بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Thursday, 12 September 2013

Ibu Seorang Pembohong!

BETUL KE IBU KITA SEORANG PEMBOHONG..???
FawwazSecret selalu dengar Mr Khor Hock Yup cakap ibu kita seorang pembohong.. Ibu kita suka menipu kita dari sejak kecil sampailah kita besar, dah berkahwin dan dah punya anak.. Kenapa perlu cakap ibu seorang pembohong..?? Hari ni FawwazSecret dah dapat bukti ibu kita memang seorang pembohong.. Nak tahu..?? Jom kita baca sesama..

FAKTA !! IBU ANDA SEORANG PEMBOHONG !!

Pembohongan Pertama
Saat makan.. Jika makanan itu kurang.. Ibu akan memberikan makanan itu kepada anaknya..
Sambil ibu berkata,
" Cepatlah makan.. Ibu tak lapar.. "

Pembohongan Kedua
Waktu makan.. Ibu selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya..
Lalu ibu berkata,
" Ibu tidak suka daging.. Makanlah, nak.. "

Pembohongan Ketiga
Tengah malam.. Ketika ibu sedang menjaga anaknya yang sakit..
Ibu mesti berkata,
" Rehatlah, nak.. Ibu temankan.. Ibu masih belum mengantuk.. "

Pembohongan Keempat
Setelah anaknya sudah tamat sekolah.. Dan anaknya telah pon bekerja..
Lalu anaknya mengirimkan wang untuk perbelanjaan si ibu..
Ibu pasti kan berkata,
" Simpanlah untuk keperluanmu, nak.. Ibu masih ada simpanan.."

Pembohongan Kelima
Apabila anaknya sudah berjaya.. Hidup senang.. Rumah pon dah besar.. Mewah..
Si anak menjemput ibunya untuk tinggal bersama di rumahnya..
Lantas si ibu berkata,
" Rumah kita yang lama ni sangat selesa.. Ibu tak biasa tinggal di rumah yang besar.. "

Pembohongan Terakhir
Saat si ibu menjelang tua.. Ibu sakit kuat.. Tenat..
Anaknya akan menangis mengenangkan nasib ibu..
Tetapi si ibu masih mampu memberikan senyuman untuk anaknya..
Sambil ibu berkata,
" Jangan menangis.. Ibu tak apa-apa.. "


Gambar dia atas adalah buti yang FawwazSecret temui bahawa betul ibu kita seorang pembohong.. Sebenarnya, ibu kita bukan seorang pembohong.. Tapi ibu kita tak sanggup melihat anaknya lapar, susah dan sebagainya.. Itu adalah pengorbanan kecil seorang ibu untuk anaknya.. Bagi seorang ibu.. Dia lebih sanggup berkorban segalanya untuk anaknya.. Biarpun si ibu susah.. Itu tanda kasih dan sayang seorang ibu kepada anaknya.. FawwazSecret yakin.. Apabila kita semua sudah berkeluarga.. Wanita-wanita yang bergelar ibu.. Pasti akan melakukan perkara yang sama seperti di atas.. Hargailah ibu kita selagi dia ada.. 


No comments: