بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Sunday, 22 September 2013

Mahal Dan Murah

Ade satu cerita menarik yang FawwazSecret nak kongsikan disini.. Mengenai MAHAL dengan MURAH.. Bukan barang yea.. Tapi MANUSIA.. Ape yang menarik nya kat sini, FawwazSeret nak share something yang menjadi bahan pada mulut orang tua-tua.. Sebelum FawwazSecret nak mulakan cerita ni.. FawwazSecret menyusun sepuluh jari memohon maaf andai sesiapa yang membaca slot ny terasa dengan kisahnya.. Tapi.. Cerita yang FawwazSecret bawakan ni memang takda kena mengena dengan sesiapa yang FawwazSecret kenal mahupun yang FawwazSecret tak kenal.. Hanya sebagai renungan..

Al-kisahnya begini.............
Ceritanya mengenai seorang perempuan dengan perempuan yang satu lagi..

PEREMPUAN I
Dia sudah memiliki kekasih hati.. Pakaiannya sopan tapi kadang kelihatan garang.. "aumm!!" Dia gemar bantu siapa saja yang memerlukan bantuan dia.. Walaupun dia tahu dia tiada masa untuk itu, tetapi dia berusaha untuk menjaga hati seseorang itu.. Tetapi manusia biasalah, tak semuanya sempurna.. Kerana ketungkusan dia melakukan setiap kerja yang dipikul, dirinya sendiri pun tak sempat nak uruskan.. Kadang lewat malam baru pulang ke rumah.. Bagi dia, tak mengapa, yang penting hati orang lain harus dijaga.. Suatu hari ade yang salah faham atas dirinya.. Seorang pemuda asyik dengan melihat dia tanpa soal siasat apa urusan dia sehinggakan pemuda itu berfikiran sedemikian.

"Perempuan ni tak ade rumah ke..?? Kemana hentinya dia disitu lah rumahnya.. Malam-malam keluar lagi.. Kemana sebenarnya arah tuju dia ni.. MURAHnya aku tengok dia ni.. Tak boleh jadikan isteri ni kalau macam ni cara dia.. Entah nanti bila kahwin, makan pakai aku tak terurus.. Tak jadi manusia aku.. "

PEREMPUAN II
Dia juga sudah memiliki kekasih hati.. Dijaga sentiasa.. Dinasihat selalu.. Pakaiannya diatur oleh kekasih hatinya.. Tak mengapa.. Mungkin dia tak pandai bergaya.. Dia jugak rajin, tetapi terlalu mementingkan diri sendiri.. Egonya tinggi.. Nampak manis, tetapi tak semua suka berkawan dengannya.. Biasalah manusia tak boleh menerima kekurangan orang lain sedangkan diri sendiri jugak ada kurangnya.. Tapi, kalau orang tua-tua tengok dia, ayat pertama yang keluar, "Manisnya, anak siapa lah ni.." Suatu hari seorang pemuda berkenan untuk mendekatinya sehinggakan pemuda itu berfikiran sebegini..

"Perempuan ni ada yang punya ke belum..?? Jarang sekali nampak kuar malam.. Hurmm.. Tengok macam senang je nak jaga.. Kalau orang tua-tua tengok mesti cakap dia ni MAHAL, sebab jarang nampak keluar malam.. Tapi takut jugak sebab tak kenal siapa dia.. Tapi kalau dia ni lah jadi isteri aku.. Tak payah aku nak susah hati pikir buruk soal dia.. Time keje, dia keluar.. Pulang je dari keje.. Dia uruskan semua makan pakai aku.. Tak payah pakai orang gaji.. Bila malam jea mesty aku dapat layanan baik.."

NASIHAT NENEK 
"Kita sebagai perempuan, harus lah pelihara harga dan maruah diri.. Jangan biar orang pandang kita MURAH.. Walaupun harga diri kita dah jatuh sebab selalu keluar rumah, pulang lewat malam.. Tapi sekurang-kurangnya kita menjaga adab kita walau dimana pun kita berada.. Biar orang pandang kita MAHAL.. Masa tu siapa yang nak pandang kita.. Tak ade alasan lagi.. Tapi ingat, itu semua atas diri kita sendiri juga ya.. Bukannya dari orang lain.. Kita manusia.. Tak kira lelaki mahupun perempuan.. Boleh berubah.. Hendak Seribu Daya.. Tak Hendak Seribu Dalihnya.."

Haa... Bila dah habis FawwazSecret menaip tentang cerita ni.. Baru FawwazSecret sedar.. Sebenarnya cerita yang FawwazSecret rasa menarik ny khasnya untuk kaum wanita.. Tetapi kalau ada kaum lelaki yang membacanya jugak boleh menerima.. Kerana ianya ada unsur nasihat dan boleh jugak dijadikan sebagai peringatan untuk isteri-isteri, kakak-kakak mahupun adik-adik perempuan yang kaum lelaki kat luar sana ada.. Sebelum FawwazSecret akhiri cerita ny.. FawwazSecret tak nak ada yang megutuk apa-apa sebab di awal tadi FawwazSecret dah pesan yang cerita ni takda berkait dengan sesiapa.. Kalau mengutuk jugak, berdosa lah kan.. Takkan lah semua-semua yang membaca blog FawwazSecret ny sudi memberi pahala percuma kepada FawwazSecret..?? Kalau ada, terima kasih lah.. Ikhlas ke tidak, itu tak penting.. Ia tetap pahala untuk FawwazSecret.. Terima kasih yea.. Apapun, cuba jadikan cerita sebagai renungan.. 

No comments: