بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 23 August 2013

Kisah Awal Mummy Daddy

Hai.. Pagi ny FawwazSecret terasa bosan.. Ada benda nak bercerita pasal Mummy Daddy FawwazSecret ny sebab diorang ny tak habis lagi shopping raya.. Semalam bershopping di  CP Alor Star.. Tuh pon dengar-dengar nak shopping lagi Ahad ny dekat Wang Kelian.. Hurmm.. Shopping lah Mummy, Daddy.. Sebenarnya FawwazSecret taknak lagi cerita soal Mummy Daddy shopping hari ny.. FawwazSecret nak ceritakan kisah awal Mummy Daddy sebelum Mummy Daddy bersama.. FawwazSecret nak perkenalkan Mummy Daddy yang dulu-dulu (sebelum bersama).. Tapi sikit-sikit saja lah.. Sebab FawwazSecret pon belum bersama dengan dorang lagi masa dorang mula-mula nak kenal dulu.. Jadi FawwazSecret nak kongsikan gambar je dulu.. Pas tuh FawwazSecret nak cerita apa yang FawwazSecret tahu jea.. Ini pun pengakuan dari Mummy Daddy taw.. Takda nak tokok tambah cerita.. Okey.. Meh-meh.. Tengok ny..


Daddy FawwazSecret

Hai.. Inilah Daddy.. Smart tak.. Semestinya.. Kan ny Daddy FawwazSecret.. Cerita asalnya Daddy ny memang dah ada teman berpasangan.. Tapi bukan sorang.. Banyak.. Hehe.. Lebih kurang playboy lah Daddy ny.. Takda lah bergurau saja ye.. Sebenarnya teman yang Daddy ada tuh Daddy cuma anggap kawan.. Bukannya teman untuk Daddy jadikan isteri.. Sudah berulangkali Daddy tekankan bahawa Daddy akan cari orang lain sebagai teman sehidup semati.. Tapi masih tak faham-faham.. Tak tahu bahasa melayu agaknya.. Tapi hanya keluarga Daddy saja yang memahami Daddy.. Tahu apa yang Daddy cuba cari untuk hidup dia.. Tapi yang lainnya tidak.. Tak kisahlah hal  tuh kan.. Itukan hal dulu.. Masa tuh Daddy pon muda lagi.. Main CINTA MONYET je banyak.. Lagipun.. Perempuan mana yang sanggup tinggalkan Daddy kalau setampan begini Daddy masa dulu.. Hehe..


Mummy FawwazSecret

Hai.. Ini pulak Mummy.. Comel tak.. Montel tak.. Hehe.. Montel macam FawwazSecret lah.. Kan ny Mummy FawwazSecret.. Cerita asalnya Mummy ny pulak berbeza.. Mummy belum ada yang punya.. Wah, memang boleh buat Daddy sayang lah ny.. Mummy cuma sedang menunggu si jejaka mana yang benar-benar akan bawa Mummy dalam kehidupannya.. Lelaki yang Mummy idamkan.. Baik dalam memimpin, mengubah dan menjadikan diri Mummy lebih baik dari apa yang Mummy ada.. Mummy adalah seorang rakan sekerja kepada sepupu Daddy yang berhasrat untuk jadikan Mummy isterinya.. Tapi Mummy tak bersetuju.. Sebab Mummy mencari seseorang yang mempunyai CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN Mummy.. Bila semua tahu dengan siapa mummy cuba berkawan.. Macam-macam fitnah dorang taburkan ke Mummy.. Semata-mata taknak ada sesapa pon terima Mummy.. Tapi itukan cerita dulu.. Sekarang Mummy tetap milik Daddy.. Lagipun.. Lelaki mana yang tak sanggup merebut seorang wanita yang comel dan manja macam Mummy ny.. Tambah lagi nak meninggalkan.. Hehe..

FawwazSecret berkongsi setakat apa yang FawwazSecret tahu.. Banyak cerita menarik dalam hidup Mummy Daddy selepas mereka bersama.. Ada jugak pahit perit kehidupan yang mereka lalui.. Tapi semuanya harus dikongsi kalau ingin teguhkan ikatan yang terjalin.. Harus saling bekerjasama biarpun hati sakit menanggung sesuatu yang tak dapat kita terima.. Tapi ALHAMDULILLAH.. Kebahagiaan lebih menyebelahi Mummy Daddy berbanding keperitan hidup.. Sebenarnya dimana sekalipun ada ujian dan dugaan yang telah Allah swt takdirkan buat kita.. Cuma kita harus kuat menempuh segalanya..

FawwazSecret nak meluahkan sesuatu yang FawwazSecret pendamkan.. FawwazSecret sebenarnya berbangga mempunyai Mummy dan Daddy.. Kerana sentiasa bersama walau berbagai dugaan dan ujian yang mereka tempuh.. Ada masa Mummy Daddy tak kuat.. Tapi tetap bersama.. Sebenarnya tak rugi kalau berkawan dengan Mummy Daddy.. Mummy Daddy mesra, sporting.. Boleh berkongsi apa saja dengan dorang.. Apa jadi pon Mummy Daddy akan diam.. Allah swt tahu semua.. Dan seharusnya kita kena ingat.. Apa sekalipun yang berlaku atas muka bumi ini sememangnya Allah swt sudah takdirkan.. Jadi jangan pernah salahkan takdir bila sesuatu menimpa kita.. Salahkan diri kita sendiri kerana tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah Allah swt berikan kepada kita.. Dan salahkan diri kita sendiri kerana mengubah sesuatu yang telah Allah swt jadikan.. Wallahu 'Alam..

No comments: