بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Sunday, 27 October 2013

10 Dzulhijjah Mummy

Hai.. :') Selamat pagi AidilAdha..
AidilAdha Mummy tahun ny bertemakan merah sebagai tanda darah lembu yang dikorbankan.. Dan Mummy tahun ny beraya di Perlis bersama keluarganya yang tersayang.. Raya Mummy kiranya alhamdulillah lah walaupun jarinya patah.. Mummy tetap dapat sempurnakan hari rayanya..

Di awal pagi AidilAdha, Mummy tak pergi masjid.. Haa.. Tak baik.. Aiyoo dosa.. :D Hee.. Bukanlah.. Sebenarnya Allah swt bagi excuse ke Mummy.. Sebab tuh tak pergi sembahyang.. Tapi ahli keluarga Mummy yang lain pergi.. Tepat jam 7.35pagi, Mummy menerima panggilan Daddy.. Dan saling berucap Salam AidilAdha.. Disebabkan Mummy Daddy sama-sama sibuk, Mummy Daddy hanya luangkan sedikit masa.. Dan kemudian talian telefon diputuskan.. Beberapa jam selepas tuh, Mummy bersiap sebab nak balik awal ke rumah nenek kesayangan dia.. Tapi keluarga Mummy pulak tak nak balik awal.. Jadi Mummy menunggu jea.. Dalam jam 11pagi kawan-kawan adik Mummy datang beraya di rumah.. Dijemputlah diorang masuk.. Lepas sembang punya sembang.. Makan minum semua.. Keluarga Mummy pon sambil-sambil melayan tetamu, sambil-sambil diorang bersiap.. Dalam jam 12tengahari kalau tak silap.. Kawan-kawan adik Mummy iaitu, Jan, Fairul dan Ijat nak balik.. Diorang nak beraya dengan kawan-kawan pulak.. Jadi Mummy ambil peluang, snapkan satu gambar bersama kawan-kawannya..


Lepas 5minit pada tetamu keluar.. Mummy dengan adik-adik pon keluar bergambar dengan Mak depan halaman rumah.. Ada banyak gambar.. Tapi FawwazSecret selitkan satu pon dah cukup kan.. Ini Mak Mummy yang snapkan.. Empat beradik.. Jelas sangat Mummy tersangat kecik walau sebetulnya Mummy lah kakak diantara semua ny.. :D


Lepas bersnap, Mummy sekeluarga pon gerak ke kampung halaman Abh Mummy iaitu Behor Mali.. Adik-adik Mummy ajak beraya di Simpang Empat.. Tapi Abh Mummy taknak.. Katanya raya korban selalunya diorang takda kat rumah.. Jadi Mummy dan adik-adik pon setuju saja beraya di rumah nenek.. Sesampai disana tak ramai keluarga yang pulang ke rumah nenek.. Yang ada masa tuh cuma keluarga Paksu dan keluarga PakTeh saja.. Diorang tetap beraya, bergurau senda.. Walaupun dapat berkumpul dalam tiga keluarga tapi tetap seronok.. Ada beberapa gambar yang Mummy berikan untuk FawwazSecret selitkan dalam blog..


Ini gambar Mummy bersama Nenek kesayangan dia.. :D


Ini gambar Paksu sekeluarga..
Nampak adik kecil comel tuh.. Itu adik Zarith sepupu kecil Mummy..


Ini Pakteh dan Makteh.. Anaknya yang sulung beraya di Kedah..
Anaknya yang kedua dah keluar beraya dengan kawan-kawan..
Anak yang ketiga pula malu nak bersnap..

Bila dah petang Mummy tak lupa menjenguk rumah Mama.. Mummy pergi ke rumah Mama dengan bekas kekasih Daddy, Nusrah.. Diorang pergi siram pokok, kemas rumah.. Disebabkan Mummy rindukan Daddy.. Mummy masuk baring-baring di katil Daddy.. Rindunya Mummy akan pelukan dan ciuman Daddy di pagi raya.. Tapi nak buat macam mana ikatan itu Mummy Daddy rahsiakan demi maruah keluarga Mummy Daddy.. Masa Mummy baring-baring di katil Daddy.. Mummy tak mintak Nusrah snapkan.. Tapi Mummy mintak Nusrah siramkan pokok bunga Mama.. Lepas beberapa minit macam tuh, Mummy keluar untuk snapkan gambar Nusrah..



Gambar Mummy pon di-snapkan sebagai tanda
Mummy beraya dengan Daddy walaupun Daddy jauh di rantauan..

Bila  tiba malamnya, Mummy ambil peluang menunggu Daddy untuk tidur bersama.. Mummy nak call Daddy.. Tapi Mummy risau kalau-kalau Mummy mengganggu Daddy.. Tapi beberapa minit selepas tuh, Mummy menerima panggilan dari Daddy untuk tidur bersama..

Sudah terjawab kan..?? Itulah kisah 10 Zulhijjah Mummy..

No comments: