Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :')
Post kali ny FawwazSecret nak kongsikan kisah-kisah menarik yang tertulis dalam Surah Al Anbiyaa'.. Surah ini berada dalam Juz yang ke-17 di dalam Al-Quran, dimana ianya mempunyai 112 ayat yang terkandung.. Surah Al Anbiyaa' yang bermaksud Nabi-Nabi mempunyai tiga topik menarik iaitu :-
- Ocehan kaum Musyrikin tehadap kerasulan Muhammad saw serta wahyu yang dibawanya dan penolakan A-Quran tehadapnya
- Bukti-bukti kesalahan kepercayaan orang-orang Musyrik
- Kisah beberapa orang Nabi
Dan sepertimana yang FawwazSecret bagitahu Al-Anbiyaa' bermaksud Nabi-Nabi.. Maknanya FawwazSecret akan tekankan kisah nabi-nabi berbanding kisah-kisah yang lain.. Sememangnya kisah-kisah yang lain pun menarik dan penting untuk pengetahuan kita.. Cuma FawwazSecret nak tekankan mengenai beberapa kisah nabi jea dalam surah ny.. Tapi kalau nak tahu selebihnya.. Apa salahnya kalau kita ringankan tangan kita untuk buka Al-Quran dan baca sendiri.. Bukan ilmu dari orang lain.. Inikan ilmu yang Allah swt turunkan untuk kita.. :')
Dalam kisah beberapa orang nabi ny bukanlah tertulis sepenuhnya mengenai kisah keseluruhan seorang demi seorang para nabi kita.. Tetapi kisah nabi yang tertulis dalam surah ini hanyalah untuk mengingati kita akan sesuatu peristiwa yang telah berlaku di zaman para nabi kita.. Selalunya kita bila ditanya mengenai cerita para nabi, mesti kita akan cakap "tak ingat lah".. Tapi bila dibuka sikit jea peristiwa penting yang berlaku pada seseorang nabi tuh, mesti kita akan ingat keseluruhan cerita seorang nabi tersebut.. Betul tak..?? Allah swt pun tahu kita kadang keliru tentang kisah-kisah nabi kita.. Sebab tuh lah Allah swt buka sedikit demi sedikit peristiwa penting para nabi kita dalam hadis-Nya.. Cuma kita jea yang malas nak membacanya.. :')
KISAH NABI MUSA A.S. DAN NABI HARUN A.S.
Allah swt sampaikan wahyunya kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. dengan berikan mereka kitab Taurat.. Di mana isi kandungan kitab Taurat itu tertulis di dalamnya akan penerangan dan pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang soleh yang hanya menyembah dan mengagungkan Allah swt.. Iaitu orang-orang yang takut akan azab Allah swt.. Walaupun mereka tidak melihat Allah swt tetapi mereka akan merasa takut dengan tibanya hari kiamat..
KISAH NABI IBRAHIM A.S. DAN NABI LUTH A.S.
SERTA KISAH NABI ISHAK A.S. DAN NABI YAAKUB A.S.
Allah swt telah menganugerahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. hidayah kebenaran dan Allah swt sentiasa mengetahui tiap satu yang terjadi kepadanya... Ketika Nabi Ibrahim a.s. bertanyakan mengenai patung-patung yang mereka sembah.. Dan Nabi Ibrahim a.s mengatakan bahawa mereka-mereka yang menyembah patung itu sebenarnya berada dalam kesesatan.. Lalu Nabi Ibrahim a.s. menghancurkan kesemua patung berhala itu kecuali patung berhala yang terbesar dari patung-patung yang lain.. Bila mereka-mereka menanyakan samada betul atau tidak Nabi Ibrahim a.s. yang menghancurkan kesemua patung berhala tersebut.. Nabi Ibrahim a.s. tidak mengakui akan perbuatannya tetapi Nabi Ibrahim a.s. mengatakan bahawa patung berhala yang besar itulah yang melakukannya.. Dan Nabi Ibrahim a.s. menyuruh mereka semua bertanyakan kepada patung berhala yang besar itu samada betul atau tidak apa yang Nabi Ibrahim a.s katakan.. Tapi mereka menyedari bahawa patung itu tidak dapat berbicara.. Lalu Nabi Ibrahim a.s. berkata kepada mereka bahawa tiada guna mereka menyembah patung berhala yang tidak memberi manfaat kepada mereka, lagi pulak tak mampu untuk berbicara.. Kenapa tidak mereka menyembah Allah swt yang satu.. Sedangkan Allah swt itulah Tuhan kamu iaitu Tuhan langit dan bumi dan Nabi Ibrahim a.s. mengakui dirinya dapat memberi bukti atas apa yang dikatakannya.. Mereka terlalu marah lalu mereka berhasrat untuk membakar Nabi Ibrahim a.s.
Tetapi Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Luth a.s. ke sebuah negeri yang penuh dengan berkah.. Dimana di sana Nabi Ibrahim a.s. dikurniakan Allah swt dengan Nabi Ishak a.s. dan Nabi Yaakub a.s. dan Allah swt jadikan mereka orang-orang yang akan menyampaikan wahyu Allah swt kepada kaum mereka untuk mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan hanya kepada Allah swt lah tempat mereka menyembah.. Manakala Nabi Luth a.s. Allah swt berikannya hikmah dan ilmu dan Allah swt selamatkannya dari penduduk kota yang berbuat keji lalu Allah swt masukkan Nabi Luth a.s. bersama rahmat-Nya dan menjadikan Nabi Luth a.s sebagai orang-orang yang soleh..
KISAH NABI NUH A.S.
Ketika Allah swt memberitahu Nabi Nuh a.s. bahawa Dia akan mendatangkan banjir besar melanda orang-orang yang tidak ikut akan wahyu yang disampaikan Nabi Nuh a.s.. Lalu Nuh a.s. berdoa meminta perlindungan.. Dan Allah swt menyuruhnya bersama pengikutnya membina sebuah bahtera besar dimana dapat memuatkan Nabi Nuh a.s. bersama keluarga serta pengikut-pengikutnya.. Setelah siap bahtera Nabi Nuh a.s... Semua pengikutnya tinggal dalam bahtera tersebut.. Ketika bahtera Nabi Nuh a.s. sedang belayar, datanglah ombak besar di tengah lautan lalu Nabi Nuh a.s. berdoa memohon perlindungan dari Allah swt.. Dan Allah swt memperkenankan doanya lalu Allah swt selamatkannya bersama keluarga serta seluruh pengikutnya lalu menenggelamkan mereka-mereka yang telah mendustakan ayat-ayat Allah swt kerana mereka adalah orang-orang yang jahat..
KISAH NABI DAUD A.S. DAN NABI SULAIMAN A.S.
Ketika Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. menerima aduan daripada penduduknya bahawa segala tanaman mereka telah dirosakkan oleh kambing-kambing di sekitar penduduk tersebut.. Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. berbincang untuk membuat keputusan terbaik.. Lalu Nabi Daud a.s. memutuskan bahawa kambing-kambing itu harus diserahkan kepada empunya tanaman yang rosak sebagai ganti rugi.. Tetapi Nabi Sulaiman a.s. memutuskan supaya kambing-kambing itu diserahkan kepada empunya tanaman buat sementara waktu sahaja untuk dijadikan manfaat.. Manakala orang yang empunya kambing itu harus menggantikan tanaman-tanaman yang rosak dengan tanaman-tanaman yang baru.. Apabila tanaman yang baru tuh dapat diambil hasilnya, barulah tuan empunya kambing tuh boleh mengambil kambingnya kembali.. Dan keputusan Nabi Sulaiman a.s. adalah keputusan yang paling tepat..
KISAH NABI AYUB A.S.
Ketika Nabi Ayub a.s. menerima suatu penyakit kulit yang mengerikan dimana ianya seperti luka-luka kotor yang tumbuh dari hujung kakinya sehinggalah ke hujung kepalanya sehingga tidak ada seorang pun yang ingin mendekatinya.. Lalu Nabi Ayub a.s. berdoa kepada Allah swt agar disembuhkan segala penyakitnya.. Dan Allah swt telah memperkenankan doanya lalu Allah swt telah melenyapkan segala penyakitnya.. Dan Allah swt telah mengembalikan keluarganya kepadanya dan Allah swt telah menambahkan bilangan mereka sebagai rahmat dari sisi Allah swt dan juga sebagai peringatan bagi mereka yang menyembah Allah swt..
KISAH NABI YUNUS A.S.
Ketika Nabi Yunus a.s berlari dengan rasa marah terhadap kaum Niwana kerana tidak menerima segala ajarannya.. Nabi Yunus a.s. memanjat dan menuruni bukit sehinggalah dia berada di sebuah pandai yang kelihatan sebuah kapal ingin belayar.. Nabi Yunus a.s. menumpang kapal tersebut.. Dan kemudian Nabi Yunus a.s. merasa bersalah kerana meninggalkan Niwana tanpa persetujuan Allah swt.. Maka Nabi Yunus a.s. berdoa akan dirinya menerima hukuman akibat perbuatannya.. Lalu Nabi Yunus a.s. terjun ke dalam ombak besar.. Dan Allah swt telah mengarahkan ikan nun iaitu ikan yu untuk menelan Nabi Yunus a.s. hidup-hidup.. Ketika Nabi Yunus a.s. berada dalam perut ikan nun.. Nabi Yunus a.s. memohon keampunan dari Allah swt.. Lalu Allah swt memperkenankan doa Nabi Yunus a.s. dan demikianlah Allah swt menyelamatkan orang-orang yang beriman..
....................................................................................................................
Itulah serba sedikit kisah beberapa nabi yang Allah swt selitkan dalam Surah Al Anbiyaa'.. Sebenarnya banyak lagi kisah menarik nabi yang Allah swt sampaikan dalam Al-Quran.. Cuma semuanya terletak atas diri kita sendiri samada kita ingin mengetahui ataupun tidak mengenai kisah-kisah nabi kita.. Tak semestinya kita membaca dalam Al-Quran.. Tapi dalam buku-buku kisah nabi pon ada untuk jadi bahan bacaan kita.. Apapun FawwazSecret harap apa yang FawwazSecret sampaikan ny bermanfaat buat pembaca-pembaca.. Amin.. Assalamualaikum.. Bye.. :')
No comments:
Post a Comment