بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Saturday, 13 July 2013

Pelihara Aib Orang Lain

Kita semua yang dilahirkan sebagai kaum Adam dan Hawa ini indah dari Allah s.w.t.. Kita semua sama di mata Allah s.w.t. walaupun berlainan agama, berlainan bangsa.. Diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk melakukan kebaikan dan menghindarkan dari melakukan laranganNya.. Berat tanggungjawab kita sebenarnya di dunia ini.. Adakala kita di tempat yang benar. Dan adakalanya kita di tempat yang salah.. Setiap seorang dari kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.. Kenapa..?? Kerana hidup kita sentiasa diuji, hari berganti hari.. Ada hari kita melakukan dosa dan ada hari kita melakukan amal kebajikan.. Sama jugak seperti insan lain.. Adakala kita menyedari dosa dan pahala yang kita lakukan.. Dan adakala kita melihat dosa dan pahala yang orang lain lakukan.. Tetapi kita bukan sesiapa untuk mencemuh kita sesama umat Nabi Muhammad s.a.w.. Dan kita bukanlah Allah s.w.t. untuk menghukum saudara-saudara kita.

Segala kejahatan orang lain yang kita ketahui, wajib bagi kita menjadikan kejahatan itu suatu rahsia.. Dan wajib bagi kita untuk memelihara keaiban seseorang itu.. Sebab itulah tanggungjawab kita berat.. Bukan hanya keaiban kita wajib dipelihara, tetapi jugak keaiban orang lain.. Wajib bagi kita untuk sentiasa melihat aib diri sendiri dan berusaha membersihkannnya.. Wajib jugak bagi kita untuk merasa malu apabila mencela orang lain.. Jangankan diri kita sendiri mempunyai aib seperti orang lain atau mungkin lebih dasyat lagi..
Jangan biarkan ada yang berkata sedemikian kepada kita..
❝ Kesian... Ada jugak manusia yang suka mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.. Tapi kekurangan diri sendiri tak pulak dia nampak..

Kita sepatutnya menutup aib sesama muslim dan berhenti menyiarkannya..
Sepertimana Firman Allah s.w.t.
❝ Sesungguhnya orang yang menghebah (menyiar) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat..
- Surah An-Nur : 19

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda,
❝ Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah s.w.t. akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat..
- Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim juga ada menyebut mengenai akhlak kita sebagai umat Islam..
Rasulullah s.a.w. bersabda,
❝ Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh menzaliminya atau membiarkannya dizalimi.. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, nescaya Allah s.w.t. akan memenuhi hajatnya.. Dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan, nescaya Allah s.w.t. akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat.. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah s.w.t. akan menutup keaibannya di hari kiamat..
- Daripada Ibnu Umar R.Huma

No comments: