Hai.. Hari ni dah masuk awal bulan Ogos kan.. Bulan kelahiran Mummy FawwazSecret.. Hurm takpa sampai masa FawwazSecret bagitahu tarikh birthday Mummy eh.. Sebenarnya hari ni FawwazSecret takda topik lah nak bercerita.. Mungkin esok-esok ada kot.. Jadi FawwazSecret ingat hari ini kita sembang-sembang lah dulu eh.. Haa... Minggu ni dah masuk Fasa ke-3 Bulan Ramadhan kan..?? Haa, sapa yang suka ponteng puasa tu, lebih baik mula berpuasa.. Allah sentiasa terima.. Walaupun dah terlambat, Sekurang-kurangnya Allah tahu kita sedar akan kesilapan kita.. Apa orang nak kata..?? Lantak lah.. Yang penting kita dengan Allah.. Rugi tau kalau kita tak beramal, tak mohon keampunan di bulan Ramadhan ni.. Bukan selalu.. Ada 30hari je dalam 365hari.. Tambah pulak sekarang dah masuk Fasa III.. Semua orang terkejar-kejar malam Lailatul Qadar.. Kenapa kita taknak.. Segala dosa masa lalu kita akan terampun..
Tak mengapalah.. Dah alang-alang topik pon SEMBANG-SEMBANG.. FawwazSecret nak kongsikan satu cerita.. Bukan rekaan.. Tapi nak cerita apa yang FawwazSecret nampak di bulan puasa ni.. Masa Fasa I Ramadhan, FawwazSecret tengok ramai orang pergi Tarawikh.. Penuh Masjid.. Alhamdulillah.. Tapi bila dah masuk Fasa II Ramadhan, Orang dah kurang nak ke masjid.. Tak tahu kenapa.. Sedangkan fadilat Tarawikh masa tu tersangat berharga.. Malaikat turun mendoakan kita.. Ganjaran pahala sepertimana Allah berikan pada para rasul jugak diberikan kepada kita.. Ya Rabbi.. Allah bagi kita peluang untuk menghimpun segala apa yang kita inginkan seperti para rasul hanya dalam 30hari.. Tapi sayangnya kita manusia tak tahu menilai.. Sekarang dah masuk Fasa III.. FawwazSecret tengok Masjid sekarang lagi berkurang bilangan orangnya.. Sikit sangat.. Sepatutnya di 10malam yang terakhir inilah kita berlumba membuat amalan, mengejar malam Lailatul Qadar.. Setakat apa yang FawwazSecret cuba fahamkan.. Di 10malam yang terakhir ni, semua orang sibuk mencari barang persiapan untuk beraya.. Sibuk nak beli baju.. Sibuk nak buat biskut raya.. Sibuk nak hias rumah.. Sanggup buka kedai sampai jam 2 hingga 3pagi untuk cari pelanggan.. Apa salahnya kalau kita bersolat Tarawikh dulu.. Bukannya lama.. Pukul10 dah selesai Tarawikh.. Lepas tuh elok lah pergi cari barang sebagai persiapan raya.. Pasaraya pon tutup lewat malam.. Jam 12malam kalau tak silap.. Bazar-bazar raya pon banyak dibuka.. Nak risau apa kan.. Haa.. Sebut soal bazar ni.. FawwazSecret nak tegurlah sikit.. Pada yang buka kedai tu pon tak salah kalau buka selepas Tarawikh.. Yakinlah rezeki itu datangnya dari Allah.. Allah tahu niat kita dan Allah pasti kan tolong kita.. Tak rugi kalau buka kedai lewat-lewat pon.. Yang penting amalan kita untuk akhirat dulu.. Lepas tu baru fikirkan apa yang dikejar di dunia..
FawwazSecret ni sebenarnya suka bercakap.. Kadangnya bercakap benda baik.. Kadangnya bercakap benda yang tak baik.. Kategori jahatlah tu.. Tapi FawwazSecret lebih suka bertegur.. Kadang ni ada yang tak suka FawwazSecret bertegur.. Jadi biarkan.. Yang penting Allah tahu samada betul ataupun tidak apa yang FawwazSecret cuba buat.. Hurm.. Pejam celik pejam celik dah seminggu kan kita nak beraya..?? FawwazSecret apa satu pon tak beli lagi.. Eh, ada-ada.. FawwazSecret shopping dekat Butik First Lady dengan Butik Peace kat Alor Setar minggu lepas.. Sambil-sambil pilih baju untuk adik-adik kan.. FawwazSecret pon amiklah satu.. Nak cari aksesori cantik tapi fikirkan balik untuk apa sebenarnya aksesori ni..?? Sebagai perhiasan diri ke..?? Aduh.. Bersyukurlah.. Sesungguhnya Allah mencipta kita seindah manusia dah.. Kalau kita cuba nak hias-hias lagi maknanya kita tak bersyukur dengan perhiasan yang Allah berikan kepada kita.. Lagi kita berhias sebenarnya lagi buruk Allah pandang kita.. Lagi buruk azab kita terima di akhirat.. Dan selagi kita mensyukuri serta yakin dengan perhiasan serta kecantikan semulajadi yang Allah berikan, Percayalah sesungguhnya Allah sayang akan kita yang menghargai pemberiannya.. Dan tak putus bagi Allah untuk memberikan kita sedikit demi sedikit kelebihan perhiasanNya kepada kita.. InsyaAllah.. Tapi kena selalu bersyukurlah.. Jangan pulak tutup perhiasan Allah dengan solekan sampai tak terlihat semua perhiasan Allah.. Tak baik, tak baik..
Rasanya sampai sini jea kot FawwazSecret nak sembang.. Ada masa FawwazSecret buat satu cerita mengenai perhiasan okey.. Biar semua yang tak tahu tu tahu dan mula menilai serta menghargai pemberian Allah.. Jadi sampai sini saja sembang FawwazSecret.. Selamat mengejar malam Lailatul Qadar dan Selamat Hari Raya.. Assalamualaikum..
Salam sayang,
FawwazSecret
No comments:
Post a Comment