بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Thursday 12 September 2013

Terima Kasih Mama

Sebenarnya FawwazSecret malu nak bercerita.. Tapi ni kan hal FawwazSecret.. Orang lain apa tahu..?? Nak bercakap, nak mengata kat FawwazSecret pun lantak lah.. Itukan dosa kamu dengan Allah.. FawwazSecret hanya mampu ucap terima kasih sebab bagi FawwazSecret pahala percuma.. Masa Mummy nak pulang dari tempat kerja petang semalam,  Mummy FawwazSecret sakit sangat (senggugut).. Tiba-tiba Mummy pening, loya, tak kuat nak berjalan.. Daddy FawwazSecret risau.. Dipimpinnya Mummy, ajak pulang ke rumah Mama.. Sampai di rumah Mama , Daddy pimpin Mummy sampai dalam toilet.. Mummy dah lemah sangat.. Muntah, pening itu memang Mummy akan alami bila datang bulan.. Bagi Daddy benda biasa sebab Daddy dah pernah jaga masa Mummy ada di rumah Daddy dulu.. Mama dah mula risau bila tengok keadaan Mummy yang terlantar depan pintu toilet.. Mana taknya dah tak kuat nak bangun berjalan ha. Tengok Daddy pon dah jadi dua Daddy.. Mama bertambah risau sebab darah mula menitik.. Tiba-tiba Mama kasi Mummy seluar baru dia, masih baru, bau kedai lagi, uh ada tanda harga lagi.. Buat Mummy tersenyum.. Mummy salin seluar, pakai seluar Mama..

Tiba-tiba...........
Mama    : Padan ka seluar? (tersenyum)
Mummy : Padan.. Wani kan dah besar sikit..
Mama    : Seluar baru tu.. Mama pun tak pakai lagi..
               Seluar lain ada, tapi mama tak sidai lagi..
Mummy : Takpa.. Besok Wani bawak meh laa..
Mama    : Pakai lah.. Ni Wani gena, Abg Paih? Teruk senggugut.
Daddy   : Memang macam tu dah..
Mama    : Ni Mama nak pi kat kakak ni..
Daddy   : Ha.. Takpa..
Mama    : Tengok Wani sama ni..
Mummy : Takpa.. Wani nak balik dah..
Daddy   : Boleh ka ma ny?
Mummy : Boleh..
Mama    : Memang teruk macam tu ka Wani?
Daddy   : Haa.. Pernah pengsan tu mama tau?
Mama    : Tu nak buat gena?
Daddy   : Sat ja, tunggu sat, baik aih satg..

Sebelum nak pulang tengok Mama dok basuh pinggan.. Mummy pun bagitau Mama yang Mummy nak balik dah.. Tiba-tiba Mama tanya, takmau sayang dah ka..?? Ya Allah sentap terus.. Sungguhlah, selalunya kalau tak dapat salam, sayang muah-muah pipi Mama itulah pengganti.. Takpun peluk sayang.. Mama tau yang Mummy ni sebenarnya anak manja, anak Mak.. Sebab manja pelik.. Semestinya lah kan.. FawwazSecret bahagia bila tengok Mummy Daddy bahagia.. Teringat FawwazSecret akan pesan Mama........

Mama Pesan,
Nak bahagia, nak mesra tak semestinya selepas kahwin.. Kalau diajar dari awal, InsyaAllah semuanya akan selamat bila kahwin nanti.. Tahu kenapa..?? Sebabnya bila kita dah berumahtangga, dugaan kita bukan setakat kebahagiaan dan kemesraan.. Tetapi ujian lain yang kita akan hadapi.. Kalau kita nak berubah, seeloknya berubah sebelum kahwin.. Kenapa..? Sebab bila dah berkahwin nanti tak perlu suami nak tegur benda yang sama setiap hari.. Kita dah tahu.. Cara bercakap juga penting.. Belajar cakap elok dari sekarang.. Bukan tunggu cakap elok-elok lepas kahwin.. Kalaulah sekarang ni gaduh, cakap menjerit-jerit, pukul-pukul.. Nanti kalau kahwin macam mana, nak cakap jerit-jerit jugak ka dengan suami..?? Sanggup pukul-pukul, melawan suami..?? Tak cium bau syurga lah seorang isteri.. Tak bahagia lah sebuah keluarga.. Kalau dari sekarang ni, elok belajar masak.. Nanti kahwin, biar suami makan air tangan kita.. Barulah suami kasih pada kita.. Takkan nak bagi suami makan air tangan orang lain..?? Beli makanan luar hari-hari... Kalaulah sekarang kita keluar dengan kawan tak tentu waktu, takkan nanti dah kahwin pun nak kuar dengan kawan sesuka hati..
Jadi, fikir-fikirlah sementara masa ada sekarang ni..
Renung-renungkan !!

No comments: