FawwazSecret terasa ingin nak bercerita soal Mummy Daddy.. Dimana permulaan pertemuan Mummy Daddy yang sebenar.. Mungkin orang lain pon ada pertemuan seperti Mummy Daddy atau mungkin berlainan kan.. Masing-masing ada kisah pertemuan sendiri kan.. Tapi kenapa harus terjadi sebegitu..?? Jangan dipersoalkan.. Kerana setiap pertemuan dan perpisahan sesuatu hubungan yang berlaku dalam hidup kita.. Semuanya ditentukan Allah swt.. Ada pertemuan yang kita rancang.. Dan ada jugak pertemuan yang sememangnya Allah swt yang aturkan.. Sebagai contoh.. Mummy dan Daddy.. Tak pernah pon Mummy Daddy terfikir yang mereka akan ditemukan.. Dan tak pernah tahu yang sebenarnya mereka ditakdirkan untuk bercinta.. Umur sama.. Tinggal tak jauh.. Rumah masing--masing dekat jea.. Tapi di usia 21 tahun mereka bertemu.. Bagaimana..?? Jom kita baca bawah ny.. :D
(・_・”)/\(・_・”)
Dimana salam antara Mummy Daddy Fawwaz
terukir..?? Menjadi tanda tanya pada keluarga masing-masing.. Dan juga pada
mereka sendiri.. Mengapa dan kenapa as-salam mereka terjadi di tempat-tempat
sedemikian..?? Jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah s.w.t.. Walaupun semuanya
berjalan dengan sendirinya tanpa ada sokongan, tanpa ada yang tolong perkenalkan..
Tetapi alhamdulillah sampai sekarang mereka masih bersama..
Permulaan pertemuan Mummy Daddy..............
Permulaan pertemuan Mummy Daddy..............
Pandang Pertama dalam Majlis Pertunangan..
Senyuman diukir di Masjid Muhammadi..
Bergurau senda dalam Majlis Akad Nikah..
Perkenalan dalam Majlis Perkahwinan..
Pertemuan yang baik ini menjadi tanda
tanya kepada Mummy Daddy.. Adakah semuanya juga kan berakhir dengan baik..? Pertemuan
yang tidak dirancang.. Tidak diminta.. Tanpa diduga.. Dan sememangnya
segalanya ditentukan oleh Allah s.w.t.. Alhamdulillah..
Bagaimana Pandang Pertama Bermula..??
Sesampai Mummy Daddy di Majlis Pertunangan tersebut, mereka
melangkah keluar dari kenderaan masing-masing.. Kemudian terus terpandang ke
arah masing-masing.. Sampaikan tak menolah ke arah lain.. Daddy senyum
mesra.. Mummy membalas senyuman.. Tetapi dalam hati masing-masing tertanya
siapakah gerangan si dia..?? Ketika majlis berlangsung, Daddy tak henti
memerhati Mummy.. Dan Mummy menyedari akan pandangan itu.. Cuma tidak
mempedulikan Daddy.. Sebabnya Mummy tak kenal siapa Daddy..
Kenapa Senyuman Itu Terukir..??
Untuk kali yang kedua, Mummy Daddy bertemu sekali lagi di
Masjid Muhammadi selepas dua minggu dari Majlis Pertunangan.. Masa tu Maghrib dan semua yang ada di situ sibuk untuk
menunaikan solat. Daddy pula sibuk nak perhatikan Mummy.. Sebab Daddy dah mula rasa pelik.. Kenapa Daddy bertemu dengan Mummy di tempat-tempat macam tuh.. Sebab Daddy tak pernah kenal perempuan dengan pertemuan sebegitu.. Intai sana sini.. Macam lah dapat tegur.. Mummy perasan akan pandangan Daddy..
Bila Mummy perhatikan, Daddy cuma berikan senyuman manis.. Terserlah ketampanan Daddy..
Mummy malu, lalu membalas senyuman keayuan Mummy sampaikan Daddy enggan
berundur dari memandang Mummy..
Macam Mana Boleh Bergurau Senda..??
Menjadi persoalan..?? Yea lah kan belum kenal, bercakap pon tak
lagi.. Baru main senyum-senyum.. Untuk kali yang ketiga, Mummy Daddy bertemu lagi.. Pada hari yang sama.. Tetapi masing-masing mula hairan.. Kenapa asyik terserempak dengan dia ni
je..? Tak menjadi masalah.. Masa tu terjadi dalam Majlis Akad Nikah.. Masa majlis
berlangsung, Daddy senyum jea sambil pandang Mummy sampaikan Mummy tak senang duduk.. Lepas selesai jea lafaz akad, Daddy terus hampiri
Mummy lalu berkata, "Jom, giliran kita pulak akad nikah.." Mummy terkejut.. Daddy pulak kaku memikirkan kenapa ayat sebegitu yang
keluar dari bibir dia.. Asalnya hanya nak tegur tapi lain pulak yang jadi..
Salam Perkenalan Mummy Daddy !!
Dengan izin Allah s.wt. mereka bertemu lagi dalam Majlis
Perkahwinan dua minggu selepas Majlis Akad Nikah.. Dimana masa tu Daddy sibuk melayan saudara yang datang.. Bila
nampak jea Mummy, Daddy terus ambilkan segelas air dan dihidangkan untuk Mummy.. Masa tu Daddy amik peluang untuk kenal mesra dengan Mummy.. Tapi sayang Mummy segan nak bercakap dengan Daddy sebab Mummy tak kenal siapa Daddy..
....................................................................................................................
Pertemuan Mummy Daddy diam begitu saja.. Tapi masing-masing masih memikirkan siapa gerangan Mummy atau Daddy.. Daddy sibuk bertanyakan sepupunya soal Mummy.. Mummy pulak mula resah.. Lalu Mummy mohon petunjuk dari Ilahi.. Andai lelaki yang Mummy temui itu adalah jodoh Mummy.. Izinkan Mummy temuinya sekali lagi dan jalinkan hubungan kami dalam keadaan yang baik.. Dua minggu selepas tu, Mummy terima satu pesanan ringkas (sms) menyatakan hasratnya ingin membeli insurans perlindungan diri.. Mummy terus membalas sms itu dengan, "Faiz kan...??".. Hehe :D
Selepas pada tu lah Mummy Daddy buat keputusan untuk berkawan..
Terjalinnya ikatan mesra perkenalan Mummy Daddy pada tanggal 20.11.2010
No comments:
Post a Comment