Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Maaf, tak sempat nak meng-update cerita semalam, dimana Mummy Daddy ada buat sedikit kenduri kesyukuran atas penerimaan tender kantin untuk Mama.. Alhamdulillah ramai yang datang.. Meriah.. Asalnya Mummy nak buat makan-makan dengan family Daddy saja.. Tetiba Daddy keluarkan idea untuk buat steamboat.. Mummy open jea.. Selepas selesai membeli segala perkakas, kebetulan saudara mara MakLang dari Kelantan pon sampai.. Jadi diorang pon dijemput untuk makan malam bersama.. Selesai solat maghrib, Mummy berniat agar kenduri kecil-kecilan ni dapat megeratkan lagi hubungan mereka sesama keluarga.. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar.. Cuma ada sesetengah yang tak menyentuh makanan sebab ada jemputan kenduri kan, jadi masih kenyang.. Nak jamah nanti kang cekang pulak perut.. Janji semua datang.. Hee.. :-)
Mummy sediakan segala masakan di dapur, Daddy pulak sediakan tempat bakar di luar.. Bila semua dah selesai, segala makanan di bawa ke luar.. Wah, bukan main seronok lagi.. Orang yang memanggang segala makanan steamboat tuh di import dari Terengganu.. Ditambah pulak masa makan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. Terasa bagai ada di Pantai Batu Burok pulak.. Hee.. :D Sayangnya Mummy Daddy tak sempat snapkan walaupun sekeping gambar.. Biasalah masing-masing sibuk kan.. Tapi memang best.. Masing-masing bergurau senda.. Siap Mummy diperkenalkan sebagai bakal menantu Mama lagi.. Bila semua tahu, semua nak rasa masakan Mummy.. Alhamdulillah.. :-)
Dalam sedang rancak makan, Poksu sekeluarga sampai.. Moksu hairan tengok Mummy sebab Mummy sekarang makin kecik.. Biasalah Mummy tak sihat.. Poksu pon pandai jea cakap Mummy hisap dadah sebab badan dah lebih kurang dengan dia.. Muaz, anak Poksu pulak taknak berjauhan dengan Mummy.. Nak Mummy dukung dan suapkan dia setiap masa.. Daddy macam biasa, sembang-sembang dengan Poksu, melayan kerenah rakan-rakan Abe.. Abe dengan Daddy ada projek motor diorang.. Selagi tak selesai, selagi tuh lah tak habis perbualannya.. Saudara mara dari Kelantan semua memuji masakan Mummy.. Mummy cuma berterima kasih sebab Mummy buat semuanya habis ringkas.. Daddy pulak tak habis mengusik Kakcik Mira dengan Hairi.. Dalam Mummy sedang mendukung mesra Muaz, tetiba Poksu dah nak balik.. Mummy pon bawak Muaz untuk diberikan pada Poksu.. Masa tuh Poksu dah ada dalam kereta.. Lepas pada Poksu pegang Muaz, Muaz nak sayang Mummy.. Takpalah budak-budak biasa lah.. Dengan tak semena, Muaz peluk Mummy erat, tarik Mummy.. Sampaikan Poksu cakap, "sudah-sudahlah tarik kak wani, satgi kak wani cium abah pulak".. Memalukan jea Poksu.. Semua-semua yang ada di situ memerhatikan saja gelagat Mummy dan Poksu.. :-)
Sembang-sembang semuanya bersama Mama, Mummy katakan bahawa kenduri ni pembuka bulan Disember.. Mama pon bagitahu Mummy Daddy bahawa 30 Disember ni, Anniversary Mama.. Tapi Mama dah takda sapa nak sambut.. Mummy merenung Mama.. Mama hairan.. Mana taknya, Mummy terfikirlah seandainya Mummy di tempat Mama.. Selepas selesai semua, dah hampir jam 11malam, Mummy pon menerima panggilan dari keluarganya.. Saudara mara MakLang semua dah bergerak masuk ke dalam rumah.. Jadi Mama mintak Mummy tinggalkan semua, biar Mama dan lainnya yang uruskan.. Mama selalu utamakan keselamatan bakal menantu dia.. Tak kisah lah siapapun.. Itulah Mama, memang terbaik.. :-) Mummy pulang dengan hati senang..
Haa.. Itu pembuka 01 Disember Mummy Daddy sekeluarga..
Pembuka Disember korang apa pulak..??
No comments:
Post a Comment