بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Sunday, 22 September 2013

Siapa Mummy

Rasanya hari ni banyak benda yang FawwazSecret coretkan dalam blog.. Tapi bukannya FawwazSecret coretkan hal orang lain kan.. FawwazSecret cuma coretkan cerita yang boleh dikongsi.. Dan yang paling penting kenangan Mummy Daddy.. Wajib dicoretkan dalam blog FawwazSecret ni.. Sebenarnya FawwazSecret takda kerja sekarang ny.. Relax jea.. Jadi memang hari-hari lah FawwazSecret akan update blog Mummy Daddy FawwazSecret ny.. Tak sunyi lagi dah lepas ny.. Sebenarnya.. Ini cerita last yang FawwazSecret nak update untuk malam ny sebelum FawwazSecret masuk tidur.. FawwazSecret ada satu rahsia yang nak dikongsikan.. Rahsia Mummy FawwazSecret.. Semua kenal Mummy kan..??


Inilah Mummy FawwazSecret..!!

Semua kawan-kawan Mummy kenal siapa Mummy.. Tapi pada yang tak mengenali diri Mummy pula.. Dan pada yang hanya mengenali diri Mummy dengan nama, Wanie Shazlyn ataupun Niny Shazlyn.. Mari FawwazSecret kenalkan siapa Mummy yang sebenarnya..

RISIKO KELAHIRAN KEMBAR !!

Kelahiran kembar.. Risiko yang paling kerap berlaku ketika tiba masa kelahiran adalah kes-kes kematian akibat daripada komplikasi pramatang dan sekiranya bayi itu hidup, bayi itu mungkin memerlukan rawatan rapi dalam jangka masa yang lama di dalam unit rawatan rapi neonatal iaitu bayi baru lahir.. Jika kematian salah satu kembar berlaku di awal  kandungan, ia tidak menyebabkan kemudaratan  kepada kembar yang masih hidup.. Tetapi kematian salah satu kembar di peringkat akhir kandungan akan mendedahkan kembar yang hidup kepada masalah kelahiran pramatang, kecacatan sistem saraf dan palsi serebal.. Kembar yang masih hidup besar kemungkinan perlu dilahirkan awal sebaik sahaja paru-parunya dijangkakan sudah matang..

...................................................................................................................

Kenapa FawwazSecret tetiba menceritakan soal kelahiran kembar pulak ny..?? Tertanya-tanya kan..?? Sebenarnya kisah kelahiran kembar ni ada cerita yang berkait dengan Mummy FawwazSecret.. Pada tanggal 30 Ogos 1989, Mummy FawwazSecret lahir ke dunia dan diberi nama, Nur Shazwani.. Mummy dilahirkan kembar tau.. Mummy dilahirkan normal dengan beratnya 2.88kg.. Mummy lahir awal kerana kembar Mummy mati di akhir kandungan.. Yang Mummy tahu Mak namakan kembar Mummy, Nur Shazlin.. Mak Mummy ada menceritakan kepada Mummy bahawa masa tuh Doktor semua risau kalau-kalau Mummy lahir pramatang.. Ataupun risau Mummy mengalami kecacatan urat saraf.. Lepas pada kelahiran Mummy.. Mak Mummy dinasihatkan untuk sentiasa membuat pemeriksaan ke atas Mummy (Nur Shazwani).. Tapi.. Alhamdulillah.. Sepanjang pemeriksaan yang Mummy ambil, dia tidak memerlukan sebarang rawatan rapi neonatal.. Tetapi sepanjang Mummy membesar.. Mummy kerap alami pelbagai penyakit.. Dan alhamdulillah dengan izin Allah swt.. Mummy tetap diberi peluang untuk meneruskan kehidupannya macam orang lain..

Mummy FawwazSecret dilahirkan di Perlis dan membesar di Taiping, Perak sehingga umurnya 5tahun.. Dan kini stay kat Perlis.. Hehe.. :D Ada yang cakap Mummy FawwazSecret ny kecil, comel, macam-macam lah orang gelar Mummy.. Dan ada yang cakap Mummy lahir tak cukup bulan.. Paling kerap mengata Mummy, semestinya Daddy lah.. Siapa lagi yang asyik mengusik Mummy.. Mummy tak marah.. Sebabnya.. Normal lah.. Memang kenyataan itu.. Tapi takda siapa yang tahu kisah Mummy yang sebenar melainkan kepada sesiapa yang membaca blog ini sahaja.. Jadi kenapa Mummy letak namanya Wanie Shazlyn ataupun Niny Shazlyn tiada persoalan lagi kan.. So jangan jealous.. Bye.. ^_^

No comments: