Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
Untuk post hari ni, FawwazSecret nak kita bersama kongsikan beberapa pengetahuan sebagai renungan jugak sebagai iktibar kepada kita, umat Nabi Muhammad saw.. Kita ni manusia akhir zaman.. Jadi lebih elok ilmu-ilmu sebegini kita jadikan panduan untuk kita terus beramal dan meninggalkan segala kejahatan secara perlahan-lahan.. Iyalah.. Kita kalau nak berubah, jangan berubah secara mengejut.. Takut hilang niat asal yang sebenar.. Langkah terbaik untuk berubah haruslah secara perlahan-lahan.. Baiklah, sepertimana yang dah tertulis besar kat atas tuh, kita semua dah faham bahawa post kali ni, kita nak ketahui 10 golongan manusia yang diusir dari Padang Mahsyar..
Sepertimana yang telah kita ketahui, apabila kita dibangkitkan semula selepas kiamat, kita semua akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk menghadapi timbangan amalan kita semasa di dunia.. Setiap sudut Padang Mahsyar ketika itu, penuh dengan manusia dan jin untuk bersama mengharungi hisab Allah swt.. Keadaan manusia pada masa tuh pulak, bergantung pada amalan yang telah kita lakukan semasa hidup..
Kalau kita beriman kepada Allah swt dan Rasul.. Kita akan dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah yang bersinar-sinar cahayanya seperti cahaya bulan purnama.. Dan kita akan melalui titian sirath seperti kilat yang menyambar.. Dan keadaan seperti ini mampu untuk kita peroleh, kalau kita melakukan lima perkara yang berikut ;
- Sentiasa beramal soleh dan berbuat baik
- Menjauhi perbuatan derhaka
- Memelihara solat lima waktu
- Meninggal dunia dalam keadaan bertaubat
- Mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah swt..
Dan kalau kita tak beriman kepada Allah swt dan Rasul.. Malah kita melakukan perkara-perkara dusta di dunia.. Maka, kita adalah diantara 10 golongan manusia yang akan diusir dari Padang Mahsyar..
10 GOLONGAN MANUSIA YANG DIUSIR DARI PADANG MAHSYAR
- Mereka diusir berupa kera.. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba..
- Mereka diusir berupa babi.. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram..
- Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala dibawah.. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta..
- Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal.. Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong..
- Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya, dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan.. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya..
- Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka.. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur..
- Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya.. Mereka adalah orang yang mengganggu jirannya..
- Mereka dihalau dalam keadaan buta.. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum..
- Mereka dihalau dalam keadaan busuknya yang lebih busuk daripada bau bangkai.. Mereka adalah dari golongan yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat dan tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya..
- Mereka dikumpulkan dalam memakai pakaian besi yang panas.. Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah swt..
Akhir kata FawwazSecret.. Ada baiknya kalau kita di dunia mengabaikan segala apa yang berlaku di sekeliling kita.. Kerana dalam tak sedar kita mungkin melakukan beberapa perkara yang membolehkan kita diusir dari Padang Mahsyar kelak.. Jadi ada baiknya kita muhasabah diri dari memandang sesuatu yang bukannya datang dari diri kita.. Bersama kita renungkan.. Semoga ianya bermanfaat.. :-) Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment