بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Sunday, 27 October 2013

Dua Hari Sebelum AidilAdha

Hai.. :')
Masih dalam bulan Oktober kan.. Sememangnya AidilAdha sudah dua minngu tiga hari berlalu.. Tapi FawwazSecret baru berpeluang menceritakan kisah AidilAdha Mummy Daddy dalam minggu terakhir Oktober ny.. Tak mengapalah.. Pada minggu yang ke berapa sekalipun, janji masih dalam bulan Oktober..

Sebelum Mummy Daddy meraikan 10 Dzulhijjah mereka, mereka telah berjanji untuk shopping di Wang Kelian.. Pada malam tersebut, tepat jam 12malam, seperti biasa Mummy Daddy berbual dalam talian sebelum tidur.. Sembang-sembang Mummy Daddy sampaikan terlupa nak tengok jam dinding.. Masa tuh dah tepat jam 2.30pagi.. Daddy ingatkan Mummy soal esoknya.. Iya lah dah nak shopping bukan dekat, tapi di Wang Kelian.. Sembang lagi Mummy Daddy sampai jam 2.45pagi, barulah Daddy bacakan doa tidur sebab Mummy dah mengadu yang dia mengantuk..

08 Dzulhijjah

Pada keesokan paginya, Mummy  Daddy bangun awal.. Bersiaplah Mummy Daddy bergegas ke Wang Kelian.. Sebelum Mummy Daddy memulakan perjalanan, Mama berpesan supaya pulang awal dalam jam 12tengahari.. Sebabnya pada hari itu jugak, Daddy sekeluarga akan berangkat ke Kelantan.. Mummy Daddy mengiakan kata-kata Mama.. Lalu Mummy Daddy meneruskan perjalanan mereka.. Selesai shopping dan selamat pulang pada jam 3petang.. Nasib Mama takda bising apa-apa sebab Mama tunggu sabun yang Mama pesan dari Mummy..

Selepas beberapa minit, Mummy bergerak pulang ke rumah dan berehat.. Daddy pulak sibuk siapkan perkakas pakaian dan barang-barang yang hendak dibawa ke Kelantan.. Plan Daddy sekeluarga nak bertolak tengahari tak kesampaian.. Daddy sekeluarga bertolak masa Maghrib.. Masa tuh Daddy memang sibuk.. Mana dengan kereta buat hal.. Tayar kereta tiba-tiba jadi sangkut, tak boleh bergerak.. Lagi pulak Daddy takda masa nak tengok phone.. Risau Daddy kalau-kalau Mummy merajuk.. Tapi Alhamdulillah Mummy memahami.. Semasa Daddy meneruskan perjalanan, kereta yang dipandu Daddy ditahan oleh pihak JPJ.. Menjadi lagi satu hal.. Daddy terpaksa drive ke Puspakom sebab sportlight kereta yang Daddy drive tuh berwarna merah dan salah dari segi undang-undang.. Lepas report, pihak JPJ bagi tempoh selama 10hari untuk Daddy tukar sportlight kereta tersebut.. Walaupun agak lewat, Daddy sekeluarga tetap meneruskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi..

09 Dzulhijjah

Daddy sekeluarga selamat sampai di Kelantan pada jam 5pagi.. Disebabkan terlalu letih memandu, Daddy terus tidur tanpa memikirkan hal yang lainnya.. Mana taknya 10jam memandu.. Memang Daddy terlalu letih sebab Daddy seorang saja yang drive.. Kalau ada yang lain dapat drive, dapat jugak Daddy bersilih ganti memandu..

Pada keesokkan paginya.. Daddy bangun agak lewat.. Iaitu pada jam 12tengahari.. Daddy terus menghubungi Mummy yang jauh Daddy tinggalkan.. Masa tuh Mummy ada temujanji dengan Doktor Pakar Tulang.. Daddy masih dalam keletihan.. Jadi Daddy memutuskan talian telefon.. Terus Daddy ke dapur, mandi dan bersiap untuk makan tengahari.. Manakala Mummy bergegas ke tempat kerja untuk melaporkan bahawa dirinya diberi cuti bergaji oleh pihak hospital selama 23hari.. Boss Mummy agak terkejut.. Tapi apakan daya, takkan nak dipaksa Mummy bekerja.. Daddy pulak selepas makan tengahari, Daddy sambung tidur sampai jam 6petang.. Kemudian, Daddy bangun, mandi dan makan..

Bila tibanya malam.. Macam biasa Daddy ambil peluang cakap telefon dengan Mummy.. Daddy mengadu pada Mummy yang Daddy demam.. Saudara mara sibuk mengemas rumah.. Daddy pulak tidur kerana keletihan.. Ditambah pulak Daddy tak sihat.. Masa tuh Daddy mengadu pada Mummy yang Daddy berharap sangat Mummy yang dapat jagakan Daddy pada masa tuh.. Tapi apakan daya, Mummy jauh ditinggalkan.. Dan Daddy pulak jauh di rantauan.. Pada malam tersebut, Daddy dan Mummy tidur awal.. Dan Daddy berharap agar Daddy dapat mendengar suara Mummy di keesokan paginya, iaitu di Pagi AidilAdha..

No comments: