Hari ini FawwazSecret nak kongsikan
cerita lama.. Dulu pernah FawwazSecret kongsikan dalam Notes Facebook.. Kemudian dikongsikan dalam IznyTrueloves.. Tapi semuanya dah delete.. Ada
sebab-sebab tertentu.. Kini, FawwazSecret ingin mengimbau kembali
kenangan indah dimana Mummy Daddy FawwazSecret nak menguji IQ
masing-masing.. Hurm , Melayu Mudah Lupa..?? Mummy daddy pun mudah lupa ka..?? Tak mengapa.. Walaupun ianya cerita lama.. Tetapi kenangannya tak pernah pudar untuk FawwazSecret.. Selamat membaca
, ya !!
^^ Pada 26 Mac 2012 : Daddy test IQ Mummy ^^
Mummy Daddy dalam perjalanan untuk ke sebuah restoran , untuk makan malam..
Setibanya mereka di Restoran Rosnani Tomyam , tepat jam 10:00 malam. .Selepas beberapa minit menunggu , mereka dilayan oleh pelayan di situ..
Selesai order makanan favourite masing masing iaitu Nasi Goreng Cili
Padi.. Ditambah dengan Tomyam Campur.. Sambil menunggu makanan sampai , Mummy Daddy asyik menonton siaran tv2 , Seniman Bujang Lapuk.. Selepas
beberapa minit , makanan yang Mummy Daddy order tadi dah siap.. Dah boleh
makan lah ni kan..?? Sedang daddy leka tengok siaran tv , mummy pula
curi-curi makan cili.. Sweet kan..?? Tapi mummy tak sedar yang perbuatan
dia itu diperhatikan oleh daddy..
IQ TEST BERMULA
Sesudah Mummy daddy selesai makan.. Daddy asyik dengan perhatikan Mummy.. Senyum Daddy pada Mummy.. Tiba-tiba Daddy bersuara........
Daddy : Ma , abh nak test ma sikit boleh ?
Nak tengok ma ingat lagi ka dak pasal kenangan kita.
Nak tengok ma ingat lagi ka dak pasal kenangan kita.
Mummy : ( senyum sambil angguk , tanda setuju )
Daddy : Ma sayang abh macam Izzah sayang Haris dak ?
Mummy : ( terdiam sambil senyum ) Napa abh tanya ma macam tuh ?
Daddy : Bila ma marah , ma nak tinggikan suara macam Mila buat kat Haris dak?
Mummy : Ma mungkin buruk lagi. ( berlinang air mata )
Daddy : Ma , abh tanya kan ? Cuba ma tanya abh macam mana abh tanya ma.
Mummy : Ma tak pandai. ( menangis )
Daddy : Okey takpalah. Tapi kalau ma pandai , abh nak jawab bagi ma. Okey na.
Yang pertama , Abh sayang ma macam Haris sayang Izzah dak ?
Abh akan jawab ,
Dak , Sebab abh sayang ma lebih pada Haris sayang Izzah.
Dak , Sebab abh sayang ma lebih pada Haris sayang Izzah.
Yang kedua , Abh akan pukul ma macam Haris pukul Izzah dak
bila ma period ?
bila ma period ?
( senyum sayang untuk mama )
Abh akan jawab ,Dak , abh takkan sesekali buat macam tuh kat ma.
Abh pernah jaga ma masa period kan , muntah , lemah ma masa tuh.
Abh pun takut. Abh selalu ada untuk ma , orang yang abh sayang.
Abh sayang ma. ( berlinang air mata )
Abh pun takut. Abh selalu ada untuk ma , orang yang abh sayang.
Abh sayang ma. ( berlinang air mata )
Daddy
berpaling mukanya dari Mummy.. Sekadar nak tutup kesedihannya.. Mummy
sentuh erat tangan Daddy sambil menangis.. Mummy sembunyikan tangisannya
sambil minum seteguk air.. Kemudian , Daddy bersuara..
Daddy : Ma , Rileklah. tunggu kejap na, abh nak bayar.
( daddy bangun sambil usap kepala mummy yang menangis tanpa henti , terlalu sensitif )
Selesai semua , Mummy dan Daddy bergegas ke arah kenderaan yamg mereka naiki.. Sekali lagi IQ Mummy diuji.. Berdebar-debar Mummy..
Daddy : Abh nak tanya sikit ja. Masa kita naik kereta kabel dekat Langkawi dulu ,
Ma dok sebelah kanan ka sebelah kiri abh ?
Mummy : Sebelah kiri. ( dengan yakinnya )
Daddy : Ya ka ?
Mummy : ( senyum sambil angguk , mengiakan pertanyaan daddy )
Daddy : Masa Mat Salleh snap gambar kita ,
kedua-dua tangan abh letak kat mana ?
kedua-dua tangan abh letak kat mana ?
Mummy : ( dengan yakinnya )
Tangan kanan abh pegang dinding kereta kabel ,
Tangan kiri pulak kat belakang ma.
Tangan kiri pulak kat belakang ma.
Daddy : Salah. ( tersenyum daddy )
Tangan kiri abh letak kat bahu ma. ( tunjukkan gayanya )
Mummy : ( senyum sambil menitis air mata )
Daddy : Nanti , Ma tengok balik gambar-gambar kita kat Langkawi.
Mummy : Gambar-gambar semua dah hilang sebab pc rosak.
Daddy : Takpa lah. Semua ada dalam ingatan abh. Ada masa , abh lukis balik.
Mummy : ( angguk mengiakan kata-kata daddy )
Daddy : Ma , ada lagi ni.
Mummy : Urmm ? Apa lagi ?
Daddy : Masa kita jalan-jalan tengok baju , Sebelum naik kereta kabel ,
Ada orang buat lukisan dalam botol , guna pasir kan ?
Mummy : Ada. ( senyum mummy )
Daddy : Ingat lagi dak ada apa atas meja , selain botol-botol pasir ?
Mummy : Hurm.... ma tak ingat , abh. ( tahan air mata )
Daddy : Ada ular kecik , warna hijau dok kat dahan kayu dalam botol.
( senyum tengok mummy )
( senyum tengok mummy )
Mummy : Ada. ma yang tunjuk kat abh. ( menitis air mata )
Mummy Daddy bergegas pulang ke rumah.. Dalam perjalanan pulang , Daddy
nasihatkan Mummy supaya henti menangis.. Bukan silap kita untuk sengaja
lupakan kenangan terindah macam tu.. Cuma kadang-kadang setiap orang
terlalu ingat benda yang lebih penting dari itu.. Apa-apa pun semua orang
tak pernah lupakan kenangan lalu.. Yang pasti perlu ada komunikasi untuk
saling memperingati..
Pesanan dari FawwazSecret
❝ Jelas
sekali di sini , FawwazSecret menunjukkan pentingnya komunikasi.. Lebih
bahagia kan bila ada komunikasi dalam setiap hubungan.. Tak kisah lah
pada yang sudah berumah tangga , pada yang sudah mengikat tali
pertunangan ( harus lebih berhati-hati ) ataupun
pada yang sedang asyik bercinta.. Tak guna kalau kita sudah bersuami ,
beristeri , bertunang serta mempunyai kekasih hati yang segak , comel ,
sekiranya tiada komunikasi dalam perhubungan.. Komunikasi amat penting..
Kalau dijaga selalu , pasti kita tidak berprasangka dengan pasangan
sendiri.. Dan tak guna juga jika bertahun-tahun kita setia.. Andai
komunikasi tiada , berkecai jua ikatan yang ada.. Jadi , sama-sama kita
buat perubahan dalam hubungan yang kita pegang sekarang.. Cubalah , kamu
takkan menyesal.. ❞
No comments:
Post a Comment