بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 20 December 2013

10 Kelebihan Menghubungkan Silaturrahim

Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Untuk post hari ni, FawwazSecret nak kongsikan kelebihan yang dapat kita perolehi daripada Allah swt sekiranya kita menghubungkan tali silaturrahim sesama kita, umat Nabi Muhammad saw.. Tidak kira macam mana perhubungan kita sesama kawan dan sebagainya.. Jugak dalam keadaan apa sekalipun, harus kita sedari bahawa kita semua adalah saudara.. Kita semua umat Rasulullah saw dan hamba kepada Allah swt.. Apa sekalipun pertelingkahan yang hadir dalam kehidupan kita, pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. Percayalah bahawa Allah swt itu Maha Kaya.. Akan ditunjukkan-Nya kepada kita, apa yang benar dan apa yang salah.. Wajib bagi kita untuk buangkan yang keruh, dan ambil yang jernih..


- sekadar gambar hiasan -

Disini, FawwazSecret kongsikan bersama 10 kelebihan yang akan kita perolehi sekiranya kita menghubungkan tali silaturrahim sesama kita, umat Nabi Muhammad saw..
  1. Kita akan mendapat keredhaan dari Allah swt kerana Allah swt amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim sesama mereka.. Begitu juga dengan penduduk langit dan bumi..
  2. Para malaikat akan merasa gembira kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim..
  3. Kita dapat menambahkan pahala amal kita setelah kita meninggal kelak..
  4. Kita jugak akan dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian diantara kita dengan keluarga jugak kawan..
  5. Allah swt akan menambahkan keberkatan kepada rezeki kita..
  6. Allah swt akan melanjutkan usia mereka yang menghubungkan tali silaturrahim..
  7. Iblis ataupun syaitan laknatullah akan menjadi resah gelisah dan sakit hati, sekiranya kita berbaik sesama saudara..
  8. Allah swt akan mengizinkan kita untuk disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekeliling kita..
  9. Para jenazah yang berada di alam barzakh akan merasa gembira kerana mereka amat menyukai akan hubungan silaturrahim..
  10. Allah swt akan menghadirkan kegembiraan pada kedua belah pihak (yakni hubungan kita anatra pasangan, keluarga mahupun rakan taulan), tiada amalan yang lebih afdal melainkan menggembirakan hati orang yang beriman..
Bersama kita renungi, apa yang telah kita lakukan pada setiap hari.. "Adakah kita sentiasa berfikiran baik dan inginkan kebaikan terjalin dalam perhubungan kita sesama saudara??" Kalau YA, ALHAMDULILLAH.. Semoga kita semua diberkati Allah swt dan disayangi Rasulullah saw kerana kita menghormati setiap tunjuk ajar yang telah Rasulullah saw tinggalkan kepada kita, umatnya untuk saling menjaga hubungan silaturrahim antara kita dengan baik.. Bersama kita renungkan.. Semoga ianya bermanfaat..

10 Golongan Orang Yang Zalim

Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Untuk post kali ni, FawwazSecret nak kita kongsikan bersama mengenai perkara-perkara yang wajib bagi kita untuk melakukannya setiap hari, agar kita terhindar dari tergolong dalam golongan orang-orang yang menzalimi diri sendiri.. Jadi, dalam post kali ni, FawwazSecret akan berkongsi dengan semua mengenai 10 golongan yang menzalimi diri sendiri..


10 GOLONGAN ORANG YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI

1. Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar..
    - Lelaki yang tidak mahu menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul..

2. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan..
   - Jangan kita hanya mengisi perut sendiri, sedangkan jiran dalam kelaparan,
     dan kita tidak ambil peduli..

3. Bila berdoa, tidak mendoakan orang lain..
   - Seharusnya kita ingat bahawa kita semua adalah saudara..
     Saling mendoakan itu adalah sifat yang wajib ada dalam diri kita..

4. Apabila sampai ke sesuatu tempat, dia tidak Solat Jumaat..
   - Lelaki, walau dimana sekalipun berada, wajib baginya menunaikan solat Jumaat,
     apabila tiba hari Jumaat..

5. Apabila bertemu dua orang, tidak bertanya nama..
   - Kita tidak diajar untuk bersikap sombong.. Harus bagi kita saling menegur sapa..
     Tidak kira siapapun mereka.. Kita semua adalah saudara..

6. Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu pergi belajar..
   - Selalunya berlaku di surau dalam kampung ataupun taman perumahan..
     Wajib bagi kita untuk menghormati mereka yang ingin berkongsi ilmu bersama kita..
     Dan tidak salah untuk kita mempelajari ilmu baru dalam Islam..

7. Tidak membaca Al-Quran..
   - Wajib bagi kita membaca ayat suci Al-Quran, sekurang-kurangnya 100 ayat sehari..

8. Tidak solat sunat Tahyatul Masjid apabila memasuki masjid..
   - Wajib bagi kita solat sunat Tahyatul Masjid (2 rakaat) apabila memasuki masjid..
      Kerana ia menandakan kita menghormati rumah-Nya..

9. Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang..
   - Kita patut menghadirkan diri ke majlis yang dijemput, terutamanya majlis yang
      berarah kepada kebaikan.. Ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
      sesama kita..

10. Tidak memberi salam dan berdoa kepada ahli kubur ketika berada di perkuburan..
    - Wajib bagi kita memberi salam kepada ahli kubur.. Walaupun kita hanya melalui 
       kawasan perkuburan tersebut.. Tetap juga bagi kita mendoakan mereka agar
      ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

Akhir kata FawwazSecret, bersamalah kita renungkan setiap perbuatan yang telah kita lakukan dalam sehari, sebelum kita melelapkan mata dan membukanya semula untuk keesokan harinya.. "Adakah hari ini, kita tergolong dalam golongan yang di atas??" Jika TIDAK, berkatalah kita ALHAMDULILLAH.. Kerana kita terhindar dari golongan orang-orang yang zalim.. Dan jika YA, BERISTIGHFAR lah.. Kerana kita masih sempat untuk melafazkan taubat kepada Allah swt.. Bersama kita renungkan.. Semoga ianya bermanfaat..

Wednesday, 11 December 2013

Jom Zikir "Laailaaha Illallah"

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
Kita semua mesti dah selesai solat Zuhur kan..
Apa kata selesai saja solat, kita bersama basahkan lidah dengan berzikir kepada Allah swt..

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang membaca "Laailaaha Illallahu" maka ia akan dapat menolah bala sebanyak 99 bala dan dapat menghilangkan segala kegundahan dan kesedihan yang dialaminya"

Jadi, bersama kita beramal, dan berzikir kepada Allah swt..
Semoga kita terhindar dari segala keburukan..


Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Laailaaha Illallahu...
Muhammadur Rasulullah...
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t"
"Dan Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah s.w.t"

18 Golongan Orang Yang Dicintai Allah swt

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
Hari ni FawwazSecret nak kongsikan beberapa perbuatan manusia yang dicintai Allah swt.. Tapi, sepertimana yang kita semua ketahui.. Bukanlah semua perbuatan yang kita lakukan itu Allah swt akan cintai.. Tapi yang pastinya, hanya ada 18 golongan daripada kita yang sememangnya Allah swt cintai.. Siapakah mereka-mereka diantara kita..?? Dan mengapa Allah swt mencintai mereka-mereka..?? Menjadi satu persoalan kan..

Baiklah.. Dari beberapa sumber yang telah FawwazSecret terima.. Jugak dari beberapa ayat dalam Al-Quran yang telah FawwazSecret habiskan.. Alhamdulillah.. FawwazSecret menemui sedikit ilmu yang boleh kita kongsikan bersama..


18 GOLONGAN YANG ALLAH SWT CINTAI
1. AT-TAWWABIN
Mereka adalah orang-orang yang bertaubat..
Al-Baqarah, ayat 222 ada disebutkan :
"Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri"
2.   AL-MUTATHOHHIRIN
Mereka adalah orang-orang yang suka bersuci dan menjaga wudhu'..
Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222 disebutkan makna yang sama :
"Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri"
3.    AL-MUQSITHIN
Mereka adalah orang-orang yang adil..
Dalam Surah Al-Maa'idah, ayat 42 telah disebutkan :
"Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang adil"
4.   AL-MUTTAQIN
Mereka adalah orang-orang yang bertaqwa..
Dalam Surah Ali 'Imran, ayat 76 ada menyatakan :
"Katakanlah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa"
5.   AL-MUHSININ
Mereka adalah orang-orang yang suka berbuat kebaikan..
Dalam Surah Ali 'Imran, ayat 134 ada disebutkan :
"(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan"
6.   AL-MUTAWAKKILIN
Mereka adalah orang-orang yang bertawakal..
Dalam Surah Ali 'Imran, ayat 159 jugak disebutkan :
"Orang-orang yang bertawakal kepada Allah swt kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah swt.. Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya"
7.   AS-SHOBIRIN
Mereka adalah orang-orang yang sabar..
Dalam Surah Ali 'Imran, ayat 146 juga disebutkan :
"Allah swt menyukai orang-orang yang sabar"
8.   ORANG YANG MENGIKUTI RASUL
Mereka adalah orang-orang yang patuh akan ajaran Rasul..
Dalam Surah Ali 'Imran, ayat 31 ada disebutkan :
"Jika kamu mencintai Allah swt, ikutilah aku.. Niscaya Allah swt mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.. Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
9.   ORANG YANG BERJIHAD
Mereka adalah orang-orang yang berperang di jalan Allah swt..
Dalam Surah Ash-Shaff, ayat 4 ada disebutkan :
"Sesungguhnya Allah swt menyukai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
10.   ORANG YANG BAIK PERILAKU
Mereka adalah orang-orang yang tidak suka mengeluarkan kata-kata yang keji, berfikir sebelum berbuat sesuatu, sabar dan sentiasa rajin melakukan solat di waktu malam..
Imam Al-Baqir as telah menyatakan :
"Sesungguhnya Allah swt mencintai orang yang apabila bersenda gurau tanpa mengeluarkan kata-kata yang keji, yang selalu berfikir mandiri, selalu bersabar apabila bersendirian dan suka melakukan solat malam"
11.   ORANG YANG BERSYUKUR
Mereka adalah orang-orang yang hatinya senantiasa sedih.. Namun mereka tetap bersyukur kepada Allah swt..
Imam Ali Zainal as pernah berkata :
"Sesungguhnya Allah swt mencintai setiap hati yang selalu merasa sedih dan setiap hamba yang selalu bersyukur"
12.   AL-HAYA' DAN AL-HALIM
Mereka adalah orang -orang yang memiliki sifat malu dan santun..
Rasulullah saw telah bersabda :
"Sesungguhnya Allah swt mencintai orang yang memiliki sifat malu, orang yang senantiasa santun, orang yang selalu menjaga kesucian dirinya ('afif) dan orang yang enggan berbuat keji"
13.   ORANG YANG SOLAT MALAM
Mereka adalah orang-orang yang rajin solat pada waktu malam, rajin bersedekah.. Dan mereka adalah orang-orang yang tidak takut mati di jalan Allah swt..
Rasulullah saw telah bersabda :
"Tiga macam orang yang Allah swt mencintai mereka yakni mereka yang senantiasa bangun di malam hari (untuk mengerjakan solat malam) lalu membaca kitab Al-Quran.. Mereka yang senang bersedekah dengan tangan kanannya sambil menyembunyikannya dari tangan kirinya.. Dan mereka yang mengalahkan serta mengusir musuhnya dalam perang sementara kawan-kawannya menyerahkan diri kepada musuh"
14.   ORANG YANG BERCINTA KERANA ALLAH SWT
Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai di jalan Allah swt, bersilaturahim dan bertawakal kepada Allah swt..
Allah swt telah berfirman  dalam Hadis Mi'raj :
"Wahai Muhammad! Wajib bagi-Ku mencintai orang-orang yang saling mencintai dijalan-Ku, dan wajib bagi-Ku mencintai orang-orang yang saling berkasih sayang di jalan-Ku, dan wajib bagi-Ku mencintai orang-orang yang suka bersilaturahim di jalan-Ku, dan wajib bagi-Ku mencintai orang-orang yang senantiasa bertawakal kepada-Ku"
15.   ORANG YANG MENCINTAI AMAL
Mereka adalah orang-orang menurut segala perintah Allah swt..
Allah swt telah berfirman bahawa :
"Tiada yang lebih Aku cintai dari seorang hamba-Ku daripada kecintaan sang hamba kepada apa yang telah Aku wajibkan baginya"
16.   ORANG YANG MENAHAN AMARAH
Mereka adalah orang-orang yang mampu menyimpan kemarahan dengan santunnya..
Rasulullah saw telah bersabda :
"Wajiblah kecintaan Allah swt atas orang yang marah tetapi ia mampu meredam kemarahannya dengan santun"
17.   ORANG YANG MENGINGATI MATI
Mereka adalah orang-orang yang banyak mengingati mati..
Rasulullah saw telah bersabda :
"Barangsiapa yang banyak mengingat kematian.. Niscaya Allah swt mencintainya"
18.   ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH SWT DAN RASUL
Mereka adalah orang-orang yang mencintai apa yang dicintai Allah swt dan Rasul-Nya.. Mereka adalah orang-orang yang membenci apa yang dibenci oleh Allah swt dan Rasul-Nya..
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah saw :
"Aku ingin sekali menjadi orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya"
Rasulullah saw lalu bersabda :
"Cintailah apa yang dicintai Allah swt dan Rasul-Nya, dan bencilah apa yang dibenci Allah swt dan Rasul-Nya"

SubhanAllah.. Bersama kita renungkan.. Semoga ianya bermanfaat.. Dan Alhamdulillah, selamat jugak akhirnya FawwazSecret kongsikan beberapa sikap yang wajib bagi kita lakukan supaya Allah swt juga mencintai kita.. Dengan harapan, bersamalah kita berada di jalan-Nya.. Pedulikan kata orang lain.. Kerana orang lain bukanlah sesiapa untuk mencintai mahupun membenci kita.. Yang utama adalah Allah swt.. As-Salam..

Tuesday, 10 December 2013

7 Golongan Manusia Yang Dilindungi Di Padang Mahsyar

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret taknak terlepas beberapa tajuk menarik dalam bulan Disember ni.. Jadi seperti yang telah FawwazSecret kongsikan tadi mengenai 10 golongan manusia yang diusir dari Padang Mahsyar, sekarang masanya untuk FawwazSecret kongsikan mengenai 7 golongan manusia yang dilindungi di Padang Mahsyar..

Sepertimana yang sudah kita ketahui, suhu di Padang Mahsyar amat panas.. Terlalu panas.. Dan pada masa tuh, semua manusia yang dibangkitkan semula, menjadi bingung dan panik mencari tempat untuk berlindung.. Ayat 10 hingga 11 dalam Surah Al-Qiyamah, Allah swt telah berfirman..
"Pada hari itu manusia berkata :"
"Kemana tempat lari? Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!"

Tapi kalau dengan kehendak Allah swt.. Akan ada beberapa golongan yang akan mendapat perlindungan dari-Nya.. Tapi bukanlah semua dapat berteduh di bawah naungan-Nya.. Itu adalah rahmat Allah swt.. Hanya tujuh golongan manusia yang mendapat naungan dari Allah swt, yakni Allah swt akan melindungi golongan-golongan ini dengan rahmat-Nya di Padang Mahsyar..


7 GOLONGAN MANUSIA YANG DILINDUNGI ALLAH DI PADANG MAHSYAR
  1. Penguasa atau pemimpin yang adil..
  2. Seorang remaja yang menjaga masa remajanya dengan beribadah kepada Allah swt..
  3. Seorang lelaki yang hatinya dekat dengan masjid-masjid..
  4. Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah swt, iaitu keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah swt..
  5. Seorang lelaki yang ketika dirinya dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan.. Lalu dia menjawab : "Sesungguhnya aku takut kepada Allah swt"..
  6. Seseorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya idak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh tangan kanannya.. Maksudnya dia bersedekah dan tidak menceritakan sedekahnya itu kepada orang lain..
  7. Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, sehinggakan kedua matanya mencucurkan air mata..

Akhir kata FawwazSecret.. Bukanlah susah untuk kita letakkan diri kita menjadi diantara golongan-golongan di atas.. Dan tidaklah mudah bagi kita untuk memenuhi setiap perilaku-perilaku diantara golongan di atas.. Tapi seperti yang kita semua tahu.. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".. Bersama kita renungkan.. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.. Dan bersamalah kita berdoa, semoga kita semua termasuk dalam tujuh golongan manusia di atas.. Amin.. :-)

10 Golongan Manusia Yang Diusir Dari Padang Mahsyar

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
Untuk post hari ni, FawwazSecret nak kita bersama kongsikan beberapa pengetahuan sebagai renungan jugak sebagai iktibar kepada kita, umat Nabi Muhammad saw.. Kita ni manusia akhir zaman.. Jadi lebih elok ilmu-ilmu sebegini kita jadikan panduan untuk kita terus beramal dan meninggalkan segala kejahatan secara perlahan-lahan.. Iyalah.. Kita kalau nak berubah, jangan berubah secara mengejut.. Takut hilang niat asal yang sebenar.. Langkah terbaik untuk berubah haruslah secara perlahan-lahan.. Baiklah, sepertimana yang dah tertulis besar kat atas tuh, kita semua dah faham bahawa post kali ni, kita nak ketahui 10 golongan manusia yang diusir dari Padang Mahsyar..

Sepertimana yang telah kita ketahui, apabila kita dibangkitkan semula selepas kiamat, kita semua akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk menghadapi timbangan amalan kita semasa di dunia.. Setiap sudut Padang Mahsyar ketika itu, penuh dengan manusia dan jin untuk bersama mengharungi hisab Allah swt.. Keadaan manusia pada masa tuh pulak, bergantung pada amalan yang telah kita lakukan semasa hidup..

Kalau kita beriman kepada Allah swt dan Rasul.. Kita akan dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah yang bersinar-sinar cahayanya seperti cahaya bulan purnama.. Dan kita akan melalui titian sirath seperti kilat yang menyambar.. Dan keadaan seperti ini mampu untuk kita peroleh, kalau kita melakukan lima perkara yang berikut ;
  • Sentiasa beramal soleh dan berbuat baik
  • Menjauhi perbuatan derhaka
  • Memelihara solat lima waktu
  • Meninggal dunia dalam keadaan bertaubat
  • Mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah swt..

Dan kalau kita tak beriman kepada Allah swt dan Rasul.. Malah kita melakukan perkara-perkara dusta di dunia.. Maka, kita adalah diantara 10 golongan manusia yang akan diusir dari Padang Mahsyar..


10 GOLONGAN MANUSIA YANG DIUSIR DARI PADANG MAHSYAR

  1. Mereka diusir berupa kera.. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba..
  2. Mereka diusir berupa babi.. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram..
  3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala dibawah.. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta..
  4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal.. Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong..
  5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya, dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan.. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya..
  6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka.. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur..
  7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya.. Mereka adalah orang yang mengganggu jirannya..
  8. Mereka dihalau dalam keadaan buta.. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum..
  9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya yang lebih busuk daripada bau bangkai.. Mereka adalah dari golongan yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat dan tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya..
  10. Mereka dikumpulkan dalam memakai pakaian besi yang panas.. Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah swt..

Akhir kata FawwazSecret.. Ada baiknya kalau kita di dunia mengabaikan segala apa yang berlaku di sekeliling kita.. Kerana dalam tak sedar kita mungkin melakukan beberapa perkara yang membolehkan kita diusir dari Padang Mahsyar kelak.. Jadi ada baiknya kita muhasabah diri dari memandang sesuatu yang bukannya datang dari diri kita.. Bersama kita renungkan.. Semoga ianya bermanfaat.. :-) Assalamualaikum..

Saturday, 7 December 2013

Golongan Wanita yang Ahli Syurga dan Ahli Neraka

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
Untuk post hari ni FawwazSecret nak kongsikan beberapa golongan ahli wanita yang akan berada di syurga jugak di neraka.. FawwazSecret kongsikan setakat apa yang FawwazSecret tahu saja okay.. Selebihnya, wallahu'alam.. Ada baiknya kita bertanyakan ustaz mahupun ustazah.. Atau jalan paling baik, rujuk di dalam Al-Quran..

Pertama FawwazSecret nak kongsikan beberapa perkara yang dibuat oleh wanita untuk menjadi ahli syurga..
Golongan Wanita yang Ahli Syurga adalah ;
  • Wanita yang menjaga dirinya dari berbuat perkara haram..
  • Wanita yang berbakti kepada Allah swt, Rasul dan suaminya..
  • Wanita yang sentiasa bersabar dengan kerenah keturunan suaminya..
  • Wanita yang menerima segala keadaan juga segala kekurangan dengan hati yang tenang..
  • Wanita yang bersifat pemalu..
  • Wanita yang menjaga diri dan harta suaminya ketika ketiadaan suaminya di rumah..
  • Wanita yang sentiasa menyambut baik suaminya dengan senyuman ketika suaminya datang menghampirinya..
  • Wanita yang mempunyai anak kecil dan menahan dirinya untuk berkahwin setelah kematian suami, demi mengurus dan mendidik anak-anak dengan baik..
  • Wanita yang bersedia untuk berkahwin lagi setelah kematian suami, kerana bimbang kehidupan anak-anak kecilnya menjadi sia-sia..

Kedua, FawwazSecret nak kongsikan beberapa perkara yang menyebabkan sesetengah wanita menjadi ahli neraka.. Kecuali, wanita-wanita ini sudah bertaubat yakni kembali ke jalan Allah swt..
Golongan Wanita yang Ahli Neraka adalah ;
  • Wanita yang tidak ada adab (tiada kesopanan diri)..
  • Wanita yang tidak berbakti kepada Allah swt, Rasul dan suaminya..
  • Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika ketiadaan suaminya di rumah..
  • Wanita yang dalam keadaan amarah yakni memaki atau memarahi suaminya ketika suaminya datang menghampirinya..
  • Wanita yang memaksa suaminya untuk memenuhi segala kehendaknya, sedangkan dirinya tahu suaminya tidak mampu untuk memberi semua itu kepadanya..
  • Wanita yang tidak menutupi dirinya (tidak menutup aurat) ketika keluar dari rumah..
  • Wanita yang memakai perhiasan dan solekan demi kecantikan diri untuk menarik perhatian lelaki-lelaki lain..
  • Wanita yang membiarkan dirinya dipuji oleh lelaki lain selain suaminya, ketika dirinya memakai perhiasan dan solekan demi kecantikan dirinya..
  • Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup, kecuali makan, minum dan tidur..

Itu serba sedikit yang FawwazSecret dapat kongsikan untuk hari ni..
FawwazSecret nak tinggalkan pesanan ni.. Kepada wanita-wanita di luar sana.. Jangan sesekali anda merasa bangga kerana menghias diri dengan solekan dan memakai perhiasan semata-mata untuk kecantikan diri.. Sebaliknya, belajarlah menutupi diri dengan sempurna dan bukannya menutupi kecantikan semulajadi yang Allah swt berikan kepada anda sekalian dengan solekan.. Apa yang disampaikan ini tidak ada kaitan dengan sesiapa.. Ingat!! Kita semua sama saja.. Bersama-sama kita renungkan.. Selamat beramal ke arah kebaikan.. Dan selamat meninggalkan segala keburukan.. Assalamualaikum.. :-)

Friday, 6 December 2013

My Chance!!

Hello.. Hai.. Hari ni FawwazSecret dapat peluang baik dari Mummy Daddy.. Dimana FawwazSecret dibenarkan untuk menulis apa saja cerita yang ingin FawwazSecret kongsikan.. Tak kisah dalam bentuk apa sekalipun.. Cerpen ke, karangan ke, drama ke, ataupun info-info yang boleh sesama kita kongsi.. Sebenarnya dah lama FawwazSecret tunggu saat ni sebabnya selama FawwazSecret menaip ni, belum berpeluang sepenuhnya untuk FawwazSecret rasakan bahagian FawwazSecret.. Mana taknya, cerita Mummy Daddy saja yang memenuhi post dalam blog ni.. Jadi sekarang, FawwazSecret gunakan sebaik mungkin peluang ini.. Semoga apa yang akan FawwazSecret sampaikan ini boleh menyedarkan kita akan kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan dan sesekali tidak akan terlintas di dalam diri untuk mengulanginya semula.. Wah, macam panjang jer apa yang FawwazSecret taipkan ni.. Hehe.. 

Baiklah, peluang yang FawwazSecret ada ni, FawwazSecret bercadang untuk berkongsi mengenai apa yang sepatutnya kita hindari dan apa yang sepatutnya kita ikuti.. Macam post semalam, FawwazSecret ceritakan mengenai cara menutup aurat yang betul.. Haa, macam mana wanita-wanita di luar sana..?? Kalau sudah lengkap semuanya, jangan pulak dikurangkannya dengan perhiasan dan solekan.. Dan lagi satu, kalau semua wanita di luar sana sudah bersedia untuk memakai sarung kaki, alhamdulillah.. Tapi jangan pakai kasut bertumit tinggi.. Bukan dengki, tapi tak sesuai la.. Dan lagi satu sudahlah bertumit tinggi dan bersarung kaki, sayangnya pula, bajunya menjerut pinggang.. MasyaAllah.. Tak dapat apa lah.. Sebabnya wanita-wanita di luar sana sebenarnya telah menunjukkan bentuk tubuh badan kamu sendiri.. Ditambah lagi dengan solekan tebal.. Tak elok jadinya.. Bukan cemburu laa.. Tapi kamu sudah menutup kecantikan semulajadi dari Allah swt.. Ini serba sedikit FawwazSecret coretkan dari post semalam.. Bukan tak sudi menaip semua ni pada halaman yang lalu.. Tapi FawwazSecret taknak burukkan halaman tuh.. Lagipun halaman ni adalah luahan FawwazSecret, jadi tak salah lah kalau diselitkan disini..

Tak mengapalah.. Lupakan apa yang FawwazSecret sampaikan.. Yang pastinya kita sesama menyedari apa yang sedang berlaku, dan merenung apa yang akan berlaku.. Bagi yang telah berlaku itu, ada baiknya kita lupa-lupakan dan jangan sesekali kita mengulanginya.. Tapi terus terang lah FawwazSecret katakan, kita semua ni sama saja.. Apa yang selalu kita nampak, kita baca, kita berkemungkinan besar sedar di waktu itu saja.. Tapi selepas beberapa minit, kita hilang dari rasa sedar tuh dan terus kembali kepada diri kita yang asalnya.. Sebenarnya macam mana pon kita ni, Allah swt terima.. Janji ikut apa yang disuruhNya.. Tak susah.. Tapi yang susahnya bila di awalnya kita macam lain, tetiba kita ingin mengubah diri kita seperti orang lain.. Tak salah.. Niat baik untuk kita berubah tuh ada.. Tapi, jangan kita sengaja ingin mengikut cara dan pakaiannya saja.. Kenapa..?? Sebabnya, suatu hari nanti kita akan berbalik kepada diri kita yang asalnya.. Contoh pakaian.. Kalau kita biasa dengan t-shirt ketat dan berseluar, dan secara tiba-tiba kita ingin berubah menjadi seseorang yang gemar memakai blouse dan ber-skirt.. Tak mengapa.. Betulkan niat terlebih dahulu.. Menjadilah kita sepertinya kerana Allah swt.. Kalau kita menjadi sepertinya bukan kerana Allah swt, percayalah bahawa kita akan kembali untuk menjadi diri kita yang sebelumnya.. Contohnya, kita pasti akan ber-skirt dengan t-shirt ketat.. Jadi kalau nak berubah, perbetulkan niat kerana Allah swt ye..

Rasanya setakat ni saja apa yang baik dan tak baik yang FawwazSecret nak sampaikan.. Nanti jumpa di lain post, sama-sama kita renungkan dan belajar sedikit demi sedikit untuk merubah diri kita menjadi yang sepatutnya.. Dan ingat, semua di antara kita tiada yang sempurna..

Salam Renungan,
FawwazSecret

Thursday, 5 December 2013

Cara-Cara Menutup Aurat

Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Hari ini FawwazSecret nak kongsikan cara-cara menutup aurat bagi wanita yang dituntut oleh Islam.. Tujuan FawwazSecret nak kongsikan ni sebab nak betulkan cara wanita-wanita di luar sana yang merasakan bahawa dirinya sudah lengkap menutup auratnya tetapi dalam tak sedar sebenarnya dia tidak mengikut keseluruhan cara yang dituntut dalam Islam.. Sumber yang FawwazSecret dapat untuk sampaikan cara-cara menutup aurat yang betul ialah dari apa yang telah disebutkan di dalam kitab suci Al-Quran..

Kenapa wanita Islam wajib menutup aurat..??
Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud,
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"..
Rasulullah saw telah bersabda,
"Bahawa anak perempuan bila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga ke pergelangan".. (Hr Abu Daud)

Mari sesama kita lihat bahagian manakah yang boleh diperhatikan..


MUKA DAN TANGAN
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang nipis..
Sabda Rasulullah saw,
"Wahai Asma, sesungguhnya gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja".. (Riwayat Muslim dan Bukhari)
Surah An Nisaa ayat 34, Allah swt telah berfirman,
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"
Sepotong ayat dari Surah Al 'Araf ayat 26, Allah swt juga telah berfirman,
"Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan.. Dan pakaian Taqwa itu adalah pakaian yang paling baik"

MUKA DAN LEHER
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan kamu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"
(a) Bersolek iaitu make-up
(b) Menurut Miqtil
     - Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah
DADA
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada mereka"

WANGIAN
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina".. (Riwayat Nasa' Ibn Khuzaimah dan Hibban)

KAKI (Tumit Kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya), agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
Surah An Nur, ayat 31:
(a) Menampakkan kaki
(b) Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki

KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERLIHATKAN..??
Dalam Surah An Nur ayat 31 Allah telah berfirman,
"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) terhadap perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan"..

Pesanan akhir dari FawwazSecret kepada wanita-wanita di luar sana.. Tak perlu untuk kamu kelihatan cantik dengan memakai wangian, perhiasan dan solekan kerana apa yang telah Allah swt berikan itu adalah lebih cantik berbanding dengan kamu menghiasinya..
Contoh perhiasan, wangian dan solekan yang sering wanita zaman kini pakai adalah ;
  • memakai kasut bertumit tinggi
  • rantai leher berloketkan binatang dan sebagainya
  • keronsang yang banyak menghiasi tudung
  • gelang tangan yang kepelbagaian warna dan bentuk
  • wangian yang kononya tahan lama (berbau kuat)
  • memakai gincu berwarna terang
  • memakai bedak sehingga menutupi kulit asal
  • memakai celak terlalu terang
  • memakai pemerah pipi sebagai tambahan solekan

Sekiranya kaum wanita di luar sana ada memakai wangian, perhiasan serta solekan sebegini, belajar lah untuk meninggalkan ia.. Takkan ada istilah rugi kerana lebih rugi bagi kita jika tidak mensyukuri kurnia kecantikan yang telah Allah swt berikan, malah ditutupi dengan solekan.. Dari segi pakaian jugak, tidak elok jika mengenakan kasut bertumit tinggi jika pakaian kita seolah wanita solehah.. Bunyi kasut itu seolah kita ingin menunjukkan perhiasan kita kepada orang lain.. Dan sekiranya kamu sudah biasa dengannya, berubahlah untuk mencari kasut bertumit tinggi yang tumitnya diperbuat daripada getah..

Wednesday, 4 December 2013

Cara Tangani Stress

Hai.. Post kali ny FawwazSecret nak kongsikan cara terbaik untuk kita menangani stress.. Kita sering kali mengalami stress apabila kita pulang dari tempat kerja, memikirkan pelbagai masalah kewangan dan dalam pelbagai situasi.. Tipu lah kalau kita sendiri tak pernah mengalami stress.. FawwazSecret sendiri pon kadang mengalami stress jugak.. Bila fikirkan bilalah nak dapat kerja yang elok-elok.. Hee.. :-) Bergurau saja.. Tapi serius, FawwazSecret pon kadang-kadang stress jugak.. Dan tak tahu cara terbaik untuk menanganinya..

Hari ni, FawwazSecret dapat satu petua di mana kita boleh hilangkan stress dengan cara urutan leher dan bahu.. Dengan cara ini, ia boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.. Haa, maknanya tak boleh tangani sorang-sorang.. Perlu jugak bantuan orang.. Jangan risau.. FawwazSecret akan kongsikan langkah-langkah bagi orang yang akan mengurut si stress..

LANGKAH-LANGKAH URUTAN LEHER DAN BAHU
  1. Minta pasangan anda duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yang menyenangkan.. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya.. (tanggalkan cermin mata jika ada)..
  2. Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk semula.. Ulangi urutan ini sebanyak 3 kali..
  3. Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahagian bahu hingga ke bahagian atas lengan.. Ulangi urutan ini sebanyak 3 kali..
  4. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang.. Ulangi urutan ini sebanyak 3 kali..
  5. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar..
  6. Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk.. Dengan perlahan putarkan kepalanya ke kanan dan kemudiannya ke kiri..
  7. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar.. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali..
  8. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan..

" Jika fikiran kita positif "
" Kita rasa positif "
" Kehidupan kita jadi positif "
" Tindakan kita juga positif "
Akhir kata FawwazSecret ; " Kita tangani stress secara positif " !!

Selamat Mencuba !! Dan Selamat Beramal !!

Tuesday, 3 December 2013

Fakta 26hb

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret ada suatu cerita yang wajib bagi kita semua renungkan bersama..


Satu fakta mengenai satu nombor yang menarik untuk sama-sama kita fikirkan..
Adakah kita sedari..??

  1. Tsunami di Acheh berlaku pada 26 Disember 2004..
  2. Gempa di Jogia berlaku pada 26 Mei 2006..
  3. Gempa di Tasik, Jawa Barat berlaku pada 26 Jun 2010..
  4. Gunung berapi meletus pada 26 Oktober 2010..
  5. Jambatan tenggarong di Samarinda, Indonesia runtuh pada 26 September 2013..
  6. Taufan Haiyyan diutus Allah swt pada 26 Oktober 2013 yang lalu.. Untuk menunjukkan kekuasaan-Nya kepada Rakyat Filipina yang telah merobohkan rumah-Nya di Manila untuk digantikan dengan shopping mall..
Tidakkah kita tertanya-tanya..?? Mengapa semua bencana yang Allah swt turunkan ini selalunya berlaku pada tanggal 26 haribulan..?? Adakah ianya satu kebetulan..?? Peringatan untuk semua yang membaca post FawwazSecret kali ny.. FawwazSecret mohon, bukak lah dan baca lah dalam Al-Quran, juzuk yang ke-26.. 

Dimana Allah swt telah berfirman yang mafhumnya,
"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat"

Permintaan FawwazSecret sekali ini, jangan lah sesama kita menghina seseorang yang sentiasa membaca dan mengerti tiap ayat suci Allah swt.. Kerana di situlah punca terdetiknya keikhlasan hati seseorang itu untuk mengubah kehidupannya serta mengubah dirinya, kerana seseorang itu sedar akan tiap yang berlaku pasti akan menimpa dirinya kelak..

Mohon kepada semua pembaca blog FawwazSecret, sesama kita baca dan renungi ayat suci Al-Quran, juzuk yang ke-26, supaya kita sedar dan tahu, sesungguhnya Mukjizat Allah swt itu ada..!! Dan jika pembaca sudi, sampaikanlah fakta bencana ini kepada hamba-hamba Allah swt yang lain.. Wallahu'alam..

Monday, 2 December 2013

Pembuka Tirai Disember

Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Maaf, tak sempat nak meng-update cerita semalam, dimana Mummy Daddy ada buat sedikit kenduri kesyukuran atas penerimaan tender kantin untuk Mama.. Alhamdulillah ramai yang datang.. Meriah.. Asalnya Mummy nak buat makan-makan dengan family Daddy saja.. Tetiba Daddy keluarkan idea untuk buat steamboat.. Mummy open jea.. Selepas selesai membeli segala perkakas, kebetulan saudara mara MakLang dari Kelantan pon sampai.. Jadi diorang pon dijemput untuk makan malam bersama.. Selesai solat maghrib, Mummy berniat agar kenduri kecil-kecilan ni dapat megeratkan lagi hubungan mereka sesama keluarga.. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar.. Cuma ada sesetengah yang tak menyentuh makanan sebab ada jemputan kenduri kan, jadi masih kenyang.. Nak jamah nanti kang cekang pulak perut.. Janji semua datang.. Hee.. :-)

Mummy sediakan segala masakan di dapur, Daddy pulak sediakan tempat bakar di luar.. Bila semua dah selesai, segala makanan di bawa ke luar.. Wah, bukan main seronok lagi.. Orang yang memanggang segala makanan steamboat tuh di import dari Terengganu.. Ditambah pulak masa makan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. Terasa bagai ada di Pantai Batu Burok pulak.. Hee.. :D Sayangnya Mummy Daddy tak sempat snapkan walaupun sekeping gambar.. Biasalah masing-masing sibuk kan.. Tapi memang best.. Masing-masing bergurau senda.. Siap Mummy diperkenalkan sebagai bakal menantu Mama lagi.. Bila semua tahu, semua nak rasa masakan Mummy.. Alhamdulillah.. :-)

Dalam sedang rancak makan, Poksu sekeluarga sampai.. Moksu hairan tengok Mummy sebab Mummy sekarang makin kecik.. Biasalah Mummy tak sihat.. Poksu pon pandai jea cakap Mummy hisap dadah sebab badan dah lebih kurang dengan dia.. Muaz, anak Poksu pulak taknak berjauhan dengan Mummy.. Nak Mummy dukung dan suapkan dia setiap masa.. Daddy macam biasa, sembang-sembang dengan Poksu, melayan kerenah rakan-rakan Abe.. Abe dengan Daddy ada projek motor diorang.. Selagi tak selesai, selagi tuh lah tak habis perbualannya.. Saudara mara dari Kelantan semua memuji masakan Mummy.. Mummy cuma berterima kasih sebab Mummy buat semuanya habis ringkas.. Daddy pulak tak habis mengusik Kakcik Mira dengan Hairi.. Dalam Mummy sedang mendukung mesra Muaz, tetiba Poksu dah nak balik.. Mummy pon bawak Muaz untuk diberikan pada Poksu.. Masa tuh Poksu dah ada dalam kereta.. Lepas pada Poksu pegang Muaz, Muaz nak sayang Mummy.. Takpalah budak-budak biasa lah.. Dengan tak semena, Muaz peluk Mummy erat, tarik Mummy.. Sampaikan Poksu cakap, "sudah-sudahlah tarik kak wani, satgi kak wani cium abah pulak".. Memalukan jea Poksu.. Semua-semua yang ada di situ memerhatikan saja gelagat Mummy dan Poksu.. :-)

Sembang-sembang semuanya bersama Mama, Mummy katakan bahawa kenduri ni pembuka bulan Disember.. Mama pon bagitahu Mummy Daddy bahawa 30 Disember ni, Anniversary Mama.. Tapi Mama dah takda sapa nak sambut.. Mummy merenung Mama.. Mama hairan.. Mana taknya, Mummy terfikirlah seandainya Mummy di tempat Mama.. Selepas selesai semua, dah hampir jam 11malam, Mummy pon menerima panggilan dari keluarganya.. Saudara mara MakLang semua dah bergerak masuk ke dalam rumah.. Jadi Mama mintak Mummy tinggalkan semua,  biar Mama dan lainnya yang uruskan.. Mama selalu utamakan keselamatan bakal menantu dia.. Tak kisah lah siapapun.. Itulah Mama, memang terbaik.. :-) Mummy pulang dengan hati senang..

Haa.. Itu pembuka 01 Disember Mummy Daddy sekeluarga..
Pembuka Disember korang apa pulak..??