Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :')
Post kali ny FawwazSecret nak sampaikan kisah menarik yang tertulis dalam Surah Thaahaa.. Seperti mana yang kita tahu.. Surah Thaahaa berada dalam Juz yang ke-16 dimana ia mempunyai 135 ayat.. Surah Thaahaa mengandungi empat kisah menarik yang boleh sesama kita jadikan peringatan.. Tetapi untuk post FawwazSecret kali ny.. FawwazSecret nak tekankan kisah Nabi Musa a.s. saja untuk kita kongsi bersama.. Hanya kisah Nabi Musa a.s..?? Iya.. Sebabnya kisah Nabi Musa a.s. lah kisah yang terpanjang di tulis dalam Surah Thaahaa.. Bermula dari ayat 9 sehinggalah ayat 114.. Panjangkan..?? Jom sesama kita ketahui kisah nabi kita iaitu Nabi Musa a.s...
KISAH NABI MUSA A.S.
Permulaan kehidupan Musa a.s ketika dia menerima wahyu dari Allah swt adalah ketika dia bersama dengan keluarganya.. Ketika itu mereka ternampak akan api besar yang mendekati Musa a.s. Jadi Musa a.s. arahkan keluarganya untuk tinggalkan dia bersama api tersebut.. Apabila Musa a.s mendekati api besar tersebut.. Satu suara keluarga dari dalam api tersebut..
Lalu berkata...
" Hai Musa. Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu. Tanggalkan kedua terompahmu. "
" Seseungguhnya kamu berada di lembah yang suci, dipanggil Thuwa. "
" Dan aku telah memilih kamu maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan kepadamu. "
" Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tidak ada Tuhan selain aku. "
" Maka sembahlah aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku. "
" Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang dan Aku merahsiakan waktunya. "
" Agar tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan. "
Kemudian Musa a.s. disoal tentang apa yang disentuhnya.. Musa a.s. sebenarnya memegang tongkat dimana tongkat itulah tempat dia bertelekan, memukul daun-daun untuk kambingnya dan digunakannya untuk keperluan yang lain.. Lalu Allah swt berfirman agar Musa a.s melemparkan tongkatnya.. Dan dengan secara tiba-tiba tongkat tersebut berubah menjadi ular dan Musa a.s. diarahkan untuk tidak takut pada ular tersebut, malah disuruh Musa a.s. menyentuhnya.. Dan Allah swt telah berfirman kepada Musa a.s. agar kepitkan tangannya bersama ketiaknya untuk Allah swt memperlihatkan Musa a.s. cahaya putih cemerlang tanpa kecacatan dan itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah swt yang Allah swt buktikan kepada Musa a.s.. Dan itu adalah mukjizat untuk Musa a.s..
Musa a.s. diarahkan untuk mendekati Fir'aun kerana mereka bersikap melampau.. Musa a.s. memohon agar Allah swt membantunya supaya mempermudahkan segala urusannya, petah percakapannya, teguh dengan kekuatannya, supaya dirinya banyak berstasbih kepada Allah swt dan sentiasa mengingati Allah swt.. Dan sebenarnya Musa a.s. tak tahu bahawa Allah swt dah kurniakan dia segala nikmat dari sejak kecil lagi.. Iaitu ketika Musa a.s. disimpan di dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.. Dan barang siapa yang memperlihatkan Musa a.s. pasti akan merasa kasih sayang terhadapnya.. Dan Musa a.s. pernah membunuh seorang bangsa Qibthi kerana bergaduh dengan seorang Bani Israil.. Jadi Allah swt telah menyelamatkan Musa a.s. dari segala kesusahan kerana telah membunuh seorang manusia tersebut.. Bila sampai Musa a.s. datang ke Lembah Thuwa.. Di situlah Allah swt telah memilih Musa a.s. untuk menjadi rasul dengan memerima wahyu dan kerasulan daripada-Nya..
Musa a.s. dan Harun a.s. telah diperintahkan Allah swt bertemu Fir'aun untuk melepaskan semua Bani Israil.. Musa dan Harun menyatakan bahawa mereka adalah rasul utusan Allah swt.. Fir'aun tak percaya.. Jadi Musa a.s. telah membuktikan tongkatnya dapat bertukar menjadi ular dan kedua tangannya dapat mengeluarkan cahaya putih yang cemerlang.. Dan motif sebenar Musa a.s. pada masa itu adalah demi menundukkan segala sihir yang dipegang oleh Fir'aun.. Fir'aun resah dan berfikir mereka akan diusir dengan menggunakan sihir Musa a.s.. Lalu Fir'aun meminta waktu yang sesuai untuk mereka bertemu kembali.. Dan Musa a.s. telah menetapkan harinya adalah pada hari raya.. Masa itulah Fir'aun telah mengatur srategi tipu dayanya..
Apabila tiba hari raya.. Semua penyihir Fir'aun datang berkumpul bersama Musa a.s.. Dan masing-masing menunjukkan sihir yang dimiliki mereka.. Fir'aun memulakan dahulu dengan melemparkan segala apa yang dipegang mereka ke arah Musa a.s.. Musa a.s. berasa takut.. Tetapi Allah swt telah mengatakan bahawa Musa a.s. lah yang paling unggul.. Musa a.s. melemparkan tongkatnya lalu tongkatnya menelan seluruh apa yang datang kepadanya.. Lalu semua tukang sihir itu terkejut dengan mukjizat yang dimiliki Musa a.s. lalu semuanya bersujud kepada Musa a.s... Fir'aun terlalu marah kerana semua tukang sihir tunduk sujud beriman kepada Musa a.s. tanpa izinnya.. Fir'aun telah mengugut untuk memotong kedua tangan dan kaki mereka.. Tetapi kesemua tukang sihir itu tidak menghiraukan kerana mereka telah meyakini bahawa Allah swt lah yang telah menciptakan mereka dan segala bukti telah mereka lihat sendiri dengan segala mukjizat yang ada pada Musa a.s..
Selepas pada kejadian itu seluruh Bani Israil mendapat pembebasan.. Kerana marahnya Fir'aun kepada Musa a.s.. Fir'aun membawa seluruh bala tenteranya dan mengejar Musa a.s. bersama Bani Israil.. Demi menyelamatkan diri.. Musa a.s. telah membelah laut untuk membuat jalan kering dengan tongkatnya sebagai tempat mereka berlindung.. Dan pada ketika itu Fir'aun dan bala tenteranya hapus ditenggelami laut.. Manakala Musa a.s. bersama Bani Israil selamat dari ancaman Fir'aun.. Dan mereka aman tinggal di Mesir selepas pada peristiwa tersebut..
Itu serba sedikit kisah Nabi Musa a.s.. Bagaimana cara Nabi Musa a.s. kita menerima wahyu dan apa mukjizat yang Allah swt dah kurniakan kepadanya.. Allah swt maha segalanya.. Walaupun kita hanya manusia biasa.. Kita harus ingat bahawa tak semua dari kita adalah manusia biasa.. Ada sesetengah manusia dari kita yang Allah swt kurniakan mukjizat-mukjizat yang Dia kehendaki.. Dan apa yang FawwazSecret tahu.. Selalunya sesetengah orang yang memiliki kelebihan-kelebihan yang Allah swt kurniakan pada dia ny, dia takkan riak bercakap menceritakan kelebihan dia pada orang lain.. Kenapa..?? Memang tak patutlah kan.. Kelebihan itu Allah swt bagi pada kita untuk kita menolong orang-orang kita jugak.. Mana tahu ada yang sakit ke.. Buat rawatan hospital tak hilang-hilang sakit.. Tapi bila cari rawatan kampung baik sihat jea.. Haa itu antara contoh kelebihan yang Allah swt bagi pada sesetengah manusia..
Ada jugak sesetengah di antara kita yang boleh membantu mengubati orang tetapi harus bermula dengan permintaan.. Maknanya orang yang sakit tuh kena mintak si dia ny sembuhkan.. Ada jugak tuh yang tak boleh dengan diri dia sendiri nak sembuhkan sakit orang.. Kenapa..?? Kerana sakit yang datang dari seseorang tuh, Allah swt yang bagi.. Jadi bila orang mintak si pengubat tuh sembuhkan.. Si pengubat pun wajib mintak izin dari Allah swt.. Dan kalau Allah swt izinkan.. InsyaAllah.. Sakit si penyakit tuh pasti akan sembuh.. Tapi kita kat bumi ny bukannya nabi taw.. Kelebihan yang kita ada tuh sebenarnya tak boleh membantu diri kita sendiri.. Cuma untuk membantu orang sekeliling sahaja..
FawwazSecret nak terangkan pon tak tahu.. Siapa rapat dengan Mummy Daddy.. Cuba-cubalah bertanya.. Cuba-cubalah mintak dorang ubatkan ke sakit-sakit.. Mana tahu Mummy Daddy boleh tolong kan.. Tak nak cakap lah kat sikit.. Tapi kalau nak tahu Mummy Daddy ada ke tidak kelebihan-kelebihan yang ada pada sesetengah manusia ny.. Cuba-cuba lah dekati Mummy Daddy..
Jom FawwazSecret tinggalkan post disini dulu..
Ada masa FawwazSecret updatekan lagi ok.. Bye.. :D
No comments:
Post a Comment