بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Sunday, 27 October 2013

11 Dzulhijjah Daddy

Hai.. :') 
Dah masuk AildilAdha yang kedua.. Hari ny cerita Daddy tak banyak.. Tapi sibuknya banyak.. Di awal pagi AidilAdha Daddy yang kedua.. Daddy bangun, mandi dan sarapan terlebih dahulu.. Daddy dan saudara lelaki sibuk mengemas bahagian dalam rumah.. Sofa, meja, kerusi-kerusi semua diangkat keluar.. Manakala saudara perempuan sibuk menyediakan perkakas kenduri untuk keesokkan harinya.. Sambil tuh ada yang membasuh pakaian dan lain-lain lagi kerja yang dilakukan.. Masing-masing sebenarnya sibuk.. Dan Daddy pon tak berpeluang nak bersnap segala kesibukan yang sedang berjalan pada masa tuh..

Tibanya tengahari.. Adik Daddy, Farid baru sampai di Kelantan menaiki motorsikal.. Daddy masa tuh nak mandi dan makan.. Daddy memerlukan rehat secukupnya.. Jadi Daddy cuma mendiamkan diri di dalam bilik sampaikan Daddy tertidur.. Masa Daddy tidur tuh, saudara Daddy yang lain mengemas dan mencuci bahagian halaman rumah.. Bila dah petang, agak dalam jam 3petang macam tuh.. Daddy dikejutkan untuk bantu semua saudara mara.. Sebabnya dengar-dengar khabar lori dah dekat sampai.. Lori tuh tujuannya nak hantar khemah, kerusi, meja, kawah dan segala kelengkapan untuk kenduri esok.. Jadi Daddy pon bergegas mandi takut kalau-kalau lori sampai, Daddy tak sempat nak mandi..

Sesudah Daddy mandi, Daddy sembang-sembang dulu dengan semua.. Beberapa minit selepas tuh, lori sampai dengan membawa khemah, meja, kerusi, kawah dan berbagai kelengkapan kenduri.. Selelpas pada segala barang diturunkan dari lori, Daddy dan saudara yang lain saling membantu memasang khemah, memasang meja dan menyusun kerusi.. Kawah dan segala kelengkapan lain diserahkan ke bahagian dapur.. Disebabkan terlalu letih, Daddy terbaring di ruang tamu.. Apabila senja, keluarga Ayah Long pula sampai di rumah MokTeh.. Daddy dan lainnya bangun mandi lalu mengerjakan solat Maghrib berjemaah.. Selepas selesai semua, Daddy makan malam bersama dan kemudian Daddy sambung tidur.. Pada malam tuh Daddy dan Mummy tak tidur bersama sebabnya Daddy terlalu letih..

Itulah kisah 11 Dzulhijjah Daddy.. Mummy pulak apa ceritanya..??

No comments: