بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 19 July 2013

....................................................................................................................

Hai.. ^^ Hari ni post FawwazSecret tak bertajuk okey.. Sebab FawwazSecret takda topik nak bercerita.. Cuma ruangan hari ni FawwazSecret nak penuhkan permintaan Mummy FawwazSecret yang nak kongsikan serba sedikit kerja yang dia selalu buat setiap hari dia bekerja.. Tapi Mummy ada sedikit hal.. Jadi dia mintak FawwazSecret yang ceritakan semuanya.. Tak mengapalah mengenai hal tu.. Nanti FawwazSecret tolong update kan untuk Mummy okey..

FawwazSecret ada cerita sedikit nak dikongsi mengenai Daddy FawwazSecret ni.. Kerja sambilan Daddy sekarang ni pasang audio.. Ha, pada sesiapa yang nak pasang audio kat kereta ka motor ka boleh lah cari Daddy.. Ecewah.. Tak kisah lah yang tu.. Yang sebenanrnya ini yang FawwazSecret nak bercerita.. Awal bulan Julai hari itu, Daddy FawwazSecret ada pergi ke Ipoh untuk interview bersama JPJ.. Daddy berjaya dalam interview tuh cuma sekarang Daddy masih menanti keputusan daripada pihak JPJ samada dia berjaya diterima bekerja ataupun sebaliknya.. Tapi harapan kami sekeluarga mengharapkan Daddy berjaya.. Sebab niat Daddy cuma satu.. Daddy nak bina masjid Allah.. Bulan-bulan puasa ni, sambil-sambil menanti keputusan interview hari tu. Daddy tetap ada kerja sambilan yang lain.. Ada permintaan dari seorang polis yang menginginkan Daddy buatkan senapang untuknya.. Bukan apa Daddy FawwazSecret ni kreatif orangnya.. Ada saja permintaan dari orang.. Dan yang penting bagi Daddy adalah semangat.. Kalau Mummy takda, Daddy tak bersemangat nak buat kerja-kerja ni.. Apapun FawwazSecret harap Daddy berjaya.. Kepada sesiapa yang baca blog ni.. Doakanlah kejayaan Daddy FawwazSecret ya..

Haa pasal Mummy FawwazSecret pun ada jugak.. Sekarang ni Mummy keliru nak pilih kerjaya mana.. Yang ada di fikirannya sekarang hanya kerja separuh masa.. Macam ni cerita yang sebenarnya.. Mummy FawwazSecret dapat kontrak kerja selama 3bulan di Jitra.. Gaji bersih RM1500.. Mummy masih fikirkan kerja Mummy yang sekarang ni.. Bekerja sepenuh masa sebagai kerani akaun dan peroleh RM1050 sebulan.. Mummy fikirkan Mummy nak terima bekerja di Jitra dan inginkan kerjanya sekarang menjadi separuh masa.. Sudah Mummy berbincang dengan bosnya.. Dan bosnya setuju.. Dalam masa yang sama Mummy fikirkan kerjanya di Kuala Perlis pulak.. Sebuah pasaraya kecil yang dibuka, mengharapkan Mummy berada di sana.. Jadi Mummy ni keliru.. Nak pilih mana satu terbaik sebenarnya.. Yang penting bagi Mummy sekarang, adalah tak sanggup untuk berjauhan dengan Daddy.. Apapun Mummy fikir lah baik-baik ya.. Dan pada sesiapa yang baca blog ni.. Doakanlah rezeki Mummy sentiasa hadir dan doakan agar Mummy dapat buat pilihan yang tepat..

Rasanya dah takda apa lagi dah FawwazSecret nak menaip.. Seperti biasa lah FawwazSecret akan tinggalkan pesanan ringkas untuk blog FawwazSecret ni.. Ada masa FawwazSecret kongsikan ilmu-ilmu yang FawwazSecret tahu.. Ada masa FawwazSecret cerita hal FawwazSecret sendiri.. Takpun cerita Mummy Daddy.. Apa sahaja lah.. Tapi yang penting dalam sebulan mesti FawwazSecret akan tinggalkan note macam ni.. Siapa sudi, bacalah.. Kalau rasa tak sudi dan kemudiannya memaksa diri untuk view jugak blog FawwazSecret ni, harap sangat janganlah mengutuk.. Dan janganlah iri hati ya..

Salam sayang,
FawwazSecret



No comments: