بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 20 December 2013

10 Golongan Orang Yang Zalim

Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Untuk post kali ni, FawwazSecret nak kita kongsikan bersama mengenai perkara-perkara yang wajib bagi kita untuk melakukannya setiap hari, agar kita terhindar dari tergolong dalam golongan orang-orang yang menzalimi diri sendiri.. Jadi, dalam post kali ni, FawwazSecret akan berkongsi dengan semua mengenai 10 golongan yang menzalimi diri sendiri..


10 GOLONGAN ORANG YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI

1. Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar..
    - Lelaki yang tidak mahu menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul..

2. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan..
   - Jangan kita hanya mengisi perut sendiri, sedangkan jiran dalam kelaparan,
     dan kita tidak ambil peduli..

3. Bila berdoa, tidak mendoakan orang lain..
   - Seharusnya kita ingat bahawa kita semua adalah saudara..
     Saling mendoakan itu adalah sifat yang wajib ada dalam diri kita..

4. Apabila sampai ke sesuatu tempat, dia tidak Solat Jumaat..
   - Lelaki, walau dimana sekalipun berada, wajib baginya menunaikan solat Jumaat,
     apabila tiba hari Jumaat..

5. Apabila bertemu dua orang, tidak bertanya nama..
   - Kita tidak diajar untuk bersikap sombong.. Harus bagi kita saling menegur sapa..
     Tidak kira siapapun mereka.. Kita semua adalah saudara..

6. Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu pergi belajar..
   - Selalunya berlaku di surau dalam kampung ataupun taman perumahan..
     Wajib bagi kita untuk menghormati mereka yang ingin berkongsi ilmu bersama kita..
     Dan tidak salah untuk kita mempelajari ilmu baru dalam Islam..

7. Tidak membaca Al-Quran..
   - Wajib bagi kita membaca ayat suci Al-Quran, sekurang-kurangnya 100 ayat sehari..

8. Tidak solat sunat Tahyatul Masjid apabila memasuki masjid..
   - Wajib bagi kita solat sunat Tahyatul Masjid (2 rakaat) apabila memasuki masjid..
      Kerana ia menandakan kita menghormati rumah-Nya..

9. Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang..
   - Kita patut menghadirkan diri ke majlis yang dijemput, terutamanya majlis yang
      berarah kepada kebaikan.. Ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
      sesama kita..

10. Tidak memberi salam dan berdoa kepada ahli kubur ketika berada di perkuburan..
    - Wajib bagi kita memberi salam kepada ahli kubur.. Walaupun kita hanya melalui 
       kawasan perkuburan tersebut.. Tetap juga bagi kita mendoakan mereka agar
      ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

Akhir kata FawwazSecret, bersamalah kita renungkan setiap perbuatan yang telah kita lakukan dalam sehari, sebelum kita melelapkan mata dan membukanya semula untuk keesokan harinya.. "Adakah hari ini, kita tergolong dalam golongan yang di atas??" Jika TIDAK, berkatalah kita ALHAMDULILLAH.. Kerana kita terhindar dari golongan orang-orang yang zalim.. Dan jika YA, BERISTIGHFAR lah.. Kerana kita masih sempat untuk melafazkan taubat kepada Allah swt.. Bersama kita renungkan.. Semoga ianya bermanfaat..

No comments: