Bismillah Hirrahman Nirrahim.. :')
Sempena Raya Haji ny FawwazSecret nak kongsikan kisah menarik yang tertulis di dalam Surah Al-Hajj.. Sepertimana yang kita semua tahu, surah ini mengandungi 78 ayat dan terletak dalam Juz yang ke-17 di dalam Al-Quran.. FawwazSecret nak kongsikan surah ny sebab kita semua dah nak sambut Raya Haji pada 10 Zulhijjah, iaitu pada esok hari.. Jadi surah ny memang sesuai FawwazSecret muatkan dalam masa terdekat ny sebab surah ny banyak mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan ibadat haji, seperti ihram, tawaf, sa'i, wuquf di Arafah.. Serta adat mencukur rambut, syi'ar-syi'ar Allah swt, faedah-faedah dan hikmah-hikmah yang disyariatkan dalam haji..
HAJI, MANASIKNYA DAN SYI'ARNYA
Ibadah haji bermula ketika Allah swt memberikan Nabi Ibrahim a.s. suatu tempat iaitu Baitullah.. Dimana Allah swt telah meninggalkan pesanan kepada Nabi Ibrahim a.s. supaya membersihkan rumah-Nya dengan membenarkan orang-orang tawaf mengelilingi Baitullah.. Dan sucikanlah rumah-Nya dengan orang-orang yang beribadat kepada-Nya serta orang-orang yang ruku' dan sujud kepada-Nya.. Dan Allah swt telah perintahkan Nabi Ibrahim a.s. supaya menyeru manusia untuk mengerjakan haji.. Dan Allah swt meyakinkan Nabi Ibrahim a.s. bahawa mereka akan mengerjakan haji biarpun mereka berjalan kaki ataupun mereka mengendarai unta yang kurus untuk sampai ke destinasi.. Biarpun jauh dan sukar perjalanan mereka, mereka akan mengerjakannya.. Dan mereka akan sentiasa menyebut-nyebut nama Allah swt apabila tibanya Hari Raya Haji dan Hari Tasyriq iaitu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.. Dan Allah swt mengatakan kepada Nabi Ibrahim a.s. bahawa Dia akan memberi makan kepada mereka-mereka daging haiwan ternakan, dan simpanlah sebahagian daging itu buat orang-orang yang sengsara lagi fakir.. Allah swt juga telah menyebutkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bahawa kesemua manusia harus menyucikan diri mereka dengan memotong rambut, mengerat kuku dan dan membuang segala kekotoran dari badan mereka.. Dan hendaklah mereka menyempurnakan segala apa yang telah mereka nazarkan.. Dan mereka hendaklah melakukan tawaf keliling Baitullah..
Sesungguhnya barang siapa yang mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah swt, maka Allah swt telah menghalalkan baginya semua binatang ternak kecuali yang sudah diterangkan akan haramnya.. Dan sesungguhnya jika mereka ikhlas dengan Allah swt, jauhilah dari menyekutu Allah swt dengan menyembah berhala.. Dan hindarilah dari kata-kata yang dusta.. Dan barangsiapa yang mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah swt, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa..
Dan Allah swt memberikan kepada mereka binatang-binatang had-yu iaitu binatang yang mempunyai banyak manfaatnya seperti dikendarai, susunya dapat diminum dan dagingnya dapat dimakan.. Dan binatang had-yu ini adalah sebahagian dari syi'ar Allah swt.. Dan Allah swt telah mewajibkan bagi tiap-tiap umat untuk membuat penyembelihan ke atas binatang-binatang had-yu itu.. Dan hendaklah mereka menyebut nama Allah swt ketika hendak menyembelihnya dalam keadaan berdiri manakala binatang had-yu pula dalam keadaan terikat.. Dan apabila binatang had-yu itu mati, makanlah sebahagian daripada dagingnya dan sebahagian lagi memberilah dengan seikhlas hati kepada orang-orang yang meminta juga pada yang tidak meminta-minta..
Dan sesungguhnya Allah swt akan memberi khabar gembira kepada mereka-mereka yang mensyukuri segala rezeki yang Allah swt telah kurniakan.. Dan sesungguhnya bukanlah daging dan darah binatang had-yu itu yang mencapai keredhaan Allah swt, tetapi ketakwaan dari hati mereka-mereka lah yang dapat mencapai keredhaan dari Allah swt.. Demikianlah Allah swt telah menundukkan binatang had-yu itu kepada mereka supaya mereka mengagungkan Allah swt terhadap hidayah yang telah Allah swt kurniakan kepada mereka..
....................................................................................................................
Itulah serba sedikit cerita yang disampaikan dalam Surah Al-Hajj dimana ia menerangkan kepada kita mengenai ibadat haji dan syi'ar Allah swt..
Selamat membaca.. Semoga ianya bermanfaat yea..
Selamat Hari Raya AidilAdha.. :')
Selamat membaca.. Semoga ianya bermanfaat yea..
Selamat Hari Raya AidilAdha.. :')
No comments:
Post a Comment