Haii.. FawwazSecret nak ceritakan aktiviti Mummy Daddy semalam.. Macam menarik.. Tapi kalau rasa tak menarik pon, apa FawwazSecret kesah.. Inikan blog FawwazSecret.. Semalam Mummy Daddy takda lah merancang apa-apa aktiviti.. Tapi bila ada yang cuba cadangkan.. Mummy Daddy pon taknak lah lepaskan peluang.. Sebab bukannya selalu Mummy Daddy nak ada aktiviti luar bersama kawan-kawan.. Begini ceritanya.. Petang semalam adik dan sepupu Daddy iaitu, Kcik Myra dan Abe Faris cadangkan untuk main bowling.. Daddy terus tanya Mummy samada Mummy nak join ataupun tak.. Kalau Mummy taknak. Daddy pon taknak lah.. Tapi bila Mummy cakap, boleh jea.. Ape lagi.. Aktiviti bowling dorang pon menjadi..
BOWLING
Sesampai Mummy Daddy kat tempat bowling.. Mummy Daddy tengok, dari semua yang merancang tadi, semuanya tak sampai lagi.. Setengah jam lepas tuh baru sampai.. Ingatkan sikit jea orang yang nak bermainnya.. Rupanya ramai.. Tak mengapa lah kan.. Meriah sikit.. Mummy dan Daddy nak main.. Tapi nak bergabung.. Jadi diorang main jugak.. Nama FAWWAZ jadi pengganti Mummy Daddy.. Seronoknya diorang main.. FawwazSecret masa tuh tengok jea.. Sebab takda lawan.. Nak pegang main pon, nama takda.. Hehe.. :D Jadi FawwazSecret amik peluang yang ada dengan snap gambar diorang untuk jadikan cerita dalam blog FawwazSecret..
Macam ni jea lah gambar yang FawwazSecret dapat snap.. Sebab masing-masing seronok main.. Nak snap pon tak sempat.. Semuanya kejar giliran masing-masing.. Walaupun gambar ni tak cantik.. Tapi Gambar ni pon kenangan jugak.. :D
SNOOKER
Selepas selesai main bowling.. Kawan-kawan adik Daddy ajak main snooker pulak.. Yang Mummy pulak kira nak balik sebab dah lewat.. Sebenarnya Mummy tuh bukan nak balik apa sangat.. Mummy tuh mengantuk jea sebenarnya.. Tapi bila Daddy pujuk dia.. Ikot jugak dia temankan Daddy ber-snooker.. Comel lah korang.. Mummy bosan menunggu Daddy bersama kawan-kawan adik Daddy bermain.. Jadi Mummy masuk minum dengan Kcik Myra dan Kakak (adik kepada Daddy jugak).. FawwazSecret pon dah mula bosan.. Jadi FawwazSecret pon curi-curi ambil gambar diorang bermain..
Eh eh !! Ada gambar Mummy pulak.. Sebenarnya FawwazSecret tengah snap gambar Daddy dengan kawan-kawan adiknya.. Tapi Mummy ny nampak FawwazSecret pegang kamera.. Apa lagi.. Masa tuh jugak lah dia nak bergambar dengan Daddy.. Sebab tuh lah FawwazSecret selitkan sekali gambar ny.. :D
Selesai snooker masa tuh dah pukul 12malam.. Tetiba ada lagi aktiviti yang dirancang.. Nak karaoke open pulak dekat Gua Cenderawasih tuh.. Daddy mintak Mummy nyanyikan satu lagu.. Sebab Mummy dah biasa masuk pertandingan menyanyi.. Jadi apa salahnya Mummy celik kan sikit mata orang-orang yang ada kat situ.. Tapi Mummy bermacam pulak alasannya.. Katanya dah lama sangat tak menyanyi depan orang ramai.. Jadi Mummy takut Mummy gugup.. Alasan Mummy macam tak leyh terima jea.. Masa tuh Kcik Myra pon suruh Mummy menyanyi sebab diorang dah tahu Mummy boleh.. Tapi Mummy tak mahu jugak.. Disebabkan tak mahu, Mummy Daddy bersama yang lain main-main dulu kat taman permainan situ..
RELAXING
Sedang masing-masing asyik bermain kejar-kejar.. Tetiba Daddy panggil Mummy ajak snap satu gambar.. Daddy panggilkan adik dia tolong snapkan.. Disebabkan Abe Faris letih main kejar-kejar.. Tangan dia sedikit menggeletar.. Jadi gambar Mummy Daddy ter-blur sikit.. Tapi FawwazSecret ambil jugak gambar ni sebab nampak sweet jea Mummy Daddy.. :-)
Perut Mummy semalam sedikit membesar.. Hehe.. :D Tapi gambar ny nampak style..
Pandai Abe Faris snapkan.. Tetap cantik.. :-)
Selepas snap gambar yang terakhir ny.. Mummy ajak Daddy pulang sebab dah pukul1pagi dah.. Mummy dah mengantuk sesangat.. Nak ikot bebudak ny pon entah pukul berapa nak balik.. Daddy bukan tak tahu.. Bila duduk dengan Mummy kejap lagi.. Bukannya dia nak tidur terus.. Daddy nak makan-makan dulu.. Lepas tuh main-main usik-usik dulu baru nak tidur.. Kalau lewat-lewat lagi lah letih.. Jadi Mummy Daddy buat keputusan untuk pulang dahulu dari diorang.. Sebelum pulang.. Mummy Daddy belikan makanan dulu untuk makan sebelum tidur..
Bukan selalu Mummy Daddy nak keluar melayan kerenah kawan-kawan.. Nak jadi gila dengan kawan-kawan.. Ada waktu jugak.. Sebab tuh lah Mummy Daddy tak lepaskan peluang diorang untuk keluar beramai-ramai.. Kalau lepas ni ada peluang lagi.. Mummy Daddy join lagi tau.. Selamat ber-enjoy..!! :D
No comments:
Post a Comment