بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Tuesday, 10 December 2013

7 Golongan Manusia Yang Dilindungi Di Padang Mahsyar

Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
FawwazSecret taknak terlepas beberapa tajuk menarik dalam bulan Disember ni.. Jadi seperti yang telah FawwazSecret kongsikan tadi mengenai 10 golongan manusia yang diusir dari Padang Mahsyar, sekarang masanya untuk FawwazSecret kongsikan mengenai 7 golongan manusia yang dilindungi di Padang Mahsyar..

Sepertimana yang sudah kita ketahui, suhu di Padang Mahsyar amat panas.. Terlalu panas.. Dan pada masa tuh, semua manusia yang dibangkitkan semula, menjadi bingung dan panik mencari tempat untuk berlindung.. Ayat 10 hingga 11 dalam Surah Al-Qiyamah, Allah swt telah berfirman..
"Pada hari itu manusia berkata :"
"Kemana tempat lari? Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!"

Tapi kalau dengan kehendak Allah swt.. Akan ada beberapa golongan yang akan mendapat perlindungan dari-Nya.. Tapi bukanlah semua dapat berteduh di bawah naungan-Nya.. Itu adalah rahmat Allah swt.. Hanya tujuh golongan manusia yang mendapat naungan dari Allah swt, yakni Allah swt akan melindungi golongan-golongan ini dengan rahmat-Nya di Padang Mahsyar..


7 GOLONGAN MANUSIA YANG DILINDUNGI ALLAH DI PADANG MAHSYAR
  1. Penguasa atau pemimpin yang adil..
  2. Seorang remaja yang menjaga masa remajanya dengan beribadah kepada Allah swt..
  3. Seorang lelaki yang hatinya dekat dengan masjid-masjid..
  4. Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah swt, iaitu keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah swt..
  5. Seorang lelaki yang ketika dirinya dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan.. Lalu dia menjawab : "Sesungguhnya aku takut kepada Allah swt"..
  6. Seseorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya idak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh tangan kanannya.. Maksudnya dia bersedekah dan tidak menceritakan sedekahnya itu kepada orang lain..
  7. Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, sehinggakan kedua matanya mencucurkan air mata..

Akhir kata FawwazSecret.. Bukanlah susah untuk kita letakkan diri kita menjadi diantara golongan-golongan di atas.. Dan tidaklah mudah bagi kita untuk memenuhi setiap perilaku-perilaku diantara golongan di atas.. Tapi seperti yang kita semua tahu.. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".. Bersama kita renungkan.. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.. Dan bersamalah kita berdoa, semoga kita semua termasuk dalam tujuh golongan manusia di atas.. Amin.. :-)

No comments: