Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Untuk post hari ni, FawwazSecret nak kongsikan kelebihan yang dapat kita perolehi daripada Allah swt sekiranya kita menghubungkan tali silaturrahim sesama kita, umat Nabi Muhammad saw.. Tidak kira macam mana perhubungan kita sesama kawan dan sebagainya.. Jugak dalam keadaan apa sekalipun, harus kita sedari bahawa kita semua adalah saudara.. Kita semua umat Rasulullah saw dan hamba kepada Allah swt.. Apa sekalipun pertelingkahan yang hadir dalam kehidupan kita, pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. Percayalah bahawa Allah swt itu Maha Kaya.. Akan ditunjukkan-Nya kepada kita, apa yang benar dan apa yang salah.. Wajib bagi kita untuk buangkan yang keruh, dan ambil yang jernih..
- sekadar gambar hiasan -
Disini, FawwazSecret kongsikan bersama 10 kelebihan yang akan kita perolehi sekiranya kita menghubungkan tali silaturrahim sesama kita, umat Nabi Muhammad saw..
- Kita akan mendapat keredhaan dari Allah swt kerana Allah swt amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim sesama mereka.. Begitu juga dengan penduduk langit dan bumi..
- Para malaikat akan merasa gembira kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim..
- Kita dapat menambahkan pahala amal kita setelah kita meninggal kelak..
- Kita jugak akan dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian diantara kita dengan keluarga jugak kawan..
- Allah swt akan menambahkan keberkatan kepada rezeki kita..
- Allah swt akan melanjutkan usia mereka yang menghubungkan tali silaturrahim..
- Iblis ataupun syaitan laknatullah akan menjadi resah gelisah dan sakit hati, sekiranya kita berbaik sesama saudara..
- Allah swt akan mengizinkan kita untuk disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekeliling kita..
- Para jenazah yang berada di alam barzakh akan merasa gembira kerana mereka amat menyukai akan hubungan silaturrahim..
- Allah swt akan menghadirkan kegembiraan pada kedua belah pihak (yakni hubungan kita anatra pasangan, keluarga mahupun rakan taulan), tiada amalan yang lebih afdal melainkan menggembirakan hati orang yang beriman..
Bersama kita renungi, apa yang telah kita lakukan pada setiap hari.. "Adakah kita sentiasa berfikiran baik dan inginkan kebaikan terjalin dalam perhubungan kita sesama saudara??" Kalau YA, ALHAMDULILLAH.. Semoga kita semua diberkati Allah swt dan disayangi Rasulullah saw kerana kita menghormati setiap tunjuk ajar yang telah Rasulullah saw tinggalkan kepada kita, umatnya untuk saling menjaga hubungan silaturrahim antara kita dengan baik.. Bersama kita renungkan.. Semoga ianya bermanfaat..
No comments:
Post a Comment