بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Sunday 28 July 2013

Khasiat Kurma

Hai kawan-kawan.. Hari ni FawwazSecret nak kongsikan sejenis buah yang selalu kita ambil dalam sebiji dua di bulan Ramadhan ni.. Tahu tak kawan-kawan apa nama buah tuh..?? Semestinya lah BUAH KURMA kan.. Buah apa lagi selalu kita amalkan memakannya di bulan Ramadhan (bulan puasa) kan..?? Sebenarnya kawan-kawan buah kurma bukan hanya rasanya yang sedap, manis dan tahan lama.. Tetapi banyak khasiat buah kurma ni.. Dan semua orang tahu buah kurma adalah makanan utama Rasulullah s.a.w. kita.. 

Tahukah kawan-kawan.. Buah kurma banyak khasiatnya bagi kita yang sedang berpuasa.. Kenapa..?? Kerana dalam 100g buah kurma mengandungi 318 kalori, sama dengan 315 kalori dalam 100g madu.. Sebab tu lah baik bagi kita amalkan buah kurma di bulan puasa.. Hal ini kerana, dengan hanya sebiji buah kurma, ianya dapat membekalkan kalori yang cukup dalam badan kita, untuk kita melakukan aktiviti seharian dengan penuh semangat walaupun tanpa minum dan makan.. Bila kita makan buah kurma sebelum dan selepas sahur serta berbuka, percayalah buah kurma sebenarnya dapat mengurangkan rasa lapar yang amat sangat kepada kita yang sedang berpuasa.. Dan sebab itulah, buah kurma dikatakan pengekang nafsu makan.. Sebab buah kurma menahan kita dari rasa lapar dan dahaga..

Selain banyak khasiatnya buah kurma di bulan Ramadhan, baik juga buah kurma kepada kaum wanita, iaitu kaum Hawa.. Tidak kiralah samada golongan wanita yang belum berkahwin ataupun yang sudah berkeluarga.. Buah kurma sebenarnya baik untuk wajah dan juga baik untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mahupun yang akan melahirkan.. Tahu kenapa..?? Baca bawah ni..
  • Buah kurma kaya dengan pelbagai jenis vitamin.. Antaranya vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin dan lain-lain..
  • Buah kurma dapat memelihara kelembapan kulit..
  • Buah kurma dapat mencerahkan mata serta menajamkan pandangan di malam hari..
  • Buah kurma dapat mengubati kemandulan seseorang wanita..
  • Buah kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat untuk mengatur proses melahirkan..
  • Buah kurma basah pula dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan yang hamil..

Selain daripada baik untuk wanita dan baik untuk kita yang sedang berpuasa, banyak lagi khasiatnya kepada kesihatan.. Jika diamal selalu memakan buah kurma, yakinlah badan kita pasti akan terhidar dari segala penyakit walaupun kita tak tahu hujung pangkal sesuatu penyakit tersebut.. Jom sesama kita baca, apa khasiat buah kurma terhadap kesihatan kita..
  • Buah kurma menghalang bakteria dan mikrob dari menyerang badan kita.. Dan ulat yang ada dalam buah kurma dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang ada dalam badan kita..
  • Buah kurma dapat menyembuhkan segala penyakit yang menyerang kita..
  • Buah kurma jika diamal setiap hari, kita akan berjauhan dengan jin..
  • Buah kurma sebenarnya lebih sihat daripada kaviar..
  • Buah kurma memiliki sabut.. Dan sabutnya adalah pembersih terbaik bagi tubuh kita kerana dapat melindungi kita daripada segala penyakit kulit..
  • Buah kurma juga dapat menggembirakan hati yang sedih.. Caranya rebus dan minum..
  • Buah kurma dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf..
  • Buah kurma mengandungi protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna..
  • Buah kurma mengandungi zat besi dalam kadar yang tinggi untuk mengubati seseorang yang  kekurangan darah dalam badan..
  • Buah kurma mengandungi antiseptic dan antirematik yang mampu mencegah keradangan..
  • Buah kurma kaya dengan serat yang baik untuk membantu menggerakkan usus dalam badan dan juga dapat mencegah kita dari sembelit..
  • Buah kurma dapat melindungi usus besar dari menghidap kanser..
  • Buah kurma adalah salah satu jenis ubat untuk orang yang kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan..
  • Buah kurma dapat melancarkan pembuangan air kecil dan mencuci ginjal..
ALLAHU RABBI...!!!!!
Banyaknya Khasiat Yang Tersembunyi Disebalik Buah Kurma..

FawwazSecret nak kongsikan sedikit kisah zaman Rasulullah s.a.w. ketika dahulu.. Kisahnya diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah, dan disampaikan oleh Marwan yang mendapatkan berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Barang sesiapa yang memakan 7biji tamar ajwah (buah kurma) dalam sehari, maka seseorang itu akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari tersebut.."

FawwazSecret juga ada terbaca akan satu riwayat dari Abdullah bin Jaafar yang berkata :
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. memakan buah-buahan dengan kurma masak.."

Jelas sekali kawan-kawan BUAH KURMA banyak khasiatnya.. Dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga kini.. Apa salahnya jika kita amalkan memakan buah kurma sama seperti Rasulullah s.aw... Banyak kebaikan dan khasiat yang kita perolehi.. Tambahan pula kita sedang berpuasa sekarang.. Seeloknya mengamalkan buah kurma kerana dapat menahan kita dari rasa lapar dan dahaga walaupun kita sedang bekerja dan sebagainya.. Itu sahaja yang FawwazSecret nak kongsikan.. Kalau ada salah, komen lah sikit tegur  FawwazSecret ya.. Kalau takda salah silap maklumat yang FawwazSecret sampaikan, Alhamdulillah.. Bye..

No comments: