Hai.. Masih di bulan Syawal kan..?? FawwazSecret juga masih diberi peluang dan sememangnya berpeluang menceritakan kisah Syawal Mummy Daddy.. ;-) 03 Syawal adalah hari dimana Mummy buat Open House bersama saudara di Kuala Perlis.. 03 Syawal Daddy juga ada buat makan-makan sikit.. Sebab saudara mara Daddy semua nak balik ke rumah masing-masing dah.. Untuk Singgah Syawal 03 ny, FawwazSecret nak kongsikan cerita Mummy Daddy secara berasingan.. Bukannya 03 Syawal mereka tidak bersama.. Bersama juga.. Cuma lewat petang sikit..
03 Syawal Mummy FawwazSecret
Pepagi lagi Mummy dan keluarga gerak ke Kuala Perlis.. Dimana letaknya rumah ibu saudara kesayangan Mummy, MakLong.. Kenapa ibu saudara kesayangan..?? Sebab Mummy pernah tinggal di rumah MakLong.. Dan Mummy biasa minta apa saja Mummy akan dapat.. Seperti biasa setiap 03 Syawal, Mummy bersama saudara mara buat Open House kat sana.. Menu makanan untuk Open House tahun ny seperti selalu jugak.. Laksa + Nasi Tomato + Satay.. Uermm nyummy.. Hehe..
Sesampai jea Mummy kat sana.......
Pudin : KakNgah.. AbgNgah tak meh..??
Mummy : Dak kot..
Pudin : Amboi.. Surprise kat sana ja..?? Meh lah surprise kat sini pulak..
Mummy : Ish segan lah..
Pudin : Takpalah.. Jangan lupa kirim salam kat AbgNgah..
Mummy : Okey..
Mummy terus sambung buat kerja.. Biasalah bila raya buat Open House memang sibuk sikit.. Yelah saudara mara bila dah berkumpul kan mestilah ramai.. Cuma tak best bagi Mummy, saudara mara Perak tak pulang tahun ny.. Apapun takpa janji Open House tetap berjalan macam biasa.. Mummy lebih suka bahagian dapur sebab Mummy tak berapa suka dirinya dipandang orang.. Tapi bila dah takda kerja di dapur.. Mummy pon kuar untuk bakar satay..
Sempat lagi Mummy bergambar..
Ini gambar Mummy bersama Mak dan Sepupu kesayangannya, Saifuddin..
Mummy dah tiga hari sibuk dengan Open House.. Nasib 01 Syawal Mummy tak sesibuk 02 Syawal.. Tidak tak berpeluang Mummy beraya bersama Daddy.. Tapi alhamdulillah dalam sibuk-sibuk pon Mummy Daddy tetap dapat beraya bersama.. Itu tandanya Allah swt izinkan Mummy Daddy bersama.. Cewah.. Selepas selesai semua kerja.. Mummy rehat sekejap.. Kemudian Mummy pulang ke rumah.. Bila pandang jam di tangan.. Rupanya, Mummy pulang ke rumah pon dah pukul 4.30petang.. Cuma tunggu masa nak beraya dengan keluarga Daddy lah pulak.. Haa.. Meh sini kita cerita pasal Daddy pulak eh..
03 Syawal Daddy FawwazSecret
03 Syawal Daddy tahun ny buat makan bersama saudara mara.. Sebab saudara mara Daddy semua dah nak pulang ke rumah masing - masing.. Daddy sekeluarga masak Soto.. Sedap.. AyahDan Daddy bersama keluarga gerak awal pagi lagi untuk pulang.. Manakala AyhLong Daddy sekeluarga pulak akan sampai beraya di rumah sebab meraka pon nak gerak pulang jugak ke Melaka.. Mama Daddy dah jemput Mummy sekeluarga ke rumah.. Daddy punyalah call Mummy tak henti-henti.. Bertanyakan ke manalah Mummy tak sampai-sampai lagi.. Daddy tunggu nak makan sesama.. Daddy dah lapar sangat..
Mummy buat kejutan untuk keluarga Daddy.. Mummy bawak cinta lama Daddy.. Sesampai Mummy di rumah Daddy..........
Mama : Laa lewat dah Wani sampai..
Mummy : Open House lagi hari ny kat Kuala Perlis..
Mama : Open House lagi..?? Raya sakan..
MokTeh : Ni sapa pulak..??
Daddy : Ny hok abg paih jugak..
Nenek : Ny abg paih kawan dulu ny.. Lama dah.. Kawan dengan Wani..??
Nusz : Ya.. Tolong dia dulu ny.. Lama dah masa orang dok fitnah Faiz..
MokTeh : Baguslah.. Kawan elok-elok..
Mummy : Nusz.. Meh makan..
PokSu : Tuh sapa..??
Mummy : Cinta lama abg paih dulu-dulu ny..
PokSu : Wani boleh berkawan..??
Mummy : Awatnya dengan sapa pon boleh..
PokSu : Eh.. Syok abg paih noh..
Mummy : PokSu awat tak pi umah semalam.. Semua pi.. Poksu ja tak pi..
MokSu : Tak habaq apa pun..
Mummy : Eh Wani tak habaq ka..??
PokSu : Habaq kat Moksu muda kot..
Mummy : Hai Poksu cakap biar tapis sikit..
Mama : Haa.. Sambal tuh depan mata ja tuh..
Mummy : Amik Moksu.. Boh lam mulut PokSu sekali..
PokSu : Oihh jangan lahh.. Hahaa...
Gelak besar semua.. Bergurau aje ye..
Sesudah makan.. Mummy Daddy nak snap gambar.. Lagipun dah hampir jam 7.00 petang.. Mummy memang dah lewat sangat dah.. Tapi Mummy bukan nak pulang terus pon.. Mummy nak bawa adiknya shopping untuk raya esoknya.. Raya keempat Mummy nak beraya di Thailand pulak..
Cantik tak gambar Mummy Daddy.. Tengok tangan kiri Mummy Daddy.. Samalah jam tangan.. Jam tangan ny tanda hubungan yang Mummy Daddy jalinkan.. Tengok jari kiri Mummy Daddy.. Cincin mas satu, Cincin couple satu.. Memang dah berjanji mesti pakai sama.. Sweet lah Mummy Daddy..
Sweet tak gambar Mummy Daddy.. Tengok jari kanan Mummy Daddy.. Itu cincin yang menandakan mereka sudah berjanji untuk sehidup semati.. Mengharungi segala dugaan dengan penuh kesabaran.. Tabah menempuh jalan yang penuh duri.. Hanya untuk mempertahankan hubungan yang terjalin..
Hai 03 Syawal Mummy Daddy jugak berjalan lancar.. ALHAMDULILLAH.. Moga Allah swt sentiasa mengizinkan Mummy Daddy mengharungi kehidupan bersama.. FawwazSecret nak amik peluang ny untuk ucap Selamat Hari Raya buat Mummy Daddy.. Dan TAHNIAH sebab Mummy Daddy tetap beraya bersama walaupun dah 03 Syawal.. Selalunya 01 dan 02 Syawal jea orang beraya bersama tersayang.. Lepas tuh keluar lah dengan kawan-kawan.. Tapi Mummy Daddy lain sangat.. Pentingkan saudara mara.. Kalau boleh dapat beraya berdua pon dah cukup.. Haha.. Apapun FawwazSecret harap raya korang juga biarlah semeriah dan sesakan Mummy Daddy.. Bye..
No comments:
Post a Comment