Bismillahhirrahmanirrahim.. :')
Untuk hari ny FawwazSecret tak nak kongsikan kisah menarik surah-surah dalam Al-Quran.. Tapi hari ny FawwazSecret ada satu topik menarik yang nak dikongsikan bersama untuk kita-kita yang baru nak memasuki gerbang perkahwinan.. Haa.. FawwazSecret takda lah pandai sangat.. Tapi cerita ny FawwazSecret nak kongsikan sebagai pelajaran kepada kita-kita sebelum kahwin.. Orang tua-tua selalu cakap SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN..
Al-kisahnya bermula begini.....
FawwazSecret tak berapa nak kenal dengan seorang perempuan ny tapi dia dah kahwin tau.. Dia ibu tunggal ada seorang anak perempuan.. Kisahnya dulu dia sudah berkahwin.. Tapi telah diceraikan.. Kenapa..?? Tak tahu.. FawwazSecret pon tak tanya.. Tapi sekarang dia berkahwin untuk kali yang kedua dengan seseorang yang dia kenal tak sampai setahun.. Itu dikatakan jodoh.. Dia berkahwin sebab janji-janji manis si lelaki.. Dan dia mengharapkan janji-janji itu menjadi kenyataan.. Tetapi.. Dia dah buat keputusan yang salah.. Janji kini tinggal janji.. Baru tiga bulan berumahtangga dan sekarang masing-masing buat keputusan untuk bercerai.. Sedihnya.. Masjid Allah swt dah nak roboh.. Gelak besar lah iblis.. Tapi ada sebab-sebab mereka dan FawwazSecret pon boleh menerima.. Kekadang kita berpasangan ny memerlukan kaunseling.. Kita memerlukan nasihat dari seseorang.. Kita tak boleh buat keputusan sendiri.. Apapun kita kena belajar untuk menerima pendapat orang lain.. Tapi pendapat yang baik saja okey.. Yang jahat, tolong buang jauh-jauh..
Pada mulanya FawwazSecret cuba-cuba untuk tahu dimana silap kedua pasangan ny sampaikan masing-masing buat keputusan untuk bercerai..
Aku : Kak janganlah buat keputusan terburu-buru.. Cuba share..
Mana tahu ada jalan penyelesaian..
Dia : Memang takkan ada dik..Dulu sebelum kahwin cakap, hidup kita akan senang..
Motor abg tinggalkan untuk ayg bawa gi cari makan supaya tak penat berjalan..
Tapi sekarang akak berjalan jea cari makan.. Kedai jauh bukan dekat..
Aku : Janji masa bercinta akak.. Semua manis..
Dia : Yea akak tahu..Kalau yea pon dia nak buat macam ny.. Buat kat akak sudah..
Jangan buat ke anak akak.. Anak akak tak salah.. Yang salahnya akak.. Sebab pilih dia..
Aku : Macam ni lah.. Akak cuba tenang.. Saya nak tanya.. Akak solat..??
Dia : Yea akak solat.. Tapi laki akak tak pernah solat.. Puasa pon tidak..
FawwazSecret pandang sekeliling bilik.. Tapi FawwazSecret tak nampak langsung sejadah mahupun telekung.. FawwazSecret tak yakin dengan jawapan dia.. Jadi.....
Aku : Akak solat di surau..??
Dia : Kadang akak masuk surau.. Kadang akak kat sini jea..
Aku : Takpalah.. Akak berdoalah mintak petunjuk Allah swt..
Mana taw ada jalan penyelesaian yang baik yang Allah swt nak bagi..
Dia : Berdoa..?? Boleh ke akak nak berdoa untuk lelaki macam tuh..??
Aku : Selagi kita beragama Islam.. Jangan lupa Tuhan.. Setiap doa kita Allah swt terima..
Kalau akak rasa akak teraniaya.. Akak kena sedar yang Allah swt sedang
tunggu doa dari akak..
Dia : Akak dah malas nak pikir.. Kalau boleh kak nak dia ceraikan akak dengan talak tiga..
Aku : Akak.. Tolong tenang.. Akak mengaji..??
Dia : Tak.. Akak takda Al-Quran..
Aku : Jangan macam tuh akak.. Kita berkahwin ny pertama sekali kita kena tau yang kita
nak membina Masjid Allah.. Dan seharusnya niat kita yang pertama kerana Allah swt..
Dia : Akak buta.. Akak nampak cinta dia jea masa tuh..
Aku : Akak.. Sesiapa pon bila bercinta.. Dia agungkan cinta dia..
Tapi jangan kita lupa bahawa cinta Allah itu lebih agung dari segalanya..
Dia : Takpa lah.. Kak tau kak ada silap.. Kak pon abaikan suruhan Dia..
Tapi besok dia nak bawak akak ke Pejabat Agama..
Aku : Terpulang lah akak.. Tapi saya mintak tolong akak jangan tinggal solat..
Dan jangan lupa berdoa.. Jangan lupa mengaji.. Itu untuk ketenangan kita jugak..
Lepas pada tuh FawwazSecret tinggalkan dia dan bagi alasan FawwazSecret ada kerja nak dibuat..
Bila tiba masa FawwazSecret bersendirian.. FawwazSecret terfikir.. Kalau lah kita nak memasuki alam perkahwinan.. Persediaan pertama yang patut kita buat, praktik diri untuk kenali dan rasai macam mana kita ketika memikul tanggungjawab-tanggungjawab bila dah kahwin.. Tanggungjawab kita sebagai seorang suami/isteri bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dipikul.. Sebab tuh Allah swt bagi kita peluang mengenali sikap pasangan masing-masing.. Dan Allah swt bagi peluang kita bertunang dahulu sebelum menikah.. Kenapa..?? Kerana Allah swt memberi kita waktu untuk kita praktikkan tanggungjawab kita sebagai seorang suami ataupun seorang isteri.. Bila kita dah praktik dari awal.. Kita tak susah.. Bila dah sampai masa kita berumahtangga.. Kita dah tahu cara terbaik nak mencari kebahagiaan dalam rumahtangga.. Dan yang paling penting sebelum kita bergelar suami/isteri.. Niat kita dalam membina Masjid-Nya haruslah tepat..
Niat sebenarnya kita yang paling penting iaitu :
- Kerana Allah swt
- Kerana Rasulullah saw
- Kerana nak menghalalkan yang haram
- Kerana nak tambahkan bilangan Umat Islam
- Kerana cinta
Tapi kalau kerana cinta kita letaknya di atas sekali.. Alamatnya musnah rumahtangga.. Apa sekalipun, agama kita kena kuat.. Jangan kenangkan soal janji manis.. Tapi kenangkanlah apa yang Allah swt kurniakan kepada kita.. Kita manusia.. Kita tak pernah lari dari buat silap.. Tapi sekurang-kurangnya kita fikir dulu sebelum buat sesuatu sebabnya sesuatu yang datang itu semuanya dari Allah swt.. FawwazSecret dah mula mengantuk sebenarnya.. Jadi FawwazSecret taknak panjangkan penulisan blog ny.. Takut lari dari topik pulak.. Jadi selamat malam.. Renung-renungkan ya.. :D
No comments:
Post a Comment