بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ...Ya Allah... Jika Kami Jatuh Cinta.. Labuhkanlah Cinta Kami Kepada Mu.. Agar Bertambah Kekuatan Kami Untuk Menyintai Mu.. Ya Muhaimin... Jika Kami Jatuh Hati.. Izinkanlah Kami Saling Menyentuh Hati Untuk Bertaut Pada Mu.. Agar Kami Tidak Jatuh Dalam Jurang Cinta Nafsu.. Ya Rabbana... Jika Kami Jatuh Hati.. Jagalah Hati Kami Agar Tidak Berpaling Daripada Hati Mu.. Ya Rabbul Izzati... Jika Kau Halalkan Kami Untuk Saling Merindui.. Jangan Biarkan Kami Melampaui Batas Sehingga Melupakan Kami Pada Cinta Hakiki dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu, Ya Allah.. Ya Rahman... Jika Kami Sememangnya Ditakdirkan Untuk Bersama.. Satukanlah Kami Ke Jalan Yang Diredhai Mu.. Dan Bimbinglah Kami Untuk Selalu Bersujud Kepada Mu, Ya Allah.. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


Monday, 28 October 2013

12 Dzulhijjah Daddy

Hai.. :')
AidilAdha Daddy yang ketiga iaitu pada 12 Dzuhijjah, sepertimana yang sudah diketahui, keluarga Daddy ada buat korban.. Daddy dan semua ahli keluarga sudah selamat berkumpul.. Kesemuaya bangun seawal pagi untuk membuat penyembelihan lembu.. Pada masa tuh Daddy dan yang lain memang sibuk.. Tak sempat nak bersnap satu gambar pon.. Masa penyembelihan dilakukan, Daddy yang memegang leher lembu.. Itulah kali pertama Daddy berada dekat dan ada bersama waktu penyembelihan.. Dalam rasa seronok, ada rasa tak suka.. Sebab semua kerja yang dibuat, terlalu mengejar masa sampaikan Daddy tak berpeluang untuk berehat.. Gambar lagi lah tak sempat Daddy nak bersnap..

Setelah selesai penyembelihan lembu.. Daddy bersama saudara mara yang lain saling membantu menghiris daging.. Isi daging dan usus dalaman lembu diasingkan untuk dicuci.. Bila dah siap semua, bolehlah ianya dibuat masakan kenduri..
Dalam kesibukan tuh, tetiba TokNgah lelaki menegur Daddy..
TokNgah : Orang perempuan kita mana..??
Daddy : Ada kat Perlis laa.. Dia beraya sana..
TokNgah : Dok tinggal bokpa.. Meh bawak sini sama takpa..
Daddy : Takpa.. Nanti-nanti lah bawak..
Daddy masa tuh terus jadi rindu sesangat dekat Mummy.. Terasa nak contact Mummy tapi Daddy takda masa.. Taknak lah Daddy call kejap, pastuh letak.. Kecil pulak hati Mummy..

Selepas selesai tugasan menghiris daging, Daddy menerima tugasan baru..?? Daddy ditugaskan untuk mencuci perut lembu.. Manakala Abe ditugaskan untuk mencuci daging-daging yang siap dipotong.. Disebabkan nak ada kenang-kenangan, sempat Daddy dan Abe snapkan gambar diorang..


Gambar Daddy cuci perut lembu.. :D


Gambar Abe cuci daging.. :D

Daddy seakan nak pengsan sebab tak tahan dengan bau tahi lembu yang terdapat dalam usus-usus lembu tersebut.. Daddy berharap sangat itu adalah kali pertama dan kali terakhir untuk Daddy memcuci perut lembu.. Memang Daddy tak tahan.. Terasa bagai nak muntah, macam-macamlah.. Kesian Daddy.. Pada masa tuh jugaklah Uncle We nak complain kerja Daddy.. Bertengkar dulu Daddy dengan Uncle We..

Selepas selesai cuci dan bergurau semua.. Daddy keletihan.. Daddy terasa nak makan.. Tapi Daddy jadi tak selesa sebab teringatkan apa yang dicucinya.. Eeeiii.. Sabar sikit yea Daddy.. Macam mana pon kena makan jugak.. Jangan biar perut tuh kosong.. Jamah lah apa-apa sebagai pelapik perut.. Tapi Daddy ketepikan laparnya dan terus tidur.. Bila tiba malamnya, Daddy bangun mandi dan makan.. Kemudian Daddy keluar untuk topup.. Mana taknya.. Terlalu lama Daddy tinggalkan Mummy, seharian.. Dalam fikiran Daddy, terbayang-bayang Mummy ada orang lain.. Nasib Daddy tak terus bersangka buruk.. Terus Daddy call Mummy dan bermohon maaf dengan Mummy..

Pada malam tuh Daddy tidur dengan Mummy tanpa berbual apa-apa mengenai keesokkan harinya.. Tapi yang pastinya esok tetap sibuk.. Sebelum tidur, Mummy ada bertanyakan bila nak pulang ke Perlis.??  Tapi Daddy jawab tak tahu lagi.. Daddy pon dah letih kan.. Nak bercakap pon takda mood..

Haa, itu kisah Daddy.. Macam mana pulak 12 Dzulhijjah Mummy..??

No comments: