FawwazSecret sedikit terasa dengan beberapa rakan di twitter.. Memang orang-orang itu, FawwazSecret tak kenal.. Tapi sekurang-kurangnya FawwazSecret tak sombong kan.. FawwazSecret follow juga siapa pun orang tu.. Tapi kenapa orang-orang tu ego sangat.. Sombongnya nak follow balik.. Lagak bagai artis.. Kalau artis tak cakap lah kan.. Dorang sibuk.. Inikan kan kita.. Setiap hari tweet.. Tapi nak klik FOLLOWERS untuk follow balik rakan yang follow kita pun tak sudi.. Hurmmmm.. Takpalah.. FawwazSecret tak kisah lah.. Dah taknak follow sangat kan..?? Okey.. FawwazSecret boleh UNFOLLOW korang balik..
Sebenarnya tidak elok kalau kita menyimpan sikap sombong dalam diri.. Tak kemana pun kita ni sebenarnya.. Nanti kita semua bersemadi di tempat yang sama jugak.. FawwazSecret nak kongsi lah serba sedikit sikap-sikap yang ada pada seseorang yang sombong.. Tapi mungkin banyak lagi.. Seperti yang diketahui, FawwazSecret selalu kongsikan apa yang FawwazSecret tahu je okey.. ^^
SIKAP SOMBONG !!
- Susah menerima pandangan orang lain - Seseorang itu akan sentiasa merasa bangga dengan dirinya.. Bagi dia apa saja yang dilakukannya itu ada kebaikannya walaupun sebaliknya.. Apabila ada yang menasihati atau memberi pandangan padanya, Dengan segera dia menolak pandangan itu.. Kenapa..?? Kerana dia tahu apa yang dia lakukan adalah lebik baik daripada apa yang orang cadangkan..
- Mudah marah dan beremosi - Seseorang yang sombong ini akan sentiasa menjeling kepada sesiapa sahaja yang memandangnya.. Sekiranya ada yang memandang pelik terhadapnya, Dengan tak semena dia menjadi marah.. Sedangkan tiada apa pun sebenarnya..
- Memilih-milih kawan - Seseorang yang sombong ini tak mungkinlah nak berkawan dengan orang yang tak berharta kan, tak berduit.. Mestilah dia nak kawannya tu orang kaya, orang senang kan.. Mana layan yang biasa-biasa ni.. Kalau dirinya suka bergosip, Dia akan lebih gemar berkawan dengan orang yang sentiasa tahu mengenai hal orang lain.. Mana mahu dia berkawan dengan orang yang tak tahu menahu hal orang lain ni.. Tak bergosiplah dia..
- Memandang hina golongan bawahan - Ini selalunya berlaku kepada orang-orang yang berkereta mewah, berumah banglo besar.. Yang sememangnya angkuh, sombong.. Nampak saja peminta sedekah, dihina orang itu.. Padahal orang itu bukannya bersalah pun pada dia.. Orang yang berkereta biasa pun ada juga menghina golongan bawahan.. Memandang rendah kepada mereka yang masih berjalan kaki ataupun yang hanya menunggang motorsikal ataupun berbasikal..
- Tidak senang dengan kejayaan orang lain - Ini sering kali berlaku.. Bersikap dengki atau iri hati terhadap orang lain yang memiliki sesuatu yang dirinya tidak miliki.. Lain kata, tidak bersyukur dengan apa yang dirinya miliki..
- Tidak menghargai pemberian orang - Orang yang sombong ni memang tak tahu bersyukur dengan apa yang orang berikan padanya.. Sebaliknya dia bersikap angkuh dengan adanya pemberian itu.. Bersikap lupa daratan.. Lupa dari mana datangnya sesuatu barang itu.. Lupa kalau bukan dengan pemberian orang, dia takkan sampai ke tahap yang lebih baik..
- Memperkata keburukan orang - Seseorang yang sombong akan sentiasa melihat akan kesalahan dan keburukan orang lain, Sedangkan dirinya tidak sedar bahawa dirinya juga sama seperti orang lain.. Dia akan berasa bangga apabila dia berjaya membuat orang sekelilingnya mempercayai akan ceritanya.. Tapi bijak dia menyembunyikan keburukan dirinya..
- Mudah berdendam - Seseorang yang suka berdendam juga di kategorikan sebagai seorang yang sombong.. Dengan orang yang dia kenali, dia kan sembunyikan sikap buruknya.. Dia nampakkan kebaikannya kepada orang lain.. Menceritakan dirinya mudah memaafkan dan sebagainya, tetapi hakikatnya dia berdendam dan menyimpan seribu satu kesakitan yang dia tanggungi..
- Susah meminta maaf dan memberi kemaafan - Seseorang yang sombong ni takkan pernah merasa dirinya bersalah walau hakikatnya dia bersalah dengan sesuatu hal tersebut.. Mungkin dia berkata mudah memaafkan.. Tetapi kalau dirinya sendiri tak pernah memohon maaf dengan orang yang memohon kemaafan darinya, adakah itu mudah memaafkan..?? Wallahu'alam..
- Kurang bermesra dengan orang - Seseorang yang sombong ni juga tidak kisah sekiranya dia tidak memiliki kawan.. Baginya kawan menyusahkan sahaja.. Jadi dia lebih gemar bersendirian dari bergaul mesra dengan orang lain..
FawwazSecret kongsikan apa yang FawwazSecret tahu je tau.. Tak ada tokok tambah okey.. Cuma FawwazSecret nak nasihatkan semua.. Tak perlu kita nak sombong dengan sesiapa pun.. Sebab Allah dah aturkan kehidupan kita.. Adakala kita susah dan adakalanya kita senang.. Sama juga dengan orang lain.. Kalaulah suatu ketika dahulu kita memerlukan wang dan ada yang membantu, kenapa tidak sekarang kita bermurah hati membantu si dia yang dah tolong kita.. Bukannya bersikap sombong dan tak tahu nak menghargai pertolongan orang.. Seperti yang disebut dalam Surah An-Nisaa, sebahagian daripada ayat 36, ❝Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga-banggakan diri..❞ Kalau kita tak mampu nak membantu orang lain.. Lebih baik kita berdiam dan berbaik dengan orang lain seperti biasa.. Tidak memberi apa-apa keuntungan pun kepada kita sekiranya kita sombong dengan orang.. Seperti yang Rasulullah s.a.w bersabda, ❝Tidak akan masuk syurga, Sesiapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan..❞ : (HR Muslim). Jadi, tepuklah dada masing-masing dan bertanyalah kamu adakah pernah kita bersikap sedemikian dengan orang sekeliling..?? Bermaafan lah sebelum terlambat..
No comments:
Post a Comment