بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 12 July 2013

Tanggungjawab Suami Isteri

FawwazSecret nak kongsi sedikit tanggungjawab-tanggungjawab yang seharusnya ada pada seseorang yang ingin menuju ke alam perkahwinan.. Samada lelaki mahupun perempuan.. FawwazSecret cuma nak kongsikan apa yang FawwazSecret tahu sahaja.. Lain-lain yang perlu, bolehlah tinggalkan komen, sekiranya sudi.. Mula-mula FawwazSecret nak kongsikan satu persatu tanggungjawab seorang suami dan seorang isteri.

Tanggungjawab Suami
  • Memberi nafkah zahir dan batin..
  • Membayar mas kahwin kepada isteri..
  • Memberi layanan yang baik..
  • Menjaga maruah isteri..
  • Memberi didikan agama..
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar..
  • Menjaga isteri dari sebarang ancaman..
  • Adil terhadap isteri-isterinya (berpoligami)..

Tanggungjawab Isteri
  • Taat dan hormat kepada suami..
  • Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya..
  • Memelihara kehormatan diri dan keturunannya..
  • Memberi layanan yang baik..
  • Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa..
  • Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya..
  • Suka hidup sederhana..
  • Tidak suka mengomel..
  • Tidak boros berbelanja..
  • Tidak suka berhutang..
  • Tidak suka mengumpat..
  • Tidak keluar rumah tanpa izin suami..
  • Tidak mudah menerima tetamu tanpa izin suami..
  • Tidak mendedahkan kelemahan atau keburukan suami..

Itu serba sedikit tanggungjawab-tanggungjawab yang seorang suami dan seorang isteri wajib jalani.. Sebenarnya ada banyak lagi kan..?? Cuma FawwazSecret nak kongsikan apa yang FawwazSecret tahu sahaja.. Sekarang ni FawwazSecret nak kongsikan tanggungjawab bersama.. Tanggungjawab yang wajib bagi pasangan suami isteri jalani bersama..

Tanggungjawab Bersama
  • Mengekalkan rukun rumahtangga..
  • Memelihara dan menjaga anak-anak (anugerah Allah)..
  • Memberi pendidikan yang sempurna (agama juga)..
  • Memberikan layanan yang saksama kepada kedua-dua belah pihak keluarga..
  • Menyediakan rawatan dan perubatan (saling membantu ketika tidak sihat)..
  • Menjaga keselamatan rumahtangga..

Bagi sesiapa yang baru nak menuju ke alam perkahwinan ataupun yang sememangnya sudah berumahtangga, seharusnya merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.. Bukan hanya perancangan awal, tetapi biarlah berkekalan.. FawwazSecret taknak bercerita panjang, tetapi FawwazSecret nak kita sama-sama tahu apa perancangan yang seharusnya ada apabila kita di dalam alam rumahtangga..

Merancang Kehidupan Rumahtangga
  • Mencari tempat tinggal yang selesa..
  • Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menanggung nafkah isteri dan anak-anak..
  • Mencari rezeki untuk masa depan keluarga..
  • Harus ada komunikasi antara suami isteri tentang rancangan keluarga..
  • Mengetahui kerja-kerja dalam rumahtangga..
  • Melaksanakan kerja-kerja rumahtangga mengikut tugas bersama..
  • Mengatur waktu bekerja untuk melaksanakan tugas-tugas di rumah..
  • Mengatur waktu untuk bermesra bersama keluarga, juga masyarakat..
  • Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi antara suami isteri..
  • Mengetahui apa yang digemari atau sebaliknya oleh suami isteri berlandaskan hukum Islam..
  • Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga..
  • Merancang masa depan anak-anak dengan teliti..
  • Mengekalkan kemesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga..
  • Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat, RUMAHKU SYURGAKU..

No comments: