بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Sunday, 6 October 2013

Kisah Menarik Surah Maryam

Bismillah Hirrahman Nirrahim..... :')
Untuk malam ny FawwazSecret berpeluang untuk update-kan blog mengenai kisah Surah Maryam.. FawwazSecret selesai bacaan Surah Maryam ny tiga hari yang lepas.. Cuma tak berpeluang nak men-update saja.. Dua hari lepas FawwazSecret selesai bacaan Surah Thaahaa.. Sama jugak tak berpeluang nak men-update kisah-kisah menarik yang tertulis dalam surah ny.. Malam semalam selesai Surah Al-Anbiyaa'.. Jugak tak sempat nak update.. Jadi untuk malam ny.. FawwazSecret curi-curi jugak masa untuk update kisah-kisah menarik setiap surah yang dah FawwazSecret selesai membacanya.. Tapi satu per satu lah.. Kalau nak cerita semua dalam malam ny, dikata gelojoh pulak.. Tapi kalau diizinkan Allah swt, masa pon banyak.. Alhamdulillah.. FawwazSecret tetap berpeluang jugak kan..

Baiklah.. FawwazSecret nak kongsikan kisah menarik dalam Surah Maryam.. Kisah menarik dimana Allah swt telah mengurniakan seorang bayi lelaki kepada wanita yang mandul dan juga kepada seorang wanita yang belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.. Wanita-wanita yang FawwazSecret sebutkan ny adalah isteri kepada Nabi Zakaria a.s dan juga seorang wanita bernama Maryam.. Dalam Surah Maryam, jelas sekali kehebatan serta kekuasaan Allah swt.. Jom kita baca satu per satu kisah menarik Surah Maryam..

KISAH NABI ZAKARIA A.S. DAN NABI YAHYA A.S.

Zakaria a.s. telah menikahi seorang perempuan yang mandul.. Bertahun-tahun mereka hidup bersama tetapi tidak diberi peluang untuk menerima zuriat.. Zakaria a.s. tak pernah jemu berdoa memohon Allah swt berikan dia zuriat walaupun dia tahu isterinya mandul.. Usia Zakaria a.s. sudah terlalu tua untuk menerima zuriat tetapi dia tetap menginginkan seorang anak untuk mewarisi keluarganya, juga keluarga Yaakub a.s. Pada suatu malam, Allah swt telah memakbulkan doa Zakaria a.s. dengan memberinya khabar gembira bahawa Allah swt akan mengutuskan kepadanya seorang anak yang bernama Yahya.. Zakaria a.s. tertanya-tanya bagaimana dia akan mendapat seorang anak sedangkan isterinya mandul dan dirinya sendiri sudah mencapai umur yang sangat tua..
Lalu Allah swt berfirman.....
" Hal itu adalah mudah bagi-Ku.. Dan sesungguhnya Aku telah ciptakan kamu sebelum itu..
" Padahal kamu sama sekali belum ada di waktu itu "
Zakaria a.s. memohon agar dirinya diberi petanda mahupun petunjuk apabila Allah swt mengurniakannya seorang anak yang bernama Yahya itu..
Lalu Allah swt berfirman....
" Tanda bagimu adalah kamu tak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam "
" Padahal kamu sihat "
Zakaria a.s. keluar dari mihrab dan memberi isyarat kepada kaumnya agar terus berzikir di waktu pagi dan petang.. Selepas lahirnya Yahya.. Yahya diangkat sebagai nabi yang mempunyai rasa belas kasihan yang mendalam, suci dari segala dosa, seorang yang bertaqwa dan banyak berbakti kepada orang tuanya.. Dan dia bukanlah seorang yang sombong mahupun derhaka.. Dan kesejahteraan diberikan kepadanya pada hari dia dilahirkan, pada hari dia meninggal dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali..

KISAH MARYAM DAN ISA A.S.

Kisah Maryam berlaku ketika dia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.. Di waktu itu, Allah swt telah mengutuskan roh yang menjelma di hadapan Maryam, menyerupai seorang manusia yang sempurna.. Kerana Maryam takut akan terjadi apa-apa ke atas dirinya.. Maryam memohon perlindungan dan tidak akan terjadi apapun terhadap dirinya jika manusia yang datang itu adalah seorang yang bertaqwa.. Sebenarnya roh itu adalah Jibril yang telah Allah swt utuskan untuk memberi seorang anak laki-laki kepada Maryam.. Maryam risau lalu bertanya bagaimana dirinya akan ada seorang anak laki-laki sedangkan dirinya tidak pernah disentuh dan dia bukanlah seorang penzina..
Lalu Jibril menyebutkan firman Allah swt kepadanya....
" Hal itu adalah mudah bagi-Ku.. Agar Kami dapat menjadikannya suatu tanda bagi manusia "
" Dan sebagai rahmat dari Kami.. Dan hal itu adalah suatu perkara yang telah diputuskan "
Maka, Maryam menerima dan mengandungkannya.. Ketika sampai masa Maryam melahirkan, Maryam bersandar di pohon kurma dan meraung kesakitan.. Dan Maryam merasakan lebih baik dirinya mati..
Lalu Jibril menyeru....
" Janganlah kamu bersedih.. Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan sungai di bawah mu.. Dan goyanglah pangkal pohon kurma  itu ke arahmu.. Niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.. Maka makan minum dan bersenang hatilah kamu.. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, " Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini ""
Selepas lahirnya anak itu, Maryam mengendongnya dan membawa pulang kepada kaumnya.. Sewaktu Maryam berjalan pulang.. Kaum Maryam semua menuduh Maryam melakukan maksiat sedangkan ayahnya bukanlah orang yang jahat dan ibunya bukanlah penzina.. Kemudian Maryam tunjukkan anak itu kepada kaumnya untuk memberitahu perkara yang sebenar.. Tetapi kaumnya seolah mentertawakan Maryam.. Mana taknya bayi yang masih dalam ayunan mana boleh bercakap..
Tiba-tiba Isa (bayi kecil) itu bersuara....
" Sesungguhnya aku ini adalah hamba Allah swt.. Dia telah memberiku kitab Injil dan menjadikan aku seorang nabi.. Dia menjadikan aku seorang yang diberkati walau dimana saja aku berada.. Dan Dia memerintahkan kepadaku agar mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup.. Dan akan aku berbakti kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi derhaka.. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali "

....................................................................................................................

Sebenarnya banyak lagi kisah menarik yang tertulis dalam Surah Maryam.. Seperti kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan ayahnya.. Kisah beberapa nabi yang lain pun ada tertulis dalam surah ny.. Dalam surah ny juga ada mengisahkan azab bagi orang-orang yang menentang para nabi serta pahala bagi orang-orang yang mentaati para nabi.. Tapi FawwazSecret mungkin akan bercerita di lain tajuk lah.. Sebab FawwazSecret cuma tekankan kekuasaan Allah swt yang boleh memberikan kita seuatu yang tak mungkin bagi kita seorang manusia nak dapatkan apa yang kita hasratkan.. Tapi kalau dengan izin Allah swt, seperti mana yang Allah swt dah buktikan kekuasaan-Nya pada kita iaitu seorang perempuan mandul dan seorang perempuan yang tidak disentuh mana-mana lelaki boleh mengandung dan melahirkan seorang bayi.. Kita semua kena ingat.. Kalau Allah swt dah tetapkan sesuatu dalam kehidupan kita.. Sekali Allah swt mengatakan " Jadilah".. Maka terjadilah sesuatu perkara tuh..

Tapi zaman sekarang ny takkan lah Allah swt nak berikan seorang perempuan mengandung tanpa disentuh mana-mana lelaki macam mana yang Allah swt dah berikan pada Maryam.. Sekarang dunia akhir zaman.. Maksiat merata-rata.. Kalau dah termengandung tuh memang bukan Allah swt bagi free lah.. Tapi kita manusia yang cari sendiri.. Kalau zaman sekarang ada perempuan yang situasinya seperti isteri Zakaria, InsyaAllah memang Allah swt akan berikan zuriat sekiranya kita tak putus berdoa.. Sebagai contoh.. Allah swt makbulkan doa Zakaria a.s. dengan memberikannya seorang anak lelaki walaupun usia  Zakaria a.s. sudah terlalu tua.. Jadi kepada sesiapapun di luar sana yang ada baca kisah menarik Surah Maryam ny, maaflah kalau terasa dengan kata-kata penghujung FawwazSecret.. Dan sebenarnya FawwazSecret tak berniat pun.. Cuma nak beri kesedaran buat FawwazSecret sendiri.. Bye.. Assalamualaikum.. :')

No comments: