بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Monday 28 October 2013

13 Dzulhijjah Daddy

Hai.. :') 
Sepertimana yang kita semua ketahui.. 13 Dzulhijjah adalah hari keempat AidilAdha dan hari terakhir untuk kita sambut AidilAdha.. Untuk 13 Dzulhijjah ny, FawwazSecret ada cerita Daddy.. Cerita Mummy dah habis.. Sebabnya Mummy takda kemana.. Mummy uma habiskan masanya di rumah.. Dan bila petang, Mummy jenguk rumah Mama.. Jadi, cerita untuk Mummy tak bertulis lah yea..

Untuk 13 Dzulhijjah, Daddy sekeluarga dikejutkan awal pagi untuk mengemas luar dan dalam rumah.. Biasalah kan semalamnya diadakan kenduri.. Sebelum Daddy mula mengemas bersama saudara mara yang lain, Daddy cheking kereta dia dulu, takut-takut jadi apa-apa dalam perjalanan nanti.. Bukanpa, Daddy dah nak gerak pulang ke Perlis dah esoknya.. Lepas checking semua, Daddy bersama saudara mara himpunkan khemah, kerusi dan segala kelengkapan kenduri.. Selesai menghimpun semua, tunggu lori jea sampai.. Bila lori dah sampai, semua barang diangkat ke atas lori untuk dihantar ke Kompleks Pas PUTIK.. Selesai hantar semua, Daddy dan saudara pulang ke rumah MokTeh semula..

Sesampai mereka di rumah Mokteh.. Daddy, Adik dan Abe berbual dengan Ayah Lan mengenai 'family business'..
Beberapa minit selepas pada tuh, Daddy ada terima sms dari Mummy..
Mummy : Abh.. Ma nak tanya sikit boleh..??
Daddy : Yea, ma.. Apa..
Mummy : Abh dengan family terima ma ka walaupun orang lain tak suka ma..??
Daddy : Suka.. Depa nampak kita takda apa.. Kalau kita senang, baru depa buka mata..
Mummy : Abh balik ny boleh bagi ma RM100..??
Daddy : InsyaAllah, ma.. Tengok duit Baitumal.. Tapi la ny abh nak cari RM500..
Mummy : Untuk..??
Daddy : Family bisnes.. Tak ley cita kat orang.. Kesenangan jangka panjang..
             Lagi banyak modal, lagi senang.. InsyaAllah, boleh jadi kaya..
             Sekarang ny, abh nak usaha sendiri.. Just nak ma bagi semangat kat abh..
             AyhLan dgn MakLang Julie dah senang.. Baru setahun dalam bisnes..
             Kalau 3,4tahun.. AllahuAkbar..!!
Mummy : Usahalah abh.. Mana yang patut.. Ma sokong abh dari belakang..
Daddy : Yea,ma.. Abh nak kita senang.. Ma join pon lagi bagus.. Dari ada duit simpan saja..
             Bisnes ny, duit kita beranak, ma.. Kembar pulak tuh.. :D
Mummy : Main-main laa..
Daddy : Ma, nanti kita msg lain na.. Abh nak mandi, siap nak pi sembahyang..
Mummy : Yea, abh. Ma tunggu..

Disebabkan 13 Dzulhijjah adalah hari Jumaat, Daddy dan saudara mara lelaki yang lain mandi dan bersiap untuk Solat Jumaat pulak.. Sebenarnya, seronok tinggal di Kelantan.. Tahu kenapa.?? Kata Daddy, kalau kita tak berbuat satu ibadat, kita mesti akan terasa rugi sangat-sangat.. Sebabnya orang-orang di Kelantan, semuanya berlumba-lumba melakukan amal.. Takda nak mendengki sesama saudara.. Di Kelantan, semuanya saling bekerjasama.. Seronok kalau dapat hidup di Kelantan.. Hari-hari yang kita jalani tak terasa ada pembaziran.. Semuanya penuh dengan keuntungan (pahala).. Selepas selesai solat Jumaat, dan sesampai semuanya di rumah.. Daddy bersama saudara ke Kompleks Pas PUTIK sekali lagi untuk hantar kawah.. Pulang Daddy di rumah, sambung mengemas sikit lagi mana yang belum dikemas..

Sedang semuanya berehat, saudara mara Daddy merancang nak ke Pantai Senok.. Petang tuh bersiap lah kesemuanya untuk ke pantai.. Bawak bekalan makanan.. Mana taknya, kalau pergi pantai, main-main air mesti terasa lapar kan.. Sesampai Daddy dan keluarga saudara mara di pantai, terus semuanya main air pantai.. Sempat Daddy snapkan.. Tapi sayang, Daddy tak snap beramai-ramai.. Tapi masa Daddy main snap-snap tuh, Mokteh pon rupanya sedang rancak bersnap.. Berlari-lari Mokteh dengan Daddy.. Semua gambar Daddy yang comel-comel, semuanya ada dalam fon Mokteh.. Tak sempat nak bluetooth.. Tapi gambar Daddy yang ada ny pon dah cukup.. Sebab ada jugak gambar Kakak dan yang lain di belakang..



Lepas pada main air, Daddy lapar.. Makan dulu Daddy.. Gambar bekalan makanan Daddy takda snapkan.. Tapi gambar Daddy yang baru nak menjamah tuh adalah Daddy snapkan.. Terselit jugak gambar MakLong kat belakang dan gambar Mokteh bersebelahan dengan Daddy masa makan..



Hampir senja, pulang lah Daddy bersama saudara.. Malam tuh semuanya letih.. Masing-masing kemaskan barang.. Mama pulak di dapur, bungkuskan tempoyak untuk Mummy sikit dan ada sikit untuk Mama bawak pulang.. Masing-masing sibuk simpan perkakas dan segala pakaian ke dalam kereta.. Sebab esoknya, Daddy sekeluarga bercadang nak bertolak awal.. Jadi malam tuh, kesemuanya tidur awal.. Daddy memang tak call lah Mummy.. Kononnya Daddy nak surprise kan Mummy bila sesampai Daddy di rumah nanti..

Itu saja kisah 13 Dzulhijjah Daddy.. :D

12 Dzulhijjah Mummy

Hai.. Hai.. :')
Untuk AidilAdha mummy yang ketiga iaitu pada 12 Dzulhijjah.. Mummy takda apa yang dibuat jugak takda pergi kemana-mana.. Mummy bangun pagi dah pukul 9pagi.. Masa Mummy bangun, Mummy mandi, makan dan berkaraoke dulu dengan adik-adik Mummy.. Mummy memang tak tengok telefon langsung.. Mummy tahu kalau dia tengok pon takkan ada msg dan call Daddy.. Kalau petang sikit, mungkin ada.. Mummy berehat di rumah seberapa lama yang dia dapat rehatkan badan.. Dalam tengahari macam tuh, tiba-tiba hujan.. Mummy terus teringat akan rumah Mama.. Hurm hujan kan.. Pokok-pokok tuh tak kisah sangat.. Air hujan dah tolong siramkan.. Cuma makan kucing Sya saja lah.. Mana taknya.. Mummy fikirlah sebab kucing tuh dah selamat melahirkan 3ekor anaknya..

Masa petang dalam pukul 6.30petang, di masa hujan renyai-reyai, Mummy mengajak adiknya, Pija untuk ke rumah Mama.. Sesampai Mummy di rumah Mama, Mummy masuk dan check apa yang patut dalam rumah.. Takut jugak Mummy kalau ada apa-apa perubahan kan.. Sesudah selesai Mummy dalam rumah, Mummy keluar  dan mintak Pija snapkan satu gambar Mummy..


Sesudah snap gambar, Mummy keluarkan makanan kucing, nasi yang bergaul ikan rebus yang Mummy bawakan dari rumah.. Selesai Mummy bagi kucing Sya makan.. Mummy simpan semua-semua bekas.. Taknak nanti semak.. Selesai semua, Mummy mengajak Pija pulang ke rumah.. Bukan apa, Mummy risau kalau-kalau hujan lebat..

Sesampai Mummy dan Pija di rumah.. Mummy tengok fon Mummy.. Takda apapun dari Daddy.. Sunyi telefon Mummy.. Mummy mula hairan kenapalah Daddy takda call ataupun msg Mummy.. Apa yang Daddy buat sampaikan takda masa langsung.. Bagi Mummy, tak call takpa.. Tapi msg lah sekali bagitahu keadaan disana.. Mummy risau.. Bila dah lewat malam sikit, barulah Daddy ada call dan memohon maaf kerana tinggalkan Mummy.. Mummy menitiskan air mata rindunya.. Mummy memang ada tanya Daddy bila nak pulang ke Perlis.. Tapi jawab Daddy, tak tahu lagi.. Itu sahaja kisah 12 Dzulhijjah Mummy..

12 Dzulhijjah Daddy

Hai.. :')
AidilAdha Daddy yang ketiga iaitu pada 12 Dzuhijjah, sepertimana yang sudah diketahui, keluarga Daddy ada buat korban.. Daddy dan semua ahli keluarga sudah selamat berkumpul.. Kesemuaya bangun seawal pagi untuk membuat penyembelihan lembu.. Pada masa tuh Daddy dan yang lain memang sibuk.. Tak sempat nak bersnap satu gambar pon.. Masa penyembelihan dilakukan, Daddy yang memegang leher lembu.. Itulah kali pertama Daddy berada dekat dan ada bersama waktu penyembelihan.. Dalam rasa seronok, ada rasa tak suka.. Sebab semua kerja yang dibuat, terlalu mengejar masa sampaikan Daddy tak berpeluang untuk berehat.. Gambar lagi lah tak sempat Daddy nak bersnap..

Setelah selesai penyembelihan lembu.. Daddy bersama saudara mara yang lain saling membantu menghiris daging.. Isi daging dan usus dalaman lembu diasingkan untuk dicuci.. Bila dah siap semua, bolehlah ianya dibuat masakan kenduri..
Dalam kesibukan tuh, tetiba TokNgah lelaki menegur Daddy..
TokNgah : Orang perempuan kita mana..??
Daddy : Ada kat Perlis laa.. Dia beraya sana..
TokNgah : Dok tinggal bokpa.. Meh bawak sini sama takpa..
Daddy : Takpa.. Nanti-nanti lah bawak..
Daddy masa tuh terus jadi rindu sesangat dekat Mummy.. Terasa nak contact Mummy tapi Daddy takda masa.. Taknak lah Daddy call kejap, pastuh letak.. Kecil pulak hati Mummy..

Selepas selesai tugasan menghiris daging, Daddy menerima tugasan baru..?? Daddy ditugaskan untuk mencuci perut lembu.. Manakala Abe ditugaskan untuk mencuci daging-daging yang siap dipotong.. Disebabkan nak ada kenang-kenangan, sempat Daddy dan Abe snapkan gambar diorang..


Gambar Daddy cuci perut lembu.. :D


Gambar Abe cuci daging.. :D

Daddy seakan nak pengsan sebab tak tahan dengan bau tahi lembu yang terdapat dalam usus-usus lembu tersebut.. Daddy berharap sangat itu adalah kali pertama dan kali terakhir untuk Daddy memcuci perut lembu.. Memang Daddy tak tahan.. Terasa bagai nak muntah, macam-macamlah.. Kesian Daddy.. Pada masa tuh jugaklah Uncle We nak complain kerja Daddy.. Bertengkar dulu Daddy dengan Uncle We..

Selepas selesai cuci dan bergurau semua.. Daddy keletihan.. Daddy terasa nak makan.. Tapi Daddy jadi tak selesa sebab teringatkan apa yang dicucinya.. Eeeiii.. Sabar sikit yea Daddy.. Macam mana pon kena makan jugak.. Jangan biar perut tuh kosong.. Jamah lah apa-apa sebagai pelapik perut.. Tapi Daddy ketepikan laparnya dan terus tidur.. Bila tiba malamnya, Daddy bangun mandi dan makan.. Kemudian Daddy keluar untuk topup.. Mana taknya.. Terlalu lama Daddy tinggalkan Mummy, seharian.. Dalam fikiran Daddy, terbayang-bayang Mummy ada orang lain.. Nasib Daddy tak terus bersangka buruk.. Terus Daddy call Mummy dan bermohon maaf dengan Mummy..

Pada malam tuh Daddy tidur dengan Mummy tanpa berbual apa-apa mengenai keesokkan harinya.. Tapi yang pastinya esok tetap sibuk.. Sebelum tidur, Mummy ada bertanyakan bila nak pulang ke Perlis.??  Tapi Daddy jawab tak tahu lagi.. Daddy pon dah letih kan.. Nak bercakap pon takda mood..

Haa, itu kisah Daddy.. Macam mana pulak 12 Dzulhijjah Mummy..??

Sunday 27 October 2013

11 Dzulhijjah Mummy

Hai.. :')
11 Dzulhijjah Mummy tetap ada ceritanya.. Untuk AidilAdha Mummy yang kedua.. Mummy beraya di Alor Setar, Kedah.. Mummy dijemput ke kenduri korban di sana.. Rumah siapa..?? Senang ceritalah kan, rumah kakak kekasih hati adik Mummy yang ketiga, Anim.. Kekasih hatinya, Mizi.. Sebenarnya satu keluarga Mummy dijemput.. Tapi di Perlis pon Mummy sekeluarga ada jemputan.. Jadi Mummy dan adik berpecah lah..

Dalam jam1.30petang, Mummy dan Anim bersiap dan meneruskan perjalanan diorang ke Alor Setar.. Di sana Nenek, Pakteh sekeluarga sudah menunngu.. Sepupu Mummy, Myra jugak ada disana.. Sesampai Mummy dan semua disana.. Mummy lapar sesangat.. Mummy dan semua makan jea dulu.. Sesudah makan, Nenek dan Pakteh sekeluarga nak pulang.. Tapi pulangnya bukan ke Perlis.. Pulangnya PakTeh di rumah mak mertua nya di Alor Setar jugak..

Selepas pulang Pakteh sekeluarga.. Tinggallah Mummy dan Anim di rumah kakak Mizi.. Masa tuh orang pon ramai datang.. Jadi Mummy, Mizi dan Anim buat keputusan menyembang di luar rumah.. Sembang punya sembang, Mummy teringat, satu gambar pon tak snap untuk AidilAdha yang kedua ny.. Takpalah Mummy cuma menanti peluang saja..
Tetiba kakak Mizi serahkan anak kecilnya pada Mizi..
Mizi : Ha cepat jaga anak..
Anim : Hish apa pulak..
Mummy : Meh kngah tengok..
Mummy mendukung sambil membelek-belek bayi kecil tuh..
Mummy : Adik ny demam ny.. Macam tamo kat orang..
Mizi : Haa memang dy demam.. Kngah tau noh..
Mummy : Dah nama pon MamaFawwaz..
Anim : Galak kngah.. Nak budak panggil dy mama..
Mizi : Biarlah.. Jadi biasa lepas ny kan..
Mummy : Tanggungjawab tuh yang penting.. Kalau nak tau tanggungjawab lepas nikah..
               Pakai lambat lah nak jadi isteri misali..
Anim : Eleyh.. Boleh eh belajaq semua lepas nikah..
Mizi : Dy tak matang lagi kngah..

Masa Mizi dodoikan bayi kecil tuh, Mummy pon ikot dodoikan.. Sampailah bayi tuh tidur, Mizi bangun untuk letakkan bayi dalam buaian di dalam rumah.. Sama Mizi bangun, masa tuh Mummy sempat snap gambar Mizi dan Anim..


Lepas pada Mizi masuk rumah, Mummy mintak Anim pulak snapkan satu gambar Mummy..


Ini saja gambar yang dapat snap untuk AidilAdha Mummy yang kedua.. Tak sempat nak ready pon.. Setengah jam lepas tuh Mizi keluar bawak sup daging dua mangkuk untuk diorang bertiga ratah.. Makan lah pulak diorang bertiga.. Sampaikan perut dah kenyang.. Masa ny memang tak ter-snap lah gambar, sebab tangan dah kotor kan.. Masa makan Mizi tolong hiriskan daging untuk Anim.. Anim pulak hiriskan daging untuk Mummy.. Yea lah kan jari Mummy tuh tak sembuh sepenuhnya lagi.. Perlu sangat lah ada yang kena memberi Mummy makan..

Sesudah Mummy, Anim dan Mizi makan.. Anim menerima panggilan dari Myra..
Anim : Hello..
Myra : Weyh tok suruh singgah umah satg sebelum balik..
Anim : Ouh ha takpa lah tengok dulu..
Setengah jam selepas tuh bergerak lah Mummy dan Anim ke rumah Tokteh..
Mizi pulak menyusul di belakang.. Dalam masa tuh...
Anim : Kngah, nak kuar dengan mizi sat..
Mummy : Nak pi mana..?? Meh umah adik beradik kan ny..
Anim : Laa meronda sat jea..
Mummy : Pukul berapa nak balik..
Anim : Dalam pukul 8malam macam tuh..
Mummy : Tak leyh..
Mummy merenung jam di tangan.. Masa tuh jam 5.30petang..
Mummy : Pukul 6.30 nak ada sini dah.. Nak balik sebelum maghrib..
45minit selepas tuh Anim sampai.. Anim teringat yang malam nya diorang sekeluarga nak gerak ke Kodiang pulak.. Jadi Mummy dan Anim bersalaman dengan semua ahli keluarga yang ada.. Dan mengatur langkah untuk pulang..

Sesampai Mummy dan Anim di rumah.. Diorang rehat sebentar sebelum ke Kodiang.. Tujuan asal ke Kodiang adalah untuk ubati jari Mummy yang patah.. Dalam jam 9malam, Mummy sekeluarga bergegas ke Kodiang..
Sesampai mereka disana..
Mummy : Awat ramai sangat orang..??
Abh : Raya korban memang ramai orang patah..
Melangkah keluar mereka dari kereta..
Mummy : Mak, takda orang ka..??
Mak : Ish tuh yang ramai-ramai tuh apa..?? Beruang..??
Anim : Apalah hang ny kngah.. Tanya soalan bodoh..
Masuk lah Mummy sekeluarga ke rumah si bomoh patah tuh..

Selepas setengah jam, selesai lah segala urutan.. Dan mummy sekeluarga pon bergerak pulang.. Masa Mummy sampai di rumah.. Mummy masuk bilik untuk tidur sambil menunggu panggilan Daddy.. Tapi Daddy tak call Mummy.. Mummy sedih.. Dalam masa yang sama, Mummy cuba untuk mengerti bahawa keesokkan harinya, iaitu pada 12 Dzulhijjah, Daddy ada bagitau di Kelantan ada kenduri korban di sana.. Jadi Mummy terus tidur..

Itulah cerita 11 Dzulhijjah Mummy.. Tak sabar rasanya nak tahu kisah 12 Dzulhijjah Daddy kan..?? Macam mana korban di Kelantan..??

11 Dzulhijjah Daddy

Hai.. :') 
Dah masuk AildilAdha yang kedua.. Hari ny cerita Daddy tak banyak.. Tapi sibuknya banyak.. Di awal pagi AidilAdha Daddy yang kedua.. Daddy bangun, mandi dan sarapan terlebih dahulu.. Daddy dan saudara lelaki sibuk mengemas bahagian dalam rumah.. Sofa, meja, kerusi-kerusi semua diangkat keluar.. Manakala saudara perempuan sibuk menyediakan perkakas kenduri untuk keesokkan harinya.. Sambil tuh ada yang membasuh pakaian dan lain-lain lagi kerja yang dilakukan.. Masing-masing sebenarnya sibuk.. Dan Daddy pon tak berpeluang nak bersnap segala kesibukan yang sedang berjalan pada masa tuh..

Tibanya tengahari.. Adik Daddy, Farid baru sampai di Kelantan menaiki motorsikal.. Daddy masa tuh nak mandi dan makan.. Daddy memerlukan rehat secukupnya.. Jadi Daddy cuma mendiamkan diri di dalam bilik sampaikan Daddy tertidur.. Masa Daddy tidur tuh, saudara Daddy yang lain mengemas dan mencuci bahagian halaman rumah.. Bila dah petang, agak dalam jam 3petang macam tuh.. Daddy dikejutkan untuk bantu semua saudara mara.. Sebabnya dengar-dengar khabar lori dah dekat sampai.. Lori tuh tujuannya nak hantar khemah, kerusi, meja, kawah dan segala kelengkapan untuk kenduri esok.. Jadi Daddy pon bergegas mandi takut kalau-kalau lori sampai, Daddy tak sempat nak mandi..

Sesudah Daddy mandi, Daddy sembang-sembang dulu dengan semua.. Beberapa minit selepas tuh, lori sampai dengan membawa khemah, meja, kerusi, kawah dan berbagai kelengkapan kenduri.. Selelpas pada segala barang diturunkan dari lori, Daddy dan saudara yang lain saling membantu memasang khemah, memasang meja dan menyusun kerusi.. Kawah dan segala kelengkapan lain diserahkan ke bahagian dapur.. Disebabkan terlalu letih, Daddy terbaring di ruang tamu.. Apabila senja, keluarga Ayah Long pula sampai di rumah MokTeh.. Daddy dan lainnya bangun mandi lalu mengerjakan solat Maghrib berjemaah.. Selepas selesai semua, Daddy makan malam bersama dan kemudian Daddy sambung tidur.. Pada malam tuh Daddy dan Mummy tak tidur bersama sebabnya Daddy terlalu letih..

Itulah kisah 11 Dzulhijjah Daddy.. Mummy pulak apa ceritanya..??

10 Dzulhijjah Mummy

Hai.. :') Selamat pagi AidilAdha..
AidilAdha Mummy tahun ny bertemakan merah sebagai tanda darah lembu yang dikorbankan.. Dan Mummy tahun ny beraya di Perlis bersama keluarganya yang tersayang.. Raya Mummy kiranya alhamdulillah lah walaupun jarinya patah.. Mummy tetap dapat sempurnakan hari rayanya..

Di awal pagi AidilAdha, Mummy tak pergi masjid.. Haa.. Tak baik.. Aiyoo dosa.. :D Hee.. Bukanlah.. Sebenarnya Allah swt bagi excuse ke Mummy.. Sebab tuh tak pergi sembahyang.. Tapi ahli keluarga Mummy yang lain pergi.. Tepat jam 7.35pagi, Mummy menerima panggilan Daddy.. Dan saling berucap Salam AidilAdha.. Disebabkan Mummy Daddy sama-sama sibuk, Mummy Daddy hanya luangkan sedikit masa.. Dan kemudian talian telefon diputuskan.. Beberapa jam selepas tuh, Mummy bersiap sebab nak balik awal ke rumah nenek kesayangan dia.. Tapi keluarga Mummy pulak tak nak balik awal.. Jadi Mummy menunggu jea.. Dalam jam 11pagi kawan-kawan adik Mummy datang beraya di rumah.. Dijemputlah diorang masuk.. Lepas sembang punya sembang.. Makan minum semua.. Keluarga Mummy pon sambil-sambil melayan tetamu, sambil-sambil diorang bersiap.. Dalam jam 12tengahari kalau tak silap.. Kawan-kawan adik Mummy iaitu, Jan, Fairul dan Ijat nak balik.. Diorang nak beraya dengan kawan-kawan pulak.. Jadi Mummy ambil peluang, snapkan satu gambar bersama kawan-kawannya..


Lepas 5minit pada tetamu keluar.. Mummy dengan adik-adik pon keluar bergambar dengan Mak depan halaman rumah.. Ada banyak gambar.. Tapi FawwazSecret selitkan satu pon dah cukup kan.. Ini Mak Mummy yang snapkan.. Empat beradik.. Jelas sangat Mummy tersangat kecik walau sebetulnya Mummy lah kakak diantara semua ny.. :D


Lepas bersnap, Mummy sekeluarga pon gerak ke kampung halaman Abh Mummy iaitu Behor Mali.. Adik-adik Mummy ajak beraya di Simpang Empat.. Tapi Abh Mummy taknak.. Katanya raya korban selalunya diorang takda kat rumah.. Jadi Mummy dan adik-adik pon setuju saja beraya di rumah nenek.. Sesampai disana tak ramai keluarga yang pulang ke rumah nenek.. Yang ada masa tuh cuma keluarga Paksu dan keluarga PakTeh saja.. Diorang tetap beraya, bergurau senda.. Walaupun dapat berkumpul dalam tiga keluarga tapi tetap seronok.. Ada beberapa gambar yang Mummy berikan untuk FawwazSecret selitkan dalam blog..


Ini gambar Mummy bersama Nenek kesayangan dia.. :D


Ini gambar Paksu sekeluarga..
Nampak adik kecil comel tuh.. Itu adik Zarith sepupu kecil Mummy..


Ini Pakteh dan Makteh.. Anaknya yang sulung beraya di Kedah..
Anaknya yang kedua dah keluar beraya dengan kawan-kawan..
Anak yang ketiga pula malu nak bersnap..

Bila dah petang Mummy tak lupa menjenguk rumah Mama.. Mummy pergi ke rumah Mama dengan bekas kekasih Daddy, Nusrah.. Diorang pergi siram pokok, kemas rumah.. Disebabkan Mummy rindukan Daddy.. Mummy masuk baring-baring di katil Daddy.. Rindunya Mummy akan pelukan dan ciuman Daddy di pagi raya.. Tapi nak buat macam mana ikatan itu Mummy Daddy rahsiakan demi maruah keluarga Mummy Daddy.. Masa Mummy baring-baring di katil Daddy.. Mummy tak mintak Nusrah snapkan.. Tapi Mummy mintak Nusrah siramkan pokok bunga Mama.. Lepas beberapa minit macam tuh, Mummy keluar untuk snapkan gambar Nusrah..



Gambar Mummy pon di-snapkan sebagai tanda
Mummy beraya dengan Daddy walaupun Daddy jauh di rantauan..

Bila  tiba malamnya, Mummy ambil peluang menunggu Daddy untuk tidur bersama.. Mummy nak call Daddy.. Tapi Mummy risau kalau-kalau Mummy mengganggu Daddy.. Tapi beberapa minit selepas tuh, Mummy menerima panggilan dari Daddy untuk tidur bersama..

Sudah terjawab kan..?? Itulah kisah 10 Zulhijjah Mummy..

10 Dzulhijjah Daddy

Hai.. :') Selamat pagi AidilAdha..
AidilAdha Daddy tahun ny takda tema.. Daddy berbaju Melayu hijau iaitu baju raya AidilFitri Daddy yang lalu.. Dan sepertimana yang kita semua tahu Daddy sudah selamat sampai di Kelantan.. Daddy tahun ny beraya di Kelantan bersama keluarganya yang tersayang.. Raya Daddy kiranya alhamdulillah lah walaupun demam.. Daddy tetap dapat sempurnakan hari rayanya..

Di awal pagi AidilAdha, sebelum Daddy bersiap, Daddy tak lupa untuk menelefon Mummy yang sedang beraya di Perlis..
Daddy : Abh tengah siap ny,ma.. Abh nak pi sembahyang raya.. Ma kat mana..??
Mummy : Ma kat umah.. Baru sudah mandi..
Daddy : Eh ma tak pi sembahyang..??
Mummy : Allah sayang ma.. Ada excuse..
Daddy : Okey lah.. Abh siap dulu.. Nanti apa-apa abh call lain..
Mummy : Ya abh.. Sayang ma sikit..
Daddy : Mwahx!!
Mummy : Mwahx! Assalamualaikum..
Daddy : Waalaikumussalam..

Sesudah Daddy bagitahu pada Mummy, Daddy bersiap bersama keluarga untuk menunaikan solat hari raya di masjid.. Sebelum Daddy memulakan perjalanan, Daddy sempat snap satu gambar ketika sedang drive, sebagai kenang-kenangan..


Daddy sekeluarga sembahyang raya di Pulau Melaka iaitu Balai sof Tok Guru Nik Abdul Aziz.. Berduyun-duyun ramainya orang disana.. Penuh saf.. Selepas selesai sembahyang raya, menunggu lah Daddy di kawasan parking kereta.. Masa tuh nak keluar pon masih sesak.. Jadi Daddy bersnap dengan Abe terlebih dahulu.. Sayangnya gambar tuh terdelete.. Selepas beberapa minit, kawasan masjid hampir lengang.. Baru lah Daddy dan sekeluarga bergerak kelauar dari kawasan masjid.. Sesampai Daddy di rumah Mokteh.. Daddy berehat bersama keluarga yang lain..

Jam dinding menunjukkan hampir 12.30tengahari.. Daddy bersama saudara mara menikmati hidangan tengahari bersama.. Selepas selesai makan, Daddy bersama keluarga saling bantu mengemas rumah.. Sambil mengemas sambil bergurau senda, berceloteh dengan Uncle We.. Selepas selesai semua mengemas rumah, Daddy berehat untuk makan dan mandi.. Disebabkan terlalu letih, Daddy takda mood nak bersnap..

Bila tiba malamnya, seperti biasa Daddy dan Mummy tidur bersama melalui talian telefon.. Tapi tak lama Daddy bercakap dengan Mummy sebab Daddy terlalu letih dan memerlukan rehat yang cukup.. Sebabnya esok pagi Daddy perlu bangun awal.. Sempat Daddy mintak maaf dengan Mummy.. Risau kalau esok Daddy takda masa untuk Mummy.. Sebab esoknya, 11 Dzulhijjah, keluarga saudara mara Daddy lagi sibuk nak buat persiapan kenduri untuk 12 Dzulhijjah..

Cerita Daddy kita stop dulu.. Macam mana pulak dengan 10 Dzulhijjah Mummy..??

Dua Hari Sebelum AidilAdha

Hai.. :')
Masih dalam bulan Oktober kan.. Sememangnya AidilAdha sudah dua minngu tiga hari berlalu.. Tapi FawwazSecret baru berpeluang menceritakan kisah AidilAdha Mummy Daddy dalam minggu terakhir Oktober ny.. Tak mengapalah.. Pada minggu yang ke berapa sekalipun, janji masih dalam bulan Oktober..

Sebelum Mummy Daddy meraikan 10 Dzulhijjah mereka, mereka telah berjanji untuk shopping di Wang Kelian.. Pada malam tersebut, tepat jam 12malam, seperti biasa Mummy Daddy berbual dalam talian sebelum tidur.. Sembang-sembang Mummy Daddy sampaikan terlupa nak tengok jam dinding.. Masa tuh dah tepat jam 2.30pagi.. Daddy ingatkan Mummy soal esoknya.. Iya lah dah nak shopping bukan dekat, tapi di Wang Kelian.. Sembang lagi Mummy Daddy sampai jam 2.45pagi, barulah Daddy bacakan doa tidur sebab Mummy dah mengadu yang dia mengantuk..

08 Dzulhijjah

Pada keesokan paginya, Mummy  Daddy bangun awal.. Bersiaplah Mummy Daddy bergegas ke Wang Kelian.. Sebelum Mummy Daddy memulakan perjalanan, Mama berpesan supaya pulang awal dalam jam 12tengahari.. Sebabnya pada hari itu jugak, Daddy sekeluarga akan berangkat ke Kelantan.. Mummy Daddy mengiakan kata-kata Mama.. Lalu Mummy Daddy meneruskan perjalanan mereka.. Selesai shopping dan selamat pulang pada jam 3petang.. Nasib Mama takda bising apa-apa sebab Mama tunggu sabun yang Mama pesan dari Mummy..

Selepas beberapa minit, Mummy bergerak pulang ke rumah dan berehat.. Daddy pulak sibuk siapkan perkakas pakaian dan barang-barang yang hendak dibawa ke Kelantan.. Plan Daddy sekeluarga nak bertolak tengahari tak kesampaian.. Daddy sekeluarga bertolak masa Maghrib.. Masa tuh Daddy memang sibuk.. Mana dengan kereta buat hal.. Tayar kereta tiba-tiba jadi sangkut, tak boleh bergerak.. Lagi pulak Daddy takda masa nak tengok phone.. Risau Daddy kalau-kalau Mummy merajuk.. Tapi Alhamdulillah Mummy memahami.. Semasa Daddy meneruskan perjalanan, kereta yang dipandu Daddy ditahan oleh pihak JPJ.. Menjadi lagi satu hal.. Daddy terpaksa drive ke Puspakom sebab sportlight kereta yang Daddy drive tuh berwarna merah dan salah dari segi undang-undang.. Lepas report, pihak JPJ bagi tempoh selama 10hari untuk Daddy tukar sportlight kereta tersebut.. Walaupun agak lewat, Daddy sekeluarga tetap meneruskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi..

09 Dzulhijjah

Daddy sekeluarga selamat sampai di Kelantan pada jam 5pagi.. Disebabkan terlalu letih memandu, Daddy terus tidur tanpa memikirkan hal yang lainnya.. Mana taknya 10jam memandu.. Memang Daddy terlalu letih sebab Daddy seorang saja yang drive.. Kalau ada yang lain dapat drive, dapat jugak Daddy bersilih ganti memandu..

Pada keesokkan paginya.. Daddy bangun agak lewat.. Iaitu pada jam 12tengahari.. Daddy terus menghubungi Mummy yang jauh Daddy tinggalkan.. Masa tuh Mummy ada temujanji dengan Doktor Pakar Tulang.. Daddy masih dalam keletihan.. Jadi Daddy memutuskan talian telefon.. Terus Daddy ke dapur, mandi dan bersiap untuk makan tengahari.. Manakala Mummy bergegas ke tempat kerja untuk melaporkan bahawa dirinya diberi cuti bergaji oleh pihak hospital selama 23hari.. Boss Mummy agak terkejut.. Tapi apakan daya, takkan nak dipaksa Mummy bekerja.. Daddy pulak selepas makan tengahari, Daddy sambung tidur sampai jam 6petang.. Kemudian, Daddy bangun, mandi dan makan..

Bila tibanya malam.. Macam biasa Daddy ambil peluang cakap telefon dengan Mummy.. Daddy mengadu pada Mummy yang Daddy demam.. Saudara mara sibuk mengemas rumah.. Daddy pulak tidur kerana keletihan.. Ditambah pulak Daddy tak sihat.. Masa tuh Daddy mengadu pada Mummy yang Daddy berharap sangat Mummy yang dapat jagakan Daddy pada masa tuh.. Tapi apakan daya, Mummy jauh ditinggalkan.. Dan Daddy pulak jauh di rantauan.. Pada malam tersebut, Daddy dan Mummy tidur awal.. Dan Daddy berharap agar Daddy dapat mendengar suara Mummy di keesokan paginya, iaitu di Pagi AidilAdha..

Friday 25 October 2013

Tragedi 25 Oktober !!

Hai.. Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :')
FawwazSecret mulakan cerita hari ny dengan bismillah dan penghujungnya akan FawwazSecret amin kan.. Kenapa..?? Itu memang tak dirahsiakan.. Cerita ny sebenarnya berlaku masa Mummy di rumah Daddy.. Bermulanya kisah ketika Mummy sampai di rumah Daddy dalam jam 11.30 pagi tadi.. Daddy sibuk melayan temannya, Mat Alif untuk pasang span pada helmet dia.. Mummy masuk dalam rumah berjumpa Mama.. Masa Mummy dalam rumah, Mummy agak sayu sebabnya perjalanan Mummy sebelum itu ada duka tangisan Mummy.. Entah apa dalam fikiran Mummy.. Tapi memang sayu sangat hati dan jiwa Mummy.. Tapi disebabkan Mummy berhadapan dengan Mama, Mummy tak sampai hati nak bermasam muka.. Tapi Mama perasan akan tingkah Mummy pada hari ny.. Berlainan dari hari-hari yang lain.. Mummy diam, tak banyak bercakap.. Mummy buat apapun, dia jadi cepat lupa..

Dalam jam 12tengahari Mummy menerima panggilan dari Sya.. Sya dah pulang dari sekolah.. Mummy terus keluar tanpa fikirkan apa-apa, tanpa bagitahu Mama, tak mengiakan kata-kata Daddy.. Daddy pon pelik.. Kenapa dengan Mummy..?? Selepas Mummy amik Kakak dan Sya dari sekolah.. Mummy terus menuju ke ruang dapur.. Masa tuh Mummy tengok Mama dan Daddy sibuk siapkan nasi.. Menung agak lama Mummy.. Tetiba Mummy teringat akan tugas yang sepatutnya Mummy buat hari ny.. Jam dinding menunjukkan waktu itu tepat jam 2petang.. Rupanya Mummy perlu ke Pejabat Pos Laju untuk poskan segala resume dan salinan sijil akademik Mummy.. Mummy nak mintak kerja lain.. Mummy berharap Allah swt buka pintu rezeki Mummy.. Selepas selesai semua kerja Mummy, Mummy pulang semula ke rumah Mama.. Masa tuh jam dinding menunjukkan tepat jam 3.30petang.. Lama jugak Mummy keluar.. Mummy menuju ke dapur.. Dan mintak izin untuk solat Zuhur dahulu sebelum mulakan kerja..

Selepas siap solat, Mummy menuju ke dapur, membantu Daddy.. Selama membungkus nasi lemak Mama, Mummy tak pernah buat kesilapan.. Tapi tetiba hari ny, Mummy bungkus pon dah jadi macam reban ayam.. Mummy seolah merajuk, mencuba untuk kali kedua, dan segalanya baik semula.. Tinggal sebungkus saja yang perlu Mummy habiskan, tapi muncung nasi pulak tak menjadi.. Terus Mummy hulurkan nasi tuh pada Daddy..
Mummy : Abg paih, buat sat.. Tamo jadi satu ny..
Mama : Aik, abg paih..?? Takda dah abh ma..??
Abe : Muda-muda nak panggil apapun takpa.. Tua-tua nanti hang aku dah..
Mama : Tak boleh gtuh abe.. Tua-tua kena lagi manja.. Abh ma tuh kena ada..
Mummy Daddy hanya mendiamkan diri.. Daddy perhatikan Mummy.. Mummy perhatikan Daddy.. Daddy senyum manis pada Mummy.. Tapi Mummy senyum seolah terpaksa dan takda mood.. Bermain di fikiran Daddy, "kenapa ma ny..??" Tapi Daddy tak bersuara.. Daddy cuma ikot apa sebenarnya yang terjadi pada Mummy..

Makan tengahari mereka sekeluarga pada hari ny adalah sotong bakar, tomyam putih ayam, ayam goreng dan sedikit sambal belacan.. Masa Abe dan Kakak bergegas ke gerai masing-masing, tinggallah Mama, Mummy dan Daddy.. Mummy amik tomyam ayam, untuk ratah.. Dan Daddy pon nak makan sesama Mummy.. Masa Mummy dan Daddy menghadap makanan yang dihidangkan, Mummy Daddy sembang baik-baik.. Tetiba Mummy sedikit salah faham dan tersinggung dengan kata-kata Daddy.. Dengan tak sengaja, Mummy tampar pipi Daddy.. Tiga minit lepas tuh Daddy tampar pipi Mummy semula.. Lepas pada Daddy tampar pipi Mummy, Mummy seolah tertanya-tanya apa yang jadi sebenarnya.. Daddy mula hairan.. Apa yang Mummy cuba sembunyikan darinya.. Alhamdulillah.. Tak berlaku sebarang pertingkahan.. Mummy Daddy mula bermesra tapi tak lama seperti selalu..

Kini menjelang senja.. Mummy berhasrat untuk bermaghrib berjemaah dengan Daddy.. Mama, Mummy, Daddy dan Sya berjemaah bersama.. Selepas selesai, Mummy hidangkan nasi untuk dimakan bersama.. Sesudah makan malam, Daddy berhasrat Mummy dapat berikan Daddy rawatan resdung pada wajahnya.. Mummy seolah menidakkan kemahuan Daddy.. Tetiba Mama minta Mummy jengukkan Kakak di gerai.. Mummy bergegas ke Kakak.. Dalam setengah jam Mummy ada dengan Kakak, Mummy dah mula merasa bosan.. Jadi Mummy meminta agar Kakak simpan kesemua nasi lemak yang dijual dan bergegas pulang..

Sesampai Mummy di rumah Daddy.. Mummy seolah merungut akan tugasnya untuk memberi rawatan resdung pada Daddy.. Mummy sedikit meninggikan suara.. Mama hanya tertawakan sikap Mummy.. Sambil Mama menunggu Mummy, Mama tertidur.. Tapi rawatan resdung Mummy di perhatikan Sya dan Kakak.. Sempat Kakak merakamkan ketika rawatan itu berjalan.. Sesudah siap, Mummy membersihkan wajah Daddy.. Mummy menyimpan segala perkakas rawatan muka.. Sesudah itu, Mummy menyatakan bahawa dia ingin pulang.. Mummy bersalaman sayang dengan Mama, Sya dan Kakak..

Keluar Mummy dari rumah disusuli Daddy dari belakang.. Daddy merungut akan tingkah Mummy hari ny.. Mummy takda sayang pipi Daddy.. Mummy takda peluk cium Daddy.. Mummy takda bermanja dengan Daddy.. Daddy seolah hampa.. Tapi Mummy cuba perbetulkan segalanya.. Mummy tak pasti apa yang berlaku atas dirinya.. Dan Mummy memohon maaf atas segala tingkahnya.. Sewaktu Mummy menaiki kenderaannya, Mummy ternampak akan bayang budak kecil setinggi punggung Mummy melompat keriangan di atas kenderaan Mummy.. Mummy menjerit..
Mummy : Argghhh..!!!
Daddy : Asal ma..??
Mummy tak menyatakan apa yang dilihatnya.. Kemudian Mummy toleh kiri dan kanan.. Tidak ada apa yang dilihatnya.. Mummy memerhati di belakangnya.. Juga tidak ada apa yang ditemui.. Seminit selepas itu, Mummy berbual manja dengan Daddy.. Dengan tak semena, Mummy nampak bayang budak kecil itu sedang bermain aci sembunyi dengan Mummy.. Caranya seolah inginkan Mummy datang padanya.. Mummy cuma memerhatikan.. Daddy merasa pelik lalu Daddy cuma lindungkan pandangan Mummy dengan badannya..
Daddy : Ma tengok apa..??
Mummy : Takda apa..
Mummy menyembunyikan hal itu sekali lagi.. Dan sekali lagi budak kecil itu bermain aci sembunyi dengan Mummy.. Mummy tertanya-tanya siapa gerangan si budak kecil tuh.. Tanpa berfikir panjang.. Mummy bersalam sayang dengan Daddy lalu meminta izin untuk pulang.. "Abh jangan lupa tengok telefon, ada benda ma nak bagitau..", pesan Mummy sebelum pulang..

Sesampai Mummy di rumahnya.. Mummy mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Daddy..
Mummy : Abh.. Abh...
Daddy : Yea, ma..
Mummy : Abh ada mana..??
Daddy : Di rumah, ma..
Mummy : Yea ma tau.. Kat mana..??
Daddy : Ada depan tv.. Tengok cerita Mantra..
Mummy : Abh, sebenarnya tadi ada budak kecil lompat atas moto ma.. Sebab tuh ma jerit..
               Lepas pada tuh, budak tuh macam ajak ma main aci sembunyi tepi pokok besar..
Daddy : Tinggi mana budak tuh..??
Mummy : Paras punggung ma..
Daddy : Hurm betoi dah.. Kepala botak kan..??
Mummy : Yea.. Tapi ma tak nampak muka.. Sebab gelap..
Daddy : Kat sini memang ada pon budak tuh ma.. Dulu penah kawan abh nampak dia..
             Dia masuk dalam bilik.. Lepas tuh tidur sekali dengan kami..
Mummy : Tapi napa sekarang baru dia nak tunjuk diri dia dekat ma..??
               Sedangkan ma dah lama dengan abh.. Patutnya dari awal lagi dia tunjuk..
Daddy : Mana lah abh tau ma..
Mummy : Takpalah.. Japgi pukul 12malam nah..
Daddy : Baik, ma..
Mummy putuskan talian telefon..

Dan sehingga kini, bayangan budak kecil tuh masih bermain di fikiran Mummy.. Siapakah gerangan si dia.. Dan apa yang budak kecil itu mahukan dari Mummy.. Masih tinggal tanda tanya.. Keriangan budak kecil itu seolah mahukan Mummy menemaninya bermain.. Seolah inginkan Mummy berada dekat dengannya.. Dan masih juga Mummy terfikir, adakah kerana Mummy bersikap acuh tak acuh dengan Daddy yang membuatkan budak kecil itu menonjolkan dirinya.. Tetap tiada persoalan.. FawwazSecret akan tetap berdoa supaya tidak akan sesekali terjadi perkara buruk ke atas Mummy sepanjang menjalani hari-harinya.. Amin..

Kepada semua pembaca blog FawwazSecret, berhati-hatilah ketika berada diluar sana.. Jangan terlalu memikirkan gerangan seseorang yang tidak kita ketahui.. Kerna itu adalah satu misteri.. Bak kata, Misteri Nusantara, "Jangan biarkan misteri menyelubungi anda..!!"

Wednesday 23 October 2013

Happy Birthday Kakak Balqis :') - II

Hai.. :')
Bersambung lagi kita.. Sepertimana yang kita sudah tahu, 22 Oktober adalah tanggal kelahiran Kakak Balqis yang ke-14 iaitu adik Daddy yang ke-4.. Hari lahirnya disambut bersama Mummy dan Daddy sekeluarga.. Sebelum FawwazSecret nak mulakan cerita sambutannya, FawwazSecret jugak nak ucapkan selamat hari lahir buat kakak.. Moga berjaya dalam peperiksaan dan semoga kakak sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang..

....................................................................................................................

Sambungan cerita petang tadi.. Ceritanya bermula dalam jam 7.45petang..
Ketika Mummy sampai di rumah Daddy..
Mummy : Ha camna..
Amboi Mummy salam pon tak bagi.. Samseng..
Sya : Awat kak wani lambat..
Mummy : Tunggu mak abh kak wani balik.. Sorry la.. Mama mana..
Sya : Mama sembahyang..
Mummy : Jom kita pi beli perkakas nak sambut birthday.. Panggil abg paih..
Daddy : Ma sembang dulu dengan Mama..
Mummy : Awatnya..??
Daddy : Mama nak suruh beli kek butter..
Mama : Wani tau kek butter..??
Mummy : Tak tau.. Takpalah nanti wani tanya ja kat kedai..
Mama : Ok-II.. Satgi abg paih dengan wani persiap semua nah.. Ma nak pi kedai..
Mummy : Ya, ma..

Bergerak lah Mummy Daddy bersama Sya ke kedai kek Garden.. Masa Mummy ambilkan kek butter.. Sya kecewa.. Sebabnya kek tak cantik.. Takda bunga-bunga.. Alolo.. Kesian Sya.. Mummy pun pujuk..
Mummy : Takpa Sya.. Ny kek Mama.. Kek kakak yang lain..
Sya : Ya ha.. Ok-II..
Mummy : Jom tengok nak amik kek apa kat kakak..

Lepas belek-belek.. Sya pon pilih satu kek kecik jea sebab nak sambut sesama keluarga saja.. Takda jemput sesiapa pun.. Sesampai Mummy dan Sya ke Daddy..
Daddy : Lambatnya.. Ma buat apa lama-lama kat dalam.. Mengorat..??
Mummy : Dak aih.. Orang ramai.. Jom beli hadiah kat kakak..
Daddy : Kita balik letak kek dulu.. Sampai dua jenis..
Mummy : Ikutlah.. Camna pon takpa..

Pulanglah Mummy Daddy bersama Sya.. Letak barang semua.. Diorang gerak ke kedai belikan sendle untuk kakak sebagai hadiah.. Sendle jadi pilihan sebab kakak takda kasut.. Mummy buat pilihan habis baik untuk kakak.. Selepas pada tuh.. Mummy Daddy dan Sya bergerak pulang.. Sesampai di rumah memang takda sesapa.. Yang ada hanya Mummy Daddy dan Sya.. Daddy sibuk balutkan hadiah kakak manakala Mummy dan Sya sibuk meniup belon.. Sempat Daddy snapkan gambar Mummy dan Sya..


Selepas siap meniup.. Mummy gabungkan setiap belon dengan benang untuk Daddy gantungkan pada lampu rumah.. Masa Mummy menolong Daddy, sempat Sya snapkan satu gambar Mummy Daddy sedang gantungkan belon..


Lepas siap gantungkan belon.. Mummy buka kek.. Sediakan air minuman.. Mummy Daddy dan Sya menunggu Mama terlalu lama.. Masing-masing terfikir.. Mama tamo balik surprise kan kakak ka.. Dah  siap semua dah.. Dalam masa diorang memikir, Mama dan Kakak di kedai asyik berbual..
Kakak : Mana sya..
Mama : Ada kat rumah..
Kakak : Dok dengan sapa..
Mama : Sorang la kot..
Kakak : Abg paih pi mana..
Mama : Pi mancing ikan puyu dengan kak wani..
Kakak : Mancing kat mana..
Mama : Dekat rumah kak wani la..

Dalam masa yang sama.. Mummy Daddy sedang asyik bergurau senda di dalam bilik..
Sekejap lepas tuh Sya masuk..
Sya : Nak tangkap gambar kak wani boleh..
Daddy : Boleh.. Tapi kena tangkap dengan abg paih..
Sya : Okey..
Sya hanya snapkan gambar Mummy dan Daddy dulu..



Selepas beberapa minit Mummy dan Sya menunggu Mama dan Kakak pulang.. Agak lama menunggu.. Mummy pon ber-snap dengan Sya.. Banyak gambar.. Tapi tak perlu lah FawwazSecret nak letak bebanyak kan.. Satu pon cukup lah gambar Mummy dan Sya..


Selepas pada tuh Mummy dan Sya dengar bunyi moto Mama.. Bergegas diorang ke ruang tengah.. Mummy menunggu di pintu.. Sya menunggu di suis lampu.. Daddy pulak nyalakan lilin kek.. Mummy jenguk ke luar.. Hairan Mummy.. Kenapa lah lambat sangat Mama dan Kakak ny berjalan masuk rumah.. Rupa-rupanya..
Kakak : Ma, awat lampu tak bukak.. Takda orang ka..
Masa tuh kakak sikit pon tak ingat Sya..
Kakak : Ma, moto kak wani ada..
Mama : Abg paih pinjam sat kot..
Berjalan Mama dengan Kakak.. Lambat benar pergerakan diorang.. Tetiba kakak berhenti sedepa dengan pintu rumah..
Kakak : Ma, kasut kak wani ada.. Kasut abg paih pon ada..
Mama : Nak perang besar dah perasan malam ny..
Kakak : Ma, takkan kot..
Mama : Takpa kak.. Kita selawat banyak-banyak..
Mummy masa tuh dah bersedia nak buka pintu.. Sya pon dah bersedia nak buka lampu.. Buka-buka pintu.. Mummy, Daddy dan Sya serentak wish ke Kakak.. "HAPPY BIRTHDAY, KAKAK"

Kakak kaku.. Kakak terkejut.. Disangkanya lain.. Tapi jadinya lain..
Kakak : Mama tau ka abg paih dengan kak wani ada di rumah..
Mama : Mama yang suruh depa buat dua..
Kakak : Ish mama sampai hati pekena kakak..
Mama : Bukan selalu..
Daddy : Cepat kakak potong kek..
Mama : Nak boh dalam facebook dak..??
Daddy : Wuii kita boh..
Mama : Sat-sat.. Mama nak masuk facebook jugak..


Dapat snap satu gambar kakak potong kek.. Lepas pada tuh..
Daddy : Nah kakak ada hadiah..
Masa tuh kakak sibuk memeluk cium sayang dengan Mama Mummy dan Sya..
Kakak : Terima kasih abg paih.. Hadiah apa ny..
Daddy : Bigini..
Mummy : Warna pink..
Kakak : Eeiii geli..
Mama : Bukak lah dulu..
Mummy : Jangan bukak lagi.. Tunggu abe..
Mama terus call abe.. Bercakap Mama dengan nada marah..
Mama : Ny abe dok mana..???
Abe : Kat kedai..
Mama : Syam ada.. Suruh dy meh jumpa Mama..!! Dy buat apa ny kat Mama..??
Abe : Ok-II..
Mama : Meh lah..!! Simpan semua nasi lemak.. Balik laa..!!
Selepas beberapa minit telefon Mama berdering.. Mama pon jawab..
Mama : Hello..
Adik : Ma dok mana..
Mama : Ada di rumah..
Adik : Meh amik ny sotong, daging, perut bakar ny..
Mama : Okey..
Mama : Abg paih pi amik semua kat adik.. Kat rumah tok..
Daddy : Suruh abe laa..
Mummy : Abe kan kalut simpan nasi.. Nak bawak Syam lagi..
Daddy pon gerak keluar untuk amik segala makan yang Adik buat.. Selepas beberapa minit Abe dan Syam sampai di rumah..
Abe : Assalamualaikum..
Semua jawab " Waalaikumussalam"
Syam : Ya ada apa Makngah..
Mama : Meh makan kek ny..
Syam : Laa.. Syam ingatkan apa.. Takut dah..
Mama : Macam tuh la cara kita nak pekena orang, Syam..

Makan lah diorang sesama sambil layan cerita Farah Ayuni.. Sesudah makan, Abe dan Syam nak keluar hantarkan lebihan nasi lemak pada kawan-kawan.. Mummy, Kakak dan Sya ke dapur.. Kemaskan dapur..
Sesudah kemas semua tetiba Mummy menyanyi jerit-jerit..
Mummy : Minum milo anda bersemangat juara..!!!!!!!
Kakak : Ma tengok ma kak wani..
Mama : Habis dah semua tak senta anak Mama..
Gelak besar semua..
Mummy : Jom nak balik dah..
Mama : Esok meh awal nah.. Pi renew lesen Mama..
Mummy : Baik, ma..
Mummy pon gerak pulang.. Daddy menyusul Mummy dari belakang..

....................................................................................................................

FawwazSecret sebenarnya turut merasa kegembiraan yang Mummy dan Daddy sekeluarga raikan.. Bagi FawwazSecret itu adalah kebahagiaan yang tidak selalunya diraikan sesetengah keluarga.. FawwazSecret yakin.. Inilah keluarga bahagia yang Mama harapkan untuk keluarga dia.. FawwazSecret harap, Mummy Daddy cepat-cepatlah rasmikan perkahwinan di Malaysia.. FawwazSecret yakin, kebahagiaan keluarga lebih bersinar berbanding kebahagiaan sekarang.. Akhir kata, FawwazSecret doakan Mummy Daddy bahagia hingga hujung nyawa, dan last wishes untuk Kakak, Happy Birthday..


Cerita Mummy dan Daddy Sekeluarga - I

Hai.. :')
Ada cerita yang FawwazSecret nak sampaikan mengenai Mummy dan Daddy bersama keluarga.. Tapi cerita ny, cerita 22 Oktober.. Cerita semalam.. Takpa kan.. Bagi FawwazSecret.. Cerita ny ada yang menarik dan ada yang lucah.. Hehe.. :D Takpalah.. Biar FawwazSecret sampaikan ceritanya..

....................................................................................................................

Bermula dalam jam 10.30pagi.. Mummy menerima panggilan Daddy..
Daddy : Maa..
Mummy : Ya abh..
Daddy : Ma nak meh bila..
Mummy : Satg ma pi.. Nak siapkan semua kerja rumah dulu..
Daddy : Jangan lambat nah.. Abh rindu..
Mummy : Yea abh.. Nak nasi goreng daging..?? Ma ada masak pagi ny..
Daddy : Nak nak..
Selepas 45minit, Mummy menerima panggilan dari Mama pulak.
Mummy : Hello ma..
Mama : Wani dok mana..
Mummy : Ada di rumah..
Mama : Wani buat kerja rumah ka..
Mummy : Nak sudah dah.. Ma nak wani pi awai ka..??
Mama : Ma nak mintak tolong amik Sya.. Moto merah ma rosak..
Mummy : Takpalah.. Wani pi amik..
Ma : Haa okey okey..
Mummy pon bersiap cepat. Tak lupa Mummy bawak bekalan nasi goreng daging untuk Daddy.. Lepas siap semua, Mummy pon bergegas ke sekolah Sya..

Sesampai Mummy di sekolah Sya.. Memang kesian sangat kat Sya.. Sya bernasib baik ada dua orang kawan yang menemaninya.. Mummy punyalah mintak maaf kat Sya.. Takut Sya merajuk.. Tapi nasib Sya okey jea.. Mummy sambut beg sekolah Sya untuk digalasnya.. Dan Sya menaiki skuter Mummy belah depan.. Sepanjang perjalanan pulang, Mummy berbual-bual dengan Sya.. Mummy bertanyakan mengenai ujian peperiksaan yang Sya duduki hari ny.. Alhamdulillah Sya dapat menjawab segala soalan peperiksaan dengan mudah..

Sesampai Mummy dan Sya di rumah Mama..
Daddy : Sya sekolah ka, kak wani yang sekolah ny..
Mummy : Ma yang sekolah.. Sya pi amik lambat..
Mummy masuk ke dalam jumpa Mama..
Mummy : Maa... Wani bawak nasi goreng..
Mama : Haa elok lah, ma lapaq ny tak makan apa lagi..
Sambil Mama makan nasi yang Mummy bawak, Mummy pon kupas telur-telur yang dah siap Mama rebuskan.. Setengah jam selepas tuh.. Daddy masuk dapur..
Daddy : Mana nasik..
Mama : Ma makan abeh dah..
Daddy : Tak baik ma.. Tuh nasik abg paih..
Mama : Alaa pagi tadi dah makan sampai dua bungkus..
Daddy : Tak kira ah..
Mama : Takpa esok wani masak lain..

Daddy malas nak layan Mama.. Kononnya merajuk lah.. Daddy pon sediakan kertas dan plastik atas meja untuk bungkuskan nasi lemak Mama.. Masa Daddy sedang menyusun, Kakak dan Abe pulang dari sekolah..
Kakak & Abe : Assalamualaikum
Semua menjawab salam diorang, "Waalaikumssalam"
Kakak : Ma, hari ny birthday kakak..
Mama : Laa yaka.. Sorry Mama lupa.. Happy Birthday..
Kakak : Kakak tamo jaga kedai hari ny.. Bagi kak wani..
Mama : Tak boleh macam tuh.. Kak wani tugas dia dalam rumah saja..
Kakak : Mengada kak wani ny..

Selepas pada tuh, Mama bersuara..
Mama : Mama tinggai nah.. Ampa buat dua..
Mummy : Nak mula dengan lauk apa ma..??
Mama : Nasi bilis telur dulu.. Turn kedua satg ma meh..
Sambil buat kerja Mummy Daddy berbual pasal facebook..
Mummy : Abh, ma online tadi.. Tengok kakcik myra update status..
               Masa bercinta awek kentut.. Pakwe pon tanya, ayg kentut ke..
               Awek tanya balik, ada bau ke, sorry tak sengaja..
               Pakwe pon jawab, takpa bau strawbery ja..
Daddy : Ceh..!!
Sambil semua gelak besar..
Mummy : Lepas tuh kan, kakcik Myra tulis lagi.. Lepas tiga tahun kakwin ada anak dua..
               Bini kentut.. Laki tanya, eh kau kentut ka.. Bini jawab, yea maaf abg tak sengaja..
               Laki terus kata, eeii busuk bau petai.. Uwerrkk!! Lepas tuh..
               Bini dia jawab, ouh masa bercinta kentut saya awak cakap wangi, bau strawbery..
               Sekarang dah kahwin kentut saya busuk la bau petai la.. Bini dia marah laa..
Daddy : Hahaha.. :D Cerita bodoh..
Kakak, Sya, Abe pon gelak besar.. Tak tahu pulak masa tuh Mama pon dengar Mummy bercerita.. Sama habis bual, sama siap kerja Mummy Daddy..

Dua tiga minit kemudian Daddy berehat sambil tengok tv.. Mummy pulak siap menanda nasi dan masukkan dalam bekas untuk dijual.. Lepas siap semua, Mummy susunkan plastik dan kertas untuk turn kedua.. Selepas siap menyusun, Mama dan Daddy letakkan nasi dan lauk.. Mummy pulak makan nasi.. Yea lah perut dah rasa lapar.. Belum sempat Mummy habiskan nasi, tetiba Mummy terasa nak membuang..
Mummy : Hish perut ny..
Sya : Sya makan nasik kak wani..
Mummy : Makanlah..
Mummy bergegas ke tandas.. Sesudah Mummy tarik pintu tandas..,
Mummy : Bodoh ah..!!
Semua yang ada kat dapur gelak besar.. Mummy masuk dapur semula.. Semua pandang sambil tertawakan Mummy.. Mummy muka dah macam orang bodoh masa tuh.. Mummy tak tahu apa-apa.. Lagi lah dorang ketawakan Mummy..
Mummy : Awat semua gelak..??
Daddy : Kami semua dengar ma kata bodoh..
Mummy : Hala pungkoq ny tak jadi membuang..
Semua sambung tertawakan Mummy.. Sampai terduduk-duduk Mama ketawakan Mummy..
Mama : Ma ingatkan wani kata bodoh kat pintu tuh.. Haha..
Habis semua lagi bertambah besar gelak tawanya..
Mummy pon bangun sambung membungkus dengan Daddy.. Tiba-tiba..
Mummy : Terasa nak kentut laa..
Mama : Takpa.. Kentut-kentut.. Bau strawbery..
Semua hentam ketawakan Mummy sekali lagi.. Kesian Mummy..

Beberapa minit selepas tuh.. Kakak masuk mandi.. Abe pulak masuk bilik melayan lagu jiwang.. Daddy pulak tengok tv bersama Sya.. Tinggallah Mummy dan Mama di dapur..
Tiba-tiba..
Kakak : Ma berus gigi patah..
Mummy : Semua habaq kat mama.. Sama macam kat rumah..
               Semua habaq mak.. Stress mak..
Mama : Tak tau lah wani.. Penat dengan depa.. Tuh tak kira masa period lagi..
            Ma, poen berdarah..!!
Kakak : Haa perburuk orang..!!!!
Mummy terus gelak besar.. Sakit perut Mummy.. Mama sambung lagi..
Mama : Tuh anak perempuan.. Yang laki pulak, ma kote berdarah..!!
Mummy lagi gelak besar.. Sampai terduduk Mummy.. Tak dapat nak buat kerja..
Mummy : Sudah ma sudah.. Wani sakit perut..
Mama : Mengucap wani mengucap..
Mama sambung gelak dengan Mummy.. Kemudian Mama sambung lagi..
Mama : Sungguh tau wani.. Tuh nasib yang laki tak berdarah..
            Kalau berdarah memang mengadu jugak..
Mummy lagi lah gelak besar.. Terus Mummy kata..
Mummy : Kalau ya berdarah nak pi tengok jugak keluar kot lubang mana..
Mama terus gelak besar.. Sampaikan last-last Mama dan Mummy terduduk keduanya di dapur.. Sakit perut Mummy dan Mama tertawakan lucah diorang..

Beberapa minit lepas tuh.. Daddy masuk dapur..
Daddy : Haa sembang apa dua beranak sampai tak buat kerja..
Mummy : Sibuk jea..
Mama : Entah dia ny kalut.. Abe faris.. Meh sat..
Abe : Ya, ma..
Mama : Pi hantaq nasi kat kawan Mama sat.. Kot lorong dekat dengan trek joging..
Abe : Sapa tanya...??
Mama : Pi sat abe..
Abe : Sapa taw...??
Mama : Ish awat anak-anak aku semua tak senta ny..
Mummy terus tertawakan Mama.. Bila Mama dengar Mummy gelak, dengan Mama sekali gelak besar..

Lepas siap kesemua nasi lemak Mama, Kakak dan Abe pon bergerak ke kedai masing-masing.. Tinggal turn yang ketiga, Mama biarkan Mummy dan Daddy yang uruskan.. Selepas siap semua.. Tugas Mummy Daddy hanya hantarkan lebihan nasi pada Kakak.. Lepas hantar, Mummy Daddy tak terus pulang ke rumah.. Tapi Mummy Daddy meronda ke tapak Paintball.. Saja Daddy nak tunjuk pada Mummy.. Sebab Mummy ny kalau tak tunjukkan jalan, nak harap dia tahu sendiri, memang tak lah.. Lepas meronda, Mummy Daddy ke kedai ikan pulak.. Pada asalnya nak beli ikan, tapi tiba-tiba Mummy Daddy terasa tak perlu lagi nak beli.. Kemudian Mummy Daddy buat keputusan untuk pulang ke rumah Mama..

Sesampai Mummy Daddy di rumah Mama..
Sya : Kak wani jom beli belon dengan kek sambut birthday kakak..
Mummy : Urmm bila..??
Daddy : Mama, abg paih nak ikan..
Mama : Dalam parit banyak ikan..
Sya : Kita pi beli sekarang laa..
Mummy : Kak wani kena balik tunjuk muka kat mak abh kak wani dulu..
               Kena bagitau lain kata kak wani nak keluar pulak..
Sya : Urmmm... :-(
Daddy : Tak payah balik..
Mama : Hish abg paih ny.. Buat macam wani hak dia..
Daddy : Memang hak abg paih pon.. Ma lupa..??
Mama : Takpalah, bagi wani balik dulu.. Wani meh pulak nah satgi..
Mummy : Yea, ma..
Daddy : Awai nah, ma..
Mummy : Yea, abh..

Masa tuh jelas pada mata Daddy yang Daddy terlalu merindui Mummy.. Sebenarnya Mummy jugak merindui Daddy.. Tapi apa jua keadaan sekalipun Mummy dan Daddy harus kuat bertahan dengan semua ujian tuh.. Astaghfirullah.. Rumah tangga mana yang ingin dekati kehancuran.. Rumah tangga itu adalah masjid Allah yang dibina.. Walaupun disembunyikan.. Walaupun dipandang hina sesetengah orang.. Tapi ianya tetap halal disisi agama, jugak di mata Allah swt.. Mummy masa tuh seakan hendak menitiskan air mata.. Tapi Mummy lawan kesedihan tuh.. Mummy terus bergerak pulang ke rumah..

....................................................................................................................

Ceritanya tak habis sampai sini taw.. Ada sambungan lagi.. FawwazSecret akan tuliskan.. Kenapa..?? Alaa.. Takkan lupa.. Kan malam ny Mummy Daddy nak sambut birthday Kakak.. Baca tau post yang berikutnya.. Jangan tak baca.. Bbye.. :D


Monday 21 October 2013

Coretan Aku

Hai.. Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Assalamualaikum....... :')

Wah hampir seminggu rasanya FawwazSecret tak meng-update blog ny kan.. Nasib tak bersawang lagi laman blog FawwazSecret.. Ecehceh... Over pulak FawwazSecret ny kan.. FawwazSecret update ny pon bukan sebab FawwazSecret nak bercerita kisah AidilAdha Mummy Daddy.. Tapi ny kisah FawwazSecret sendiri.. Mummy Daddy ny belum sempat lagi FawwazSecret jumpa.. Jadi nak bercerita AidilAdha diorang pon FawwazSecret tak tahu nak mulakan macam mana.. Jadi tak salah lah kalau FawwazSecret mulakan cerita FawwazSecret dulu.. :')

Pertama sekali FawwazSecret nak bagitahu.. Apa saja hal FawwazSecret, takkan ada gambar atau sebarang bukti.. Kecuali cerita Mummy Daddy saja.. KENAPA..?? Sebabnya, blog ny hanya ditulis jalan cerita mengenai Mummy Daddy.. Bukannya jalan cerita FawwazSecret.. Sebagai penulis.. FawwazSecret harus hidupkan jalan cerita Mummy Daddy walaupun dalam bentuk penulisan..

Sebenarnya blog FawwazSecret sudah ada pembaca yang telah memberi SEBESAR PUJIAN pada Daddy FawwazSecret.. Katanya, bila baca cerita-cerita yang tertulis dalam blog ny, mereka tak dapat nak bagi komen apa-apa melainkan komen dengan "SWEET-NYER" "HAPPY-LAA" dan macam-macam lagi.. Cuma kadang tak dikomen di bawah cerita FawwazSecret.. Tapi dikomen pada mulut sendiri.. Sebenarnya tak penting bagi FawwazSecret untuk mengharapkan komen orang mahupun seramai mana orang yang akan view blog ny.. Sebabnya tugas FawwazSecret menulis semula kenangan demi kenangan yang dilalui oleh Mummy Daddy.. Tak kiralah ianya sedih, suka, apa saja rasa.. Tetap FawwazSecret coretkan kerana itu adalah kenangan Mummy Daddy.. Dan sekarang seorang hamba Allah swt ny telah mencadangkan agar FawwazSecret menulis satu cerita tak kisah lah ianya cerita pendek mahupun cerita panjang.. Asalkan bila dah siap menulis, serahkan saja padanya untuk dibaca.. Katanya, bila dibaca blog FawwazSecret, dia dapat bayangkan segala keadaan.. Maksudnya setiap cerita yang FawwazSecret sampaikan ny hidup.. Hamba Allah swt ny cadangkan FawwazSecret untuk mengarang sebuah cerita hantu, cerita sedih, cerita yang berbaur segala rasa, cerita kejayaan, cerita cinta dan apa saja cerita. Biarpun FawwazSecret takda tajuk untuk cerita tersebut, tetapi FawwazSecret dinasihatkan untuk menulisnya saja.. Tajuk pula serahkan saja pada hamba Allah ny.. Yang pentingnya FawwazSecret harus ada motif sendiri dalam menulis suatu cerita tersebut.. FawwazSecret tak yakin yang FawwazSecret boleh buat apa yang si hamba Allah st ny cadangkan.. Sebab FawwazSecret masih mencari seseorang yang boleh mengasah bakat FawwazSecret dalam menulis.. Tapi hamba Allah ny cakap FawwazSecret dah ada bakat sendiri.. Hanya perlu ada motif FawwazSecret saja dalam menyampaikan satu cerita tuh.. ALHAMDULILLAH sebab ada jugak orang yang nampak BAKAT MENULIS FawwazSecret.. Cuma FawwazSecret saja yang KURANG BERKEYAKINAN.. Tak mengapalah.. Kadang terfikir jugak.. Apa salahnya FawwazSecret tonjolkan sikit bakat ny.. Cuma masa dan keadaan yang buatkan FawwazSecret tak dapat jalan cerita.. Macam cerita Mummy Daddy takda apalah sangat sebab Mummy Daddy ceritakan balik pada FawwazSecret.. Bila FawwazSecret nak buat cerita sendiri saja yang terasa susah.. Kata Daddy, kalau nak buat apa-apa kisah atau cerita cuma letakkan diri kita dalam cerita tuh.. Lahirkan watak kita sendiri.. Pasti akan ada jalan ceritanya.. Memang betul apa yang Daddy cakap tuh.. Cuma ideanya saja yang tak sampai lagi ke otak FawwazSecret.. Bagi FawwazSecret lah.. MENULIS BUKANNYA suatu perkara yang MUDAH. MENULIS JUGA BUKAN suatu perkara yang SUSAH.. MUDAH jikalau kita BERBAKAT.. Dan SUSAH jikalau kita berbuat kerana KEHENDAK ORANG.. Menulis ny selalunya lahir dari dalam diri kita sendiri.. Jadi FawwazSecret rasa.. FawwazSecret nak ambil peluang ny.. Tonjolkan bakat FawwazSecret.. Cuma cepat dengan lambat saja masa untuk FawwazSecret siapkan tiap cerita.. Kalau kita ada ANGAN-ANGAN.. Pasti kita kita akan CARI JALAN untuk kita KECAPI angan-angan tuh.. Supaya ianya menjadi IMPIAN.. Dan bukannya ANGAN-ANGAN..

Apa pendapat pembaca-pembaca eh..?? Harus tonjolkan bakat ataupun sembunyikan saja bakat yang ada..?? Kadang kita perlu mencuba kan..?? Memang susah nak dapatkan sesuatu yang terbaik.. Tapi kalau niat ikhlas.. Ada usaha gigih.. Pasti kita kan perolehi apa yang kita harapkan terbaik tuh.. :D Jadi bagilah semangat untuk FawwazSecret.. Dan jangan lupa.. Doakan FawwazSecret untuk kecapi segala kejayaan agar ianya tak menjadi angan-angan.. Aminn... :')

 Salam mesra,
FawwazSecret

Monday 14 October 2013

Kisah Menarik Surah Al Hajj

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :')
Sempena Raya Haji ny FawwazSecret nak kongsikan kisah menarik yang tertulis di dalam Surah Al-Hajj.. Sepertimana yang kita semua tahu, surah ini mengandungi 78 ayat dan terletak dalam Juz yang ke-17 di dalam Al-Quran.. FawwazSecret nak kongsikan surah ny sebab kita semua dah nak sambut Raya Haji pada 10 Zulhijjah, iaitu pada esok hari.. Jadi surah ny memang sesuai FawwazSecret muatkan dalam masa terdekat ny sebab surah ny banyak mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan ibadat haji, seperti ihram, tawaf, sa'i, wuquf di Arafah.. Serta adat mencukur rambut, syi'ar-syi'ar Allah swt, faedah-faedah dan hikmah-hikmah yang disyariatkan dalam haji..

HAJI, MANASIKNYA DAN SYI'ARNYA

Ibadah haji bermula ketika Allah swt memberikan Nabi Ibrahim a.s. suatu tempat iaitu Baitullah.. Dimana Allah swt telah meninggalkan pesanan kepada Nabi Ibrahim a.s. supaya membersihkan rumah-Nya dengan membenarkan orang-orang tawaf mengelilingi Baitullah.. Dan sucikanlah rumah-Nya dengan orang-orang yang beribadat kepada-Nya serta orang-orang yang ruku' dan sujud kepada-Nya.. Dan Allah swt telah perintahkan Nabi Ibrahim a.s. supaya menyeru manusia untuk mengerjakan haji.. Dan Allah swt meyakinkan Nabi Ibrahim a.s. bahawa mereka akan mengerjakan haji biarpun mereka berjalan kaki ataupun mereka mengendarai unta yang kurus untuk sampai ke destinasi.. Biarpun jauh dan sukar perjalanan mereka, mereka akan mengerjakannya.. Dan mereka akan sentiasa menyebut-nyebut nama Allah swt apabila tibanya Hari Raya Haji dan Hari Tasyriq iaitu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.. Dan Allah swt mengatakan kepada Nabi Ibrahim a.s. bahawa Dia akan memberi makan kepada mereka-mereka daging haiwan ternakan, dan simpanlah sebahagian daging itu buat orang-orang yang sengsara lagi fakir.. Allah swt juga telah menyebutkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bahawa kesemua manusia harus menyucikan diri mereka dengan memotong rambut, mengerat kuku dan dan membuang segala kekotoran dari badan mereka.. Dan hendaklah mereka menyempurnakan segala apa yang telah mereka nazarkan.. Dan mereka hendaklah melakukan tawaf keliling Baitullah..

Sesungguhnya barang siapa yang mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah swt, maka Allah swt telah menghalalkan baginya semua binatang ternak kecuali yang sudah diterangkan akan haramnya.. Dan sesungguhnya jika mereka ikhlas dengan Allah swt, jauhilah dari menyekutu Allah swt dengan menyembah berhala.. Dan hindarilah dari kata-kata yang dusta.. Dan barangsiapa yang mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah swt, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa..

Dan Allah swt memberikan kepada mereka binatang-binatang had-yu iaitu binatang yang mempunyai banyak manfaatnya seperti dikendarai, susunya dapat diminum dan dagingnya dapat dimakan.. Dan binatang had-yu ini adalah sebahagian dari syi'ar Allah swt.. Dan Allah swt telah mewajibkan bagi tiap-tiap umat untuk membuat penyembelihan ke atas binatang-binatang had-yu itu.. Dan hendaklah mereka menyebut nama Allah swt ketika hendak menyembelihnya dalam keadaan berdiri manakala binatang had-yu pula dalam keadaan terikat.. Dan apabila binatang had-yu itu mati, makanlah sebahagian daripada dagingnya dan sebahagian lagi memberilah dengan seikhlas hati kepada orang-orang yang meminta juga pada yang tidak meminta-minta..

Dan sesungguhnya Allah swt akan memberi khabar gembira kepada mereka-mereka yang mensyukuri segala rezeki yang Allah swt telah kurniakan.. Dan sesungguhnya bukanlah daging dan darah binatang had-yu itu yang mencapai keredhaan Allah swt, tetapi ketakwaan dari hati mereka-mereka lah yang dapat mencapai keredhaan dari Allah swt.. Demikianlah Allah swt telah menundukkan binatang had-yu itu kepada mereka supaya mereka mengagungkan Allah swt terhadap hidayah yang telah Allah swt kurniakan kepada mereka..
  
....................................................................................................................

Itulah serba sedikit cerita yang disampaikan dalam Surah Al-Hajj dimana ia menerangkan kepada kita mengenai ibadat haji dan syi'ar Allah swt..
Selamat membaca.. Semoga ianya bermanfaat yea..
Selamat Hari Raya AidilAdha.. :')