بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Saturday, 7 December 2013

Golongan Wanita yang Ahli Syurga dan Ahli Neraka

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
Untuk post hari ni FawwazSecret nak kongsikan beberapa golongan ahli wanita yang akan berada di syurga jugak di neraka.. FawwazSecret kongsikan setakat apa yang FawwazSecret tahu saja okay.. Selebihnya, wallahu'alam.. Ada baiknya kita bertanyakan ustaz mahupun ustazah.. Atau jalan paling baik, rujuk di dalam Al-Quran..

Pertama FawwazSecret nak kongsikan beberapa perkara yang dibuat oleh wanita untuk menjadi ahli syurga..
Golongan Wanita yang Ahli Syurga adalah ;
  • Wanita yang menjaga dirinya dari berbuat perkara haram..
  • Wanita yang berbakti kepada Allah swt, Rasul dan suaminya..
  • Wanita yang sentiasa bersabar dengan kerenah keturunan suaminya..
  • Wanita yang menerima segala keadaan juga segala kekurangan dengan hati yang tenang..
  • Wanita yang bersifat pemalu..
  • Wanita yang menjaga diri dan harta suaminya ketika ketiadaan suaminya di rumah..
  • Wanita yang sentiasa menyambut baik suaminya dengan senyuman ketika suaminya datang menghampirinya..
  • Wanita yang mempunyai anak kecil dan menahan dirinya untuk berkahwin setelah kematian suami, demi mengurus dan mendidik anak-anak dengan baik..
  • Wanita yang bersedia untuk berkahwin lagi setelah kematian suami, kerana bimbang kehidupan anak-anak kecilnya menjadi sia-sia..

Kedua, FawwazSecret nak kongsikan beberapa perkara yang menyebabkan sesetengah wanita menjadi ahli neraka.. Kecuali, wanita-wanita ini sudah bertaubat yakni kembali ke jalan Allah swt..
Golongan Wanita yang Ahli Neraka adalah ;
  • Wanita yang tidak ada adab (tiada kesopanan diri)..
  • Wanita yang tidak berbakti kepada Allah swt, Rasul dan suaminya..
  • Wanita yang tidak menjaga dirinya ketika ketiadaan suaminya di rumah..
  • Wanita yang dalam keadaan amarah yakni memaki atau memarahi suaminya ketika suaminya datang menghampirinya..
  • Wanita yang memaksa suaminya untuk memenuhi segala kehendaknya, sedangkan dirinya tahu suaminya tidak mampu untuk memberi semua itu kepadanya..
  • Wanita yang tidak menutupi dirinya (tidak menutup aurat) ketika keluar dari rumah..
  • Wanita yang memakai perhiasan dan solekan demi kecantikan diri untuk menarik perhatian lelaki-lelaki lain..
  • Wanita yang membiarkan dirinya dipuji oleh lelaki lain selain suaminya, ketika dirinya memakai perhiasan dan solekan demi kecantikan dirinya..
  • Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup, kecuali makan, minum dan tidur..

Itu serba sedikit yang FawwazSecret dapat kongsikan untuk hari ni..
FawwazSecret nak tinggalkan pesanan ni.. Kepada wanita-wanita di luar sana.. Jangan sesekali anda merasa bangga kerana menghias diri dengan solekan dan memakai perhiasan semata-mata untuk kecantikan diri.. Sebaliknya, belajarlah menutupi diri dengan sempurna dan bukannya menutupi kecantikan semulajadi yang Allah swt berikan kepada anda sekalian dengan solekan.. Apa yang disampaikan ini tidak ada kaitan dengan sesiapa.. Ingat!! Kita semua sama saja.. Bersama-sama kita renungkan.. Selamat beramal ke arah kebaikan.. Dan selamat meninggalkan segala keburukan.. Assalamualaikum.. :-)

No comments: