Hai.. Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :')
FawwazSecret mulakan cerita hari ny dengan bismillah dan penghujungnya akan FawwazSecret amin kan.. Kenapa..?? Itu memang tak dirahsiakan.. Cerita ny sebenarnya berlaku masa Mummy di rumah Daddy.. Bermulanya kisah ketika Mummy sampai di rumah Daddy dalam jam 11.30 pagi tadi.. Daddy sibuk melayan temannya, Mat Alif untuk pasang span pada helmet dia.. Mummy masuk dalam rumah berjumpa Mama.. Masa Mummy dalam rumah, Mummy agak sayu sebabnya perjalanan Mummy sebelum itu ada duka tangisan Mummy.. Entah apa dalam fikiran Mummy.. Tapi memang sayu sangat hati dan jiwa Mummy.. Tapi disebabkan Mummy berhadapan dengan Mama, Mummy tak sampai hati nak bermasam muka.. Tapi Mama perasan akan tingkah Mummy pada hari ny.. Berlainan dari hari-hari yang lain.. Mummy diam, tak banyak bercakap.. Mummy buat apapun, dia jadi cepat lupa..
Dalam jam 12tengahari Mummy menerima panggilan dari Sya.. Sya dah pulang dari sekolah.. Mummy terus keluar tanpa fikirkan apa-apa, tanpa bagitahu Mama, tak mengiakan kata-kata Daddy.. Daddy pon pelik.. Kenapa dengan Mummy..?? Selepas Mummy amik Kakak dan Sya dari sekolah.. Mummy terus menuju ke ruang dapur.. Masa tuh Mummy tengok Mama dan Daddy sibuk siapkan nasi.. Menung agak lama Mummy.. Tetiba Mummy teringat akan tugas yang sepatutnya Mummy buat hari ny.. Jam dinding menunjukkan waktu itu tepat jam 2petang.. Rupanya Mummy perlu ke Pejabat Pos Laju untuk poskan segala resume dan salinan sijil akademik Mummy.. Mummy nak mintak kerja lain.. Mummy berharap Allah swt buka pintu rezeki Mummy.. Selepas selesai semua kerja Mummy, Mummy pulang semula ke rumah Mama.. Masa tuh jam dinding menunjukkan tepat jam 3.30petang.. Lama jugak Mummy keluar.. Mummy menuju ke dapur.. Dan mintak izin untuk solat Zuhur dahulu sebelum mulakan kerja..
Selepas siap solat, Mummy menuju ke dapur, membantu Daddy.. Selama membungkus nasi lemak Mama, Mummy tak pernah buat kesilapan.. Tapi tetiba hari ny, Mummy bungkus pon dah jadi macam reban ayam.. Mummy seolah merajuk, mencuba untuk kali kedua, dan segalanya baik semula.. Tinggal sebungkus saja yang perlu Mummy habiskan, tapi muncung nasi pulak tak menjadi.. Terus Mummy hulurkan nasi tuh pada Daddy..
Mummy : Abg paih, buat sat.. Tamo jadi satu ny..
Mama : Aik, abg paih..?? Takda dah abh ma..??
Abe : Muda-muda nak panggil apapun takpa.. Tua-tua nanti hang aku dah..
Mama : Tak boleh gtuh abe.. Tua-tua kena lagi manja.. Abh ma tuh kena ada..
Mummy Daddy hanya mendiamkan diri.. Daddy perhatikan Mummy.. Mummy perhatikan Daddy.. Daddy senyum manis pada Mummy.. Tapi Mummy senyum seolah terpaksa dan takda mood.. Bermain di fikiran Daddy, "kenapa ma ny..??" Tapi Daddy tak bersuara.. Daddy cuma ikot apa sebenarnya yang terjadi pada Mummy..
Makan tengahari mereka sekeluarga pada hari ny adalah sotong bakar, tomyam putih ayam, ayam goreng dan sedikit sambal belacan.. Masa Abe dan Kakak bergegas ke gerai masing-masing, tinggallah Mama, Mummy dan Daddy.. Mummy amik tomyam ayam, untuk ratah.. Dan Daddy pon nak makan sesama Mummy.. Masa Mummy dan Daddy menghadap makanan yang dihidangkan, Mummy Daddy sembang baik-baik.. Tetiba Mummy sedikit salah faham dan tersinggung dengan kata-kata Daddy.. Dengan tak sengaja, Mummy tampar pipi Daddy.. Tiga minit lepas tuh Daddy tampar pipi Mummy semula.. Lepas pada Daddy tampar pipi Mummy, Mummy seolah tertanya-tanya apa yang jadi sebenarnya.. Daddy mula hairan.. Apa yang Mummy cuba sembunyikan darinya.. Alhamdulillah.. Tak berlaku sebarang pertingkahan.. Mummy Daddy mula bermesra tapi tak lama seperti selalu..
Kini menjelang senja.. Mummy berhasrat untuk bermaghrib berjemaah dengan Daddy.. Mama, Mummy, Daddy dan Sya berjemaah bersama.. Selepas selesai, Mummy hidangkan nasi untuk dimakan bersama.. Sesudah makan malam, Daddy berhasrat Mummy dapat berikan Daddy rawatan resdung pada wajahnya.. Mummy seolah menidakkan kemahuan Daddy.. Tetiba Mama minta Mummy jengukkan Kakak di gerai.. Mummy bergegas ke Kakak.. Dalam setengah jam Mummy ada dengan Kakak, Mummy dah mula merasa bosan.. Jadi Mummy meminta agar Kakak simpan kesemua nasi lemak yang dijual dan bergegas pulang..
Sesampai Mummy di rumah Daddy.. Mummy seolah merungut akan tugasnya untuk memberi rawatan resdung pada Daddy.. Mummy sedikit meninggikan suara.. Mama hanya tertawakan sikap Mummy.. Sambil Mama menunggu Mummy, Mama tertidur.. Tapi rawatan resdung Mummy di perhatikan Sya dan Kakak.. Sempat Kakak merakamkan ketika rawatan itu berjalan.. Sesudah siap, Mummy membersihkan wajah Daddy.. Mummy menyimpan segala perkakas rawatan muka.. Sesudah itu, Mummy menyatakan bahawa dia ingin pulang.. Mummy bersalaman sayang dengan Mama, Sya dan Kakak..
Keluar Mummy dari rumah disusuli Daddy dari belakang.. Daddy merungut akan tingkah Mummy hari ny.. Mummy takda sayang pipi Daddy.. Mummy takda peluk cium Daddy.. Mummy takda bermanja dengan Daddy.. Daddy seolah hampa.. Tapi Mummy cuba perbetulkan segalanya.. Mummy tak pasti apa yang berlaku atas dirinya.. Dan Mummy memohon maaf atas segala tingkahnya.. Sewaktu Mummy menaiki kenderaannya, Mummy ternampak akan bayang budak kecil setinggi punggung Mummy melompat keriangan di atas kenderaan Mummy.. Mummy menjerit..
Mummy : Argghhh..!!!
Daddy : Asal ma..??
Mummy tak menyatakan apa yang dilihatnya.. Kemudian Mummy toleh kiri dan kanan.. Tidak ada apa yang dilihatnya.. Mummy memerhati di belakangnya.. Juga tidak ada apa yang ditemui.. Seminit selepas itu, Mummy berbual manja dengan Daddy.. Dengan tak semena, Mummy nampak bayang budak kecil itu sedang bermain aci sembunyi dengan Mummy.. Caranya seolah inginkan Mummy datang padanya.. Mummy cuma memerhatikan.. Daddy merasa pelik lalu Daddy cuma lindungkan pandangan Mummy dengan badannya..
Daddy : Ma tengok apa..??
Mummy : Takda apa..
Mummy menyembunyikan hal itu sekali lagi.. Dan sekali lagi budak kecil itu bermain aci sembunyi dengan Mummy.. Mummy tertanya-tanya siapa gerangan si budak kecil tuh.. Tanpa berfikir panjang.. Mummy bersalam sayang dengan Daddy lalu meminta izin untuk pulang.. "Abh jangan lupa tengok telefon, ada benda ma nak bagitau..", pesan Mummy sebelum pulang..
Sesampai Mummy di rumahnya.. Mummy mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Daddy..
Mummy : Abh.. Abh...
Daddy : Yea, ma..
Mummy : Abh ada mana..??
Daddy : Di rumah, ma..
Mummy : Yea ma tau.. Kat mana..??
Daddy : Ada depan tv.. Tengok cerita Mantra..
Mummy : Abh, sebenarnya tadi ada budak kecil lompat atas moto ma.. Sebab tuh ma jerit..
Lepas pada tuh, budak tuh macam ajak ma main aci sembunyi tepi pokok besar..
Daddy : Tinggi mana budak tuh..??
Mummy : Paras punggung ma..
Daddy : Hurm betoi dah.. Kepala botak kan..??
Mummy : Yea.. Tapi ma tak nampak muka.. Sebab gelap..
Daddy : Kat sini memang ada pon budak tuh ma.. Dulu penah kawan abh nampak dia..
Dia masuk dalam bilik.. Lepas tuh tidur sekali dengan kami..
Mummy : Tapi napa sekarang baru dia nak tunjuk diri dia dekat ma..??
Sedangkan ma dah lama dengan abh.. Patutnya dari awal lagi dia tunjuk..
Daddy : Mana lah abh tau ma..
Mummy : Takpalah.. Japgi pukul 12malam nah..
Daddy : Baik, ma..
Mummy putuskan talian telefon..
Dan sehingga kini, bayangan budak kecil tuh masih bermain di fikiran Mummy.. Siapakah gerangan si dia.. Dan apa yang budak kecil itu mahukan dari Mummy.. Masih tinggal tanda tanya.. Keriangan budak kecil itu seolah mahukan Mummy menemaninya bermain.. Seolah inginkan Mummy berada dekat dengannya.. Dan masih juga Mummy terfikir, adakah kerana Mummy bersikap acuh tak acuh dengan Daddy yang membuatkan budak kecil itu menonjolkan dirinya.. Tetap tiada persoalan.. FawwazSecret akan tetap berdoa supaya tidak akan sesekali terjadi perkara buruk ke atas Mummy sepanjang menjalani hari-harinya.. Amin..
Kepada semua pembaca blog FawwazSecret, berhati-hatilah ketika berada diluar sana.. Jangan terlalu memikirkan gerangan seseorang yang tidak kita ketahui.. Kerna itu adalah satu misteri.. Bak kata, Misteri Nusantara, "Jangan biarkan misteri menyelubungi anda..!!"
No comments:
Post a Comment