بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Monday 28 October 2013

13 Dzulhijjah Daddy

Hai.. :') 
Sepertimana yang kita semua ketahui.. 13 Dzulhijjah adalah hari keempat AidilAdha dan hari terakhir untuk kita sambut AidilAdha.. Untuk 13 Dzulhijjah ny, FawwazSecret ada cerita Daddy.. Cerita Mummy dah habis.. Sebabnya Mummy takda kemana.. Mummy uma habiskan masanya di rumah.. Dan bila petang, Mummy jenguk rumah Mama.. Jadi, cerita untuk Mummy tak bertulis lah yea..

Untuk 13 Dzulhijjah, Daddy sekeluarga dikejutkan awal pagi untuk mengemas luar dan dalam rumah.. Biasalah kan semalamnya diadakan kenduri.. Sebelum Daddy mula mengemas bersama saudara mara yang lain, Daddy cheking kereta dia dulu, takut-takut jadi apa-apa dalam perjalanan nanti.. Bukanpa, Daddy dah nak gerak pulang ke Perlis dah esoknya.. Lepas checking semua, Daddy bersama saudara mara himpunkan khemah, kerusi dan segala kelengkapan kenduri.. Selesai menghimpun semua, tunggu lori jea sampai.. Bila lori dah sampai, semua barang diangkat ke atas lori untuk dihantar ke Kompleks Pas PUTIK.. Selesai hantar semua, Daddy dan saudara pulang ke rumah MokTeh semula..

Sesampai mereka di rumah Mokteh.. Daddy, Adik dan Abe berbual dengan Ayah Lan mengenai 'family business'..
Beberapa minit selepas pada tuh, Daddy ada terima sms dari Mummy..
Mummy : Abh.. Ma nak tanya sikit boleh..??
Daddy : Yea, ma.. Apa..
Mummy : Abh dengan family terima ma ka walaupun orang lain tak suka ma..??
Daddy : Suka.. Depa nampak kita takda apa.. Kalau kita senang, baru depa buka mata..
Mummy : Abh balik ny boleh bagi ma RM100..??
Daddy : InsyaAllah, ma.. Tengok duit Baitumal.. Tapi la ny abh nak cari RM500..
Mummy : Untuk..??
Daddy : Family bisnes.. Tak ley cita kat orang.. Kesenangan jangka panjang..
             Lagi banyak modal, lagi senang.. InsyaAllah, boleh jadi kaya..
             Sekarang ny, abh nak usaha sendiri.. Just nak ma bagi semangat kat abh..
             AyhLan dgn MakLang Julie dah senang.. Baru setahun dalam bisnes..
             Kalau 3,4tahun.. AllahuAkbar..!!
Mummy : Usahalah abh.. Mana yang patut.. Ma sokong abh dari belakang..
Daddy : Yea,ma.. Abh nak kita senang.. Ma join pon lagi bagus.. Dari ada duit simpan saja..
             Bisnes ny, duit kita beranak, ma.. Kembar pulak tuh.. :D
Mummy : Main-main laa..
Daddy : Ma, nanti kita msg lain na.. Abh nak mandi, siap nak pi sembahyang..
Mummy : Yea, abh. Ma tunggu..

Disebabkan 13 Dzulhijjah adalah hari Jumaat, Daddy dan saudara mara lelaki yang lain mandi dan bersiap untuk Solat Jumaat pulak.. Sebenarnya, seronok tinggal di Kelantan.. Tahu kenapa.?? Kata Daddy, kalau kita tak berbuat satu ibadat, kita mesti akan terasa rugi sangat-sangat.. Sebabnya orang-orang di Kelantan, semuanya berlumba-lumba melakukan amal.. Takda nak mendengki sesama saudara.. Di Kelantan, semuanya saling bekerjasama.. Seronok kalau dapat hidup di Kelantan.. Hari-hari yang kita jalani tak terasa ada pembaziran.. Semuanya penuh dengan keuntungan (pahala).. Selepas selesai solat Jumaat, dan sesampai semuanya di rumah.. Daddy bersama saudara ke Kompleks Pas PUTIK sekali lagi untuk hantar kawah.. Pulang Daddy di rumah, sambung mengemas sikit lagi mana yang belum dikemas..

Sedang semuanya berehat, saudara mara Daddy merancang nak ke Pantai Senok.. Petang tuh bersiap lah kesemuanya untuk ke pantai.. Bawak bekalan makanan.. Mana taknya, kalau pergi pantai, main-main air mesti terasa lapar kan.. Sesampai Daddy dan keluarga saudara mara di pantai, terus semuanya main air pantai.. Sempat Daddy snapkan.. Tapi sayang, Daddy tak snap beramai-ramai.. Tapi masa Daddy main snap-snap tuh, Mokteh pon rupanya sedang rancak bersnap.. Berlari-lari Mokteh dengan Daddy.. Semua gambar Daddy yang comel-comel, semuanya ada dalam fon Mokteh.. Tak sempat nak bluetooth.. Tapi gambar Daddy yang ada ny pon dah cukup.. Sebab ada jugak gambar Kakak dan yang lain di belakang..



Lepas pada main air, Daddy lapar.. Makan dulu Daddy.. Gambar bekalan makanan Daddy takda snapkan.. Tapi gambar Daddy yang baru nak menjamah tuh adalah Daddy snapkan.. Terselit jugak gambar MakLong kat belakang dan gambar Mokteh bersebelahan dengan Daddy masa makan..



Hampir senja, pulang lah Daddy bersama saudara.. Malam tuh semuanya letih.. Masing-masing kemaskan barang.. Mama pulak di dapur, bungkuskan tempoyak untuk Mummy sikit dan ada sikit untuk Mama bawak pulang.. Masing-masing sibuk simpan perkakas dan segala pakaian ke dalam kereta.. Sebab esoknya, Daddy sekeluarga bercadang nak bertolak awal.. Jadi malam tuh, kesemuanya tidur awal.. Daddy memang tak call lah Mummy.. Kononnya Daddy nak surprise kan Mummy bila sesampai Daddy di rumah nanti..

Itu saja kisah 13 Dzulhijjah Daddy.. :D

No comments: