Dalam dunia ini apa yang paling
indah adalah apabila setiap pasangan menuju alam pernikahan.. Tetapi apa
yang paling buruk adalah pergaduhan.. Paling buruk pergaduhan terjadi
kerana mulut.. Paling membuahkan kebencian apabila seseorang itu bercakap
memerli orang lain... Bukannya berterus terang.. Memang menyakitkan hati..
Bagi sesiapa yang mengamalkan sikap seburuk syaitan laknatullah ini,
lebih baik belajar berubah.. Jangan hanya pandai berkata-kata mengenai
kebaikan, tetapi tak tahu untuk melakukan.. Alamatnya, memalukan diri
sendiri sahaja.. Sebab itu lah ada pepatah mengatakan
" Kerana Mulut Badan Binasa "
" Kerana Mulut Badan Binasa "
So, belajar lah berubah ye..
Fawwaz_Secret
kali ini nak sampaikan cerita mengenai suami isteri yang sememangnya
bahagia dalam rumah tangga.. Tak kira apa sekalipun masalah yang mereka
hadapi sehingga membangkitkan pergaduhan, mereka tetap mesra dan cuba
untuk selesaikan masalah dengan baik.. Ubat paling mujarab apabila
bergaduh dalam rumah tangga ialah bersama.. Tak kira lah di waktu siang
mahupun malam.. Tapi cerita yang FawwazSecret nak sampaikan kali ini agak aneh.. Suami isteri ni bergaduh melalui pesanan ringkas (sms).
Al kisahnya bermula begini ............
Pada suatu malam si suami , dipanggil dengan nama manjanya "abh" keluar berfutsal dengan kawan-kawan. Si isteri ini pula yang diberi gelaran manja "mama" asyik
saja menunggu kepulangan suaminya sampai tertidur.. Tepat jam1.30pagi,
si suami pulang ke rumah tapi tak kejutkan isterinya sebab dia dalam
keadaan migrain yang melampau.. Tapi, bila tepat jam 4.32pagi, si suami
kejutkan isterinya lalu mohon maaf sebab tak kejutkan isterinya waktu
sampainya di rumah tadi.. Si isteri mula monyok, lalu tidur.. Tak tahu
pula monyok si isteri itu dibawa sampai ke siang esoknya.. Bila
bersemuka, si isteri hanya senyum dan terus membisu.. Si suami ini pula
cuba memujuk tapi tak diendah pun oleh isterinya.. Lama kelamaan,
keduanya membisu.. Ego masing-masing tinggi yang amat. Huh!! Ada hati nak
bercakap, tapi masing-masing fikir takut silap bercakap nanti, sikap
amarah itu makin membara pula.. Lagi susah.. Jadi, membisu keputusan
terbaik..
Tengahari
adalah masa untuk suami isteri ini sambung kerja.. Sesudah masing-masing
sampai di tempat kerja, si suami tiba-tiba rindukan isterinya.. Jadi, si
suami menelefon isterinya berkali-kali tapi tak berjawab.. Sehinggakan
terdetik sayang si isteri lalu memutuskan mereka untuk bersuara.. Dalam
bicara yang baik, tiba-tiba si isteri bersikap ego, lalu mengungkit hal
semalam.. Disebabkan si suami tak nak akan pergaduhan, dia putuskan
talian telefon.
Beberapa minit kemudian .................
( si suami menerima satu pesanan ringkas )
Isteri : Sebab tuh ma tak mau bercakap.. Jadi macam ni lah..
Silap ma angkat fon.. Mintak maaf sangat-sangat !!
Tiba-tiba .................. ( pesanan ringkas bertukar kepada doa )
Isteri : Ya Allah, macam mana aku harus terus membisu dengan orang yang aku
sayang....
Suami : Ya Allah, bisukanlah orang yang aku sayang dari perkataan2 yang boleh
membuatkan dia bertambah marah...
Dan penuhkan serta sejukkan hatinya dengan kemaafan...
Sesungguhnya sayang Mu Ya Allah lebih banyak pada dia berbanding
sayang aku pada dia...
Amin Ya Rabbal A'lamin...
Isteri : Bukan niat aku membisu pada dia yang aku sayang...
Ya Allah, bukakanlah mata hati orang yang aku sayang agar celik pada
sayang yang aku serahkan...
Pimpinlah orang yang aku sayang dari mengabaikan aku...
Ingatilah dia untuk meletakkan aku yang utama dalam apa jua yang ingin
dilakukannya...
Suami : Ya Allah... Hindari dan lindungi lah orang yang aku sayang dari
nafsu amarah...
Dan kuatkan lah nafsu 'sex'nya... Aamiiiiiiiinnnn!!!!!
Isteri : Ya Allah, pelihara lah aku dari melakukan dosa terhadap dia yang
aku sayang...
Walaupun sekali kami mohon ampun atas dosa yang kami lakukan...
Dan sekali itu juga keampunan akan Kau berikan...
Suami : Sesungguhnya amarah itu sifat syaitan...
Isteri : Ma mintak ampun, abh...
Suami : Abh dah ampunkan setiap kesalahan ma dari mula kita kenal
sampai ke hari ni...
Isteri : Ma sayang abah... T_T
Suami : Abh lagi lah sayang ma... ^_^
Dan
sekarang, mereka bahagia macam selalu.. Agaknya cerita siapa yang FawwazSecret cuba sampaikan ni.. Hehe.. Sudah pasti cerita dari Mummy Daddy.. Kalau cerita Mummy Daddy tak sweet itu bukan diorang lah.. Hehe.. Agak-agak lah kan, kalau kita alami benda
yang sama macam Mummy Daddy, terasa sweet tak ikatan yang ada..?? Pastilah kan..!! Sebenarnya, dari awal lagi FawwazSecret terfikir samada nak ceritakan atau pun tak kisah yang jadi
ni.. Sebab ni cerita lama Mummy Daddy.. Masa tuh baru 6bulan diorang bersama.. Biasalah masih baru lagi kan.. Banyak kenangan manis.. FawwazSecret mintak izin dari dorang.. Selepas masing-masing bagi kata setuju, akhirnya FawwazSecret
bercerita jugak.