بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Tuesday, 16 July 2013

Adab Menziarahi Jenazah

Hai.. ^^  Sebenarnya, FawwazSecret teringat akan sesuatu.. Jadi FawwazSecret ingat nak kongsi bersama.. FawwazSecret rasa belum terlambat lagi untuk FawwazSecret nak sampaikan benda ni.. Jadi hari ini FawwazSecret mohon kepada sesiapa yang membaca blog ni, Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah (TokHeng), iaitu atuk kepada daddy FawwazSecret yang telah kembali ke sisi Allah pada Jun yang lalu..

Kawan-kawan, sudah menjadi kebiasaan kan apabila kita menziarahi orang sakit mahupun jenazah, kita wajib bacakan ayat-ayat suci Al-Quran.. Tidak kisahlah surah apa sekalipun.. Tetapi selalunya kita bacakan Yasin kan.. Tapi perkara paling penting yang FawwazSecret nak sentuh adalah adab kita ketika menziarahi jenazah.. Wajib bagi kita menghormati si mati.. Baiklah, FawwazSecret nak kongsi beberapa adab yang harus kita pelihara apabila kita menziarahi jenazah..

Pertama sekali , Wajib bagi kita ucapkan Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil'alamiin kepada jenazah. Sebagai tanda menghormati si mati..
Hal ini kerana, Ummu Salamah Ra.'Anha berkata,
Bila kamu mengunjungi orang yang sedang sakarat, Hendaklah kamu ucapkan "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil'alamiin

Kedua, Wajib bagi kita untuk mengucap Bismillahi wa'alamilati Rasulillah SAW. Jangan lupa untuk bertasbih ataupun membaca surah-surah lain selain surah Yasin, sebagai hadiah kepada si mati..
Bakr bin Abdullah Al-Mazanniy At-Tabi'ie ra. berkata,
Bila kamu menutup mata mayat, maka ucapkanlah kamu, Bismillahi wa'alamilati Rasulillah SAW dan bertasbihlah

Ketiga, Wajib bagi kita memelihara percakapan kita bila menziarahi orang mati.. Bercakap perkara yang baik sahaja tau.. Bukan apa, ramai orang zaman sekarang ni bila berkunjung ke rumah orang mati, mereka suka bercakap mengenai perkara yang tidak baik semasa si mati itu hidup.. Sebaiknya, kita bercakaplah mengenai perkara yang baik-baik saja kan.. Jadi tauladan jugak buat kita yang masih hidup..
Ingat, Rasulullah s.a.w telah bersabda,
Apabila kamu datang mengunjungi orang sakit ataupun orang mati, Hendaklah kamu berbicara yang baik kerana sesungguhnya Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan

Keempat, Wajib bagi kita berdoa untuk jenazah.. Berdoa yang baik-baik saja tau.. Sebab Malaikat mengaminkan setiap apa yang kita ucapkan sepanjang kita berada di rumah si mati.. Selalunya para ulama akan memperingati si mati dengan taubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah ataupun berdoa untuk si mati sehinggalah orang lain yang mendengarnya dapat mengambil doa itu sebagai manfaat..
Dalam hal ini, Rasululah s.a.w bersabda,
Janganlah kamu berdoa kecuali dengan doa yang baik sahaja

Kelima, Wajib bagi kita menjaga adab kita dengan si mati apabila mengunjunginya.. Sekiranya kita mengunjunginya, sedekahkanlah si mati dengan surah Yasin atau surah-surah lain yang kita tahu sebagai hadiah dan sebagai tanda kita meghormatinya.. Jangan pula kita membaca sesuatu surah tersebut tanpa menghabiskannya. Dimana niat kita..?? Memang tak salah jika kita tak habiskan surah tersebut.. Tapi terlihat pada orang lain yang kita ni tidak menghormati si mati..

FawwazSecret akui yang FawwazSecret taklah pandai sangat soal adab-adab menziarahi si mati ni.. Tapi FawwazSecret cuma nak kongsi apa yang FawwazSecret tahu je.. Tak salah kan.. Asalkan ianya jadi panduan juga buat kawan-kawan yang lain.. Dan kepada yang masih belum tahu akan adab ketika menziarahi si mati, bolehlah rujuk serba sedikit apa yang FawwazSecret kongsikan ni.. Dan kepada yang sesiapa yang mengetahui sepenuhnya adab ketika bersama si mati, FawwazSecret harap, kekalkan lah agar sentiasa menghormati si mati.. Jangan hanya tahu akan adabnya tapi tak pandai nak tunaikan..


Renung-renungkan dan selamat beramal..

No comments: