بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Friday, 12 July 2013

Ramadhan Penuh Berkat


Hai.. Salam Ramadhan..

Hari ini sudah masuk hari kedua kita berpuasa.. Kepada semua yang berpuasa, boleh FawwazSecret bertanya..?? Sudah SOLAT TAUBAT..?? Hehe.. Bukanlah FawwazSecret nak tunjuk baik.. Sebenarnya banyak mana sekalipun kita bertaubat kepada Allah, sebanyak itu juga Allah akan memberi keampunan kepada hambaNya.. Sebenarnya, bersebab bila FawwazSecret sebutkan soal solat taubat ni.. Kita di Bulan Ramadhan sekarang kan..?? Jadi kenapa disebutkan soal taubat-taubat ni..?? Sabar.. Sebenarnya, kalau kita solat taubat dan mohon keampunan dari Allah sehari sebelum kita berpuasa, apa sahaja amalan yang kita lakukan di Bulan Ramadhan ini akan bertambah keberkatannya.. Pada yang belum, boleh solat taubat dari sekarang.. Kekadang kita tak sedar akan dosa kecil yang kita lakukan berbanding dosa besar yang kita sedar bahawa kita melakukannya.. Jadi, sebaiknya bersihkan diri sebelum jejakkan kaki ke bulan sendiri.. Inikan peluang kita.. Jadi, gunalah peluang yang ada sebaik mungkin..

FawwazSecret nak berpesan.. Bila kita berpuasa ni, janganlah tinggalkan SOLAT 5WAKTU tu.. Nak tahu kenapa..?? Haa.. Takpalah.. Baca kat bawah ni.. Ada kelebihannya..
  • Solat Subuh - Wajah yang cantik
  • Solat Zohor - Rezeki yang banyak
  • Solat Asar - Kesihatan yang baik
  • Solat Maghrib - Anak yang cerdik dan berjaya
  • Solat Isya' - Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Haa..?? Taknak ke semua-semua yang tertulis kat atas tu..?? Tak semestinya untuk bulan puasa.. Untuk bulan-bulan yang lain juga.. Sebab ini kan satu kewajiban bagi kita yang beragama Islam.. Lagipun Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
  • Siapa yang tinggalkan solat Subuh, Tiadalah padanya nur di wajahnya
  • Siapa yang tinggalkan solat Zohor, Tiadalah padanya rezeki yang berkat
  • Siapa yang tinggalkan solat Asar, Tiadalah padanya kekuatan badan
  • Siapa yang tinggalkan solat Maghrib, Tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat
  • Siapa yang tinggalkan solat Isya', Tiadalah padanya tidur yang nyenyak

Bila sudah berpuasa.. Kita semua ada kewajiban tambahan bukan..?? Iaitu SOLAT TARAWIKH.. Ianya juga banyak kelebihannya.. Tapi FawwazSecret nak selitkan kelebihannya dalam entri yang akan datang.. Cuma ingin FawwazSecret pesan, walaupun solat tarawikh ini sunat, tapi banyak pahala yang kita peroleh apabila kita mengerjakannya.. Kita mungkin dijanjikan syurga.. Segala dosa kita juga terampun tau.. Ada malam-malam dimana malaikat-malaikat turun memerhatikan dan berdoa pada Allah untuk ampunkan dosa kita.. Bukan dosa kita saja, tapi dosa kedua ibu bapa kita juga.. Jadi, harap sangat jangan lepaskan peluang yang ada.. Ramadhan ada sekali sahaja dalam setahun.. Jadi, buatlah segala amalan baik supaya Ramadhan kita penuh dengan keberkatan.. Amin.. 

No comments: