بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Monday, 28 October 2013

12 Dzulhijjah Mummy

Hai.. Hai.. :')
Untuk AidilAdha mummy yang ketiga iaitu pada 12 Dzulhijjah.. Mummy takda apa yang dibuat jugak takda pergi kemana-mana.. Mummy bangun pagi dah pukul 9pagi.. Masa Mummy bangun, Mummy mandi, makan dan berkaraoke dulu dengan adik-adik Mummy.. Mummy memang tak tengok telefon langsung.. Mummy tahu kalau dia tengok pon takkan ada msg dan call Daddy.. Kalau petang sikit, mungkin ada.. Mummy berehat di rumah seberapa lama yang dia dapat rehatkan badan.. Dalam tengahari macam tuh, tiba-tiba hujan.. Mummy terus teringat akan rumah Mama.. Hurm hujan kan.. Pokok-pokok tuh tak kisah sangat.. Air hujan dah tolong siramkan.. Cuma makan kucing Sya saja lah.. Mana taknya.. Mummy fikirlah sebab kucing tuh dah selamat melahirkan 3ekor anaknya..

Masa petang dalam pukul 6.30petang, di masa hujan renyai-reyai, Mummy mengajak adiknya, Pija untuk ke rumah Mama.. Sesampai Mummy di rumah Mama, Mummy masuk dan check apa yang patut dalam rumah.. Takut jugak Mummy kalau ada apa-apa perubahan kan.. Sesudah selesai Mummy dalam rumah, Mummy keluar  dan mintak Pija snapkan satu gambar Mummy..


Sesudah snap gambar, Mummy keluarkan makanan kucing, nasi yang bergaul ikan rebus yang Mummy bawakan dari rumah.. Selesai Mummy bagi kucing Sya makan.. Mummy simpan semua-semua bekas.. Taknak nanti semak.. Selesai semua, Mummy mengajak Pija pulang ke rumah.. Bukan apa, Mummy risau kalau-kalau hujan lebat..

Sesampai Mummy dan Pija di rumah.. Mummy tengok fon Mummy.. Takda apapun dari Daddy.. Sunyi telefon Mummy.. Mummy mula hairan kenapalah Daddy takda call ataupun msg Mummy.. Apa yang Daddy buat sampaikan takda masa langsung.. Bagi Mummy, tak call takpa.. Tapi msg lah sekali bagitahu keadaan disana.. Mummy risau.. Bila dah lewat malam sikit, barulah Daddy ada call dan memohon maaf kerana tinggalkan Mummy.. Mummy menitiskan air mata rindunya.. Mummy memang ada tanya Daddy bila nak pulang ke Perlis.. Tapi jawab Daddy, tak tahu lagi.. Itu sahaja kisah 12 Dzulhijjah Mummy..

No comments: