Haii.. ^^ FawwazSecret nak kongsikan satu artikel yang huraiannya agak panjang dan wajib bagi kita umat Islam ketahui dan ingati betapa besarnya rahmat dan pahala yang Allah s.w.t. turunkan pada kita sekiranya kita menunaikan solat 5 waktu yang Allah s.w.t. wajibkan ke atas kita umat Islam.. Banyak kelebihan setiap solat yang kita lakukan setiap hari ini.. Lebih banyak pahalanya jika kita ikhlas melakukannya dari menunjuk-nunjuk bahawa kita ni bersolat.. Berbeza taw.. Ceritanya bermula begini......
....................................................................................................................
Al-kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. ketika dahulu... Ali bin Abi Talib r.a. bercerita :
Sewaktu Rasulullah s.a.w. duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar..
Dengan tak semena datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi.. Orang-orang Yahudi menghampiri Rasulullah s.a.w...
Lalu orang Yahudi berkata : Wahai Muhammad s.a.w., kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kepada para Nabi utusan Allah s.w.t. atau malaikat mugarrab..
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : Silakan bertanya..
Orang Yahudi berkata : Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. ke atas umatmu..??
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya..
Solat Asar itu saat ketika Nabi Adam as memakan buah Khuldi..
Solat Maghrib itu adalah saat Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam as.. Maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu kepada Allah s.w.t... Nescaya Allah s.w.t. akan mengkabulkan permintaannya..
Solat Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku..
Solat Subuh itu adalah sebelum terbit matahari.. Ini kerana apabila matahari terbit.. Terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir..
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w...
Mereka berkata : Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad s.a.w.. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan diperolehi oleh mereka yang bersolat..??
Rasulullah s.a.w bersabda :
Jagalah waktu-waktu sembahyang itu terutama sembahyang yang pertengahan..
Solat Zuhur.. Pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari kiamat..
Manakala Solat Asar.. Dimana saat Nabi Adam as memakan buah Khuldi.. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan..
Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan..
Solat Maghrib.. Pada saat dimana taubat Nabi Adam as diterima.. Bagi seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib dan kemudiannya meminta sesuatu dari Allah s.w.t... Nescaya Allah s.w.t. perkenankan..
Solat Isya'.. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat.. Maka sekiranya seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya' berjemaah.. Nescaya Allah s.w.t. haramkan dia dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath..
Manakala Solat Subuh.. Jika seorang mukmin mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah.. Nescaya Allah s.w.t. berikan dia dua kebebasan iaitu :
- Dibebaskan dari api neraka..
- Dibebaskan dari nifaq..
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah s.a.w...
Maka mereka berkata : Memang benarlah apa yang kamu katakan wahai Muhammad s.a.w..
....................................................................................................................
Kawan-kawan FawwazSecret dah baca..?? Terkilan tak rasa bila baca satu persatu apa yang FawwazSecret cuba sampaikan.. FawwazSecret takda lah pandai sangat soal agama ni.. Tapi kalau sekadar nak berkongsi ilmu tu boleh lah sikit-sikit.. Sebenarnya FawwazSecret terbaca artikel ni lepas FawwazSecret solat Subuh pagi tadi.. Sengaja FawwazSecret kemaskan majalah-majalah.. Tetiba FawwazSecret jumpa majalah Asuhan.. Ingat lagi majalah ni masa kecik-kecik dulu.. Setiap bulan FawwazSecret mesti beli.. Nak belajar tentang agama.. Dalam majalah Asuhan banyak diterangkan cara bersolat, tingkah laku kita sesama umat dan ajaran bacaan ketika solat.. Majalah Asuhan bukan hanya sebagai rujukan kanak-kanak.. Tetapi boleh juga dijadikan bahan rujukan kepada kita yang dperingkat remaja mahupun dewasa.. Sebenarnya kawan-kawan, tak cukup kalau kita belajar agama di sekolah saja.. Di rumah juga perlu ada bimbingan agama.. Perlu bimbingan ibu bapa untuk mengajar kita solat.. Kalau bukan dari ibu bapa, dari buku-buku.. Haa, betul tak.. Apa pun FawwazSecret harap kita sama-sama kongsi ya artikel ni..
Selamat membaca.. !! :-)
No comments:
Post a Comment