Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :-)
Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan November dimana kita ada lagi 31 hari untuk menyambut Tahun 2014.. Macam mana dengan kenangan November korang..?? Banyak celebrate hari-hari penting macam Mummy Daddy dak..?? Hee.. Bulan November Mummy Daddy sentiasa dalam kesibukan.. FawwazSecret pon tak sempat nak meng-updatekan apa-apa kerana kebetulan, FawwazSecret pon sibuk dan mendapat pekerjaan baru.. Dan, dalam masa yang sama, dengar-dengar khabar, Mummy Daddy pon dah tak lama lagi akan menzahirkan perkahwinan diorang.. Alhamdulillah.. Itulah yang FawwazSecret harapkan.. Dan lagi satu, FawwazSecret tak tahu bila kali terakhir untuk FawwazSecret menulis di blog ny.. Sebabnya selepas Mummy Daddy merasmikan segalanya, FawwazSecret mungkin akan mengundurkan diri.. Dan Mummy FawwazSecret yang akan menulis di blog ny bertemankan Daddy FawwazSecret.. Tapi Daddy FawwazSecret pulak syorkan supaya FawwazSecret terus menulis.. Kata Daddy, risau kalau Mummy tak sempat nak bukak blog cause masa sepenuh Mummy mestilah diisi bersama Daddy.. FawwazSecret sebenarnya tak kisah.. Nak berkongsi blog pon rasanya Mummy pon tak kisah.. Sebab dalam blog ny pon kadang ada masa FawwazSecret update kan cerita Mummy Daddy dan ada kalanya cerita dari FawwazSecret sendiri.. So, terpulang la..
Hurm esok Mummy bercuti dan kebetulan esok jugaklah hari kenduri kawan Mummy.. Mummy mungkin pergi tanpa bertemankan Daddy.. Bukan apa.. Cara Mummy Daddy ny berbeza.. Selagi kawan-kawan tak tahu bahawa diorang sudah berumah tangga, selagi itulah apa-apa yang berkaitan dengan kawan-kawan, Mummy Daddy takkan campur adukkan dalam urusan bersama.. Macam pelik kan..?? Pelik-pelik pon sweet dan sebenarnya kalau orang berfikiran positif terhadap Mummy Daddy, mereka akan mengerti.. Sesungguhnya Mummy Daddy berbuat sedemikian kerana menghormati orang-orang yang memerhatikan mereka.. Thats why, mereka berasingan.. Dan lagi satu, malu dan sopan itu yang terpenting.. :-)
Okay lah untuk post kali ny.. Itu sahaja yang FawwazSecret nak sampaikan.. Harap maaf sekiranya cerita-cerita yang FawwazSecret sampaikan untuk bulan November ny ada membuat sesiapa yang membacanya tersinggung atau sebagainya.. Mana taknya cerita adik Safiya pon ada tertulis kan..?? Jadi risau kalau family adik Safiya sedikit tersinggung apabila membaca post-post FawwazSecret.. Tapi, percayalah.. FawwazSecret hanya menyampaikan cerita Mummy Daddy.. Dan cerita-cerita ini bukanlah rekaan.. Tapi ianya adalah cerita benar.. So, kepada mereka-mereka yang mungkin tersinggung, sedar-sedarkanlah diri untuk menerima kenyataan cerita-cerita itu..
Salam Ikhlas,
FawwazSecret
No comments:
Post a Comment