Hello.. Hai.. Hari ni FawwazSecret dapat peluang baik dari Mummy Daddy.. Dimana FawwazSecret dibenarkan untuk menulis apa saja cerita yang ingin FawwazSecret kongsikan.. Tak kisah dalam bentuk apa sekalipun.. Cerpen ke, karangan ke, drama ke, ataupun info-info yang boleh sesama kita kongsi.. Sebenarnya dah lama FawwazSecret tunggu saat ni sebabnya selama FawwazSecret menaip ni, belum berpeluang sepenuhnya untuk FawwazSecret rasakan bahagian FawwazSecret.. Mana taknya, cerita Mummy Daddy saja yang memenuhi post dalam blog ni.. Jadi sekarang, FawwazSecret gunakan sebaik mungkin peluang ini.. Semoga apa yang akan FawwazSecret sampaikan ini boleh menyedarkan kita akan kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan dan sesekali tidak akan terlintas di dalam diri untuk mengulanginya semula.. Wah, macam panjang jer apa yang FawwazSecret taipkan ni.. Hehe..
Baiklah, peluang yang FawwazSecret ada ni, FawwazSecret bercadang untuk berkongsi mengenai apa yang sepatutnya kita hindari dan apa yang sepatutnya kita ikuti.. Macam post semalam, FawwazSecret ceritakan mengenai cara menutup aurat yang betul.. Haa, macam mana wanita-wanita di luar sana..?? Kalau sudah lengkap semuanya, jangan pulak dikurangkannya dengan perhiasan dan solekan.. Dan lagi satu, kalau semua wanita di luar sana sudah bersedia untuk memakai sarung kaki, alhamdulillah.. Tapi jangan pakai kasut bertumit tinggi.. Bukan dengki, tapi tak sesuai la.. Dan lagi satu sudahlah bertumit tinggi dan bersarung kaki, sayangnya pula, bajunya menjerut pinggang.. MasyaAllah.. Tak dapat apa lah.. Sebabnya wanita-wanita di luar sana sebenarnya telah menunjukkan bentuk tubuh badan kamu sendiri.. Ditambah lagi dengan solekan tebal.. Tak elok jadinya.. Bukan cemburu laa.. Tapi kamu sudah menutup kecantikan semulajadi dari Allah swt.. Ini serba sedikit FawwazSecret coretkan dari post semalam.. Bukan tak sudi menaip semua ni pada halaman yang lalu.. Tapi FawwazSecret taknak burukkan halaman tuh.. Lagipun halaman ni adalah luahan FawwazSecret, jadi tak salah lah kalau diselitkan disini..
Tak mengapalah.. Lupakan apa yang FawwazSecret sampaikan.. Yang pastinya kita sesama menyedari apa yang sedang berlaku, dan merenung apa yang akan berlaku.. Bagi yang telah berlaku itu, ada baiknya kita lupa-lupakan dan jangan sesekali kita mengulanginya.. Tapi terus terang lah FawwazSecret katakan, kita semua ni sama saja.. Apa yang selalu kita nampak, kita baca, kita berkemungkinan besar sedar di waktu itu saja.. Tapi selepas beberapa minit, kita hilang dari rasa sedar tuh dan terus kembali kepada diri kita yang asalnya.. Sebenarnya macam mana pon kita ni, Allah swt terima.. Janji ikut apa yang disuruhNya.. Tak susah.. Tapi yang susahnya bila di awalnya kita macam lain, tetiba kita ingin mengubah diri kita seperti orang lain.. Tak salah.. Niat baik untuk kita berubah tuh ada.. Tapi, jangan kita sengaja ingin mengikut cara dan pakaiannya saja.. Kenapa..?? Sebabnya, suatu hari nanti kita akan berbalik kepada diri kita yang asalnya.. Contoh pakaian.. Kalau kita biasa dengan t-shirt ketat dan berseluar, dan secara tiba-tiba kita ingin berubah menjadi seseorang yang gemar memakai blouse dan ber-skirt.. Tak mengapa.. Betulkan niat terlebih dahulu.. Menjadilah kita sepertinya kerana Allah swt.. Kalau kita menjadi sepertinya bukan kerana Allah swt, percayalah bahawa kita akan kembali untuk menjadi diri kita yang sebelumnya.. Contohnya, kita pasti akan ber-skirt dengan t-shirt ketat.. Jadi kalau nak berubah, perbetulkan niat kerana Allah swt ye..
Rasanya setakat ni saja apa yang baik dan tak baik yang FawwazSecret nak sampaikan.. Nanti jumpa di lain post, sama-sama kita renungkan dan belajar sedikit demi sedikit untuk merubah diri kita menjadi yang sepatutnya.. Dan ingat, semua di antara kita tiada yang sempurna..
Salam Renungan,
FawwazSecret
No comments:
Post a Comment