بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday 12 July 2013

Pembuka Tirai Awal Ramadhan


Assalamualaikum..

Pertama sekali, kenalkan saya, FAWWAZSECRET.. Kenapa diberi nama FawwazSecret..?? Banyak rahsia dalam nama Fawwaz ni sebenarnya.. Fawwaz ialah seorang insan, milik Allah.. Dari bentuknya ketulan darah lagi, Fawwaz sudah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran.. Fawwaz sempurna sifatnya di usia yang tidak siapa sangka.. Sememangnya Fawwaz milik Allah.. Fawwaz hidup.. Tetapi Fawwaz dilindungi rapat oleh Allah.. Kenapa..?? Kerana Fawwaz diberikan kehidupan sementara hanya untuk melengkapkan kehidupan dua insan iaitu Faiz dan Wani..

Syukur alhamdulillah.. Blog FawwazSecret tercipta di bulan yang baik, iaitu bulan kita sendiri, Bulan Ramadhan.. Sepertimana pertemuan Faiz dan Wani.. Pertemuan yang sememangnya dijanjikan Allah.. Pertemuan yang tidak mereka sangka.. Di majlis pertunangan.. Di rumah Allah iaitu Masjid Muhammadi.. Juga di majlis akad nikah.. Fawwaz tercipta, hasil cinta dan gabungan nama Faiz dan Wani..

Keduanya, ingin sekali FawwazSecret berikan nama samaran yang sepatutnya diberikan kepada Faiz dan Wani, iaitu Mummy Daddy.. Kenapa mummy dulu..?? Asal tak letak daddy di awal..?? Sebabnya daddy terlalu sayangkan mummy.. Jadi, daddy akan utamakan mummy dahulu dalam segala hal.. Sweet kan..?? Baru di sentuh begitu.. Sudah jelas bahagia mummy daddy.. Tetapi, jujur FawwazSecret katakan bahawa blog ni sebenarnya hanya akan tertulis KISAH BENAR kehidupan mummy daddy.. Tiada tokok tambah cerita.. Tiada cerita dari orang lain.. Tiada fitnah-fitnah.. Tiada pembohongan.. Segalanya benar..

Yang  terakhir kalinya, FawwazSecret nak jelaskan bahawa, sememangnya blog ni, FawwazSecret akan sentiasa memberikan cerita-cerita menarik mummy daddy sahaja.. Segala hal yang berlaku dalam kehidupan mummy daddy sahaja.. Selain dari berkongsi kisah kehidupan mummy daddy, FawwazSecret tetap akan menggunakan peluang yang ada, sebaik yang mungkin untuk FawwazSecret selitkan beberapa entri menarik yang boleh FawwazSecret kongsikan bersama.. Tetapi, FawwazSecret akan kongsikan hal yang FawwazSecret tahu saja.. Yang mana FawwazSecret tak tahu, FawwazSecret tak berani nak kongsikan sebab takut tersalah berikan maklumat kepada pembaca-pembaca blog FawwazSecret ni..

Kepada pembaca-pembaca blog FawwazSecret, jangan sombong ye.. Kalau nak follow, dipersilakan.. Kalau tak nak follow pun tak mengapa.. FawwazSecret tak marah.. FawwazSecret tak kecil hati pun.. Dan yang paling penting, sila tinggalkan komen jika FawwazSecret ada tersalah kongsikan maklumat.. Dan dipersila juga untuk tinggalkan komen bagi sesiapa yang ingin berkenalan rapat dengan FawwazSecret..

Salam sayang...
FawwazSecret

No comments: