Bismillahhirrahmanirrahim... :')
Alhamdulillah FawwazSecret dapat habiskan bacaan Surah Al-Kahfi untuk malam ny.. Dan Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengetahui satu lagi kisah menarik yang tertulis dalam Surah Al-Kahfi.. Sepertimana yang kita tahu surah ini mengandungi 110 ayat yang mempunyai 7 cerita menarik yang tertulis dalam surah ny.. Mula-mula FawwazSecret nak terangkan maksud "Al-Kahfi" ni sebenarnya adalah "Gua" dan "Ashabul Kahfi" adalah "Penghuni-penghuni Gua".. Dalam Surah Al-Kahfi tertulis cerita beberapa orang pemuda yang tidur di dalam gua bertahun-tahun lamanya.. Selain dari menceritakan kisah pemuda-pemuda ini, ada juga diselitkan beberapa kisah yang boleh dijadikan iktibar dan pelajaran yang berguna kepada kehidupan kita (manusia).. Jom FawwazSecret kongsikan beberapa kisah menarik yang diselitkan dalam surah ny..
KISAH ASHHAABUL KAHFI
Di dalam sebuah bandar ada dua golongan manusia yang satunya menyembah Allah swt dan satu lagi menyembah sesuatu selain dari Allah swt, menyekutu Allah swt.. Pada suatu ketika datanglah seorang pemuda yang sedang mencari tempat berlindung lalu berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.. Tetapi dirinya tidak mengakui bahawa dirinya menyembah sesuatu selain Allah swt.. Lalu Nabi Muhammad saw mengatakan kepadanya supaya berlindung di dalam gua.. Dia seolah-olah meragui..
Lalu Nabi Muhammad saw berkata :
"Setiap orang yang mendiami gua juga ada tanda-tanda kebesaran Allah swt yang kita tak tahu"
Kemudian pemuda itu bersetuju untuk berlindung di dalam gua.. Lalu Nabi Muhammad saw berpesan kepada pemuda itu supaya jangan lupa untuk berdoa...
" Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami dari sisi Mu "
" Dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini "
Pemuda-pemuda itu mengimbas kembali pesan Nabi Muhammad saw..
" Sekiranya kamu meninggalkan apa yang kamu sembah melainkan Allah swt.. Niscaya sepanjang kamu mendiami gua tersebut, Allah swt akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kepadamu sesuatu yang berguna untuk segala setiap urusanmu.. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua di sebelah kanan.. Dan matahari itu terbenam menjauhi gua dari sebelah kiri.. Walaupun kamu berada di dalam gua, namun kebesaran Allah swt tetap akan kamu nikmati.. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah swt.. Maka dialah yang mendapat petunjuk.. Barangsiapa yang disesatkan-Nya.. Maka kamu tidak akan mendapat seorang pemimpin pun yang dapat memberi kamu petunjuk kepada kamu.. Melainkan Allah swt.."
Tanpa pemuda-pemuda itu menyedari.. Allah swt tutup telinga mereka bertahun-tahun lamanya.. Dan Allah swt menyedari golongan manakah yang menghitung bilangan hari mereka mendiami gua.. Mereka sebenarnya telah tinggal beratus tahun lamanya iaitu selama 309 tahun.. Tetapi bila ditanya, mereka merasa seolah-olah mereka berada dalam satu hari ataupun setengah hari..
Nabi Muhammad saw berpesan,
" Sekiranya kamu keluar dari gua untuk ke bandar dengan membawa wang perak kamu, belilah makanan yang lebih baik.. Dan seharusnya kamu bersikap lemah lembut.. Dan jangan sesekali kamu menceritakan halmu kepada sesiapapun.. Dan jika mereka mengetahui akan tempat tinggalmu.. Mereka akan melemparkan kamu dengan batu atau memaksa kamu untuk kembali kepada agama mereka.. Dan jika kamu mengikut kehendak mereka.. Niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.."
Dalam Surah Al-Kahfi ketika Nabi Muhammad saw bertengkar dengan mereka yang mendiami gua kerana ingin mengetahui bilangan mereka yang tinggal di dalam gua tersebut..
Rasullullah saw teringat akan firman Allah swt :
" Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka "
" Tidak ada seorang pon yang mengetahui bilangan mereka walaupun sedikit "
Dan Rasulullah dilarang untuk menanyakan bilangan pemuda-pemuda itu kepada sesiapa pun diantara mereka.. Dan Rasululullah saw ditinggalkan pesan supaya jangan sesekali berkata,
" Sesungguhnya aku akan mngerjakan itu besok pagi kecuali dengan menyebut Insya-Allah "
Dan seharusnya kita kena ingat kepada Allah swt bila kita nak lakukan sesuatu.. Kerana semuanya adalah dengan izin Allah swt.. Dan jangan lupa untuk berkata,
" Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk yang lebih dekat kebenarannya daripada ini "
INSYA-ALLAH
Dalam Surah Al-Kahfi ketika Nabi Muhammad saw bertengkar dengan mereka yang mendiami gua kerana ingin mengetahui bilangan mereka yang tinggal di dalam gua tersebut..
Rasullullah saw teringat akan firman Allah swt :
" Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka "
" Tidak ada seorang pon yang mengetahui bilangan mereka walaupun sedikit "
Dan Rasulullah dilarang untuk menanyakan bilangan pemuda-pemuda itu kepada sesiapa pun diantara mereka.. Dan Rasululullah saw ditinggalkan pesan supaya jangan sesekali berkata,
" Sesungguhnya aku akan mngerjakan itu besok pagi kecuali dengan menyebut Insya-Allah "
Dan seharusnya kita kena ingat kepada Allah swt bila kita nak lakukan sesuatu.. Kerana semuanya adalah dengan izin Allah swt.. Dan jangan lupa untuk berkata,
" Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk yang lebih dekat kebenarannya daripada ini "
AZAB BAGI ORANG-ORANG MUSYRIK
Dalam Surah Al-Kahfi Allah swt berfirman :
" Apakah Kami akan memberitahumu tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya..?? "
Manusia-manusia yang Allah swt sebutkan kepada kita adalah mereka-mereka yang telah mensia-siakan kehidupan mereka di dunia.. Tapi mereka merasakan diri mereka telah berbuat sebaik-baiknya perbuatan.. Mereka sebenarnya orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Allah swt.. Dan lupa untuk bersujud mendekati Allah swt.. Maka hapuslah segala amalan-amalan mereka di dunia.. Dan Allah swt tidak akan menilai amalan mereka pada hari kiamat, walaupun hanya satu amalan yang mereka lakukan di dunia.. Dan neraka Jahannam pembalasan terhadap orang-orang sedemikian.. Hal ini kerana kekafiran mereka dan kerana mereka memperolokkan ayat-ayat Allah swt (ayat Al-Quran) dan rasul-rasul-Nya..
PAHALA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN
Dalam Surah Al-Kahfi Allah swt juga telah berfirman :
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka adalah Syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.. Mereka kekal di dalamnya.. Dan mereka tidak ingin berpindah daripadanya "
Sepertimana yang kita tahu.. Sesiapa yang sentiasa mengagungkan ayat-ayat Allah swt sememangnya mereka akan ditempatkan di syurga-Nya.. Dan barangsiapa yang sentiasa beramal soleh, Allah swt akan kehendaki petunjuk kepadanya cuma lambat dengan cepat saja untuk mereka perolehi..
....................................................................................................................
....................................................................................................................
Sebenarnya setiap apa yang berlaku kat dunia ny semuanya tertulis dalam Al-Quran.. Dan apa yang kita alami sekarang ny sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari kita iaitu orang-orang di zaman Rasulullah saw dah hadapi lebih awal dari kita.. Dulu hanya kitab suci Allah swt (Al-Quran) yang menjadi bahan bacaan orang-orang terdahulu.. Tapi sekarang dah macam-macam kitab kita pelajari.. Sebab tuh kita jadi manusia yang angkuh, manusia yang rasa kita baik sepenuhnya.. Sedangkan kita lupa sebenarnya kita ny cuma hamba Allah swt.. Dan lupa untuk mengagungkan ayat-ayat Allah swt (Al-Quran).. Tapi berbangga dengan memperolokkan ayat-ayat Allah swt.. Itulah orang yang kufur dan merasakan diri mereka jauh lebih hebat dari orang yang mengagungkan ayat-ayat Al-Quran.. Tapi mereka tetap merasakan perbuatan mereka tuh baik sangat..
FawwazSecret bukanlah ambil peluang ceritakan kisah Surah Al-Kahfi ny dengan nak mengata dia itu dia ini.. Tak jugak.. Tapi apa yang terselit dalam Surah Al-Kahfi ny memang ada yang terjadi kat dunia Mummy Daddy.. Bukan dunia Mummy Daddy ja.. Tapi dunia semua orang.. Selagi kita berpijak di bumi Allah swt.. Ingatlah.. Kita ny sebenarnya cuma hamba Allah swt saja.. Kita bukan yang terbaik.. Dan kita bukan yang terhebat.. Mengata orang itu hobi kita.. Tapi dalam tak sedar, kita buat dosa.. FawwazSecret yakin ramai orang sekarang suka kutuk, mengata orang dari nak menilai diri sendiri.. Biasalah dunia akhir zaman kan.. Apa FawwazSecret boleh cakap sangat.. Biarlah Allah swt yang balas segala-galanya.. Aminn.. :')
No comments:
Post a Comment