بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Thursday, 5 December 2013

Cara-Cara Menutup Aurat

Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Hari ini FawwazSecret nak kongsikan cara-cara menutup aurat bagi wanita yang dituntut oleh Islam.. Tujuan FawwazSecret nak kongsikan ni sebab nak betulkan cara wanita-wanita di luar sana yang merasakan bahawa dirinya sudah lengkap menutup auratnya tetapi dalam tak sedar sebenarnya dia tidak mengikut keseluruhan cara yang dituntut dalam Islam.. Sumber yang FawwazSecret dapat untuk sampaikan cara-cara menutup aurat yang betul ialah dari apa yang telah disebutkan di dalam kitab suci Al-Quran..

Kenapa wanita Islam wajib menutup aurat..??
Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud,
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"..
Rasulullah saw telah bersabda,
"Bahawa anak perempuan bila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga ke pergelangan".. (Hr Abu Daud)

Mari sesama kita lihat bahagian manakah yang boleh diperhatikan..


MUKA DAN TANGAN
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang nipis..
Sabda Rasulullah saw,
"Wahai Asma, sesungguhnya gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja".. (Riwayat Muslim dan Bukhari)
Surah An Nisaa ayat 34, Allah swt telah berfirman,
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita"
Sepotong ayat dari Surah Al 'Araf ayat 26, Allah swt juga telah berfirman,
"Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan.. Dan pakaian Taqwa itu adalah pakaian yang paling baik"

MUKA DAN LEHER
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan kamu seperti orang jahiliyah yang terdahulu"
(a) Bersolek iaitu make-up
(b) Menurut Miqtil
     - Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah
DADA
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada mereka"

WANGIAN
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina".. (Riwayat Nasa' Ibn Khuzaimah dan Hibban)

KAKI (Tumit Kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya), agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan"
Surah An Nur, ayat 31:
(a) Menampakkan kaki
(b) Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki

KEPADA SIAPA AURAT BOLEH DIPERLIHATKAN..??
Dalam Surah An Nur ayat 31 Allah telah berfirman,
"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) terhadap perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan"..

Pesanan akhir dari FawwazSecret kepada wanita-wanita di luar sana.. Tak perlu untuk kamu kelihatan cantik dengan memakai wangian, perhiasan dan solekan kerana apa yang telah Allah swt berikan itu adalah lebih cantik berbanding dengan kamu menghiasinya..
Contoh perhiasan, wangian dan solekan yang sering wanita zaman kini pakai adalah ;
  • memakai kasut bertumit tinggi
  • rantai leher berloketkan binatang dan sebagainya
  • keronsang yang banyak menghiasi tudung
  • gelang tangan yang kepelbagaian warna dan bentuk
  • wangian yang kononya tahan lama (berbau kuat)
  • memakai gincu berwarna terang
  • memakai bedak sehingga menutupi kulit asal
  • memakai celak terlalu terang
  • memakai pemerah pipi sebagai tambahan solekan

Sekiranya kaum wanita di luar sana ada memakai wangian, perhiasan serta solekan sebegini, belajar lah untuk meninggalkan ia.. Takkan ada istilah rugi kerana lebih rugi bagi kita jika tidak mensyukuri kurnia kecantikan yang telah Allah swt berikan, malah ditutupi dengan solekan.. Dari segi pakaian jugak, tidak elok jika mengenakan kasut bertumit tinggi jika pakaian kita seolah wanita solehah.. Bunyi kasut itu seolah kita ingin menunjukkan perhiasan kita kepada orang lain.. Dan sekiranya kamu sudah biasa dengannya, berubahlah untuk mencari kasut bertumit tinggi yang tumitnya diperbuat daripada getah..

No comments: