بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Monday 30 September 2013

Malam Akhir September

Hari ny hari terakhir dalam bulan September kan..
FawwazSecret nak ambil peluang ny untuk post beberapa gambar Mummy Daddy yang menjadi kenangan dalam bulan September ny..
Dan esok FawwazSecret akan tinggal pembuka tirai Oktober pulak..


STEAMBOAT MUMMY DADDY :D


SEPETANG MUMMY DADDY DI TEPI PANTAI :D


LEPAKING MUMMY DADDY :D

Selamat tinggal September !!
Nantikan Salam Oktober FawwazSecret taw !! Bbye.. Mwahx!!

Jika Niat Bukan Kerana Allah swt

Bismillahhirrahmanirrahim.. :')
Untuk hari ny FawwazSecret tak nak kongsikan kisah menarik surah-surah dalam Al-Quran.. Tapi hari ny FawwazSecret ada satu topik menarik yang nak dikongsikan bersama untuk kita-kita yang baru nak memasuki gerbang perkahwinan.. Haa.. FawwazSecret takda lah pandai sangat.. Tapi cerita ny FawwazSecret nak kongsikan sebagai pelajaran kepada kita-kita sebelum kahwin.. Orang tua-tua selalu cakap SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN..

Al-kisahnya bermula begini.....
FawwazSecret tak berapa nak kenal dengan seorang perempuan ny tapi dia dah kahwin tau.. Dia ibu tunggal ada seorang anak perempuan.. Kisahnya dulu dia sudah berkahwin.. Tapi telah diceraikan.. Kenapa..?? Tak tahu.. FawwazSecret pon tak tanya.. Tapi sekarang dia berkahwin untuk kali yang kedua dengan seseorang yang dia kenal tak sampai setahun.. Itu dikatakan jodoh.. Dia berkahwin sebab janji-janji manis si lelaki.. Dan dia mengharapkan janji-janji itu menjadi kenyataan.. Tetapi.. Dia dah buat keputusan yang salah.. Janji kini tinggal janji.. Baru tiga bulan berumahtangga dan sekarang masing-masing buat keputusan untuk bercerai.. Sedihnya.. Masjid Allah swt dah nak roboh.. Gelak besar lah iblis.. Tapi ada sebab-sebab mereka dan FawwazSecret pon boleh menerima.. Kekadang kita berpasangan ny memerlukan kaunseling.. Kita memerlukan nasihat dari seseorang.. Kita tak boleh buat keputusan sendiri.. Apapun kita kena belajar untuk menerima pendapat orang lain.. Tapi pendapat yang baik saja okey.. Yang jahat, tolong buang jauh-jauh..

Pada mulanya FawwazSecret cuba-cuba untuk tahu dimana silap kedua pasangan ny sampaikan masing-masing buat keputusan untuk bercerai..

Aku : Kak janganlah buat keputusan terburu-buru.. Cuba share..
         Mana tahu ada jalan penyelesaian..
Dia : Memang takkan ada dik..Dulu sebelum kahwin cakap, hidup kita akan senang..
        Motor abg tinggalkan untuk ayg bawa gi cari makan supaya tak penat berjalan..
        Tapi sekarang akak berjalan jea cari makan.. Kedai jauh bukan dekat..
Aku : Janji masa bercinta akak.. Semua manis..
Dia : Yea akak tahu..Kalau yea pon dia nak buat macam ny.. Buat kat akak sudah..
        Jangan buat ke anak akak.. Anak akak tak salah.. Yang salahnya akak.. Sebab pilih dia..
Aku : Macam ni lah.. Akak cuba tenang.. Saya nak tanya.. Akak solat..??
Dia : Yea akak solat.. Tapi laki akak tak pernah solat.. Puasa pon tidak..

FawwazSecret pandang sekeliling bilik.. Tapi FawwazSecret tak nampak langsung sejadah mahupun telekung.. FawwazSecret tak yakin dengan jawapan dia.. Jadi.....

Aku : Akak solat di surau..??
Dia : Kadang akak masuk surau.. Kadang akak kat sini jea..
Aku : Takpalah.. Akak berdoalah mintak petunjuk Allah swt..
         Mana taw ada jalan penyelesaian yang baik yang Allah swt nak bagi..
Dia : Berdoa..?? Boleh ke akak nak berdoa untuk lelaki macam tuh..??
Aku : Selagi kita beragama Islam.. Jangan lupa Tuhan.. Setiap doa kita Allah swt terima..
         Kalau akak rasa akak teraniaya.. Akak kena sedar yang Allah  swt sedang
         tunggu doa dari akak..
Dia : Akak dah malas nak pikir.. Kalau boleh kak nak dia ceraikan akak dengan talak tiga..
Aku : Akak.. Tolong tenang.. Akak mengaji..??
Dia : Tak.. Akak takda Al-Quran..
Aku : Jangan macam tuh akak.. Kita berkahwin ny pertama sekali kita kena tau yang kita
         nak membina Masjid Allah.. Dan seharusnya niat kita yang pertama kerana Allah swt..
Dia : Akak buta.. Akak nampak cinta dia jea masa tuh..
Aku : Akak.. Sesiapa pon bila bercinta.. Dia agungkan cinta dia..
         Tapi jangan kita lupa bahawa cinta Allah itu lebih agung dari segalanya..
Dia : Takpa lah.. Kak tau kak ada silap.. Kak pon abaikan suruhan Dia..
        Tapi besok dia nak bawak akak ke Pejabat Agama..
Aku : Terpulang lah akak.. Tapi saya mintak tolong akak jangan tinggal solat..
         Dan jangan lupa berdoa.. Jangan lupa mengaji.. Itu untuk ketenangan kita jugak..

Lepas pada tuh FawwazSecret tinggalkan dia dan bagi alasan FawwazSecret ada kerja nak dibuat..

Bila tiba masa  FawwazSecret bersendirian.. FawwazSecret terfikir.. Kalau lah kita nak memasuki alam perkahwinan.. Persediaan pertama yang patut kita buat, praktik diri untuk kenali dan rasai macam mana kita ketika memikul tanggungjawab-tanggungjawab bila dah kahwin.. Tanggungjawab kita sebagai seorang suami/isteri bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dipikul.. Sebab tuh Allah swt bagi kita peluang mengenali sikap pasangan masing-masing.. Dan Allah swt bagi peluang kita bertunang dahulu sebelum menikah.. Kenapa..?? Kerana Allah swt memberi kita waktu untuk kita praktikkan tanggungjawab kita sebagai seorang suami ataupun seorang isteri.. Bila kita dah praktik dari awal.. Kita tak susah.. Bila dah sampai masa kita berumahtangga.. Kita dah tahu cara terbaik nak mencari kebahagiaan dalam rumahtangga.. Dan yang paling penting sebelum kita bergelar suami/isteri.. Niat kita dalam membina Masjid-Nya haruslah tepat..

Niat sebenarnya kita yang paling penting iaitu :
  1. Kerana Allah swt
  2. Kerana Rasulullah saw
  3. Kerana nak menghalalkan yang haram
  4. Kerana nak tambahkan bilangan Umat Islam
  5. Kerana cinta
Tapi kalau kerana cinta kita letaknya di atas sekali.. Alamatnya musnah rumahtangga.. Apa sekalipun, agama kita kena kuat.. Jangan kenangkan soal janji manis.. Tapi kenangkanlah apa yang Allah swt kurniakan kepada kita.. Kita manusia.. Kita tak pernah lari dari buat silap.. Tapi sekurang-kurangnya kita fikir dulu sebelum buat sesuatu sebabnya sesuatu yang datang itu semuanya dari Allah swt.. FawwazSecret dah mula mengantuk sebenarnya.. Jadi FawwazSecret taknak panjangkan penulisan blog ny.. Takut lari dari topik pulak.. Jadi selamat malam.. Renung-renungkan ya.. :D



Sunday 29 September 2013

Kisah Menarik Surah Al-Kahfi

Bismillahhirrahmanirrahim... :')
Alhamdulillah FawwazSecret dapat habiskan bacaan Surah Al-Kahfi untuk malam ny.. Dan Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengetahui satu lagi kisah menarik yang tertulis dalam Surah Al-Kahfi.. Sepertimana yang kita tahu surah ini mengandungi 110 ayat yang mempunyai 7 cerita menarik yang tertulis dalam surah ny.. Mula-mula FawwazSecret nak terangkan maksud "Al-Kahfi" ni sebenarnya adalah "Gua" dan "Ashabul Kahfi" adalah "Penghuni-penghuni Gua".. Dalam Surah Al-Kahfi tertulis cerita beberapa orang pemuda yang tidur di dalam gua bertahun-tahun lamanya.. Selain dari menceritakan kisah pemuda-pemuda ini, ada juga diselitkan beberapa kisah yang boleh dijadikan iktibar dan pelajaran yang berguna kepada kehidupan kita (manusia).. Jom FawwazSecret kongsikan beberapa kisah menarik yang diselitkan dalam surah ny..

KISAH ASHHAABUL KAHFI

Di dalam sebuah bandar ada dua golongan manusia yang satunya menyembah Allah swt dan satu lagi menyembah sesuatu selain dari Allah swt, menyekutu Allah swt..  Pada suatu ketika datanglah seorang pemuda yang sedang mencari tempat berlindung lalu berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.. Tetapi dirinya tidak mengakui bahawa dirinya menyembah sesuatu selain Allah swt.. Lalu Nabi Muhammad saw mengatakan kepadanya supaya berlindung di dalam gua.. Dia seolah-olah meragui..
Lalu Nabi Muhammad saw berkata :
"Setiap orang yang mendiami gua juga ada tanda-tanda kebesaran Allah swt yang kita tak tahu"
Kemudian pemuda itu bersetuju untuk berlindung di dalam gua.. Lalu Nabi Muhammad saw berpesan kepada pemuda itu supaya jangan lupa untuk berdoa...
" Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami dari sisi Mu "
" Dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini "

Pemuda-pemuda itu mengimbas kembali pesan Nabi Muhammad saw..
" Sekiranya kamu meninggalkan apa yang kamu sembah melainkan Allah swt.. Niscaya sepanjang kamu mendiami gua tersebut, Allah swt akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kepadamu sesuatu yang berguna untuk segala setiap urusanmu.. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua di sebelah kanan.. Dan matahari itu terbenam menjauhi gua dari sebelah kiri.. Walaupun kamu berada di dalam gua, namun kebesaran Allah swt tetap akan kamu nikmati.. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah swt.. Maka dialah yang mendapat petunjuk.. Barangsiapa yang disesatkan-Nya.. Maka kamu tidak akan mendapat seorang pemimpin pun yang dapat memberi kamu petunjuk kepada kamu.. Melainkan Allah swt.."

Tanpa pemuda-pemuda itu menyedari.. Allah swt tutup telinga mereka bertahun-tahun lamanya.. Dan Allah swt menyedari golongan manakah yang menghitung bilangan hari mereka mendiami gua.. Mereka sebenarnya telah tinggal beratus tahun lamanya iaitu selama 309 tahun.. Tetapi bila ditanya, mereka merasa seolah-olah mereka berada dalam satu hari ataupun setengah hari..
Nabi Muhammad saw berpesan,
" Sekiranya kamu keluar dari gua untuk ke bandar dengan membawa wang perak kamu, belilah makanan yang lebih baik.. Dan seharusnya kamu bersikap lemah lembut.. Dan jangan sesekali kamu menceritakan halmu kepada sesiapapun.. Dan jika mereka mengetahui akan tempat tinggalmu.. Mereka akan melemparkan kamu dengan batu atau memaksa kamu untuk kembali kepada agama mereka.. Dan jika kamu mengikut kehendak mereka.. Niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.."

INSYA-ALLAH

Dalam Surah Al-Kahfi ketika Nabi Muhammad saw bertengkar dengan mereka yang mendiami gua kerana ingin mengetahui bilangan mereka yang tinggal di dalam gua tersebut..
Rasullullah saw teringat akan firman Allah swt :
" Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka "
" Tidak ada seorang pon yang mengetahui bilangan mereka walaupun sedikit "
Dan Rasulullah dilarang untuk menanyakan bilangan pemuda-pemuda itu kepada sesiapa pun diantara mereka.. Dan Rasululullah saw ditinggalkan pesan supaya jangan sesekali berkata,
" Sesungguhnya aku akan mngerjakan itu besok pagi kecuali dengan menyebut Insya-Allah "
Dan seharusnya kita kena ingat kepada Allah swt bila kita nak lakukan sesuatu.. Kerana semuanya adalah dengan izin Allah swt.. Dan jangan lupa untuk berkata,
" Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk yang lebih dekat kebenarannya daripada ini "

AZAB BAGI ORANG-ORANG MUSYRIK

Dalam Surah Al-Kahfi Allah swt berfirman :
" Apakah Kami akan memberitahumu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya..?? "
Manusia-manusia yang Allah swt sebutkan kepada kita adalah mereka-mereka yang telah mensia-siakan kehidupan mereka di dunia.. Tapi mereka merasakan diri mereka telah berbuat sebaik-baiknya perbuatan.. Mereka sebenarnya orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Allah swt.. Dan lupa untuk bersujud mendekati Allah swt.. Maka hapuslah segala amalan-amalan mereka di dunia.. Dan Allah swt tidak akan menilai amalan mereka pada hari kiamat, walaupun hanya satu amalan yang mereka lakukan di dunia.. Dan neraka Jahannam pembalasan terhadap orang-orang sedemikian.. Hal ini kerana kekafiran mereka dan kerana mereka memperolokkan ayat-ayat Allah swt (ayat Al-Quran) dan rasul-rasul-Nya..

PAHALA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN

Dalam Surah Al-Kahfi Allah swt juga telah berfirman :
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka adalah Syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.. Mereka kekal di dalamnya.. Dan mereka tidak ingin berpindah daripadanya "
Sepertimana yang kita tahu.. Sesiapa yang sentiasa mengagungkan ayat-ayat Allah swt sememangnya mereka akan ditempatkan di syurga-Nya.. Dan barangsiapa yang sentiasa beramal soleh, Allah swt akan kehendaki petunjuk kepadanya cuma lambat dengan cepat saja untuk mereka perolehi..

....................................................................................................................

Sebenarnya setiap apa yang berlaku kat dunia ny semuanya tertulis dalam Al-Quran.. Dan apa yang kita alami sekarang ny sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari kita iaitu orang-orang di zaman Rasulullah saw dah hadapi lebih awal dari kita.. Dulu hanya kitab suci Allah swt (Al-Quran) yang menjadi bahan bacaan orang-orang terdahulu.. Tapi sekarang dah macam-macam kitab kita pelajari.. Sebab tuh kita jadi manusia yang angkuh, manusia yang rasa kita baik sepenuhnya.. Sedangkan kita lupa sebenarnya kita ny cuma hamba Allah swt.. Dan lupa untuk mengagungkan ayat-ayat Allah swt (Al-Quran).. Tapi berbangga dengan memperolokkan ayat-ayat Allah swt.. Itulah orang yang kufur dan merasakan diri mereka jauh lebih hebat dari orang yang mengagungkan ayat-ayat Al-Quran.. Tapi mereka  tetap merasakan perbuatan mereka tuh baik sangat..

FawwazSecret bukanlah ambil peluang ceritakan kisah Surah Al-Kahfi ny dengan nak mengata dia itu dia ini.. Tak jugak.. Tapi apa yang terselit dalam Surah Al-Kahfi ny memang ada yang terjadi kat dunia Mummy Daddy.. Bukan dunia Mummy Daddy ja.. Tapi dunia semua orang.. Selagi kita berpijak di bumi Allah swt.. Ingatlah.. Kita ny sebenarnya cuma hamba Allah swt saja.. Kita bukan yang terbaik.. Dan kita bukan yang terhebat.. Mengata orang itu hobi kita.. Tapi dalam tak sedar, kita buat dosa.. FawwazSecret yakin ramai orang sekarang suka kutuk, mengata orang dari nak menilai diri sendiri.. Biasalah dunia akhir zaman kan.. Apa FawwazSecret boleh cakap sangat.. Biarlah Allah swt yang balas segala-galanya.. Aminn.. :')


Friday 27 September 2013

Kisah Menarik Surah Al-Israa'

Bismillahirrahmanirrahim... :')
Malam ny FawwazSecret selesai bacaan Surah Al-Israa' yang bermaksud Memperjalankan di Malam Hari.. Selepas FawwazSecret selesai baca terjemahannya.. Terlahir rasa keinsafan dalam diri.. Bukan sedikit tapi terasa banyak.. Cuba kita luangkan masa dalam satu jam untuk kita hayati dan fahami ayat-ayat dalam Surah Al-Israa'.. FawwazSecret yakin pasti akan ada diantara kita yang akan menitiskan air mata keinsafan.. FawwazSecret ajak mangaji bukan sebab FawwazSecret ny orang yang baik-baik.. Tak jugak.. Tapi kita dah akhir zaman sekarang.. Lagi kita mendekat dengan Al-Quran, lagi kita akan cepat temui kebenaran kehidupan kita.. SubahanAllah.. :')

Untuk pengetahuan semua.. Surah Al-Israa' berada dalam Juz 15 dimana terdapat 17 kisah yang terulis dalam surah ny.. Surah Al-Israa' mengandungi 111 ayat untuk kita baca.. Banyak kan.. Jangan nampak ayatnya banyak kita dah tamo baca.. Sepatutnya kita wajib baca 100 ayat Al-Quran dalam sehari.. Kalau dalam sehari kita tak dapat baca dalam 100 ayat Al-Quran, kita tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.. FawwazSecret sebutkan info yang betul ny.. Kalau nak tau cari lah sendiri.. Ceramah Ustaz-Ustazah pon mereka ada sampaikan untuk kita.. Cuma kita selalu abaikan dan lalai..

FawwazSecret mungkin tak kongsikan sepenuhnya 17 kisah menarik yang tertulis dalam Surah Al-Israa'.. Tapi sekurang-kurangnya FawwazSecret akan sampaikan kisah yang boleh memberi pengajaran kepada kita.. Sama-sama kita fahami dan renungi.. :')

ISRAA' DARI MEKAH KE BAITUL MAQDIS

Maha Suci Allah swt.. Israa' dari Mekah ke Baitul Maqdis adalah penghormatan terhadap Nabi Muhammad saw.. Allah swt izinkan Nabi Muhammad saw berjalan pada suatu malam dengan ditemani malaikat-malaikat disekelilingnya.. Di sepanjang perjalanan Nabi Muhammad saw, Allah swt memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah swt..

AL-QURAN PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR

Sesungguhnya Al-Quran dicipta untuk kita umat Nabi Muhammad saw membaca dan mengenal setiap apa yang tertulis di dalamnya.. Al-Quran akan memberi kita petunjuk kepada jalan yang lebih benar dan lurus.. Al-Quran jugak pembawa berita kegembiraan kepada kita.. Dan Al-Quran jugak pemberi pahala yang besar kepada Mukmin yang mengerjakan amal soleh (mengaji Al-Quran).. Seandainya kita tidak beriman kepada kehidupan akhirat, kita akan memperoleh azab yang sangat pedih.. Allah swt berikan kita malam dan siang.. Tetapi Allah swt berikan kita siang itu terang supaya kita nampak segala sesuatu yang Allah swt cuba terangkan kepada kita.. Tetapi kita manusia.. Bersikap tergesa-gesa ketika berdoa.. Contohnya inginkan sesuatu kejahatan itu dibalas cepat dengan kebaikan.. Tetapi bila Allah swt jelaskan, kita tetap tak nampak sesuatu kebenaran tuh..

TIAP-TIAP ORANG MEMIKUL DOSANYA SENDIRI

Setiap manusia diantara kita Allah swt dah tetapkan segala amal dan zalim perbuatan kita.. Sebagaimana Allah swt letakkan kalung di leher kita.. Bila sampai masa kalung itu dibuka, kita akan nampak setiap amal dan zalim yang kita dah lakukan.. Masa tuh lah kita akan nampak seluruh kejahatan kita..
Allah swt berfirman,
" Bacalah kitabmu.. Cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu "
Kepada sesiapa yang sering amalkan bacaan Al-Quran.. Percayalah Alla swt akan sentiasa melindungi dirinya dari melakukan kejahatan.. Dan kepada sesiapa yang tidak mengamalkan bacaan Al-Quran.. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sesat.. Jangankan diri sendiri berdosa tetapi masih mampu mencari dosa orang lain.. Kepada sesiapa yang mengejar kehidupan duniawi, tidak teragak-agak Allah swt memberinya pembalasan di dunia dan Allah swt dah tentukan baginya nereka Jahannam.. Dan kepada sesiapa yang mengejar kehidupan akhirat, Allah swt sudah tetapkan baginya pembalasan yang baik.. Tetapi Allah swt Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.. Samada kita dalam golongan yang baik mahupun zalim, Allah swt mendengar rintihan hamba-Nya dan sedia memberi bantuan apabila kita memerlukan..

BEBERAPA TATA KRAMA PERGAULAN

Seandainya kita kini bergelar seorang anak, jangan sesekali kita berkata "ahh" pada orang tua kita.. Jaga cara pergaulan dan tutur bicara.. Dan seharusnya kita merendah diri terhadap ibu bapa kita.. Dan kita berdoa kepada Allah swt agar ibu bapa kita dikasihi sepertimana kita dikasihi mereka sewaktu kecil dahulu.. Dan sebenarnya Allah swt lebih mengetahui isi yang terkandung dalam hati kita.. Kalau kita tergolong dalam golongan yang baik-baik, maka sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun bagi mereka-mereka  yang bertaubat.. Dan apabila kita diberikan perasaan untuk mencintai seseorang.. Janganlah kita mendekati zina.. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk buat kita..

ORANG-ORANG KAFIR TIDAK MEMAHAMI AL-QURAN

Ujian bagi kita yang sering membaca Al-Quran.. Allah dekatkan kita dengan mereka-mereka yang tidak membaca Al-Quran.. Dan Allah swt menguji kita untuk lihat dimana tahap kesabaran kita menerima suatu kutukan dari mereka yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat.. Allah swt tutup hati mereka untuk melihat kebenaran.. Allah swt pekakkan telinga mereka supaya mereka tidak memahami kebenaran.. Dan kita yang beramal soleh dengan Al-Quran hanya akan redha menerima caci maki orang-orang sedemikian kerana mereka adalah orang-orang yang kafir.. Dan lihatlah bagaimana mereka membuat perumpamaan-perumpamaan terhadap kita yang beramal.. Kenapa mereka berbuat demikian..?? Kerana mereka telah menjadi sesat dan Allah swt tutupkan penglihatan mereka dari menemui jalan yang benar..

PERMUSUHAN DAN GODAAN SYAITAN

Sesungguhnya apabila kita sesama umat Nabi Muhammad saw bermusuhan dan terpedaya dengan godaan syaitan.. Kita diantara golongan yang kufur.. Sekiranya kita terus percaya dengan hasutan syaitan, kita akan sentiasa berfikiran negatif terhadap orang-orang yang syaitan hasut bagi kita membencinya.. Dan masa tuh Allah swt berfirman,
" Pergilah.. Barangsiapa diantara kamu yang mengikuti Iblis, "
" Maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasan kepada kamu semua "

PETUNJUK ALLAH SWT DALAM MENGHADAPI TENTANGAN

Disini ada beberapa petunjuk yang Alla swt berikan supaya kita kuat untuk melawan penghinaan seseorang terhadap kita.. Ingat, jangan balas balik penghinaan tersebut.. Tetapi, kita wajib mendirikan solat subuh dimana ketika itu matahari sudah tergelincir sampai gelap malam.. Kerana masa tuh hanya malaikat-malaikat yang memerhatikan kita.. Dan bila malam, dirikan solat tahajud sebagai ibadat tambahan.. Berdoa apa saja supaya Allah swt berikan petunjuk.. Percayalah dengan segera Allah swt akan berikan kita hidayah dan tunjukkan kita kepada kebenaran..
Dan berkatalah,
" Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap"
Percayalah bahawa setiap yang batil itu pasti akan lenyap..

Itu sahaja serba sedikit kisah yang FawwazSecret sampaikan dari Surah Al-Israa'.. Semua kisah yang tertulis dalam surah ny penting.. Cuma FawwazSecret ambil kisah-kisah yang boleh kita sesama jadikan ia teladan.. Sekurang-kurangnya jadi renungan buat kita.. Dan semestinya akan lahir rasa keinsafan dalam diri.. Tapi kalau nak betul terasa keinsafan dalam diri.. Jangan lupa baca Surah Al-Israa'.. Takkan rugi.. Jiwa confirm tenang.. Tengok macam FawwazSecret.. Lepas menangis dan sedar setiap apa yang Surah Al-Israa' uba sampaikan.. Memang jiwa, hati kosong-kosong lah.. Dan secara tak langsung hati ikhlas memaafkan kesalahan orang-orang yang pernah bersalah dengan kita..

Kisah Menarik Surah Al-Hijr

Hai.. Assalamualaikum.. Sudah lama rasanya FawwazSecret tak bagi salam.. Sebab perkataan ASSALAMUALAIKUM dah ada besar kat atas ny.. Nampak kan.. Hehe.. :D Memberi salam itu sunat jea.. Menjawab salam tuh wajib.. So takpa kalau FawwazSecret tak bagi salam pon.. Sebab selalunya orang kalau dah sebut "assalamualaikum" belum tentu mulut tuh nak jawab balik "waalaikumussalam".. Eh, ouh awak jawab dalam hati eh.. Baguslah.. Jangan lah marah.. Mulut tuh dah muncung dah nak mengutuk FawwazSecret.. Jangan selalu-selalu bagi FawwazSecret pahala percuma.. Buruk sangat perangai sampai sanggup buat dosa.. Hehe.. :D Bergurau aje yea..

Sebenarnya FawwazSecret dah selesai membaca Surah Al-Hijr dalam Al-Quran dua minggu yang lalu.. Setiap hari FawwazSecret baca satu surah.. Cuma tak pernah nak dikongsikan dalam blog.. Jadi sekarang ny FawwazSecret fikir ada baiknya FawwazSecret berkongsi kan.. Lagi banyak cerita.. Selain pada kenangan Mummy Daddy, tak salah diselitkan sekali pengetahuan untuk renungan kita.. Baiklah.. Dalam setiap surah semua ada tertulis akan kebesaran dan kekuasaan Allah swt mencipta dan memberi kita segala nikmat di dunia.. Dalam Surah Al-Hijr jugak ada tertulis.. FawwazSecret akan selitkan tapi tak tertumpu kepada kebesaran dan kekuasaan-Nya sahaja.. Jom kita kongsi firman Allah swt..

INDAH CIPTAAN ILAHI

" Sesungguhnya Kami telah mencipta gugusan-gugusan bintang di langit "
" Dan telah Kami menghiasi langit bagi orang-orang yang memandangnya "
" Sesungguhnya Kami hamparkan bumi dan Kami menjadikan gunung-ganang "
" Kami tumbuhkan setiap satu tumbuhan menurut ukuran "
" Sesungguhnya di sisi Kami lah khazanah-nya "
" Dan telah Kami meniupkan angin untuk mengawinkan segala tumbuh-tumbuhan "
" Sesungguhnya Kami turunkan hujan dari langit "
" Dan air itu menjadi sumber minuman-mu "
" Dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpan sumber minuman itu "
" Sesungguhnya Kami memberikan untuk-mu keperluan hidup "
" Dan Kami ciptakan makhluk-makhluk yang sekali-kali pemberi rezeki kepada-mu "

KEAGUNGAN ALLAH SWT

" Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia (adam) dari tanah liat kering "
" Dan tanah kering itu berlumpur hitam yang telah diberi bentuk-nya "
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan jin sebelum Adam "
" Dan Kami ciptakan jin dari api yang sangat panas "
" Sesungguhnya Kami lah yang menghidupkan dan mematikan "
" Dan Kami jugalah yang mewarisi "
" Sesungguhnya Kami mengetahui orang-orang terdahulu daripada-mu "
" Dan Kami jugalah yang mengetahui orang-orang terkemudian daripada-mu "
" Tidak ada satu umat pun yang dapat mendahului ajalnya "
" Dan tidak ada satu umat pun yang dapat mengundurkan ajalnya "
" Sesungguhnya Tuhan-mu.. Dia lah yang menghimpunkan mereka "
" Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui "
" Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "
" Dan sesungguhnya azab Allah swt itu adalah azab yang sangat pedih "

ORANG BERTAQWA

Sama-sama kita bayangi indahnya syurga.. SubhanaAllah.. :')
Beruntungnya kita apabila tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa..
" Kita akan berada di dalam syurga yang dihiasi taman-taman "
" Kita akan berada dekat dengan mata air - mata air yang sedang mengalir "
" Kita takkan merasa panas dan rimas ketika sedang berhimpit-himpit sesama yang lain "
" Kita takkan pernah merasa sesak dan lelah walaupun saling bertindih sesama yang lain "
" Allah swt akan lenyapkan segala rasa dendam dalam hati kita "
" Allah swt kan sentiasa menjaga kita walau apa sekalipun yang mendatang ke arah kita "

FawwazSecret kongsikan serba sedikit ilmu ny bukanlah niat FawwazSecret untuk menunjuk-nunjuk.. Tapi, sedikit ilmu FawwazSecret kongsikan untuk renungan kita bersama.. Sedarkan diri kita dengan memahami setiap apa sebenarnya yang Allah swt berikan.. Dan apa yang sebenarnya Allah swt harapkan dari kita sebagai hamba-Nya.. 

PESANAN FAWWAZSECRET

"FawwazSecret nak pesan.. Jikalau ada sesiapa yang berkongsi sedikit ilmu Al-Quran dengan kita.. Jangan sesekali kita menghinanya.. Kerana perbuatannya Allah swt agungkan.. Kerana si dia bukan buat sesuatu yang terkutuk.. Tetapi si dia membaca kalam Allah swt, kitab suci umat Islam iaitu Al-Quran.. Dan si dia sebarkan kebesaran Allah swt untuk dijadikan renungan.. Pahala besar Allah swt berikan kepadanya.. Kalau kita menghinanya.. Allah swt murka.. Walaupun tanpa pengetahuan si dia.. Dan seandainya si dia mengetahui akan hinaan kita.. Dia sedar dan bersedih.. Ingat.. Allah mengetahui segalanya.. Allah swt memahami perasaan si dia.. Dan Allah swt hanya menanti doa pembalasan yang si dia harapkan dari Allah swt untuk kita.. Seharusnya kita takut untuk menghina seseorang yang membaca kalam Allah swt.. Kerana Allah swt pastinya akan murka bagi sesiapa yang menghina seseorang yang membaca kalam-Nya.."
Renung-renungkan.. :')


Thursday 26 September 2013

Lepaking Mummy Daddy

Ouh haii.. :D FawwazSecret hampir terlepas nak update blog untuk hari ny.. Dah janji kan takkan miss walau sehari.. Tapi dah ter-miss untuk 24hb yang lalu.. Its okey lah.. Haa.. :D Cerita hari ni FawwazSecret nak selitkan sekali lagi cerita tentang Mummy Daddy FawwazSecret.. Alaaa.. Mumyy Daddy lagi..?? Bosan eh.. Rilex.. Mummy Daddy kan takda keje.. Jadi dorang buat aje apa yang dorang suka.. FawwazSecret hanya ditugaskan untuk ambil bahan dan masukkan dalam blog jea.. Boring-boring pon sure ada part yang menarik.. Baca dulu.. Hehehe... :D :D Cerita ny jadi petang semalam.. Balik dari kerja.. Masing-masing nak relax-kan kepala otak yang tersimpan beribu hal kerja.. Mummy Daddy buat keputusan untuk cari siput kat Pantai Kuala Perlis.. Wahh..!! Macam menarik jea.. Cari siput.. Payah nak tengok orang muda-muda main-main cari siput ny.. Selalunya orang tua-tua jea.. Bawak keluarga bersama.. Kan kan.. Pelik lah Mummy Daddy ny.. :D :D

Sesampai jea Mummy Daddy kat Pantai Kuala Perlis.. Mummy mula monyok.. Mana tak monyok nya.. Air pantai pasang pulak.. Kalau tidak nak berlumpur sangat.. Mummy kecewa lah.. Sebab Mummy yang beria-ria sangat.. Daddy pon pujuk Mummy.. Takpalah Daddy ajak Mummy lepak kat Pantai Sungai Bharu.. Daddy ajak Mummy sembang-sembang ambil angin.. Sembang-sembang apa yang boleh sesama Mummy Daddy kongsikan.. Sebabnya Mummy Daddy dah sampai jauh bukan dekat nak balik kosong macam tuh jea.. Alang-alang dah sampai.. Biarlah pegi jauh sikit.. Tak susah kan.. Sesampai dorang di pantai.. Mummy pon duduk lah dekat batu-batu tepi pantai.. Layan kerenah Daddy menyembang itu ini.. Macam-macam cerita Daddy ada untuk Mummy.. Punya lah taknak Mummy dilanda kebosanan..

Sembang punya sembang tetiba Mummy Daddy..........
Daddy : Ma buat gena tudung ma..??
Mummy : Awat abh..?? Huduh ka..??
Daddy : Dak.. Abh tanya ja..
Mummy : Urrmmm.. Tak tau.. Ma main hentam.. Awat abh.. Habaq lah..
Daddy : Takda apa.. :D Tamo tangkap gambar..??
Mummy : Abh tanya macam gaya ma pelik ja.. Segan ma nak bergambar..
Daddy : Dak lah.. Abh tanya pon tak boleh..?? Ma bini abh kan..??
Mummy : Hurmm.. Memang lah.. Tapi cara abh tuh..
Daddy : Dah.. Dah.. Jom kita tangkap gambar..
Mummy : Tamo.. Ma pelik..
Daddy : Dak lah.. Meh sini..
Daddy terus tarik tangan Mummy.............. Disebabkan Mummy mengelak.......


Jadi dapat lah satu gambar Mummy yang sedang mengelak dari ber-snap ny..
Nampak cantik kan gambar ny.. Hehe.. :D

Lepas pada tuh Mummy lari........... Kemudian.............
Daddy : Tamo tangkap takpa.. Abh tangkap sorang-sorang..
Mummy : Hurm tangkap lah.. Abh kan hensem..
Daddy : Haa tau takpa..
Mummy : Hish.. Meh balik tipon tuh..
Daddy : Tak leyhh......
Mummy : Takpa... :P
Mummy lari main-main belakang Daddy........


Rupa-rupanya Mummy kejar kamera.. Buruk lah perangai Mummy..
Cakap tak nak snap.. Tapi tak malu nak jugak ada gambar dia.. :P

Kemudian Daddy perasan.........
Daddy : Haa.. Hantu mana pulak lekat ny..
Mummy : Abh ny.. :)
Daddy : Meh dok sini.. Tangkap gambar.. Buatlah camna ma suka..
Mummy : Abh marah ka..??
Daddy : Dak lah.. Cepat-cepat.. Candid..


Salah satu gambar candid Mummy Daddy.. Terasa sweet jea Mummy Daddy..
Walaupun snap sendiri.. Tetap comel gambar Mummy Daddy..
FawwazSecret edit-kan sikit.. Kasi bertambah cun.. Takpa kan Mummy Daddy.. :D

Bila dah lama.. Mummy dah mula bosan.. Mummy ajak Daddy balik..
Tapi Daddy buat tak endah.. Kemudian Mummy bersuara.........
Mummy : Ma nak tangkap gambar muka ma macam orang bodoh boleh..
Daddy : Hahahahah :D Ma ny awat..??
Mummy : Boleh dak.. Ma rasa ma tengah bodoh ny..
Daddy : Waya ma ny.. Hahahaha :D  Ikot lah ma..


Ini dia muka bodoh Mummy.. Haha :D
Apalah Mummy ny.. Nasib Daddy tuh terima Mummy seadanya.. Bodoh ke cerdik ke..
Daddy layan jea kerenah Mummy.. Aduiyaii.. :D Kelakar..

Tetiba Daddy bersuara...........
Daddy : Ma...
Mummy : Yaa abh..
Daddy : Sebenarnya kan.. Tudung ma tuh...
Mummy : Haa.. Awat abh..
Daddy : Jangan lah kalut.. Hahaha :D
Mummy : Abh lambat habaq.. Dari tadi lagi..
Daddy : Cantik ma buat gaya macam ny.. Nampak macam ma letak ja selendang ny..
Mummy : Betoi.. Bukan buruk..??
Daddy : Haa buruk sangat.. Hamboihh.. Hahhaa :D
Mummy : Abh ny.. Takpa lah..
Daddy : Lain kali orang puji tima kaseh.. Jangan dok merendah diri..
Mummy : Baik.. Masyeh abh... Jom balik..
Daddy : Haa jom-jom..

....................................................................................................................

Itulah serba sedikit kisah Mummy Daddy.. Membosankan ke..?? Sedikit membosankan sebab akhir cerita Mummy terlalu bosan.. Mummy dah tak tahu nak buat apa.. Diajaknya Daddy pulang pon Daddy buat tak peduli.. Sebab tuh lah ending dia pon tak cantik.. Tapi Mummy suka lepas Daddy cakap tudung yang Mummy gayakan tuh cantik.. Yea lah.. Mummy jarang sekali nak bergaya kan.. Jadi bila Mummy bergaya.. Mummy risau lah kalau-kalau Mummy kelihatan hodoh.. Tapi tak kisah lah.. Hodoh ke cantik ka Mummy Daddy FawwazSecret ny.. Yang penting FawwazSecret tetap ada cerita yang dapat diselitkan dalam blog ny.. Lain cerita..?? Tunggu FawwazSecret besok, okeyh.. :D Bbye...


Wednesday 25 September 2013

Sepetang di Tepi Pantai

Ouh haiii... Kenangan.. Kenangan.. Kenangan mengusik jiwa.. Yeah..!! :D
"Di tepi pantai yang indah.. Ku duduk seorang diri.."
Cewah menyanyi pulak FawwazSecret.. Malam ni ada satu kenangan indah Mummy Daddy yang dah terasmi kat Pantai Sungai Bharu, Kuala Perlis.. :D Tak dirancang pon sebenarnya.. Mummy Daddy cuma bersahaja.. Tapi dah nak dijadikan kenangan atas usik mengusik dorang.. FawwazSecret pon amik peluang ni untuk tuliskan kenangan dorang dalam blog FawwazSecret.. Haa.. Takpa kan Mummy Daddy.. Alah.. Tak kesah lah Mummy Daddy kasi ataupun tak.. Kenangan Mummy Daddy tetap akan menjadi bahan cerita kepada blog FawwazSecret.. Taarrrraaaaaaaa... :D :D

Mummy Daddy gemar ambil angin petang dari bersenam.. Entah kenapa.. Hati belum terbuka lagi kot untuk bersenam.. Jangan Mummy Daddy.. Bersenam tuh lebih penting sebenarnya dari bersiar-siar macam Mummy Daddy buat hari-hari tuh.. Badan pon boleh sihat.. Tapi Mummy Daddy degil.. Bagi dorang ambil angin petang tuh dapat rehatkan minda dan badan yang dah penat bekerja.. :D Takpa lah Mummy Daddy.. Apa-apa aja.. Asalkan korang bahagia.. Jangan kacau hidup orang lain sudah.. :D

Tak silap FawwazSecret laa.. Mummy Daddy keluar ambil angin tuh dua hari lepas.. Takpon petang semalam.. Alah.. Tak kesah lah bebila pon.. Kan.. :D Pada mulanya saja bergurau-gurau.. Tetiba Daddy pulak main-main snap gambar Mummy.. Sebab tingkah Mummy yang bersahaja tuh.. Nak tengok macam mana tingkah Mummy yang bersahaja tuh..?? Haa tunggu kejap FawwazSecret nak upload letak bawah ny.. Tengok..!! Walaupun atas batu.. Kerenah Mummy tak pernah di-cover-nya.. Bagi Mummy apa dia buat hal dia.. Kalau orang lalu lalang tepi jalan tuh mengata ka apa ka.. Mummy buat tak endah jaa.. Tahan gelak jea Daddy dengan perangai comel Mummy tuh.. 


Bila Mummy Daddy dah seronok-seronok.. Daddy terus ajak Mummy bergambar.. Alang-alang dah ada kat tepi pantai.. Dah takda apa nak dibuat.. Mummy Daddy pon snap gambar bebanyak untuk FawwazSecret selitkan dalam blog.. Ingat jugak Mummy Daddy pada FawwazSecret eh.. Terima kasih.. Ingat sangat lah sebab FawwazSecret takda kerja sekarang ny.. Dari takda buat apa-apa lebih baik update blog kan..?? Sayangnya selalu Mummy Daddy keluar.. FawwazSecret tak ikot bersama.. Jadi.. Mummy Daddy snap sendiri.. Tengok gambar-gambar bawah ny.. FawwazSecret editkan sikit.. Tapi edit gitu-gitu aje.. Nak edit buang jeragat apa semua tuh FawwazSecret tak pandai.. Hehe.. :D


Pada awalnya.. Mummy segan nak bergambar.. 
Sebab badan Mummy sekarang sedikit membulat..
Cool Mummy.. Bulat lebih comel dari menjadi nipis seperti papan.. Kahkahkah.. :D


Bermula gurau senda antara Mummy Daddy.. So sweet..
Bak kata Mummy.. Like sugar candy crush.. :D


Jangan malu-malu Mummy.. Show your body sikit.. Aumm!! :D
FawwazSecret yakin bulatnya tak over macam orang lain.. Yakinlah Daddy tersangat suka..


Dah akhir-akhir baru Mummy nak berdiri.. Apalah Mummy ny..
Tapi pandai Mummy cover eh..
Tak dapat terima kenyataan lah tuh bila badan dah mula berisi.. :D

FawwazSecret tak best kalau Mummy cover-cover perangai dia.. Sebab Mummy seorang periang.. Jadi bila Mummy cover itu, cover ini.. Kecomelan Mummy tersembunyi.. FawwazSecret yakin Daddy pasti jealous kalau kecomelan Mummy tuh sentiasa ditonjolkan.. Sebab tuh Mummy cover-cover kan.. Apapun FawwazSecret tetap suka Mummy Daddy.. :D Ada cerita lagi lepas ny.. FawwazSecret akan cuba selitkan.. 

Sekarang masanya untuk tidur.. Jadi selamat malam semua..
Ouh yaa... Sebelum tidur Mummy pesan jangan lupa cuci kaki dulu.. Bila dah 'boomm' atas katil masing-masing tuh.. Jangan lupa tadah tangan.. Doa tidur dulu okey..
"Bismikallah Humma Ahya Waamut" Baca tiga kali.. Barulah kita "Aminn.." kan..
Jangan lupa tunggu cerita Mummy Daddy ataupun cerita dari FawwazSecret sendiri di episod yang akan datang.. Cewahh..!! Bye.. :D





Monday 23 September 2013

Jangan Bercakap Hal Orang

Hai.. Selamat tengahariiiiiiiii.. :D Hee.. Tengahari ny,  FawwazSecret nak kongsi satu cerita mengenai Mummy Daddy FawwazSecret.. Kisah malam semalam.. Mummy Daddy keluar untuk beli topup digi dorang.. Entah apa yang Mummy Daddy bualkan sampai terlupa apa yang sepatutnya dorang lakukan.. Dalam pukul 9:00malam macam tuh, kalau tak silap FawwazSecret laa.. Mummy Daddy keluar.. Niat dorang keluar pada asalnya nak topup.. Daddy nak bawak motor.. Tapi Mummy tak kasi.. Mummy pun yang cekap saja nak bawak orang.. Baru kat simpang nak keluar rumah, dah nak jatuh motor.. Itu pun masih belagak lagi.. Mummy berdegil, tetap nak bawak jugak.. Ha, bawak lah Mummy, jatuh, angkat sendiri motor tu, Daddy taknak tolong.. Apa daa..... :))

Bila Mummy yang bawak motor, Mummy jadi suka bercakap bercerita tak henti pun.. Nak bagi peluang untuk Daddy bercakap.?? Jangan harap.. Itulah Mummy..  Bila mummy tanya suatu hal, Daddy pun jawab.. Jawab dan terus jawab sampailah sedar tak sedar, minyak motor tu dah nak sampai E dah.. Daddy risau lah.. Ajak Mummy isi minyak dulu.. Tapi Mummy asyik cakap, tawakal aje.. Tawakalnya lah kan..?? Kalau mampus tengah jalan.?? Sapa nak tolong.?? Haha.. :D Mummy daddy stop kat Petron Taman Kemajuan.. Tujuan asal nak beli kad topup tapi entah, tiba-tiba sembang hal lain..

Bila dah sampai kat rumah..........
Daddy   : Jangan lupa call abh..
Tiba-tiba Mummy jerit............
Mummy : Abah....!!!!!!!!!!!! Topup tak beli.
Daddy   : Hah, tu lah.. Bercerita hal orang sangat, hal kita entah kemana..
Mummy : Ala, abh lah tak ingatkan ma..
Daddy   : Salah abh pulak.. Jom-jom..
Pergilah Mummy Daddy kat kedai depan Dewan Badminton Kangar.. Bila dah beli.............
Daddy   : Lain kali jangan sembang dah hal orang..
Mummy : Ala, ma tanya ja..
Daddy   : Tanya pun.. Waya ma ni. Pusing Kangar berapa kali dah.. 
              Sampai jemu dah abh tengok jalan yang sama ma pusing..
Mummy : Haha, rileks lah abh..
Sampai saja di rumah...........
Daddy   : Call abh satg..
Mummy : Baik boss !!
Daddy   : Jangan lupa cita kat blog.. Pesan abh sama..
Mummy : Okey.. Tapi takpa ka..??
Daddy   : Dari abh kan.?? Tulis dah lah..
Mummy : Ya laa..
Mummy Daddy salam sayang............
Daddy   : Abh sayang ma..
Mummy : Ma punn.. Aduh !!
Punggung Mummy kena tampar.. Daddy gelak besar.. Jahat betul.. :D

....................................................................................................................

Pesanan FawwazSecret
Haa.... Pada sesiapa yang suka bercakap mengenai hal orang lain.. Tak kisah lah mengutuk, mengata atau macam-macam lagi yang sama maksud dengannya.. Tolonglah, jangan buat okey.. Kalau tidak, jadi macam Mummy Daddy..  Lupa hal diri sendiri..

Pesanan Nenek FawwazSecret
Sibuk menjaga kain orang lain ,
Kain sendiri terkoyak pun tak sempat tengok !
Kita memang tak patut asyik bercerita hal orang lain.. Sebabnya diri kita lebih penting dari diri orang lain.. Sedang kita asyik bercakap hal orang, dalam tak sedar kita dah buka aib orang,  hebohkan maksiat seseorang.. Itu kan dosa dia dengan Allah swt.. Bukan dosa dia dengan kita.. Jangan masuk campur.. Haa..?? Hal kita pula macam mana.?? Bukan lebih kurang macam tuh jugak..?? Sudah-sudah lah.. Belajar jaga hal kita.. Takut-takut nanti kita lebih teruk dari orang lain.. Nak sembunyi pon tak boleh dah..

Pesanan Daddy FawwazSecret
Sibuk menjaga nangka rumah orang, 
Nangka di rumah sendiri yang buruk.
Sedar tak sedar topup lupa beli.. Haha :D Woii memba-memba..!! Dunia sekarang ny, sekali kita bercakap hal orang, sekali tuh jugak lah Allah swt balas.. Dah tak tunggu esok lusa dah.. Di akhirat nanti pun tak tunggu dah.. Allah bayar cash kat dunia la ny.. Sepandai-pandai kita berbohong dan merancang.. Pandai lagi Allah swt nak tunjukkan kebenaran.. Ingat tuh.. :D

....................................................................................................................

Malukan.. Bila kita suka sangat bercerita hal orang lain.. Dalam sedar tak sedar kita pun macam orang lain.. Kalau FawwazSecret, memang malulah.. Jadi dinasihatkan, jagalah diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita menjaga hal orang lain.. Takut yang dikendong melepas.. Yang dikejar pon tak dapat.. Renung-renungkan..

Steamboat with Mummy Daddy

Hai.. Hari ni FawwazSecret nak ceritakan soal Mummy Daddy keluar ber-steamboat bersama sahabat terbaik diorang iaitu Amy.. Tapi ni cerita minggu lepas tau.. FawwazSecret nak cerita jugak sebab ni salah satu kenangan dalam kehidupan Mummy Daddy.. Minggu lepas atau hari ni tak jadi persoalan kan.. Hehe.. :D Hari Selasa minggu lepas, kalau tak silap FawwazSecret lah, hari Amy nak bertolak balik ke KL bersama adiknya, Peah.. Hehe.. :P Peah tuh nama glamour jerrrr...... Amy merancang nak ber-steamboat.. Jadi, dia pon ajaklah Mummy Daddy dengan kawan-kawan dia makan sekali.. Mummy Daddy ny on jea.. Apa jea yang berkait dengan Amy memang on jea.. Haha.. :D 

Tapi sebelum nak pergi steamboat malam tuh, Amy Peah dan Athif keluar ber-karaoke.. Janjilah Amy dan Mummy untuk jumpa kat Pusat Karaoke Yes pukul 5petang.. Tapi Mummy pulak buat hal.. Sibuk masa tuh jugak.. Yang Daddy sabar jea tunggu Mummy.. Sebenarnya Amy pon baru sampai sangat jea kat Yes tuh.. Kejap lepas tuh Mummy Daddy pon sampai.. Ber-karaoke lah diorang sesama.. Sayang, karaoke diorang takda kenangan.. Tak snap satu pon.. Selesai karaoke, Mummy Daddy balik mandi-mandi dulu sebab nak jemput Amy keluar makan steamboat.. Mummy Daddy terlewat sikit.. "SORRY YA, AMY"

Masa makan tuh punya lah sembang sakan Amy dengan kawan-kawan.. Mummy Daddy ny sampai tak tahu nak masuk part mana.. Hehe.. :D :P Takda lah bergurau jea.. Mummy Daddy tengah seronok makan.. Mana mau dah nak menyembang.. Tumpang gelak ja boleh.. Haha :D Happy sebenarnya keluar dengan Amy dan kengkawan dia.. Sporting habis.. Waya habis.. Hehe.. Kenyang perut Mummy Daddy.. Kalau ikotkan hati Mummy Daddy, dorang nak makan lagi.. Tapi dorang nak hantar Amy naik bas.. Jadi dorang sanggup nak hantar Amy lagi dari nak isi perut.. Sebab apa..?? Sebab Mummy Daddy sayangkan Amy.. Mummy Daddy mintak Amy snapkan gambar dorang selepas kenyang ber-steamboat.. Tengok bawah ny..

Biasa aje gambar Mummy Daddy.. Nasib Amy pandai snapkan..
Pandai jugak MUMMY DUDUK.. Kalau tak KEMBANG SEMANGKUK..

Mummy ni sebenarnya dalam proses membulatkan badannya.. Tengok gambar laa.. Nampak berisi sikit dah badan Mummy.. :D Tahniah Mummy.. Makan bebanyak lagi okeyh.. FawwazSecret tumpang gembira lah bila semuanya sesama ber-gembira.. Sebelum semuanya bertolak ke bus stand untuk hantarkan Amy.. Sempat jugak kitaorang snapkan kenangan steamboat beramai-ramai..

Sebenarnya gambar ny terlalu blur dan entah kenapa dengan kameranya.. So jadi beginilah.. FawwazSecret dah habis edit kasi jelas dah ny.. Kalau tak muka sapa sorang pon tak nampak..

Haa.. Untuk hari ni.. Cerita steamboat Mummy Daddy yang minggu lepas saja lah.. Esok-esok mungkin ada kenangan Mummy Daddy yang FawwazSecret tahu, FawwazSecret akan coretkan dalam blog ny.. Kisah Mummy Daddy banyak suka berbanding duka.. Harap berkekalan sukanya sampai hujung nyawa.. Aminn...

Sunday 22 September 2013

Siapa Mummy

Rasanya hari ni banyak benda yang FawwazSecret coretkan dalam blog.. Tapi bukannya FawwazSecret coretkan hal orang lain kan.. FawwazSecret cuma coretkan cerita yang boleh dikongsi.. Dan yang paling penting kenangan Mummy Daddy.. Wajib dicoretkan dalam blog FawwazSecret ni.. Sebenarnya FawwazSecret takda kerja sekarang ny.. Relax jea.. Jadi memang hari-hari lah FawwazSecret akan update blog Mummy Daddy FawwazSecret ny.. Tak sunyi lagi dah lepas ny.. Sebenarnya.. Ini cerita last yang FawwazSecret nak update untuk malam ny sebelum FawwazSecret masuk tidur.. FawwazSecret ada satu rahsia yang nak dikongsikan.. Rahsia Mummy FawwazSecret.. Semua kenal Mummy kan..??


Inilah Mummy FawwazSecret..!!

Semua kawan-kawan Mummy kenal siapa Mummy.. Tapi pada yang tak mengenali diri Mummy pula.. Dan pada yang hanya mengenali diri Mummy dengan nama, Wanie Shazlyn ataupun Niny Shazlyn.. Mari FawwazSecret kenalkan siapa Mummy yang sebenarnya..

RISIKO KELAHIRAN KEMBAR !!

Kelahiran kembar.. Risiko yang paling kerap berlaku ketika tiba masa kelahiran adalah kes-kes kematian akibat daripada komplikasi pramatang dan sekiranya bayi itu hidup, bayi itu mungkin memerlukan rawatan rapi dalam jangka masa yang lama di dalam unit rawatan rapi neonatal iaitu bayi baru lahir.. Jika kematian salah satu kembar berlaku di awal  kandungan, ia tidak menyebabkan kemudaratan  kepada kembar yang masih hidup.. Tetapi kematian salah satu kembar di peringkat akhir kandungan akan mendedahkan kembar yang hidup kepada masalah kelahiran pramatang, kecacatan sistem saraf dan palsi serebal.. Kembar yang masih hidup besar kemungkinan perlu dilahirkan awal sebaik sahaja paru-parunya dijangkakan sudah matang..

...................................................................................................................

Kenapa FawwazSecret tetiba menceritakan soal kelahiran kembar pulak ny..?? Tertanya-tanya kan..?? Sebenarnya kisah kelahiran kembar ni ada cerita yang berkait dengan Mummy FawwazSecret.. Pada tanggal 30 Ogos 1989, Mummy FawwazSecret lahir ke dunia dan diberi nama, Nur Shazwani.. Mummy dilahirkan kembar tau.. Mummy dilahirkan normal dengan beratnya 2.88kg.. Mummy lahir awal kerana kembar Mummy mati di akhir kandungan.. Yang Mummy tahu Mak namakan kembar Mummy, Nur Shazlin.. Mak Mummy ada menceritakan kepada Mummy bahawa masa tuh Doktor semua risau kalau-kalau Mummy lahir pramatang.. Ataupun risau Mummy mengalami kecacatan urat saraf.. Lepas pada kelahiran Mummy.. Mak Mummy dinasihatkan untuk sentiasa membuat pemeriksaan ke atas Mummy (Nur Shazwani).. Tapi.. Alhamdulillah.. Sepanjang pemeriksaan yang Mummy ambil, dia tidak memerlukan sebarang rawatan rapi neonatal.. Tetapi sepanjang Mummy membesar.. Mummy kerap alami pelbagai penyakit.. Dan alhamdulillah dengan izin Allah swt.. Mummy tetap diberi peluang untuk meneruskan kehidupannya macam orang lain..

Mummy FawwazSecret dilahirkan di Perlis dan membesar di Taiping, Perak sehingga umurnya 5tahun.. Dan kini stay kat Perlis.. Hehe.. :D Ada yang cakap Mummy FawwazSecret ny kecil, comel, macam-macam lah orang gelar Mummy.. Dan ada yang cakap Mummy lahir tak cukup bulan.. Paling kerap mengata Mummy, semestinya Daddy lah.. Siapa lagi yang asyik mengusik Mummy.. Mummy tak marah.. Sebabnya.. Normal lah.. Memang kenyataan itu.. Tapi takda siapa yang tahu kisah Mummy yang sebenar melainkan kepada sesiapa yang membaca blog ini sahaja.. Jadi kenapa Mummy letak namanya Wanie Shazlyn ataupun Niny Shazlyn tiada persoalan lagi kan.. So jangan jealous.. Bye.. ^_^

Kupu-Kupu Cantik

Hai sekali lagi.. :D Hehe... FawwazSecret ada benda nak kongsi pasal petang tadi.. Tadi masa FawwazSecret kat rumah, FawwazSecret terpandang akan sesuatu yang asyik terbang dalam bilik FawwazSecret.. FawwazSecret malas nak ambil kisah sebab FawwazSecret nak kena keluar pergi makan kenduri dekat rumah jiran, dengan Mak Abh FawwazSecret.. Tapi malam ny, FawwazSecret perasan lagi dengan binatang yang terbang-terbang dalam bilik FawwazSecret tadi.. Sedang FawwazSecret cari baju yang nak tukar untuk pakai tidur malam ny, FawwazSecret ternampak kupu-kupu cantik sedang rehat di hujung katil FawwazSecret.. Ouh... Maknanya.. Yang terbang-terbang tadi tuh, kupu-kupu cantik ny rupanya.. Silap FawwazSecret dah delete gambar tu.. Jadi tak dapat nak tunjukkan pada semua.. Tapi FawwazSecret beranikan diri.. FawwazSecret cuba ganggu kupu-kupu cantik tu supaya ia terbang.. Sebelum kupu-kupu cantik berhenti rehat, ia terbang di sekeliling kepala FawwazSecret.. Takut jugak lah jadinya.. Sebab ia bukannya rama-rama.. Kalau rama-rama lain sikit.. Tiba-tiba, kupu-kupu rehat dekat dinding bilik.. Tunggu apa lagi.. FawwazSecret snap lah..


Ha , ini dia Kupu Kupu Cantik !
Comel tak tak kupu-kupu ni.. First time tengok kupu-kupu cantik warna koko.. 

Ada perbezaan tau di antara rama-rama dan kupu-kupu.. Kalau tak percaya, cuba search google.. Lepas tuh kalau nak tengok banyak kupu-kupu cantik pon, search jugak kat google.. :P Dapat tengok banyak kupu-kupu yang cantik-cantik.. Tapi kalau cari kupu-kupu yang berwarna koko, mesti tak banyak.. Ada tu ada lah, cuma tak ada lagi lah gambar kupu-kupu yang seakan kupu-kupu yang masuk dalam bilik FawwazSecret ni.. Hehe.. :D :P

Bowling + Snooker + Relaxing

Haii.. FawwazSecret nak ceritakan aktiviti Mummy Daddy semalam.. Macam menarik.. Tapi kalau rasa tak menarik pon, apa FawwazSecret kesah.. Inikan blog FawwazSecret.. Semalam Mummy Daddy takda lah merancang apa-apa aktiviti.. Tapi bila ada yang cuba cadangkan.. Mummy Daddy pon taknak lah lepaskan peluang.. Sebab bukannya selalu Mummy Daddy nak ada aktiviti luar bersama kawan-kawan.. Begini ceritanya.. Petang semalam adik dan sepupu Daddy iaitu, Kcik Myra dan Abe Faris cadangkan untuk main bowling.. Daddy terus tanya Mummy samada Mummy nak join ataupun tak.. Kalau Mummy taknak. Daddy pon taknak lah.. Tapi bila Mummy cakap, boleh jea.. Ape lagi.. Aktiviti bowling dorang pon menjadi..

BOWLING
Sesampai Mummy Daddy kat tempat bowling.. Mummy Daddy tengok, dari semua yang merancang tadi, semuanya tak sampai lagi.. Setengah jam lepas tuh baru sampai.. Ingatkan sikit jea orang yang nak bermainnya.. Rupanya ramai.. Tak mengapa lah kan.. Meriah sikit.. Mummy dan Daddy nak main.. Tapi nak bergabung.. Jadi diorang main jugak.. Nama FAWWAZ jadi pengganti Mummy Daddy.. Seronoknya diorang main.. FawwazSecret masa tuh tengok jea.. Sebab takda lawan.. Nak pegang main pon, nama takda.. Hehe.. :D Jadi FawwazSecret amik peluang yang ada dengan snap gambar diorang untuk jadikan cerita dalam blog FawwazSecret..


Macam ni jea lah gambar yang FawwazSecret dapat snap.. Sebab masing-masing seronok main.. Nak snap pon tak sempat.. Semuanya kejar giliran masing-masing.. Walaupun gambar ni tak cantik.. Tapi Gambar ni pon kenangan jugak.. :D

SNOOKER
Selepas selesai main bowling.. Kawan-kawan adik Daddy ajak main snooker pulak.. Yang Mummy pulak kira nak balik sebab dah lewat.. Sebenarnya Mummy tuh bukan nak balik apa sangat.. Mummy tuh mengantuk jea sebenarnya.. Tapi bila Daddy pujuk dia.. Ikot jugak dia temankan Daddy ber-snooker.. Comel lah korang.. Mummy bosan menunggu Daddy bersama kawan-kawan adik Daddy bermain.. Jadi Mummy masuk minum dengan Kcik Myra dan Kakak (adik kepada Daddy jugak).. FawwazSecret pon dah mula bosan.. Jadi FawwazSecret pon curi-curi ambil gambar diorang bermain..


Eh eh !! Ada gambar Mummy pulak.. Sebenarnya FawwazSecret tengah snap gambar Daddy dengan kawan-kawan adiknya.. Tapi Mummy ny nampak FawwazSecret pegang kamera.. Apa lagi.. Masa tuh jugak lah dia nak bergambar dengan Daddy.. Sebab tuh lah FawwazSecret selitkan sekali gambar ny.. :D

Selesai snooker masa tuh dah pukul 12malam.. Tetiba ada lagi aktiviti yang dirancang.. Nak karaoke open pulak dekat Gua Cenderawasih tuh.. Daddy mintak Mummy nyanyikan satu lagu.. Sebab Mummy dah biasa masuk pertandingan menyanyi.. Jadi apa salahnya Mummy celik kan sikit mata orang-orang yang ada kat situ.. Tapi Mummy bermacam pulak alasannya.. Katanya dah lama sangat tak menyanyi depan orang ramai.. Jadi Mummy takut Mummy gugup.. Alasan Mummy macam tak leyh terima jea.. Masa tuh Kcik Myra pon suruh Mummy menyanyi sebab diorang dah tahu Mummy boleh.. Tapi Mummy tak mahu jugak.. Disebabkan tak mahu, Mummy Daddy bersama yang lain main-main dulu kat taman permainan situ..

 RELAXING
Sedang masing-masing asyik bermain kejar-kejar.. Tetiba Daddy panggil Mummy ajak snap satu gambar.. Daddy panggilkan adik dia tolong snapkan.. Disebabkan Abe Faris letih main kejar-kejar.. Tangan dia sedikit menggeletar.. Jadi gambar Mummy Daddy ter-blur sikit.. Tapi FawwazSecret ambil jugak gambar ni sebab nampak sweet jea Mummy Daddy.. :-)


 Perut Mummy semalam sedikit membesar.. Hehe.. :D Tapi gambar ny nampak style..
Pandai Abe Faris snapkan.. Tetap cantik.. :-)

Selepas snap gambar yang terakhir ny.. Mummy ajak Daddy pulang sebab dah pukul1pagi dah.. Mummy dah mengantuk sesangat.. Nak ikot bebudak ny pon entah pukul berapa nak balik.. Daddy bukan tak tahu.. Bila duduk dengan Mummy kejap lagi.. Bukannya dia nak tidur terus.. Daddy nak makan-makan dulu.. Lepas tuh main-main usik-usik dulu baru nak tidur.. Kalau lewat-lewat lagi lah letih.. Jadi Mummy Daddy buat keputusan untuk pulang dahulu dari diorang.. Sebelum pulang.. Mummy Daddy belikan makanan dulu untuk makan sebelum tidur..

Bukan selalu Mummy Daddy nak keluar melayan kerenah kawan-kawan.. Nak jadi gila dengan kawan-kawan.. Ada waktu jugak.. Sebab tuh lah Mummy Daddy tak lepaskan peluang diorang untuk keluar beramai-ramai.. Kalau lepas ni ada peluang lagi.. Mummy Daddy join lagi tau.. Selamat ber-enjoy..!! :D

Mahal Dan Murah

Ade satu cerita menarik yang FawwazSecret nak kongsikan disini.. Mengenai MAHAL dengan MURAH.. Bukan barang yea.. Tapi MANUSIA.. Ape yang menarik nya kat sini, FawwazSeret nak share something yang menjadi bahan pada mulut orang tua-tua.. Sebelum FawwazSecret nak mulakan cerita ni.. FawwazSecret menyusun sepuluh jari memohon maaf andai sesiapa yang membaca slot ny terasa dengan kisahnya.. Tapi.. Cerita yang FawwazSecret bawakan ni memang takda kena mengena dengan sesiapa yang FawwazSecret kenal mahupun yang FawwazSecret tak kenal.. Hanya sebagai renungan..

Al-kisahnya begini.............
Ceritanya mengenai seorang perempuan dengan perempuan yang satu lagi..

PEREMPUAN I
Dia sudah memiliki kekasih hati.. Pakaiannya sopan tapi kadang kelihatan garang.. "aumm!!" Dia gemar bantu siapa saja yang memerlukan bantuan dia.. Walaupun dia tahu dia tiada masa untuk itu, tetapi dia berusaha untuk menjaga hati seseorang itu.. Tetapi manusia biasalah, tak semuanya sempurna.. Kerana ketungkusan dia melakukan setiap kerja yang dipikul, dirinya sendiri pun tak sempat nak uruskan.. Kadang lewat malam baru pulang ke rumah.. Bagi dia, tak mengapa, yang penting hati orang lain harus dijaga.. Suatu hari ade yang salah faham atas dirinya.. Seorang pemuda asyik dengan melihat dia tanpa soal siasat apa urusan dia sehinggakan pemuda itu berfikiran sedemikian.

"Perempuan ni tak ade rumah ke..?? Kemana hentinya dia disitu lah rumahnya.. Malam-malam keluar lagi.. Kemana sebenarnya arah tuju dia ni.. MURAHnya aku tengok dia ni.. Tak boleh jadikan isteri ni kalau macam ni cara dia.. Entah nanti bila kahwin, makan pakai aku tak terurus.. Tak jadi manusia aku.. "

PEREMPUAN II
Dia juga sudah memiliki kekasih hati.. Dijaga sentiasa.. Dinasihat selalu.. Pakaiannya diatur oleh kekasih hatinya.. Tak mengapa.. Mungkin dia tak pandai bergaya.. Dia jugak rajin, tetapi terlalu mementingkan diri sendiri.. Egonya tinggi.. Nampak manis, tetapi tak semua suka berkawan dengannya.. Biasalah manusia tak boleh menerima kekurangan orang lain sedangkan diri sendiri jugak ada kurangnya.. Tapi, kalau orang tua-tua tengok dia, ayat pertama yang keluar, "Manisnya, anak siapa lah ni.." Suatu hari seorang pemuda berkenan untuk mendekatinya sehinggakan pemuda itu berfikiran sebegini..

"Perempuan ni ada yang punya ke belum..?? Jarang sekali nampak kuar malam.. Hurmm.. Tengok macam senang je nak jaga.. Kalau orang tua-tua tengok mesti cakap dia ni MAHAL, sebab jarang nampak keluar malam.. Tapi takut jugak sebab tak kenal siapa dia.. Tapi kalau dia ni lah jadi isteri aku.. Tak payah aku nak susah hati pikir buruk soal dia.. Time keje, dia keluar.. Pulang je dari keje.. Dia uruskan semua makan pakai aku.. Tak payah pakai orang gaji.. Bila malam jea mesty aku dapat layanan baik.."

NASIHAT NENEK 
"Kita sebagai perempuan, harus lah pelihara harga dan maruah diri.. Jangan biar orang pandang kita MURAH.. Walaupun harga diri kita dah jatuh sebab selalu keluar rumah, pulang lewat malam.. Tapi sekurang-kurangnya kita menjaga adab kita walau dimana pun kita berada.. Biar orang pandang kita MAHAL.. Masa tu siapa yang nak pandang kita.. Tak ade alasan lagi.. Tapi ingat, itu semua atas diri kita sendiri juga ya.. Bukannya dari orang lain.. Kita manusia.. Tak kira lelaki mahupun perempuan.. Boleh berubah.. Hendak Seribu Daya.. Tak Hendak Seribu Dalihnya.."

Haa... Bila dah habis FawwazSecret menaip tentang cerita ni.. Baru FawwazSecret sedar.. Sebenarnya cerita yang FawwazSecret rasa menarik ny khasnya untuk kaum wanita.. Tetapi kalau ada kaum lelaki yang membacanya jugak boleh menerima.. Kerana ianya ada unsur nasihat dan boleh jugak dijadikan sebagai peringatan untuk isteri-isteri, kakak-kakak mahupun adik-adik perempuan yang kaum lelaki kat luar sana ada.. Sebelum FawwazSecret akhiri cerita ny.. FawwazSecret tak nak ada yang megutuk apa-apa sebab di awal tadi FawwazSecret dah pesan yang cerita ni takda berkait dengan sesiapa.. Kalau mengutuk jugak, berdosa lah kan.. Takkan lah semua-semua yang membaca blog FawwazSecret ny sudi memberi pahala percuma kepada FawwazSecret..?? Kalau ada, terima kasih lah.. Ikhlas ke tidak, itu tak penting.. Ia tetap pahala untuk FawwazSecret.. Terima kasih yea.. Apapun, cuba jadikan cerita sebagai renungan.. 

Friday 20 September 2013

Salam Terukir

FawwazSecret terasa ingin nak bercerita soal Mummy Daddy.. Dimana permulaan pertemuan Mummy Daddy yang sebenar.. Mungkin orang lain pon ada pertemuan seperti Mummy Daddy atau mungkin berlainan kan.. Masing-masing ada kisah pertemuan sendiri kan.. Tapi kenapa harus terjadi sebegitu..?? Jangan dipersoalkan.. Kerana setiap pertemuan dan perpisahan sesuatu hubungan yang berlaku dalam hidup kita.. Semuanya ditentukan Allah swt.. Ada pertemuan yang kita rancang.. Dan ada jugak pertemuan yang sememangnya Allah swt yang aturkan.. Sebagai contoh.. Mummy dan Daddy.. Tak pernah pon Mummy Daddy terfikir yang mereka akan ditemukan.. Dan tak pernah tahu yang sebenarnya mereka ditakdirkan untuk bercinta.. Umur sama.. Tinggal tak jauh.. Rumah masing--masing dekat jea.. Tapi di usia 21 tahun mereka bertemu.. Bagaimana..?? Jom kita baca bawah ny.. :D

(_”)/\(_”)


Dimana salam antara Mummy Daddy Fawwaz terukir..?? Menjadi tanda tanya pada keluarga masing-masing.. Dan juga pada mereka sendiri.. Mengapa dan kenapa as-salam mereka terjadi di tempat-tempat sedemikian..?? Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah s.w.t.. Walaupun semuanya berjalan dengan sendirinya tanpa ada sokongan, tanpa ada yang tolong perkenalkan.. Tetapi alhamdulillah sampai sekarang mereka masih bersama.. 

Permulaan pertemuan Mummy Daddy..............
Pandang Pertama dalam Majlis Pertunangan..
Senyuman diukir di Masjid Muhammadi..
Bergurau senda dalam Majlis Akad Nikah..
Perkenalan dalam Majlis Perkahwinan..

Pertemuan yang baik ini menjadi tanda tanya kepada Mummy Daddy.. Adakah semuanya juga kan berakhir dengan baik..? Pertemuan yang tidak dirancang.. Tidak diminta..  Tanpa diduga.. Dan sememangnya segalanya ditentukan oleh Allah s.w.t.. Alhamdulillah..

Bagaimana Pandang Pertama Bermula..??
Sesampai Mummy Daddy di Majlis Pertunangan tersebut, mereka melangkah keluar dari kenderaan masing-masing.. Kemudian terus terpandang ke arah masing-masing.. Sampaikan tak menolah ke arah lain.. Daddy senyum mesra.. Mummy membalas senyuman.. Tetapi dalam hati masing-masing tertanya siapakah gerangan si dia..?? Ketika majlis berlangsung, Daddy tak henti memerhati Mummy.. Dan Mummy menyedari akan pandangan itu.. Cuma tidak mempedulikan Daddy.. Sebabnya Mummy tak kenal siapa Daddy..

Kenapa Senyuman Itu Terukir..??
Untuk kali yang kedua, Mummy Daddy bertemu sekali lagi di Masjid Muhammadi selepas dua minggu dari Majlis Pertunangan.. Masa tu Maghrib dan semua yang ada di situ sibuk untuk menunaikan solat. Daddy pula sibuk nak perhatikan Mummy.. Sebab Daddy dah mula rasa pelik.. Kenapa Daddy bertemu dengan Mummy di tempat-tempat macam tuh.. Sebab Daddy tak pernah kenal perempuan dengan pertemuan sebegitu.. Intai sana sini.. Macam lah dapat tegur.. Mummy perasan akan pandangan Daddy.. Bila Mummy perhatikan, Daddy cuma berikan senyuman manis.. Terserlah ketampanan Daddy.. Mummy malu, lalu membalas senyuman keayuan Mummy  sampaikan Daddy enggan berundur dari memandang Mummy..

Macam Mana Boleh Bergurau Senda..??
Menjadi persoalan..?? Yea lah kan belum kenal, bercakap pon tak lagi.. Baru main senyum-senyum.. Untuk kali yang ketiga, Mummy Daddy bertemu lagi.. Pada hari yang sama.. Tetapi masing-masing mula hairan.. Kenapa asyik terserempak dengan dia ni je..? Tak menjadi masalah.. Masa tu terjadi dalam Majlis Akad Nikah.. Masa majlis berlangsung, Daddy senyum jea sambil pandang Mummy sampaikan Mummy tak senang duduk.. Lepas selesai jea lafaz akad, Daddy terus hampiri Mummy lalu berkata, "Jom, giliran kita pulak akad nikah.." Mummy terkejut.. Daddy pulak kaku memikirkan kenapa ayat sebegitu yang keluar dari bibir dia.. Asalnya hanya nak tegur tapi lain pulak yang jadi..

Salam Perkenalan Mummy Daddy !!
Dengan izin Allah s.wt. mereka bertemu lagi dalam Majlis Perkahwinan dua minggu selepas Majlis Akad Nikah.. Dimana masa tu Daddy sibuk melayan saudara yang datang.. Bila nampak jea Mummy, Daddy terus ambilkan segelas air dan dihidangkan untuk Mummy.. Masa tu Daddy amik peluang untuk kenal mesra dengan  Mummy.. Tapi sayang Mummy segan nak bercakap dengan Daddy sebab Mummy tak kenal siapa Daddy..

....................................................................................................................

Pertemuan Mummy Daddy diam begitu saja.. Tapi masing-masing masih memikirkan siapa gerangan Mummy atau Daddy.. Daddy sibuk bertanyakan sepupunya soal Mummy.. Mummy pulak mula resah.. Lalu Mummy mohon petunjuk dari Ilahi.. Andai lelaki yang Mummy temui itu adalah jodoh Mummy.. Izinkan Mummy temuinya sekali lagi dan jalinkan hubungan kami dalam keadaan yang baik.. Dua minggu selepas tu, Mummy terima satu pesanan ringkas (sms) menyatakan hasratnya ingin membeli insurans perlindungan diri.. Mummy terus membalas sms itu dengan, "Faiz kan...??".. Hehe :D

Selepas pada tu lah Mummy Daddy buat keputusan untuk berkawan..
Terjalinnya ikatan mesra perkenalan Mummy Daddy pada tanggal 20.11.2010