Hai.. Post kali ny FawwazSecret nak kongsikan cara terbaik untuk kita menangani stress.. Kita sering kali mengalami stress apabila kita pulang dari tempat kerja, memikirkan pelbagai masalah kewangan dan dalam pelbagai situasi.. Tipu lah kalau kita sendiri tak pernah mengalami stress.. FawwazSecret sendiri pon kadang mengalami stress jugak.. Bila fikirkan bilalah nak dapat kerja yang elok-elok.. Hee.. :-) Bergurau saja.. Tapi serius, FawwazSecret pon kadang-kadang stress jugak.. Dan tak tahu cara terbaik untuk menanganinya..
Hari ni, FawwazSecret dapat satu petua di mana kita boleh hilangkan stress dengan cara urutan leher dan bahu.. Dengan cara ini, ia boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.. Haa, maknanya tak boleh tangani sorang-sorang.. Perlu jugak bantuan orang.. Jangan risau.. FawwazSecret akan kongsikan langkah-langkah bagi orang yang akan mengurut si stress..
LANGKAH-LANGKAH URUTAN LEHER DAN BAHU
- Minta pasangan anda duduk dengan selesa, pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yang menyenangkan.. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya.. (tanggalkan cermin mata jika ada)..
- Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk semula.. Ulangi urutan ini sebanyak 3 kali..
- Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahagian bahu hingga ke bahagian atas lengan.. Ulangi urutan ini sebanyak 3 kali..
- Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang.. Ulangi urutan ini sebanyak 3 kali..
- Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar..
- Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk.. Dengan perlahan putarkan kepalanya ke kanan dan kemudiannya ke kiri..
- Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar.. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali..
- Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan..
" Jika fikiran kita positif "
" Kita rasa positif "
" Kehidupan kita jadi positif "
" Tindakan kita juga positif "
Akhir kata FawwazSecret ; " Kita tangani stress secara positif " !!
Selamat Mencuba !! Dan Selamat Beramal !!
No comments:
Post a Comment