup kita sentiasa diuji, hari berganti hari.. Ada hari kita melakukan dosa dan ada hari kita melakukan amal kebajikan.. Sama jugak seperti insan lain.. Adakala kita menyedari dosa dan pahala yang kita lakukan.. Dan adakala kita melihat dosa dan pahala yang orang lain lakukan.. Tetapi kita bukan sesiapa untuk mencemuh kita sesama umat Nabi Muhammad s.a.w.. Dan kita bukanlah Allah s.w.t. untuk menghukum saudara-saudara kita.

Segala kejahatan orang lain yang kita ketahui, wajib bagi kita menjadikan kejahatan itu suatu rahsia.. Dan wajib bagi kita untuk memelihara keaiban seseorang itu.. Sebab itulah tanggungjawab kita berat.. Bukan hanya keaiban kita wajib dipelihara, tetapi jugak keaiban orang lain.. Wajib bagi kita untuk sentiasa melihat aib diri sendiri dan berusaha membersihkannnya.. Wajib jugak bagi kita untuk merasa malu apabila mencela orang lain.. Jangankan diri kita sendiri mempunyai aib seperti orang lain atau mungkin lebih dasyat lagi..
Jangan biarkan ada yang berkata sedemikian kepada kita..
❝ Kesian... Ada jugak manusia yang suka mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.. Tapi kekurangan diri sendiri tak pulak dia nampak..

Kita sepatutnya menutup aib sesama muslim dan berhenti menyiarkannya..
Sepertimana Firman Allah s.w.t.
❝ Sesungguhnya orang yang menghebah (menyiar) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat..
- Surah An-Nur : 19

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda,
❝ Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah s.w.t. akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat..
- Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim juga ada menyebut mengenai akhlak kita sebagai umat Islam..
Rasulullah s.a.w. bersabda,
❝ Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh menzaliminya atau membiarkannya dizalimi.. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, nescaya Allah s.w.t. akan memenuhi hajatnya.. Dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan, nescaya Allah s.w.t. akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat.. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah s.w.t. akan menutup keaibannya di hari kiamat..
- Daripada Ibnu Umar R.Huma

Asma Ul Husna - 99 Nama Allah

Aku berlindung kepada Allah s.w.t. dari godaan syaitan yang terkutuk.. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Hanya milik Allah, Asma Ul Husna.. Maka bermohonlah kepadaNya.. Dengan menyebut Asma Ul Husna.. Dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut nama-namaNya.. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan..

  1. Ar-Rahman : Maha Pemurah
  2. Ar-Rahim : Maha Pengasih
  3. Al-Malik : Maha Agung
  4. Al-Quddus : Maha Suci
  5. As-Salam : Maha Selamat Sejahtera
  6. Al-Mukmin : Maha Melimpahkan Keamanan
  7. Al-Muhaimin : Maha Pengawal dan Pengawas
  8. Al-Aziz : Maha Berkuasa
  9. Al-Jabbar : Maha Kuat
  10. Al-Mutakabbir : Maha Memiliki Kebesaran
  11. Al-Khaliq : Maha Pencipta
  12. Al-Bari : Maha Menjadikan
  13. Al-Musawwir : Maha Pembentuk
  14. Al-Ghaffar : Maha Pengampun
  15. Al-Qahhar : Maha Menentukan
  16. Al-Wahhab : Maha Pemberi
  17. Ar-Razzaq : Maha Pemberi Rezeki
  18. Al-Fattah : Maha Pembuka
  19. Al-Alim : Maha Mengetahui
  20. Al-Qabidh : Maha Pengekang
  21. Al-Basit : Maha Melimpahkan Nikmat
  22. Al-Hafidd : Maha Merendahkan
  23. Ar-Rafi' : Maha Meninggikan
  24. Al-Mu'iz : Maha Memuliakan
  25. Al-Muzil : Maha Menghinakan
  26. As-Sami' : Maha Mendengar
  27. Al-Basir : Maha Melihat
  28. Al-Hakam : Maha Penghukum
  29. Al-'Adl : Maha Adil
  30. Al-Latif : Maha Lembut
  31. Al-Khabir : Maha Mengetahui
  32. Al-Halim : Maha Penyantun atau Sabar
  33. Al-'Azim : Maha Agung
  34. Al-Ghafur : Maha Pengampun
  35. Asy-Syakur : Maha Bersyukur
  36. Al-'Aliy : Maha Tinggi
  37. Al-Kabir : Maha Besar
  38. Al-Hafiz : Maha Pemelihara
  39. Al-Muqit : Maha Penjaga
  40. Al-Hasib : Maha Penghitung
  41. Al-Jalil : Maha Sempurna
  42. Al-Karim : Maha Pemurah
  43. Ar-Raqib : Maha Mengawasi
  44. Al-Mujib : Maha Mengabulkan
  45. Al-Wasi' : Maha Luas
  46. Al-Hakim : Maha Bijaksana
  47. Al-Wadud : Maha Mengasihani
  48. Al-Majid : Maha Mulia
  49. Al-Ba'its : Maha Membangkitkan
  50. Asy-Syahid : Maha Menyaksikan
  51. Al-Haq : Maha Benar
  52. Al-Wakil : Maha Pentadbir
  53. Al-Qawiy : Maha Kuat
  54. Al-Waliy : Maha Pelindung
  55. Al-MAtin : Maha Teguh
  56. Al-Hamid : Maha Terpuji
  57. Al-Muhsi : Maha Penghitung
  58. Al-Mubdi : Maha Memulai
  59. Al-Mu'id : Maha Mengembalikan
  60. Al-Muhyi : Maha Menghidupkan
  61. Al-Mumit : Maha Mematikan
  62. Al-Hayy : Maha Hidup
  63. Al-Qayyum : Maha Berdiri Sendiri
  64. Al-Wajid : Maha Penemu
  65. Al-Majid : Maha Mulia
  66. Al-Wahid : Maha Esa
  67. Al-Ahad : Maha Esa (Satu)
  68. As-Samad : Tempat Bergantung
  69. Al-Qadir : Maha Berupaya
  70. Al-Muktadir : Maha Berkuasa
  71. Al-Mukaddim : Maha Menyegerakan
  72. Al-Muakhir : Maha Mengakhirkan
  73. Al-Awwal : Yang Pertama 
  74. Al-Akhir : Yang Akhir
  75. Az-Zahir : Yang Zahir 
  76. Al-Batin : Yang Batin
  77. Al-Wali : Yang Memerintah
  78. Al-Muta'ali : Maha Tinggi dan Mulia
  79. Al-Barr : Maha Baik
  80. At-Tawwab : Maha Penerima Taubat
  81. Al-Muntaqim : Maha Penghukum
  82. Al-'Afuw : Maha Pemaaf
  83. Ar-Rauf : Maha Belas Kasihan
  84. Malikul-Mulk : Maha Pemilik Kerajaan
  85. Dzul-Jalali : Maha Memiliki Keangungan dan Kemuliaan
  86. Al-Muqsit : Pemilik Keadilan
  87. Al-Jami' : Maha Mengumpulkan
  88. Al-Ghaniy : Maha Kaya
  89. Al-Mughni : Maha Memakmurkan
  90. Al-Mani' : Maha Pencegah
  91. Ad-Darr : Maha Mendatangkan
  92. An-Nafi' : Yang Memberi Manfaat
  93. An-Nur : Maha Pemberi Cahaya
  94. Al-Hadi : Maha Pemberi Petunjuk
  95. Al-Badi' : Maha Pencipta Keindahan
  96. Al-Baqi : Maha Kekal
  97. Ar-Warits : Maha Mewarisi
  98. Ar-Rasyid : Maha Memberi Petunjuk
  99. As-Sabur : Maha Penyabar
Segala puji bagiMu, Ya Allah..
Yang pertama, Tanpa ada yang mengawalNya..
Yang terakhir , Tanpa ada yang menghampiriNya..
Yang tak terlihat oleh pandangan orang yang memandangNya..
Yang tak tergambarkan oleh bayangan orang yang membayangNya..
Kau ciptakan makhluk dengan kekuasaanMu..
Kau ciptakan segala sesuatu dengan kehendakMu..

Segala puji bagiMu, Ya Allah..
Yang memberi kami kemampuan untuk mensyukuri nikmatMu..
Yang membuka bagi kami pintu-pintu keIlahianMu..

Segala puji bagiMu, Ya Allah..
Dengan segenap ujian yang dikumandangkan..
Para malaikat dan para makhluk yang dimuliakan..

Segala puji bagiMu, Ya Allah..
Atas nikmat yang kau berikan kepada kami, hamba-hambaMu..
Yang telah mendahului mahupun yang akan datang kemudian..
Pujian kami aturkan kepadaMu sebagai penghubung untuk mentaati dan peminta ampunan sebagai penyembah memperoleh redha penghantar jalan menuju syurga..

Segala puji bagiMu, Ya Allah..
Kau ciptakan kami sebagai hambaMu..
Dan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w., kekasihMu..



Friday 12 July 2013

Tanggungjawab Suami Isteri

FawwazSecret nak kongsi sedikit tanggungjawab-tanggungjawab yang seharusnya ada pada seseorang yang ingin menuju ke alam perkahwinan.. Samada lelaki mahupun perempuan.. FawwazSecret cuma nak kongsikan apa yang FawwazSecret tahu sahaja.. Lain-lain yang perlu, bolehlah tinggalkan komen, sekiranya sudi.. Mula-mula FawwazSecret nak kongsikan satu persatu tanggungjawab seorang suami dan seorang isteri.

Tanggungjawab Suami
  • Memberi nafkah zahir dan batin..
  • Membayar mas kahwin kepada isteri..
  • Memberi layanan yang baik..
  • Menjaga maruah isteri..
  • Memberi didikan agama..
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar..
  • Menjaga isteri dari sebarang ancaman..
  • Adil terhadap isteri-isterinya (berpoligami)..

Tanggungjawab Isteri
  • Taat dan hormat kepada suami..
  • Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya..
  • Memelihara kehormatan diri dan keturunannya..
  • Memberi layanan yang baik..
  • Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa..
  • Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya..
  • Suka hidup sederhana..
  • Tidak suka mengomel..
  • Tidak boros berbelanja..
  • Tidak suka berhutang..
  • Tidak suka mengumpat..
  • Tidak keluar rumah tanpa izin suami..
  • Tidak mudah menerima tetamu tanpa izin suami..
  • Tidak mendedahkan kelemahan atau keburukan suami..

Itu serba sedikit tanggungjawab-tanggungjawab yang seorang suami dan seorang isteri wajib jalani.. Sebenarnya ada banyak lagi kan..?? Cuma FawwazSecret nak kongsikan apa yang FawwazSecret tahu sahaja.. Sekarang ni FawwazSecret nak kongsikan tanggungjawab bersama.. Tanggungjawab yang wajib bagi pasangan suami isteri jalani bersama..

Tanggungjawab Bersama
  • Mengekalkan rukun rumahtangga..
  • Memelihara dan menjaga anak-anak (anugerah Allah)..
  • Memberi pendidikan yang sempurna (agama juga)..
  • Memberikan layanan yang saksama kepada kedua-dua belah pihak keluarga..
  • Menyediakan rawatan dan perubatan (saling membantu ketika tidak sihat)..
  • Menjaga keselamatan rumahtangga..

Bagi sesiapa yang baru nak menuju ke alam perkahwinan ataupun yang sememangnya sudah berumahtangga, seharusnya merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.. Bukan hanya perancangan awal, tetapi biarlah berkekalan.. FawwazSecret taknak bercerita panjang, tetapi FawwazSecret nak kita sama-sama tahu apa perancangan yang seharusnya ada apabila kita di dalam alam rumahtangga..

Merancang Kehidupan Rumahtangga
  • Mencari tempat tinggal yang selesa..
  • Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menanggung nafkah isteri dan anak-anak..
  • Mencari rezeki untuk masa depan keluarga..
  • Harus ada komunikasi antara suami isteri tentang rancangan keluarga..
  • Mengetahui kerja-kerja dalam rumahtangga..
  • Melaksanakan kerja-kerja rumahtangga mengikut tugas bersama..
  • Mengatur waktu bekerja untuk melaksanakan tugas-tugas di rumah..
  • Mengatur waktu untuk bermesra bersama keluarga, juga masyarakat..
  • Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi antara suami isteri..
  • Mengetahui apa yang digemari atau sebaliknya oleh suami isteri berlandaskan hukum Islam..
  • Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga..
  • Merancang masa depan anak-anak dengan teliti..
  • Mengekalkan kemesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga..
  • Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat, RUMAHKU SYURGAKU..