بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Saturday, 27 July 2013

Renungan Sahabat

Kita berkemungkinan besar tidak mengenali siapakah yang selalu kita dekati dan mendekati diri kita. Malah kita menganggap itulah kawan ataupun pasangan terbaik kita. Setiap satu diantara kita yang hidup atas muka bumi Allah s.w.t. ini semuanya inginkan yang terbaik untuk diri kita sendiri bukan. Tetapi adakah kita mampu memberi yang terbaik untuk keluarga, sahabat mahupun insan yang kita sayangi? Baca artikel di bawah dan tanyalah diri kita sndiri. Samada kita mampu menjadi itu atau tidak.

Kita sentiasa menginginkan seseorang yang SEMPURNA untuk hidup kita.
Tetapi adakah diri kita sudah cukup sempurna untuk orang lain?
Kita sentiasa menginginkan LAYANAN yang baik untuk diri kita.
Tetapi adakah kita memberi sebaik-baik layanan kepada orang lain?
Kita sentiasa inginkan PERHATIAN daripada orang mengenai kehidupan kita.
Tetapi adakah kita prihatin terhadap apa yang terjadi kepada orang lain?
Kita sentiasa inginkan orang lain memenuhi KEMAHUAN kita.
Tetapi adakah kita sentiasa memenuhi kemahuan orang lain?
Kita sentiasa mahukan CINTA dan KEHIDUPAN terbaik untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu memberi cinta dan kehidupan terbaik untuk orang lain?
Kita sentiasa inginkan KEBAHAGIAAN daripada seseorang untuk kita.
Tetapi adakah kita mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain?
Kita sentiasa inginkan seseorang MEMAHAMI diri kita.
Tetapi adakah kita cuba untuk memahami orang lain?
Kita sentiasa inginkan KASIH SAYANG untuk hidup kita.
Tetapi adakah kita mampu memberi sepenuh kasih dan sayang kepada orang lain?
Kita sentiasa inginkan yang TERBAIK untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu menjadi yang terbaik untuk orang lain?
Kita sentiasa mengharapkan orang menjaga AIB kita.
Tetapi adakah kita mampu menjaga aib seseorang Islam yang lain?
Kita sentiasa inginkan seseorang MENGHORMATI kita.
Tetapi adakah kita menghormati orang lain?
Kita selalu inginkan BELAIAN MANJA untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu membelai manja untuk orang lain?
Kita sentiasa inginkan seseorang KASIH kepada kita.
Tetapi adakah kita bersikap kasih kepada orang lain?
Kita sentiasa menjauh PENGHINAAN untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu berhenti untuk menghina orang lain?
Kita sentiasa inginkan orang MEMUJI diri kita.
Tetapi adakah kita suka memuji orang lain?
Kita sentiasa inginkan seseorang melihat KECANTIKAN kita.
Tetapi adakah kita redha menerima kecantikan orang lain?
Kita sentiasa inginkan KEPERIBADIAN yang indah untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu menjaga keperibadian kita untuk orang lain?
Kita sentiasa inginkan PERCAKAPAN yang indah untuk diri kita.
Tetapi adakah kita mampu selalu bercakap baik dengan orang lain?
Kita tidak ingin orang melihat KESALAHAN diri kita.
Tetapi adakah mampu kita  menutup kesalahan orang lain?
Kita tidak ingin orang lain MENCELA diri kita.
Tetapi adakah kita mampu membisu mencela orang lain?
Kita sentiasa ingin BERGAYA untuk penampilan kita.
Tetapi bolehkah kita berhenti meniru gaya penampilan orang lain?

Allah s.w.t. menciptakan kita semuanya serupa. Tak perlu untuk kita menjadi diri orang lain. Tak perlu untuk kita menginginkan sesuatu yang orang lain tak mampu memberi. Dan tak perlu untuk kita memaksa perasaan  kasih, sayang, rindu atau cinta orang lain. Kenapa? Kerana apa yang kita ada di muka bumi Allah s.w.t ini, memang Allah s.w.t. dah tetapkan kehidupan kita sebegini. Jikalau kita sentiasa inginkan kesemua yang disebutkan di atas, tak perlu bagi kita untuk mengharapkan semua itu daripada seseorang yang lain. Sebaiknya kita menjadi diri kita dan menjaga kesemua itu untuk diri kita sendiri sebagai perhitungan dengan Allah s.w.t. kelak. Wallahualam.

No comments: